Anda di halaman 1dari 5

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Pasir Gudang


Teguh Bitara, Konsistensi dan Sinergi Memacu Kecemerlangan.

Yang Dihormati Panel Perkongsian kita pada petang ini, Puan Nor
Hashimah binti Haji Johar, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan, SK
Taman Nusa Damai

Yang Dihormati En Salman bin Wandi , Ketua Pembantu Tadbir W22,


Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Rakan – rakan Penolong Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan


PPD Daerah dan yang dikasihi rakan- rakan Guru Perpustakaan dan
Media Daerah Pasir Gudang.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita  memanjatkan rasa syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah
kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk
kita  berjumpa pada hari ini  secara dalam talian  dalam  Bengkel
Pengurusan Kewangan Pusat Sumber Sekolah yang merupakan bengkel
siri 4 bagi Bengkel Pemantapan GPM Baharu tahun 2021. Semoga bengkel
ini mencapai objektifnya dan seterusnya memberi impak kepada
pengurusan pusat sumber sekolah.

Bagi pihak ahli jawatan kuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran


rakan- rakan Guru Perpustakaan dan Media Daerah daerah- daerah lain
yang turut menyertai siri bengkel pada petang ini.

BACAAN DOA
Hadirin yang dirahmati sekalian,

Pastinya mengharapkan  bengkel kita pada hari ini mendapat redha


dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan
Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput  En Azman bin
Buangsi dari SK Seri Alam 2 untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  En Azman bin


Buangsi  atas bacaan doa itu tadi

Rakan – rakan Guru Perpustakaan dan Media sekalian , ada beberapa


makluman dan ingatan sebelum bengkel ini bermula iaitu.

1.Tuan -tuan dan puan puan di ingatkan  untuk mengisi kehadiran dalam


link google form akan yang diberikan .

2.Memastikan mikrofon sentiasa dalam keadaan mute kecuali apabila


ingin bertanya atau membuat perkongsian supaya tidak mengganggu
kelancaran bengkel.

3. Suka juga diingatkan sesi perkongsian pada petang ini merupakan satu
sesi perkongsian yang santai dan terbuka untuk sesi soalan yang
bersesuaian dengan tajuk bengkel.

Baiklah sebelum saya meneruskan sesi perkongsian pada hari ini, sesuai
benar utk saya perkenalkan panel pada hari ini.
Panel pertama kita bernama..
NAMA : NOR HASHIMAH BINTI HAJI JOHAR
PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM ,
UUM
PENGALAMAN KERJA : 19 TAHUN

1- 2002 HINGGA 2015 – PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 – SK CAHAYA


BARU
2- MAC 2015 HINGGA JULAI 2015 – KETUA PEMBANTU TADBIR
(P/O) N22 – SK SERI ALAM 2
3- JULAI 2015 HINGGA JAN 2020 – KETUA PEMBANTU TADBIR
(P/O) N22 – SK TAMAN CAHAYA MASAI
4- JAN 2020 HINGGA OGOS 2020 - KETUA PEMBANTU TADBIR (P/O)
N22 – UNIT KEWANGAN PPD PASIR GUDANG
5- SEPT 2020 HINGGA KINI - KETUA PEMBANTU TADBIR (P/O) N26
– SK TAMAN NUSA DAMAI

PENCAPAIAN:

APC : 2006, 2012, 2017

AUDIT KEWANGAN SEKOLAH (CEMERLANG)


2012 - SK CAHAYA BARU
2014- SK CAHAYA BARU
2017- SK TAMAN CAHAYA MASAI

: JURULATIH UTAMA KEWANGAN PERINGKAT NEGERI JOHOR


(JPNJ) 2012 - KINI
: JURULATIH UTAMA KEWANGAN PERINGKAT DAERAH PASIR
GUDANG
2012 - KINI

ANUGERAH PEMBANTU TADBIR PROAKTIF NEGERI JOHOR


TAHUN 2019
(SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR PERINGKAT NEGERI
JOHOR)

PANEL KITA YANG KEDUA, EN SALMAN BIN WANDI…


MERUPAKAN SEORANG KETUA PEMBANTU TABDIR W22 YANG
MEMPUNYAI PENGALAMAN YANG LUAS BERKHIDMAT DI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH.
BELIAU MEMULAKAN PERKHIDMATAN DI PPD MERSING
BERMULA PADA TAHUN 2004 – 2007, KEMUDIAN BERKHIDMAT DI
PPD BATU PAHAT SEHINGGA 2015, DAN BERMULA 2018 HINGGA
KINI BERKHIDMAT DI PPD PASIR GUDANG. BELIAU AKAN
MEMBANTU UNTUK MENJAWAB SEBARANG PERSOALAN YANG
DIAJUKAN NANTI.

BAIKLAH UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA , SAYA


SERAHKAN BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT
SUMBER PADA PETANG INI KEPADA PANEL KITA YANG LEBIH
ARIF, PUAN NOR HASHIMAH BINTI HAJI JOHAR..DI
PERSILAKAN..

Perkhidmatan GPM masa kini amat memerlukan guru yang inovatif dan kreatif
dalam memikirkan apa yang terbaik. GPM perlu sentiasa kreatif memperlengkapkan
diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi mendedahkan
diri kepada perkara-perkara baru, serta agresif dalam mempelajari ilmu untuk
mempertingkatkan kecemerlangan diri, contohnya melalui bengkel2 atau kursus
seperti ini. Amalan ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan dapat
berkongsi ilmu yang diperoleh daripada bengkel ini dengan rakan-rakan yang lain
agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama demi kepentingan sekolah.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada kedua – dua panel kita pada
petang ini yang berkongsi banyak pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan
Dalam usaha untuk membantu pengurusan pss yang lebih sistematik dan terancang
ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang.

Tahniah kepada semua GPM yang dpt hadir bersama2 secara dalam talian..semoga
segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat, dan memberi keyakinan kepada
rakan2 gpm dalam menguruskan kewangan pusat sumber.

Anda mungkin juga menyukai