PESTA PANTUN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2021
ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
KELOLAAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TENOM
TARIKH : 25-29 OKTOBER 2021
PESTA PANTUN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2021
ISI KANDUNGAN
UCAPAN PERASMIAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Salam JPN Sabah
"Katakan Tidak Kepada Nombor 16, Katakan ya Kepada 10 Terbaik". "Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum".
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada PPD Tenom selaku PPD penganjur bagi Pesta Pantun peringkat
Negeri Sabah bagi tahun ini kerana sanggup menyahut cabaran dalam menganjurkan pertandingan ini. Dek
kerana pandemik Covid-19 yang masih melanda negara kita hingga ketika ini, maka buat julung-julung kalinya
dan belum pernah dibuat sebelum ini, maka kita anjurkan juga Pesta Pantun peringkat Negeri ini, namun secara
dalam talian sepenuhnya. Syabas buat PPD penganjur, PPD Tenom kerana sudah memikirkan konsep yang terbaik
dalam kita melaksanakan pertandingan ini dan masih mematuhi SOP Pencegahan Covid-19 semasa yang
berkuatkuasa sekarang.
Pesta Pantun peringkat Negeri Sabah ini dianjurkan pada setiap tahun dan salah satu intipati dalam
penganjurannya adalah untuk memupuk perpaduan dan membina keyakinan dalam diri anak-anak kita. Ianya
bukan sekadar satu pertandingan bagi mengukur kemahiran anak-anak kita dalam seni berpantun tetapi ia juga
membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting
bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah
mulia.
Pemikiran yang kritis dan kreatif boleh dikaitkan dengan penglibatan pelajar yang aktif dalam pelbagai aktiviti
kokurikulum yang dirancang untuk mereka. Elemen ini sangat dititik beratkanbagi melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan
pada hari ini dan juga pada masa akan datang.
Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan semua dapat memberikan sokongan dan membuka peluang seluas-
luasnya kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.
Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah
mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan.
Sebelum saya akhiri kalam ucapan ini, saya ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua PPD yang
bakal bertanding kelak. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat penyertaan itu yang perlu ada dalam
setiap jiwa anak-anak. Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun ;
UCAPAN ALU-ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. "Salam PPD Tenom
Sepakat Ke Arah Kecemerlangan".
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas
amanah yang diberikan kepada kami untuk mengelolakan Pesta Pantun Peringkat Negeri Sabah tahun 2021.
Terima kasih saya atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Insya Allah kami akan berikan yang terbaik
untuk penganjuran kali ini.
Sedar tak sedar kita sudah menjejak tahun kedua dalam perang melawan pandemik Covid-19. Sudah pasti situasi
ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan. Pepatah lama cina ada
menyebut : Ketika angin ribut membadai, ada yang membina tembok ada juga yang membina kincir angin.
Dalam kita mendepani situasi masa kini, kita harus belajar untuk beradaptasi, memberi yang terbaik dan sentiasa
mencari jalan untuk memastikan segala perancangan yang telah kita rancang tidak terhenti.
Aspek kokurikulum adalah salah satu aspek yang paling terkesan dengan situasi pandemik ini. Interaksi fizikal dan
bersemuka tidak dapat kita laksanakan seperti mana yang biasa kita buat sebelum ini. Banyak pertandingan yang
dirancang oleh PPD Tenom sendiri tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas. Namun memasuki tahun kedua di
era pandemik ini, saya percaya kita semua sudah beradaptasi dan aktiviti kokurikulum tetap dapat dilaksanakan
walaupun dengan pendekatan yang agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini.
Oleh sebab itu, penganjuran Pesta Pantun pada tahun ini agak unik dan berbeza daripada sebelumnya. Untuk
julung-julung kalinya, pesta pantun pada tahun ini akan dipertandingan secara dalam talian sepenuhnya dengan
mengaplikasikan teknologi Video Conferencing untuk interaksi peserta juga untuk penjurian. Diharapkan, dengan
adaptasi dan implementasi teknologi baru ini akan menjadikan penganjuran aktiviti kokurikulum kita menjadi
semakin menarik dan mudah diikuti oleh semua pihak.
Kepada semua pasukan PPD yang bakal bertanding, saya ucapkan selamat maju jaya dan berilah sepenuh usaha
anda. Pencapaian yang terbaik memang menjadi buruan semua pasukan yang bertanding, tetapi ingatlah
semangat dan kesungguhan dalam penyertaan ini yang menjadi nilai utama yang kita ingin terapkan pada anak-
anak murid kita dan juga pada diri kita sendiri. Semoga penganjuran pesta pantun ini dapat mencapai semua
objektif yang telah ditetapkan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Izinkan saya untuk mengakhiri
ucapan alu-aluan saya dengan serangkap pantun :
JAWATANKUASA
PENGELOLA
PENGANJUR
•Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PENGELOLA
•Pejabat Pendidikan Daerah Tenom
PENGERUSI
•Encik Mohd Ridhuan Bin Yusof (Pegawai Pendidikan Daerah Tenom)
TIMBALAN PENGERUSI
•Encik Martin Bin Anguk (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom SPM)
SETIAUSAHA
•Encik Rodolf Arat (Penolong Pegawai SPM PPD Tenom)
BENDAHARI
•Pn Marysia Jiniun (AKP Pentadbiran PPD Tenom)
AJK PENDAFTARAN PASUKAN
•Encik Zainudin Jalani (Penolong Pegawai SPM PPD Tenom)
AJK TEKNIKAL PERTANDINGAN
•Encik Rudolf Rantin (Juruteknik Komputer SK Melalap Tenom)
•Encik Stanly Kulipo (Juruteknik Komputer SK Chinta Mata Tenom)
•Encik Anonius Kudirong (Juruteknik Komputer SK Saga Tenom)
•Puan Lediane Soimon (Juruteknik Komputer SK Paguokon Tenom)
AJK VENUE DAN LOGISTIK
•Encik Junaidi Ampingan (Penolong Pegawai SPM PPD Tenom)
AJK PENGURUS PASUKAN
•Puan Stella Bin Bibis
JURUPANTUN PERTANDINGAN
•Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Kemabong
PESTA PANTUN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2021
CARTA PERTANDINGAN
SEKOLAH MENENGAH
PESTA PANTUN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2021
CARTA PERTANDINGAN
SEKOLAH RENDAH
PESTA PANTUN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2021
JADUAL PERTANDINGAN
JADUAL SESI UJILARI TALIAN
JADUAL PERTANDINGAN
JADUAL PERTANDINGAN HARI PERTAMA
JADUAL PERTANDINGAN
JADUAL PERTANDINGAN HARI KEDUA
JADUAL PERTANDINGAN
JADUAL PERTANDINGAN HARI KETIGA
JADUAL PERTANDINGAN
JADUAL PERTANDINGAN HARI KEEMPAT