Anda di halaman 1dari 36

SEKAPUR SIREH DARIPADA

PUAN HAJAH SULHA BINTI CHE HITAM


GURU BESAR (PENASIHAT PIBG)
SK BUKIT NAGA

Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran pada hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita
berkumpul bersama-sama di Dataran Perhimpunan pada hari ini, Ahad 28 Februari 2016 bagi kita
melaksanakan  Mesyuarat Agong PIBG kali ke 42 Sekolah Kebangsaan Bukit Naga ini.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Kamaruzzaman Johari ke Mesyuarat Agong
PIBG kali ke-42 ini. Atas kesudian Datuk Kamaruzzaman Johari memenuhi undangan kami  dan seterusnya
merasmikan mesyuarat Agong PIBG ini, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Bagi pihak warga
SKBN, saya yakin dengan kehadiran Datuk akan lebih menyemarakkan lagi semangat warga SKBN untuk
melibatkan diri dengan aktif didalam dunia pendidikan yang mengalami banyak pembaharuan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada En. Azlikamil bin Napiah  PIBG SKBN dan barisan AJK PIBG  serta guru-
guru  yang telah berusaha memberikan kerjasama yg erat dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid 
serta merealisasikan Mesyuarat Agong ini. Kita sangat bertuah kerana pasukan PIBG bawah pimpinan
YDP En.Azlikamil bin Napiah telah berjaya memainkan peranan masing-masing sebagai wakil kepada ibu
bapa bagi melaksanakan program-program  sekolah dan PIBG dengan berkesan. Permuafakatan erat ini
menjadikan PIBG sebagai suatu platform bagi sekolah dan ibu bapa bertukar-tukar pendapat dan berbincang
dari masa ke semasa. Terima kasih kepada NYDP serta barisan PIBG yang telah banyak menabur jasa, buah
fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang telah kita rancangkan.

Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa  pada hari ini. Sesungguhnya
kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen dan hubungan silaturrahim yang baik antara ibubapa dan pihak
sekolah. Kehadiran ibu bapa pada pada mesyuarat Agong PIBG ini membuktikan bahawa ibu bapa
mempunyai sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak kita.

Kepekaan dan keperihatinan inilah yang akan menjadi aspirasi & pendorong yang paling bermakna buat
anak-anak kita agar berusaha lebih giat bagi meningkatkan prestasi di sekolah baik di dalam bidang
akademik mahupun di bidang kokurilum juga. Kejayaan anak-anak kita , tidak akan dicapai , tanpa usaha
yang gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan ibu bapa, PIBG , pentadbir, guru-guru dan yang
utama ialah anak-anak kita itu sendiri.

Dengan rendah diri, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf andai ada tersalah bicara, tersasul
bahasa, kekurangan, ketidaksempurnaan dan keterlanjuran kami dalam mengendalikan mesyuarat ini serta
dalam mendidik anak- anak tuan-tuan dan puan-puan. Kejayaan anak-anak ialah simbol kerjasama,
permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi ini akan dapat diteruskan lagi  supaya sekolah akan
dapat meneruskan kejayaan dimasa masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.


GURU BESAR SKBN

1
SEULAS PINANG DARIPADA
ENCIK AZLIKAMIL BIN NAPIAH
YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BUKIT NAGA

Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan
rahmatNya jua kita dapat berhimpun sekali lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali yang
ke-42 ini.

Bagi pihak PIBG, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menyokong serta menjayakan pelbagai program di SK Bukit Naga
sepanjang tahun 2015. Komitmen dan kerjasama yang diberikan juga telah menyumbang kepada kejayaan
pelaksanaan semua aktiviti sama ada dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum di SK Bukit Naga.
Seluruh kekuatan PIBG juga telah disatukan demi memastikan SK Bukit Naga turut sama memainkan
peranan dalam usaha mentranformasikan usaha membangunkan negara khususnya bagi melahirkan
masyarakat yang maju, bersatupadu dan saksama dengan taraf kehidupan yang tinggi selaras dengan
keperluan status negara maju menjelang tahun 2020.

Sepanjang tahun 2015 Jawatankuasa PIBG yang dilantik telah cuba melaksanakan amanah yang diberikan
dengan cara yang terbaik dan berhemah dalam memastikan keutamaan serta kepentingan murid-murid di
SK Bukit Naga dipenuhi. Ini adalah seiring dengan matlamat penubuhan PIBG itu sendiri disamping
pendekatan proaktif yang lebih bersifat ‘memudahkan dan bukannya menyusahkan’. Manakala
sumbangan tuan-puan pula telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu pelaksanaan
program-program yang dirancang oleh pihak sekolah demi peningkatan akidah, akhlak, ibadah, ilmu
pengetahuan dan pencapaian akademik anak-anak kita di sekolah ini. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dirancang juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang di
dunia dan di akhirat serta mampu diharapkan untuk memikul tanggungjawab bagi membangunkan agama,
bangsa dan negara pada masa hadapan.

Pada kesempatan ini saya juga ingin menyeru semua ibu bapa untuk terus meningkatkan sokongan dan
sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak
sekolah demi kejayaan masa hadapan anak-anak kita semua. Kepada para pendidik di SK Bukit Naga
pula, marilah kita bersama-sama meningkatkan perpaduan dan permuafakatan agar usaha untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat dapat direalisasikan. Sesungguhnya
sumbangan cemerlang yang anda semua usahakan sepanjang tahun 2015 amat disanjung malah menjadi
petanda positif untuk kejayaan SK Bukit Naga yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Jawatankuasa PIBG 2015, para ibu bapa,
warga pendidik SK Bukit Naga dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Bagi pihak AJK Pentadbir PIBG 2015, saya memohon ampun dan maaf sekiranya wujud kekurangan dan
kesilapan semasa kami melaksanakan amanah yang dipikul. Semoga Jawatankuasa PIBG baru yang akan
dipilih kelak dapat meneruskan kesinambungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan masyarakat
setempat dengan pihak sekolah, di samping menggandakan usaha bagi memastikan kecemerlangan SK
Bukit Naga sentiasa dipertingkatkan.
Sekian, terima kasih.
2
SEULAS BICARA PEMANIS KATA
DARIPADA
DATUK KAMARUZZAMAN JOHARI
PENGERUSI MAJLIS KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN MASYARAKAT (MAYANG)
PARLIMEN KOTA RAJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih
Puan Guru Besar, Tuan Yang Dipertua PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG, guru-guru, tuan-
tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat
berkumpul sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali ke-42 ini. Saya merakamkan ucapan
terima kasih atas jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Tahniah dan syabas kepada Puan
Penasihat, YDP PIBG dan jawatankuasa yang telah merancang dan berjaya melaksanakan mesyuarat
pada hari ini.

Dalam arus globalisasi ini, sistem pendidikan yang ada di negara kita juga perlu selari dengan
permintaan semasa. Bermula dari rumah yang menyediakan pendidikan secara tidak formal, sekolah
adalah tempat yang melengkapkan dan memantapkan pelbagai ilmu yang perlu dikuasai oleh murid-
murid. Sekolah yang lengkap dengan infrastruktur dan tenaga pengajar yang komited dan dedikasi akan
lebih berjaya mencapai visi dan misi dengan adanya sokongan mantap daripada PIBG.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang begitu sinonim dengan institusi
sekolah. Tanpa PIBG mungkin akan pincanglah pembangunan sesebuah sekolah, ibarat irama dan lagu
yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, betapa pentingnya peranan ibu bapa dan guru untuk melestarikan
matlamat sekolah bagi memacu ke arah kecemerlangan.

Besarlah harapan saya agar ibu bapa akan sentiasa memberikan komitmen kepada pihak sekolah dengan
menyokong apa juga program yang dirancang dan dianjurkan, dan sentiasa bermusyawarah jika timbul
sebarang masalah atau kekeliruan. Ini adalah untuk memastikan matlamat dan tujuan untuk melahirkan
anak bangsa yang berketrampilan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
pada hari ini. Semoga segala usaha murni tuan-tuan dan puan-puan semua akan diberkati olehNya dan
memberi manfaat kepada anak bangsa kita semua.

Dengan lafaz ‫بسم هللا الرحـمـن الرحيم‬

Saya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT NAGA.

Salam Perjuangan,

Wasalam.

3
ATURCARA MESYUARAT AGUNG KE -42
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA

8.30 PAGI – KETIBAAN IBU-BAPA DAN PENDAFTARAN

9.00 PAGI – ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

9.10 PAGI – BACAAN DOA

9.40 PAGI – MESYUARAT BERMULA

10.00 PAGI - MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG

11.00 PAGI - MESYUARAT BERSAMBUNG

12.30 TENGAHARI - BERSURAI

4
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -42
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA

10.00 PAGI KETIBAAN TETAMU KEHORMAT


(Datuk Kamaruzzaman Johari)

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

BACAAN DOA

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH


Yang Dipertua PIBG (2014/2015)

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH


GURU BESAR,SK BUKIT NAGA.

UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU KEHORMAT

JAMUAN RINGAN TETAMU KEHORMAT

11.00 PAGI MESYUARAT BERSAMBUNG

5
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
SEKSYEN 32,SHAH ALAM
SESI 2014/2015

PENASIHAT
PUAN HAJAH SULHA BINTI CHE HITAM

YANG DIPERTUA
ENCIK AZLIKAMIL BIN NAPIAH

NAIB YANG DIPERTUA


ENCIK IMRAN BIN SATIMAN

SETIAUSAHA KEHORMAT
ENCIK AMRIL BIN TJOKKE

BENDAHARI
PUAN NORHASLINA BINTI ASWAN

AHLI JAWATANKUASA

EN. SAIRI BIN SABTU


EN. ZULHAILMY BIN MOHD YATIM
EN. MOHD AZIZI BIN ABDUL RAHMAN
EN. MOHD NASSIR BIN SHAMSUDDIN
EN. AHMAD MUZAMMIL BIN PANDAK
CIK ALECIA PUYU ANAK SEMAN
PUAN NOHAYATI BT. ARIFFIN
PUAN NORHAIDA BT. IBNU
PUAN SAUDAH BT. KASSIM
PUAN SITI ROHANI BT. MOHD ZAINOL
EN. MOHD ARIMI BIN MOHD ZIN
PUAN MARZIATI BT.MISRI
EN. MUHAMMAD NAZRI BIN AZIZ

6
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 42

PUAN HJH.SULHA BT. HITAM


Guru Besar SK Bukit Naga
PENASIHAT 1

ENCIK YOB HAMID BIN ISMAIL


Penolong Kanan Kurikulum SK Bukit Naga
PENASIHAT 2

ENCIK AZLIKAMIL B. NAPIAH


Yang Dipertua PIBG SK Bukit Naga
PENGERUSI

ENCIK IMRAN BIN SATIMAN


Naib Yang Dipertua PIBG SK Bukit Naga
TIMBALAN PENGERUSI

ENCIK AMRIL BIN TJOKKE


SETIAUSAHA KEHORMAT

PUAN NORHASLINA BT ASWAN


BENDAHARI KEHORMAT

PUAN ZURAIKHAN BT SHAMSI


PENGURUS MAJLIS

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYAMBUT TETAMU JURUACARA BACAAN DOA

En.Yob Hamid b. Ismail Pn. Siti Naquiah bt Abdullah (K) Tn.Hj.Mohd Ridzan b Ab.Sahir
En. Mohd Shukri b. Abdullah Pn. Nurbaity bt. Ahmad Tn.Hj.Mohd Faiz b. Baharan
Pn. Zanariah Ahmad En. Muhd Izwan b. Che Ismail @ Sazale
En. Ab Jamil b. Puteh
En. Azlikamil b. Napiah (PIBG)
En. Imran b. Satiman (PIBG)

7
PENDAFTARAN/ JURU KIRA PENCATAT MINIT TEKNIK AUDIO/ SIARAYA/
MULTIMEDIA
Pn.Nurul Arfah bt. Ibrahim (K) Pn. Nohayati bt. Ariffin (K)
Pn. Norharyani bt. Ishak Pn. Che Rohaida bt. Che Ismail En. Ahmad Burhan b. Anor (K)
Pn. Roslina bt. Rosman Pn. Nornadia bt. Mamat En. A Azli b. Ahmad Basir
Pn. Zakiah bt. Mat Hussain Pn. Ayuni bt. Md Saad En. Ahmad Kamal b. Abd Rahman
Pn. Norisah bt. Roslan Pn. Fahanah bt. Muhmmad En. Ahmad Basri b. Che Azih
Pn.Nurul Akmar bt. Ahmat Suhaimi Pn. Masa’ah Abd. Latif
Pn. Marziati bt. Misri Pn. Mufidah bt. Kadzri
Pn. Hirda Yanti bt. Badli
Cik Siti Hasnita bt. Saniran
Pn. Siti Saudah bt. Hamid @ Ismail

JAMUAN PERSIAPAN PENTAS DAN SAMBUTAN/ KEBERSIHAN


BACKGROUND
Pn. Rashuna bt. Ahmad Zait (K) Pn. Maiza bt. Ismail (K) Pn. Fadzlina bt. Mat Akhir (K)
Pn. Maimun bt. Ghazali Pn. Nasyrah bt. Kamaruddin Pn. Janica Juri
Pn. Ramlah bt. Mahpol Pn. Marsidah bt. Abdul Aziz Pn. Rohaida bt. Jelani
Pn. Muhaini bt. Kamarul Zaman Pn. Mahati bt.Yahaya Pn. Farah bt. Ghani
Pn. Siti Kasiam bt. Omar Pn. Noorhasiki bt. Ismail Pn. Khadijah bt. Kamarul Zaman
Pn. Rohaidah bt. Zainal Pn. Noorazlinawati bt. Zahari Pn. Khatijah bt. Kawangit
Pn. Hjh Sutimah bt. Nasiran Pn. Norhasliza bt. Kasa @ Mahidzir Pn. Rosmaria bt. Abdul Kadir
Pn. Rafiah bt. Che Ismail Pn. Siti Norfaizai bt. Kadir Pn. Shahrul Niza bt. Abd Aziz
Pn. Zuraida bt. Zainon Pn. Zawiyah Ya Pn. Fathiyah bt. Md Saad
Pn. Marlinda bt. Ahmad Pn. Moshaizaimatun bt. Mohamed Cik Mohanavadivu A/P
Pn. Suriatty bt. Ibrahim Yunus Subramaniam
Pn. Khoirul Nazwa bt. Mohamad Cik Siti Zurainiwati bt. Abd Kadir Pn. McDeline Suhasini A/P
Kolyubi Cik Jayappriya A/P Iyyanar @ Maniam
Pn. Uma @ Annita A/P Shanmugan Cik Dalia (Intern)
Thandavamoorthy En. Muazam Shah b. Mohamad
DOKUMENTASI En. Hanizu b. Hamzah JURUGAMBAR
En. Mohd Nassir b. Shamsudin
Pn. Kalpana Devi Karisnil (K) En.Ahmad Muzamil b. Pandak (K)
Pn. Hjh. Siti Zunaidah bt. Ishak En. Ahmad Yusof b. Kamaruddin
Pn. Mariani bt. Hanafi
Pn. Rosilah bt. Ishak

HADIAH BUKU ATURCARA PERSIAPAN TEMPAT


(TAPAK PERHIMPUNAN)
Cik Alecia Puyu Anak Seman (K) Cik Nurul Ashikin bt. Md Yatim (K) En. Mohd Zainuddin b. Abdul
Pn. Siti Roseshahida bt. Roslan Pn. Manisah bt. Mokhtar Ghani (K)
Pn. Siti Nafisah Pn. Nik Azlina bt. Nik Mahmood En. Fazza Fairus b. Tukiran
@ Nik Mat En. Shahru Hasimin b. Othman
Pn. Sazliana bt. Hassan @ Seman
Pn. Ruzilawati bt. Mamat En. Rahim b. Haron
Pn. Asma bt. Azmi En. Azwa b. Abdullah
Pn. Wan Ramlah bt. Wan Ahmad En. Mohd Khairul Hafriz b.
Pn. Nohaida bt. Ibnu Shamsudin
Pn. Noridawati bt. Paimin En. Zulaimran b. Omar
Pn. Suriani bt. Saman
Pn. Arijan bt. Salim

8
AGENDA MESYUARAT AGUNG KE - 42
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA

- UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-41

- MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI 2015

- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN 2015

- ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2016

- PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

- PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA 2014/2015

- PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG 2015/2016

- UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG 2015/2016

- MEMBAHASKAN USUL-USUL

1. AKADEMIK
2. DISIPLIN
3. KECERIAAN
4. KO-KURIKULUM
5. KESELAMATAN

- HAL-HAL LAIN

- UCAPAN PENANGGUHAN

9
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -41
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BUKIT NAGA , SEKSYEN 32,
40460 SHAH ALAM.
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 15 MAC 2015


HARI : AHAD
MASA : 8.00 PAGI- 1.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI M.B.S.A., KAMPUNG BUKIT NAGA,
SEKSYEN 32, SHAH ALAM.

KEHADIRAN GURU:

1. Pn. Hjh. Sulha Binti Che Hitam


2. Pn. Hjh. Siti Masnah Binti Omar
3. En. Yob Hamid Bin Ismail
4. Mohd Shukri b Abdullah
5. Hjh Siti Zunaidah bt Hj Ishak
6. Ahmad Burhan b Anor
7. Mohd Nassir b Shamsuddin
8. Mohd Faiz b Mohd Baharan
9. Kalpana Devi a/p Karisnil
10. Nurul Ashikin bt Md Yatim
11. Zuraikhan bt Shamsi
12. Nik Azlina bt Nik Mahmood @ Nik Mat
13. Noridawati bt Paimin
14. Fathiyah bt Md Saad
15. Noorazlinawati bt Zahiri
16. Mohanavadivu a/p Subramaniam
17. Suriatty bt Ibrahim
18. Norhaida bt Ibnu
19. Siti Nurul Husna bt Yusof
20. Siti Hasnita Saniran
21. Nurul Arfah Ibrahim
22. Mufidah Kadzri
23. Rosilah bt Ishak
24. Ahmad Muzamil b Pandak
25. Marsidah bt Abd Aziz
26. Marlinda bt Ahmad
27. Suriani bt Saman
28. Fadzlina bt Mohd Akhir
29. Norharyani bt Ishak
30. Rashuna bt Ahmad Zaid
31. Zuraida bt Zainon
32. Zul Aimran Omar
33. Ahmad Yusoff b Kamaruddin

10
34. Norhaslina Aswan
35. Sutimah Nasiran
36. Siti Zurainiwati bt Abdul Kadir
37. Maimun Ghazali
38. Amril Tjokke
39. Rosmaria Bt Abd Kadir @ Ismail
40. Mahati Yahaya
41. Siti Naquiah bt Abdullah
42. Norbiana bt Abdul Rashid
43. Mariani bt Hanafi
44. Siti Noorhasiki bt Ismail
45. Fadzlina Mohd Ramli
46. Asma bt Azmi
47. Ahmad Kamal b Abdul Rahman
48. Ruslinah bt Ismail
49. Rafiah bt Che Ismail
50. Sazliana Hassan
51. Roslina bt Rosman
52. Ayuni Mad Saad
53. Siti Kasiam bt Omar
54. Khatijah bt Muhammat Kawangit
55. Mohd Ridzan b Ab Sahir
56. Marziati bt Misri
57. Shahrul Niza bt Abd Aziz
58. Farah bt Ghani
59. Rohaida Jelani
60. Ramlah bt Mahpol
61. Nurbaity Ahmad
62. Arijan bt Salim
63. Hirda Yanty bt Badli
64. Suhaili bt Hasbullah
65. Wan Ramlah bt Wan Ahmad
66. Mohd Izwan b Che Ismail@ Sazale
67. Alecia Puyu Anak Seman
68. Khadijah bt Kamarul Zaman
69. Hanizu b Hamzah
70. Siti Roseshahida bt Roslan
71. Janica Juri

KEHADIRAN IBU BAPA:

1. Zulhaily b. Mohd Yatim


2. Mohd Rizul Ahmad Rawi
3. Mohd Ridzwan
4. Norazilla Jowail
5. Mohd Zaki b. Razam
6. Yusof b. Abd Rahman
7. Rafiah bt. Che Ismail
8. Sulaiman B Hj Sasi
11
9. Roslina bt. Rosman
10. Mohd Fairuz Sairi
11. Shariza bt. Mohd Sharkawi
12. Noraini Othman
13. Marziati bt. Misri
14. Mohd Shah Rizal B Sabran
15. Siti Hajar bt. Halim
16. Ahmad Nizam b. Khalil
17. Rozina bt. Shamsudin
18. Md Ibtisham b. Mukhtar
19. Safizah bt. Mohd Ali
20. Norfarahwahida Adnan
21. Ainul Adri bt.Basin
22. Siti Marliana bt. Moktha
23. Mohd Ruzaini b. Ahmad Yusuf
24. Norhasrin Shah
25. Norhaida bt.Ibnu
26. Marsidah bt. Abd Aziz
27. Marlinda bt. Ahmad
28. Rashuna bt Ahmad Zait
29. Norhaslina Aswan
30. Mohd Sairi Sabil
31. Masruri
32. Erisma Deli bt. Supardi
33. Rosli Mohamed
34. Zulkifli Yusof
35. Rohaida Jelani
36. Arijan Salim
37. Mohammad Nazri b Aziz
38. Wan Ramlah bt Wan Ahmad
39. Azhar b Mohd Yusof
40. Ahmad Faiz Misbun
41. Mohd Zakiruddin Selamat
42. Siti Zarina Oman
43. Hafiz
44. Shamsul B Daud
45. Monalisa
46. Mohd Rizal Mohd Bahar
47. Hati bt Tar
48. Siti Kasiam bt. Omar
49. Zaleha bt. Mat Salleh
50. Imran Satiman
51. Rokiah bt Athan
52. Siti Ruhani bt Mohd Zainol
53. Muhammad Fuaad b Said @ Razak
54. Rahim b Norajin
55. Saudah Kasim
56. Mohd Alif Ibrahim

12
57. Zainuddin B Atan
58. Rozaria bt Abd Jalal
59. Shahrul Amar
60. Mohd Rashid b Jamaludin
61. Aziz b Idris
62. Norhasindar bt Idris
63. Abu Hassan Kamaruddin
64. Siti Norizan Hashim
65. Noriza Adnan
66. Mohd Arimi B Mohd Zin
67. Nurzura Abdullah
68. Jaffin b Jamaluddin
69. Muhammad Shukri b Saharuddin
70. Jusmiati bt Tugman
71. Mohd Nor El Shafiq
72. Zuraida Bt Jumali
73. Azizah bt Mohd Zaki
74. Mohd Azizi Abd Rahman
75. Zabidah Hamzah
76. Nazuha Saibani
77. Noorhasila Mustaffa
78. Rafina Rahmad
79. Zubair Mat Raji
80. Shukor b Aziz
81. Nor Dini bt Alias
82. Raffi Jussri b Abd Rahman
83. Mohd Khalid
84. M. Tarmizi Che Hassan
85. Munira Hasni Mustafa
86. Norazian Ithnin
87. Sayiful Bahari b Hamid
88. Siti Asmah bt Farman
89. Supian Amir

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Pn. Norhayati Bt Ariffin


2. En. Mohd Zainuddin Bin Abd Ghani
3. Pn Zanariah Ahmad
4. Pn. Mc Deline Suhasini A/P Maniam
5. Pn. Muhaini Bt Kamarul Zaman
6. Pn. Rosimah Bt Simat
7. En. Fazza Fairus Bin Tukiran
8. Pn. Maiza Bt Ismail
9. Pn. Nurnadia Binti Mamat
10. En. Shahru Hasimin Bin Othman@Seman
11. En. A.Azli B. Ahmad Basir
13
12. Pn.Suzilah Binti Mohd Nor
13. Pn. Manisah Bt Mokhtar
14. Pn Che Rohaida bt. Che Ismail
15. Pn Norzakiah bt. Ismail
16. Pn Uma@Annita A/P Thandavamoorthy
17. Pn Ruzilawati bt. Mamat
18. Pn Azlina bt. Hashim
19. Pn Rohaidah Binti Zainal
20. Pn Nurul Akmar bt. Suhaimi
21. Pn Norisah bt. Roslan
22. Pn Fahanah bt. Muhmmad
23. Pn Siti Saudah bt. Hamid
24. Pn Nafisah
25. En Azwa b. Abdullah
26. En Khairul Hafriz

1. UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG

1.1 Yang Dipertua PIBG, En. Azlikamil bin Napiah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 En. Imran bin Satiman Naib Yang Dipertua PIBG, kepada semua
barisan pentadbiran sekolah, Guru Besar Puan Hajah Sulha binti Hitam, Puan Siti Masnah binti Haji
Omar, En Yob Hamid bin Ismail , En. Mohd Shukri bin Abdullah, Guru-guru dan barisan para ibu
bapa yang sudi hadir pada hari ini.

1.2 Beliau juga memanjatkan rasa syukur kerana dengan izin Allah Yang Maha Esa semua dapat bersama
menunaikan tanggungjawab untuk melaksanakan mesyuarat PIBG kali ke -41 ini.

1.3 Beliau mengharapkan agar mesyuarat PIBG yang diadakan dapat menyelesaikan segala masalah yang
timbul dan berharap agar para ibu dan bapa yang hadir dapat bermesyuarat sebaiknya dengan pihak
pentadbir sekolah dalam membincangkan segala isu.

1.4 Selain itu, beliau turut memaklumkan perpindahan dua orang guru SK Bukit Naga iaitu Ustaz Azizul bin
Khamis ke SK Kampung Jawa dan En Mohd Khairuddin bin Saperi ke Lembaga Peperiksaan. Beliau
juga mengucapkan takziah kepada Pn. Rohaidah binti Zainal guru SK Bukit Naga yang sedang sakit.

1.5 Beliau turut mengimbas kembali matlamat penubuhan PIBG di setiap sekolah adalah untuk menyediakan
satu platform kebajikan kepada anak murid dan sekolah serta memberi peluang ibu bapa berunding
untuk mencapai tahap pendidikan yang memuaskan . Selain itu PIBG juga membolehkan ibu bapa dan
guru bertukar fikiran dan maklumat.

1.6 Beliau juga berpesan kepada ahli mesyuarat mengenai adab mesyuarat dan meminta kerjasama antara
semua ahli untuk saling menolong antara satu sama lain.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40


(2014).

14
2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -40 telah dibentangkan oleh YDP PIBG En. Azlikamil bin
Napiah. Beliau membentangkan minit mesyuarat bermula dari muka surat 10 hingga muka surat 24.
Semua ahli mesyuarat telah menyemak minit mesyuarat secara bersama.

2.2 Minit Mesyuarat telah dicadang untuk disahkan oleh Pn. Ramlah binti Mahpol serta disokong oleh Cik
Nurul Ashikin binti Md. Yatim.

3. PERKARA BERBANGKIT

Berdasarkan Minit Mesyuarat Agung kali ke- 40, tiada perkara telah dibangkitkan.

4. PEMBENTANGAN DAN LAPORAN AKTIVITI 2014.

4.1 Setiausaha Kehormat PIBG, En Amril Bin Tjokke melaporkan sebanyak 21 aktiviti dengan merujuk
halaman 25 hingga 27 telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 dengan wang peruntukan PIBG.

4.2 Wakil ibu bapa En. Mohd Azizi bin Abd Rahman mencadangkan agar pembentangan aktiviti
disertakan dengan kos perbelanjaan.

4.3 En. Azlikamil bin Napiah memaklumkan bahawa kos perbelanjaan telah dilampirkan pada laporan
kewangan.

5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN 2014

5.1 Yang Dipertua PIBG menjemput Bendahari PIBG untuk membentang dan mengesahkan laporan
kewangan 2014.

5.2 Ibu bapa diminta merujuk muka surat 28 & 29 untuk penyata kewangan yang bermula 1 Januari 2014
dan berakhir pada Disember 2014. Bendahari menjelaskan pendapatan dana PIBG adalah sebanyak
RM 78,459.50 manakala perbelanjaan pula adalah sebanyak RM 75,826.36 dan masih mempunyai
baki sebanyak RM 2,633.14.

5.3 Yang Dipertua PIBG meminta Bendahari menjelaskan maksud APC, KATMO dan PSKPP
memandangkan terdapat ibu bapa yang tidak memahami maksud singkatan tersebut.

5.4 Bendahari menjelaskan bahawa pinjaman untuk APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), KATMO
(Karnival Tunas Mini Olimpik bawah 10 tahun MSSD Klang) dan PSKPP (Pertubuhan Sukan dan
Kebudayaan Pegawai Pendidikan) adalah pendahuluan untuk pihak sekolah kerana bayaran dalam
bentuk cek dan telah dipulangkan semula oleh pihak sekolah kepada PIBG setelah tuntutan cek
diperolehi.

5.5 Yang Dipertua PIBG meminta bendahari mengaitkan perbelanjaan dengan aktiviti-aktiviti yang
disebutkan pada muka surat 28 dan 29 seperti yang diminta oleh En. Azizi.

5.6 Bendahari menjelaskan tidak banyak peruntukan yang digunakan untuk Program Maju Diri, manakala
peruntukan sebanyak RM 3500 untuk Kem Pengawas seperti yang tertera pada muka surat 28 adalah
kem yang melibatkan pengawas Tahap 1 dan Tahap 2. Program lain seperti sambutan Maulidur Rasul
tidak melibatkan duit PIBG.
15
5.7 Yang Dipertua PIBG menjelaskan bahawa ada program yang tidak menggunakan dana PIBG kerana
terdapat program yang mendapat sumbangan dalam bentuk kewangan daripada sebilangan individu/ibu
bapa seperti program Kem Bestari Solat.

5.8 Yang Dipertua PIBG turut menerangkan enam pecahan perbelanjaan kepada ibu bapa iaitu ko-
kurikulum, fizikal insfrastruktur, akademik/kurikulum, kebajikan, pentadbiran PIBG dan juga baki.

5.9 En. Azizi meminta perbelanjaan PIBG diberi sama rata untuk semua murid, bukan dikhususkan untuk
sesuatu program sahaja.

Penjelasan pihak PIBG :


Yang Dipertua PIBG menyokong pendapat En. Azizi dan berharap barisan PIBG yang akan datang
dapat meningkatkan mutu kepimpinan mereka.

5.10 Pn. Siti bertanyakan kepada Yang Dipertua PIBG mengenai perbelanjaan untuk Unifi yang dilihat
tidak munasabah iaitu sebanyak RM 2154.

Penjelasan pihak PIBG :


Yang Dipertua PIBG menjelaskan bahawa kapasiti internet di SKBN amat mendukacitakan.Oleh
kerana itu, pihak sekolah mencuba sedaya upaya meningkatkan kapasiti internet di sekolah untuk
kemudahan guru-guru.Yang Dipertua PIBG turut menjelaskan Unifi di SKBN memerlukan peruntukan
PIBG demi kebaikan semua pihak khususnya guru-guru.

5.11 En. Ridzuan membangkitkan kemusykilan mengenai ketiadaan respon dari guru-guru melalui aplikasi
whatsapp dan facebook sedangkan kemudahan Unifi telah disediakan untuk kegunaan guru-guru.

Penjelasan pihak PIBG :


Yang Dipertua PIBG meminta guru-guru memberi maklumbalas kepada ibu bapa dan memanfaatkan
kemudahan yang ada.

5.12 En. Shahrizal bertanyakan mengenai perkara top-up SMS, beli tanah merah dan beli pasir yang dilihat
tidak munasabah iaitu masing-masing berjumlah RM 551.20, RM 1600 dan RM 700.

Penjelasan pihak PIBG :


Yang Dipertua PIBG menjelaskan top-up SMS digunakan oleh para guru untuk menyampaikan
maklumat kepada ibu bapa khususnya mengenai mesyuarat-mesyuarat penting. Bayaran untuk satu
SMS ialah 1 sen dan sistem SMS masih lagi diguna pakai. Menurut Yang Dipertua PIBG, jika sistem
SMS didapati tidak relevan oleh ahli mesyuarat maka perkhidmatan ini boleh dihentikan.

5.13 En. Shahrizal meminta penjelasan sekali lagi mengenai KATMO.

Penjelasan pihak PIBG :


En.Ahmad Muzammil menjelaskan KATMO melibatkan permainan bola sepak, bola jaring, olahraga
dan juga ragbi.KATMO pada tahun 2014 menelan perbelanjaan sebanyak RM700.Ini kerana murid
yang terlibat dalam KATMO adalah murid yang menjadi wakil daerah Klang. Oleh itu ianya
memerlukan pembiayaan.

Yang Dipertua PIBG turut menambah jumlah RM700 ialah jumlah yang sedikit, dan beliau turut
berterima kasih kepada ibu bapa yang sanggup datang menonton perlawanan anak-anak dan memberi
sokongan kepada mereka.
16
Keputusan mesyuarat :
Penyata laporan kewangan ini telah diterima dan disahkan berdasarkan cadangan Yang Dipertua PIBG
dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

6. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN KEWANGAN PIBG 2015.

6.1 Yang Dipertua PIBG memohon ahli mesyuarat merujuk muka surat 30. Anggaran pendapatan dan
perbelanjaan kewangan PIBG adalah bermula Januari 2015 dan berakhir Disember 2015.

6.2 Yang Dipertua PIBG memberi penjelasan mengapa perlunya perbelanjaan dibahaskan di mesyuarat.
Ini bertujuan bagi mengelakkan ahli membelanjakan kewangan dengan sewenang-wenangnya.

6.3 Yang Dipertua PIBG turut menjelaskan pendapatan kewangan PIBG pada tahun 2015 adalah sebanyak
RM 77, 663.14. Pendapatan ini tidak termasuk sumbangan daripada individu-individu tertentu seperti
anak sakit, guru sakit atau ibu bapa ditimpa musibah.

6.4 Anggaran perbelanjaan Bil. 4 pada muka surat 30 adalah belum diperolehi. Menurut Yang Dipertua
PIBG, ini kerana terdapat segelintir ibu bapa yang masih belum menjelaskan yuran PIBG.

6.5 En. Azizi meminta penjelasan mengenai bayaran pengawal dan prasarana sekolah.

Penjelasan pihak PIBG :


Bendahari PIBG menjelaskan bahawa pengawal keselamatan di sekolah mempunyai gaji sendiri, pihak
sekolah hanya meminta bantuan pengawal untuk mengawal lalu lintas sekolah pada waktu pagi dan
petang sahaja.Bayaran bagi seorang pengawal adalah RM50 sebulan dan pihak sekolah membayar
jumlah tersebut kepada dua orang pengawal yang ditugaskan bermula Januari sehingga Oktober.

Mengenai prasarana sekolah, Bendahari PIBG menjelaskan jumlah yang tertera pada muka surat 30
adalah anggaran sahaja, jika diperlukan barulah pihak sekolah akan menggunakan jumlah seperti yang
tertera.

6.6 En. Azizi meminta penjelasan mengenai perbelanjaan mesyuarat agung PIBG sebanyak
RM4000.Beliau turut meminta pihak sekolah mengeluarkan kenyataan bertulis kepada ibu bapa jika
melaksanakan sesuatu program supaya lebih terperinci.

Penjelasan pihak PIBG :


Yang Dipertua PIBG menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM4000 untuk mesyuarat agung PIBG
adalah melibatkan bayaran sewa dewan dan makanan untuk ibu bapa. Sekiranya mesyuarat diadakan di
sekolah, pihak sekolah akan mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa kanopi disebabkan sekolah
tidak mempunyai dewan.

Keputusan mesyuarat :
Pembentangan anggaran perbelanjaan dan perbelanjaan bagi tahun 2015 telah diterima sebulat suara
oleh ahli mesyuarat

7. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2013/2014

17
7.1 Yang Di Pertua PIBG En. Azlikamil bin Napiah mewakili Jawatankuasa PIBG mengucapkan terima
kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama yang diberikan.

7.2 Beliau juga turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang beliau memegang
portfolio Yang Di Pertua PIBG. Beliau seterusnya membubarkan Jawatankuasa PIBG bagi sesi
2013/2014.

7.3 Cik Nurul Ashikin binti Md. Yatim mencadangkan En.Yob Hamib Bin Ismail dipilih sebagai Pengerusi
Sementara dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

8. PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2014/2015

8.1 En Yob Hamid bin Ismail mempengerusikan pemilihan dan perlantikan AJK PIBG 2014/2015.

8.2 Sesi Perlantikan AJK PIBG 2014/2015

8.2.1 Yang Dipertua PIBG

Calon : En. Azlikamil bin Napiah


Pencadang : Puan Suriani binti Saman
Penyokong : En. Mohd Sairi bin Sabtu

Calon : En. Imran bin Satiman


Pencadang : En. Mohd Termizi bin Che Hassan
Penyokong : En. Mohd Sairi bin Sabtu

En. Mohd Sairi bin Sabtu mencadangkan agar cadangan ditutup dan mesyuarat melantik En. Azlikamil
bin Napiah sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2014/2015 dengan undian majoriti sebanyak 49
undian.

8.2.2 Naib Yang Dipertua PIBG

Calon : En. Imran bin Satiman


Pencadang : En. Mohd Termizi bin Che Hassan
Penyokong : En. Mohd Sairi bin Sabtu

En. Mohd Sairi bin Sabtu mencadangkan agar En. Imran bin Satiman dilantik sebagai Naib Yang
Dipertua PIBG tanpa perlu undian kedua dan mesyuarat setuju sebulat suara. Mesyuarat melantik En.
Imran Bin Satiman sebagai Naib Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2014/2015 dengan 14 undian.

8.2.3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa (6 orang)

Calon : En. Zulhailmy bin Md Yatim


Pencadang : En. Mohd Sairi bin Sabtu

Calon : En. Mohd Sairi bin Sabtu


Pencadang : En. Mohd Termizi bin Che Hassan

Calon : Pn. Saudah binti Kassim


Pencadang : Pn. Zakiah binti Sulaiman
18
Calon : En. Mohd Azizi bin Abdul Rahman
Pencadang : Pn. Norhaslina binti Aswan

Calon : Pn. Siti Rohani binti Mohd Zainol


Pencadang : Pn. Noorazlinawati bt Zahari

Calon : En Mohd Arimi bin Mohd Zin


Pencadang : En. Azril

Calon Juru Audit Ibu Bapa : Encik Muhammad Nazri bin Aziz
Pencadang : Cik Nurul Ashikin bint Md Yatim

En. Mohd Ridzuan bin Mohd Khairom mencadangkan pemilihan AJK PIBG dalam kalangan Ibu Bapa
ditutup. Cadangan telah disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Keenam-enam calon yang
dicadangkan serta calon Juru Audit Ibu Bapa telah terpilih untuk mengisi tempat Ahli Jawatankuasa
PIBG 2014/2015.

8.2.4 Pemilihan AJK Guru

Setiausaha Kehormat : En Amril bin Tjokke


Bendahari : Puan Norhaslina binti. Aswan
AJK : En. Mohd Nassir bin Shamsuddin
En. Ahmad Muzammil bin Pandak
Cik Alecia Puyu Anak Seman
Pn. Norhaida binti Ibnu
Pn. Norhayati binti Ariffin
Juruaudit Guru : Puan Marziati binti Misri
Juruaudit Ibu Bapa : En. Muhammad Nazri bin Aziz

9. UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG 2014/2015

9.1 Yang Di Pertua PIBG En Azlikamil bin Napiah merakamkan setinggi terima kasih atas perlantikan
semula beliau meskipun sudah 5 tahun berkhidmat selaku YDP PIBG di SK Bukit Naga.

9.2 Beliau mengharapkan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

9.3 Seterusnya beliau memberi laluan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu untuk
memperkenalkan diri.

9.4 Encik Mohd Arimi bin Mohd Zain mengucapkan terima kasih di atas perlantikan dan akan berusaha
untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas.

9.5 Puan Siti Rohani binti Mohd Zainal mengucapkan terima kasih di atas perlantikan.

9.6 Encik Mohd Azizi bin Abd Rahman menghulurkan salam perkenalan kepada semua ahli mesyuarat.

9.7 Encik Muhammad Nazri bin Aziz mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada
beliau dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.
19
9.10 Yang Dipertua PIBG mengucapkan selamat datang kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu dan
mengalu-alukan kedatangan mereka.

MEMBAHASKAN USUL-USUL

10.1 ISU AKADEMIK

10.1.1 Usul daripada Encik Ainul Adri bin Basmi

Encik Ainul Adri bin Basmi mencadangkan agar diwujudkan bank soalan kertas-kertas
peperiksaan tahun-tahun terdahulu untuk peperiksaan sumatif (dari tahun 1 hungga tahun 6) dan
UPSR. Beliau juga menyarankan agar bank soalan ini boleh diakses secara atas talian oleh ibu
bapa atau murid untuk kemudahan rujukan dan panduan.

Maklumbalas pihak PIBG

Yang Dipertua PIBG bersetuju dengan cadangan yang baik ini dan berharap bank soalan ini akan dapat
diwujudkan.

Keputusan mesyuarat:

Pihak Sekolah bersetuju dengan perlaksanaan bank soalan ini dan akan diusahakan tindakannya.

10.2 ISU DISIPLIN

10.2.1 Usul daripada Encik Azhar bin Mohd Yusof

Encik Azhar bin Mohd Yusup menyuarakan kebimbangan ketika murid bergerak menuruni
tangga terutama ketika waktu tamat persekolahan. Beliau memohon pengawasan guru kerana
murid sering berlari dan boleh mengakibatkan kemalangan.Beliau menekankan perlunya tingkah
laku yang tertib ketika menuruni tangga serta berkongsi pengalaman anak beliau sendiri yang
pernah terjatuh ketika menuruni tangga di sekolah agama.

Maklumbalas pihak PIBG

Yang Dipertua PIBG memaklumkan langkah-langkah keselamatan akan dipertingkatkan.

Keputusan mesyuarat:

Pihak Sekolah bersetuju dan akan mempertingkatkan lagi aspek-aspek keselamatan.

10.3 ISU KESELAMATAN

10.3.1 Usul daripada Encik Ridzuan


20
Encik Ridzuan menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan infrastruktur yang berbahaya.
Kedudukan bahu jalan yang berbukit dan curam menyukarkan ibu bapa untuk memakir
kenderaan dan pernah berlaku tayar kenderaan tersekat di dalam longkang ketika hari
pendaftaran. Beliau menyarankan agar papan tanda ”No Parking” diletakkan di bahu jalan
kerana khuatir akan ada kenderaan yang terbalik kelak disebabkan kawasan tepi jalan yang
curam. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan kawasan tempat letak kereta
yang selamat untuk urusan mengambil dan menghantar murid ke sekolah. Selain itu, beliau
memohon agar guru-guru bertugas di pintu pagar ketika waktu murid pulang untuk tujuan
menahan murid dari berlari ketika keluar dari kawasan sekolah. Encik Ridzuan juga merujuk
kepada kedudukan halangan berpalang di jalan tepi padang dan memohon pertimbangan
sekolah untuk mengatasi masalah yang bakal timbul sekiranya hujan.

Maklumbalas pihak PIBG

Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa isu keselamatan di sekolah ditanggung


sepenuhnya oleh Guru Besar. Sehubungan itu, beliau merujuk tindakan beberapa sekolah
seperti SK Kota Kemuning dan SK Jalan Kebun yang meletakkan papan tanda ”NO ENTRY”
dan menghalang kenderaan waris dari masuk dan meletakkan kenderaan di perkarangan
sekolah. Hal ini untuk memastikan keselamatan seramai 1800 murid yang berada di dalam
kawasan sekolah. Beliau menyeru agar ibu bapa memainkan peranan membantu sekolah
menjaga keselamatan murid ketika mereka melangkah keluar dari kawasan sekolah dan di luar
kawasan sekolah.

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Encik Azhar bin Mohd Yusof menyuarakan tentang sikap sebilangan murid-murid yang takut
untuk berjumpa dan memberitahu guru sekiranya ada masalah. Beliau mencadangkan agar peti
cadangan dan borang aduan diwujudkan untuk kegunaan murid. Beliau juga memaklumkan
tentang situasi murid datang awal ke sekolah untuk tujuan pergi ke pusat sumber tetapi pusat
sumber tidak dibuka. Beliau memohon agar pusat sumber sentiasa dibuka untuk digunakan oleh
murid-murid.

Maklumbalas pihak PIBG:

Yang Dipertua PIBG memaklumkan peti cadangan akan diletakkan di kantin dan borang aduan
akan diberikan. Beliau juga memaklumkan pusat sumber akan dibuka untuk kegunaan murid-
murid.

11.2 Encik Ridzuan mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan papan kenyataan dan
ditempatkan di kawasan pintu masuk sekolah untuk memberi maklumat dan menjadi rujukan
kepada ibu bapa.

Maklumbalas pihak PIBG:

YDP PIBG memaklumkan bahawa papan kenyatan yang dimaksudkan sedang diusahakan dan
proses pemasangan dijangka siap dalam tempoh terdekat.

12. PENUTUP

21
YDP PIBG En. Azlikamil bin Napiah merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atas segala
komen dan cadangan. Beliau sangat menghargai segala pandangan dari ibu bapa dan bersedia
menerima sebarang komen dan cadangan sama ada melalui akaun facebook sekolah atau ke talian
peribadi beliau iaitu 013-2208868. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 ditangguhkan pada jam 1.15
tengah hari.

Disediakan oleh,
URUSETIA
AJK PENCATAT MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 Tarikh : 19 Mac 2015

Disahkan oleh,

____________________________ _____________________________
(EN AZLIKAMIL BIN NAPIAH) (PN.HJH.SULHA BT.CHE HITAM)
YANG DIPERTUA PIBG PENASIHAT,
SK BUKIT NAGA PIBG SK BUKIT NAGA

LAPORAN TAHUNAN
AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
22
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
SESI 2015
PERBELANJAAN
BIL AKTIVITI CATATAN
PIBG

Program Motivasi Program kerjasama dengan Unit Bimbingan dan


Keibubapaan & Kauseling ini melibatkan semua ibubapa dan
1 Akujanji Pelajar UPSR calon UPSR 2015 bagi memupuk kerjasama RM1761
(Program dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam
Permuafakatan) peperiksaan.

Sukaneka 2015 Acara tahunan ini melibatkan semua murid


2 Tahap 1 Tahap 1. Pelbagai acara dijalankan dan RM5000
pertandingan diadakan antara rumah sukan.

Kursus ini melibatkan semua Pengawas Sekolah


Kursus Kepimpinan Tahap 1 dan Tahap 2. Program ini telah
3 RM2500
Pengawas dijalankan dengan kerjasama Badan Disiplin dan
Pengawas.

Program ini diadakan bagi memberikan


pendedahan tentang teknik menjawab soalan
Teknik Menjawab kepada murid tahun 6. Penceramah yang
4 Soalan UPSR dijemput adalah pakar dalam matapelajaran RM953
BahasaMelayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik. Program dijalankan dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Sukan ini melibatkan pelbagai acara balapan dan


Sukan Tahunan Kali
padang dan melibatkan murid-murid yang
5 ke-41 RM6000
mewakili
rumah sukan masing-masing.

Program ini dijalankan untuk memberikan murid


– murid Tahun 1 pendedahan terhadap suasana
baharu di sekolah dan memperkenalkan guru –
6 Hari Orientasi Tahun 1 guru serta membiasakan diri dengan waktu RM1156
persekolahan serta tempat – tempatyang akan
mereka pergi sepanjang berada di sekolah
seperti perpustakaan, bilik muzik, bilik APD,
kantin, tandas dan lain – lain.
7. Merentas Desa RM400
Program ini dijalankan bagi mendedahkan murid
tentang amalan gaya hidup sihat dan memilih
pelajar untuk mewakili sekolah dalam

23
pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah.

Perkhemahan Badan Perkhemahan tahunan ini melibatkan 140 orang


8. RM3000
Beruniform ahli badan beruniform sekolah daripada Tahap
2.

Mesyuarat tahunan ini memberi peluang kepada


Mesyuarat Agung
9 ibubapa dan guru-guru mengemukakan dan RM4000
PIBG-41
membahaskan usul-usul yang berbangkit bagi
kecemerlangan sekolah.

Program ini diadakanuntukmeraikan kanak-


10. Hari Kanak-Kanak kanak di seluruh dunia. Majlis peringkat sekolah RM5000
ini diserikan dengan pelbagai aktiviti dan
persembahan daripada murid-murid.

Program ini untuk meraikan kejayaan murid-


11. Hari Kecemerlangan RM5500
murid Tahun 1-6 yang cemerlang dalam
pelajaran mereka.

Majlis Solat Hajat & Program kerjasama dengan Panitia Pendidikan


Bacaan Yaasin UPSR Islam ini telah dijalankan bermula jam 7.00
12. RM1250
2015 malam hingga 9.00 malam dengan kerjasama
Panitia Pendidikan Islam.

Aktiviti hujung tahun murid – murid selepas


peperiksaan untuk menggalakkan murid hadir ke
sekolah terutamanya sewaktu akhir tahun kerana
kehadiran murid – murid agak merosot sedikit
13. Karnival Kokurikulum RM1000
terutamanya setelah peperiksaan akhir tahun dan
perkara ini akan memberikan reputasi yang
buruk untuk pihak sekolah terutamanya di
bahagian pentadbiran.

Aktiviti yang julung kali diadakandanmerupakan


program rintis yang melibatkan penduduk
kampung dan juga warga SKBN. Ia juga (sila rujuk lampiran
14. Karnival Gempaq Ria memberi ruang kepada penduduk kampung perbelanjaan)
untuk melibatkan diri dalam aktiviti RM12899.20
keusahawanan serta merapatkan lagi hubungan
dengan sekolah.

PENCAPAIAN UPSR 2015

24
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015
ANALISA MATA PELAJARAN

RUMUSAN KESELURUHAN

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA KOD : BBA0005


JUM CALON Gred A Gred B Gred C LULUS Gred D Gred E GAGAL
CALON HADIR Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
PEN 277 277 182 65.7 60 21.7 21 7.6 263 94.9 12 4.4 2 0.7 14 5.1
PEM 277 277 171 61.7 52 18.8 49 17.7 272 98.2 4 1.4 1 0.4 5 1.8
BI 277 277 40 14.4 48 17.3 101 36.5 189 68.2 59 21.3 29 10.5 88 31.8
M3 277 277 88 31.8 53 19.1 107 38.6 248 89.5 18 6.5 11 4.0 29 10.5
SC 277 277 31 11.2 122 44.0 86 31.0 239 86.3 16 5.8 22 7.9 38 13.7

70 A
A
60

50 B
P
E C C
40
R A C
A 30
B D
T BC B B
U 20 A
E A
S 10
C
D D
E DE
E DE
0
PEN PEM BI M3 SC

JADUAL PERATUSAN MURID MENGUASAI MATA PELAJARAN


BERDASARKAN
JUMLAH CALON UPSR 2015
25
Lulus Semua Menguasai
Gagal semua
Mata sebahagian
Bilangan Calon Ambil mata Calon 5A/7A
Pelajaran mata
Ujian pelajaran
(A+B+C) pelajaran
Jum % Jum % Jum % Jum %
277
184 66.43 89 32.13 4 1.4 22 7.94

LULUS GAGAL
JUMLAH CALON CALON HADIR BIL % BIL %

277 277 184 66.43 93 33.57

70 66.43

60
P 50
E
R 40 33.57
A 30
T
U 20
S
10

0
LULUS GAGAL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


TAHUN 2015
NAMA SEKOLAH : SK BUKIT NAGA KOD: BBA 0005

26
KEPUTUSAN PENCAPAIAN TERBAIK

BILANGAN KEPUTUSAN BIL %

JUMLAH CALON AMBIL 5A 22 7.94

CALON UJIAN 4A1B 18 6.49

277 277 4A1C 3 1.08

9
7.94
8
7 6.49
P
E 6
R 5
A 4
T
U 3
S 2 1.08
1
0
5A 4A1B 4A1C

PENCAPAIAN UPSR 2014

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2014

ANALISA MATA PELAJARAN


27
RUMUSAN KESELURUHAN

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA KOD : BBA0005


JUM CALON Gred A Gred B Gred C LULUS Gred D Gred E GAGAL
CALON HADIR Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
PEN 233 233 130 55.8 66 28.3 24 10.3 220 94.4 9 3.9 4 1.7 13 5.6
PEM 233 233 112 48.1 42 18.0 69 29.6 223 95.7 3 1.3 7 3.0 10 4.3
BI 233 233 28 12.0 56 24.0 85 36.5 169 72.5 55 23.6 9 3.9 64 27.5
M3 233 233 70 30.0 30 12.9 86 36.9 186 79.8 29 12.4 18 7.7 47 20.2
SC 233 233 24 10.3 89 38.2 75 32.2 188 80.7 21 9.0 24 10.3 45 19.3

60 A

50 A

40 C C B
P
E C
B C A
R 30
B D
A
T 20 B
U A B D
S C A DE
10 E
D E
E DE
0
PEN PEM BI M3 SC

JADUAL PERATUSAN MURID MENGUASAI MATA PELAJARAN


BERDASARKAN
JUMLAH CALON UPSR 2014

28
Lulus Semua Menguasai
sebahagian Gagal semua
Mata
Bilangan Calon Ambil mata mata Calon 5A
Pelajaran
Ujian pelajaran pelajaran
(A+B+C)
Jum % Jum % Jum % Jum %
233
152 65.24 75 32.19 6 3.86 9 3.86

LULUS GAGAL
JUMLAH CALON CALON HADIR BIL % BIL %
233 233 152 65.24 81 34.76

70 65.24

60

P 50
E
R 40 34.76
A 30
T
U 20
S
10

0
LULUS GAGAL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


TAHUN 2014
NAMA SEKOLAH : SK BUKIT NAGA KOD : BBA 0005

29
KEPUTUSAN PENCAPAIAN TERBAIK

BILANGAN KEPUTUSAN BIL %

JUMLAH CALON AMBIL 5A 9 3.86

CALON UJIAN 4A1B 28 12.02

233 233 4A1C 1 0.43

14
12.02
12

10
P
E
8
R
A
T 6
U 3.86
S 4

2
0.43
12.02
0
5A 4A1B 4A1C

PENCAPAIAN UPSR 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2013

ANALISA MATA PELAJARAN

30
RUMUSAN KESELURUHAN

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA KOD : BBA0005


JUM CALON Gred A Gred B Gred C LULUS Gred D Gred E GAGAL
CALON HADIR Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
PEN 256 256 157 61.3 72 28.1 16 6.3 245 95.7 7 2.7 4 1.6 11 4.3
PEM 256 256 161 62.9 48 18.8 39 15.2 248 96.9 5 2.0 3 1.2 8 3.1
BI 256 256 19 7.4 57 22.3 108 42.2 184 71.9 65 25.4 7 2.7 72 28.1
M3 256 256 64 25.0 62 24.2 92 35.9 218 85.2 20 7.8 18 7.0 38 14.8
SC 256 256 47 18.4 108 42.2 77 30.1 232 90.6 18 7.0 6 2.3 24 9.4

70
A
A
60

P
E 50
R
C B
A
T 40 C
U
S C
30 B
D A B
B
B A
20
C

10 A D E D
C
D E D E E E
0
PEN PEM BI M3 SC

JADUAL PERATUSAN MURID MENGUASAI MATA PELAJARAN


BERDASARKAN
JUMLAH CALON UPSR 2013

31
Menguasai
Lulus Semua sebahagian Gagal semua
Bilangan Calon Ambil Mata Pelajaran mata mata Calon 5A
Ujian (A+B+C) pelajaran pelajaran

Jum % Jum % Jum % Jum %


256
176 68.75 77 30.07 3 1.17 15 5.86

LULUS GAGAL
JUMLAH CALON CALON HADIR BIL % BIL %
256 256 176 68.75 80 31.25

80

68.75
P 70
E
R
60
A
T
U 50
S

40
31.25
30

20

10

0
LULUS GAGAL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


TAHUN 2013
NAMA SEKOLAH : SK BUKIT NAGA KOD : BBA 0005

KEPUTUSAN PENCAPAIAN TERBAIK

32
BILANGAN KEPUTUSAN BIL %

JUMLAH CALON AMBIL 5A 15 5.86

CALON UJIAN 4A1B 22 8.59

256 256 4A1C 4 1.56

10

9 8.59

8
P
7
E
R 5.86
6
A
T 5
U
S 4

2 1.56

0
5A 4A1B 4A1C

SENARAI NAMA CALON PERWAKILAN PIBG


SK BUKIT NAGA 2015 / 2016

33
JAWATAN YANG DIPERTUA PENCADANG DAN JUMLAH
PENYOKONG UNDI

JAWATAN NAIB PENCADANG DAN JUMLAH


YANG DIPERTUA PENYOKONG UNDI

JAWATAN AHLI JAWATANKUASA PENCADANG DAN JUMLAH


PENYOKONG UNDI

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA PIBG


SK BUKIT NAGA SESI 2013 / 2014

BIL NAMA JAWATAN


1. PUAN HAJAH SULHA BINTI CHE HITAM PENASIHAT
2. YANG DIPERTUA
3. NAIB YANG DIPERTUA
34
4. ENCIK AMRIL BIN TJOKKE SETIAUSAHA
5. PUAN NORHASLINA BT ASWAN BENDAHARI
6. AJK IBUBAPA
7. AJK IBUBAPA
8. AJK IBUBAPA
9. AJK IBUBAPA
10. AJK IBUBAPA
11. AJK IBUBAPA
12. AJK GURU
13. AJK GURU
14. AJK GURU
15. AJK GURU
16. AJK GURU
17. JURUAUDIT (IBUBAPA)
18. JURUAUDIT (GURU)

35
Kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SKBN 2015.

36

Anda mungkin juga menyukai