Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU- ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bersama-sama sekali
lagi berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-
18 SMK Saujana Utama secara alam maya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih di atas
kesudian para ibu bapa meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kita pada hari ini. Kehadiran
ini menunjukkan tanda sokongan dan keprihatinan para ibu bapa kepada barisan pentadbir dan para
guru SMK Saujana Utama untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
meneruskan kecemerlangan anak-anak kita selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan masa
kini. Syabas diucapkan kepada para hadirin kerana menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan merupakan perantara dan pelaksana antara pihak sekolah dengan
semua ahli PIBG. Komitmen, dedikasi, sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan serta material
yang dimiliki oleh semua ahli PIBG amatlah dialu-alukan bagi melaksanakan segala program yang
dirancang. Hal ini bertepatan dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing untuk dijayakan. Oleh itu, saya
menyeru agar semua ahli dapat bergabung usaha dan tenaga dalam memacu persatuan ini menjadi
lebih dinamik.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta
tahniah kepada semua ibu bapa, warga sekolah dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18, SMK Saujana Utama. Semoga AJK PIBG yang dilantik bagi sesi
2022 /2023 dapat memberikan kerjasama yang jitu dan menggalas tanggungjawab yang
diamanahkan demi kemajuan anak-anak SUTAMA. Gurindam ini dinukilkan untuk renungan kita
bersama-sama.

          Jika murid mendengar kata


                  Tidak guru berkata cela

                  Jika ibu bapa bekerjasama


                  Tidaklah anak berdukacita

                  Jika kita seia sekata


                  Tiada timbul sengketa

                  Jika seiring kita berusaha


                  Pasti semua akan berjaya

Sekian, terima kasih.

EN MOHD AZAMANIZAM BIN BAHARUN,


YANG DI PERTUA
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SMK SAUJANA UTAMA SG BULOH.

Anda mungkin juga menyukai