Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN INOVASI

PENGGUNAAN PAPAN AJAIB SALAK


BAGI MEMBANTU MURID TAHUN 5
MEMBINA AYAT MAJMUK

NAMA:
RUSNAH BINTI ABDUL RAHMAN

NAMA SEKOLAH:
SK PADANG HILIRAN, KUALA TERENGGANU.

2015

MAKLUMAT DIRI
Nama

: Rusnah binti Abdul Rahman

No K/P

Alamat Sekolah

: SK Padang Hiliran, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

MATA PELAJARAN YANG DIAJAR


Bahasa Malaysia
TAJUK INOVASI
Penggunaan Papan Ajaib Salak bagi Membantu Murid Tahun 5 Membina Ayat Majmuk.

1.0 PERNYATAAN MASALAH


Kebanyakan ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Berdasarkan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2008), pengolahan ayat yang tidak menarik dengan pemilihan
kosa kata yang tidak bersesuaian dengan grafik. Manakala menurut A.Rahman et. al. (2012) pula
menyatakan bahawa penggunaan bahasa pasar juga terdapat dalam ayat yang dibina. Selain itu,
penggunaan imbuhan, kata sendi, kata hubung, penjodoh bilangan dan kata adjektif tidak
digunakan dengan sebaik-baiknya dalam ayat yang dibina.
Mengetahui bahasa bermaksud berupaya menghasilkan ayat baru yang dituturkan.
Memahami pula ialah ayat yang didengar dan dapat menggunakan ayat mengikut keperihalan
keadaan seterusnya dapat menggabungkan kata-kata untuk membentuk frasa. Kemudian frasa
disusun membentuk klausa dan ayat (Noor Aina, 2007). Menurut Zamri (2010), menyatakan
bahawa penulisan merupakan satu cabaran sama ada menulis dalam bahasa ibunda ataupun
dalam bahasa kedua. Melalui penulisan dapat meningkatkan penguasaan bahasa kerana murid
perlu mencuba pelbagai jenis perkataan baru, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak
serta berkomunikasi idea secara efektif dengan mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan
kata.

Menurut Abdul Syukor (1999), guru perlu mewujudkan proses pengajaran bahasa yang
menarik dan situasi sedemikian akan menyebabkan murid berminat untuk belajar serta
mengamalkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Suasana pengajaran yang menarik dan
pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan adalah amat perlu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
Justeru, saya mendapat satu idea untuk mencipta satu alat yang dikenali sebagai Papan
Ajaib SALAK untuk membimbing murid membina ayat berdasarkan bahan grafik seterusnya
guru boleh mempraktikkan latihan pemulihan bagi murid yang bermasalah dalam kemahiran
menulis seperti tulisan tidak kemas dan tidak tersusun. Penjanaan idea dengan menggunakan alat
ini dapat membantu murid Tahun 5 satu untuk membina ayat dengan mudah dan efektif.
Perbendaharaan kata dapat dijana secara lisan dan penggunaan tatabahasa bergerak seiring dalam
struktur ayat yang dibina. Di samping itu, guru juga dapat memantau kemahiran menulis dan
tulisan murid semasa menggunakan alat ini. Alat ini sebagai satu langkah membimbing murid
Tahun 5 membina ayat dengan betul dan gramatis sebelum menduduki UPSR pada tahun
hadapan.

2.0 TOPIK DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN


Berdasarkan pernyataan masalah di atas, topik yang akan saya gunakan ialah membina ayat
majmuk. Pembelajaran ini adalah sangat penting dalam penulisan karangan bagi murid Tahap 2.
Murid perlu didedahkan dahulu apa yang dimaksud dengan ayat majmuk untuk mengenalpasti
bentuk ayat majmuk tersebut.
Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau
lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan
menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan tambahan
keterangan. Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu
klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula
mengandungi lebih daripada satu klausa. Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada
satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan. Ayat-ayat majmuk boleh
dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan cara pembentukannya. Terdapat tiga jenis ayat
majmuk iaitu:
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
3.0 OBJEKTIF INOVASI
Objektif Umum:
Objektif umum inovasi ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 5 membina ayat majmuk
dengan berkesan.
Objektif Khusus:
Objektif khusus inovasi ini bertujuan seperti berikut:
a. Menarik minat murid untuk belajar dengan memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
b. Memudahkan murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk secara gramatis.
c. Membimbing murid menulis dengan kemas dan tersusun.
d. Melihat sejauhmana alat ini mampu meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam
membina ayat.

4.0 BAGAIMANA ALAT/BAHAN INOVASI PAPAN AJAIB SALAK MAMPU


MENGATASI MASALAH MURID
Berdasarkan masalah yang telah saya nyatakan, saya yakin alat/bahan ini mampu mengatasi
masalah murid membina ayat terutamanya ayat majmuk dengan berkesan. Teknik SALAK yang
saya gunakan dalam inovasi ini merupakan idea asal seorang pegawai Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu A. Rahman Haron namun saya mengolahnya menjadikan satu alat baharu yang
tidak menggunakan konsep pembelajaran Chalk and Talk tetapi murid belajar menggunakan
bahan grafik/visual serta menerapkan penggunaan whiteboard pada alat tersebut.
Penggunaan alat inovasi ini mampu membimbing murid membina ayat majmuk dengan
betul dan gramatis. Berdasarkan Gambar 1 di bawah, bahagian alat inovasi ini dibahagikan
kepada enam bahagian iaitu pada bahagian pertama merupakan tempat untuk memasukkan
gambar/bahan grafik untuk dijadikan sebagai panduan murid membina ayat. Manakala bahagian
seterusnya ialah bahagian teknik SALAK yang mewakili siapa (S), aktiviti (A), lokasi (L), alat
(A) dan keterangan (K).

Gambar 1 Bahagian-Bahagian Papan Ajaib SALAK


Selain itu, guru boleh menggunakan alat ini untuk membina pelbagai bentuk ayat
berdasarkan teknik SALAK. Terdapat lapan jenis atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid
menggunakan Teknik SALAK iaitu:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

SA (siapa, aktiviti)
SAL (siapa, aktiviti, lokasi)
SALA (siapa, aktiviti, lokasi, alat)
SALK (siapa, aktiviti, lokasi, keterangan)
SALAK (siapa, aktiviti, lokasi, alat, keterangan)
SAA (siapa, aktiviti, alat)
SAAK (siapa, aktiviti, alat, keterangan)
SAK (siapa, aktiviti/alat, keterangan)
Kepelbagaian bentuk ayat menunjukkan ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip

antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina dengan teknik ini masih gramatis
mengikut laras tatabahasa. Ini secara tidak langsung, alat ini boleh dijadikan satu bahan P&P
untuk mengajar cara membina pelbagai bentuk ayat tanpa perlu mencipta bahan yang lain.
Malah alat ini juga dapat membantu murid menulis dengan kemas dan tersusun pada
bahagian belakang alat ini yang mempunyai garisan segi empat seperti gambar 2 di bawah.

Gambar 2 Bahagian Pemulihan untuk Menulis dengan Kemas.


Pada bahagian ini, guru boleh dijadikan sebagai satu aktiviti pemulihan untuk memperbaiki mutu
tulisan murid supaya lebih cantik dan kemas. Malah murid juga akan berasa seronok dengan
penggunaan alat ini yang mempunyai pelbagai warna tulisan dan mudah dipadam apabila berlaku
kesilapan. Saya tidak mahu menggunakan kapur kerana bahan tersebut mempunyai banyak
kelemahan iaitu debu kapur tersebut boleh mendatangkan penyakit kepada murid dan guru
apabila termasuk ke dalam rongga hidung atau tidak dibasuh tangan selepas menggunakannya.

Malah penggunaan alat ini lebih selamat dari segi bahan yang digunakan dan berkonsepkan
whiteboard iaitu senang dipadam seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Gambar 3 Permukaan Papan yang Mudah Dipadam

Oleh itu, pada pendapat saya, papan ini boleh digunakan untuk aktiviti mata pelajaran
yang lain seperti Matematik yang mana guru boleh mengajar murid pemulihan untuk menulsi
nombor yang betul pada alat ini di bahagian petak segi empat. Justeru, alat ini mampu
membimbing murid dalam membina ayat terutamanya ayat majmuk dengan bimbingan oleh
guru. Malah pengajaran dan pembelajaran akan lebih seronok dan murid akan sentiasa
bersemangat untuk belajar.

5.0 MANUAL PENGGUNAAN PAPAN AJAIB SALAK


Pada bahagian ini, saya akan menerangkan dengan lebih jelas tentang cara-cara penggunaaan alat
inovasi ini. Berikut merupakan cara-cara penggunaan yang betul:

1. Masukkan bahan grafik pada bahagian atas

2. Isikan kata kunci pada bahagian SALAK berpandukan gambar menggunakan


whiteboard marker.

Murid akan dibimbing oleh guru membina ayat majmuk berdasarkan kata kunci pada setiap
bahagian SALAK. Murid akan membina ayat pada buku latihan mereka.

3. Gunakan duster untuk memadam sebarang kesilapan

4. Terbalikkan papan untuk menggunakan membimbing tulisan yang kemas pada


bahagian belakang.

Aktiviti ini memerlukan bimbingan guru dan guru perlu menggaris tiga garisan
menggunakan marker merah sebagai panduan untuk menulis dengan kemas.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, inovasi Papan Ajaib SALAK merupakan salah satu kaedah untuk
membimbing murid membina ayat serta memperbaiki mutu tulisan supaya menjaadi lebih kemas
dan cantik. Penerapan alat ini sebagai salah satu langkah penggerak untuk melahirkan murid
yang berfikiran kreatif dan inovatif sejajar dengan pembelajaran abad ke-21. Malah membantu
murid meningkatkan prestasi dalam ujian penulisan yang mana peratusan untuk ujian kertas
tersebut rendah berbanding pemahaman. Melalui penulisan yang betul, murid dapat memperolehi
markah yang bagus dan senang untuk memperoleh markah dalam ujian penulisan Bahasa
Malaysia.
Oleh itu, kita sebagai seorang guru perlulah peka tentang masalah yang dihadapi oleh
murid dan cepat bertindak untuk menangani masalah tersebut supaya murid tidak ketinggalan
dalam pelajaran dan mereka sentiasa bersemangat untuk belajar apabila gurunya sentiasa
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza pada setiap kali proses P&P.
Hal ini dapat menggelakkan kebosanan dalam diri murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya yakin murid akan lebih seronok dan berminat untuk membina ayat apabila
menggunakan alat inovasi Papan Ajaib SALAK ini.

Anda mungkin juga menyukai