Anda di halaman 1dari 7

MeMo DALAM INOVASI DIGITAL

Oleh: Mohamad Faris Asyraf Bin Mohd Redzuan

Muhammad Izzat Bin Mazlan

Ahmad Faris Bin Hamdan Fadel

1.0 Tajuk

MeMo dalam inovasi digital.

2.0 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak
asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi
mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini.
Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru
dalam dunia pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru. Namun, ledakan teknologi
maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada guru apabila mereka tidak berjaya
menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini.

Menurut Noriati Abd Rashid (2012) dalam bukunya bertajuk “Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran”, teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam
menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang
tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang
praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.
Teknologi bukanlah semata-mata suatu ilmu pengetahuan tetapi ianya adalah satu proses,
kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu
mencapai kejayaan. Oleh hal yang demikian, dalam kertas cadangan ini, penghasilan
inovasi ini melibatkan pembinaan modul lengkap iaitu MeMo yang mengandungi tiga elemen
yang mendasari modul ini. MeMo ialah singkatan kepada Modul Menulis. Elemen modul
MeMo ialah seperti modul kemahiran menulis mekanis, aplikasi luar talian permainan
kemahiran menulis dan juga e-terjemahan.

Modul kemahiran menulis mekanis tersebut mengandungi pengenalan mengenai


kemahiran menulis mekanis. Modul tersebut akan membincangkan secara mendalam
mengenai kemahiran menulis mekanis. Selanjutnya ialah aplikasi luar talian permainan
kemahiran menulis iaitu menggunakan aplikasi “Writing Wizard”. Murid-murid akan membina
asas kemahiran menulis mekanis dalam bentuk belajar sambil bermain. Hal ini demikian
kerana, menurut Morrison (2011) beliau menyatakan bahawa bahan pengajaran dan
pembelajaran yang baik bukan sekadar berkesan, namun menarik dan memotivasikan murid
untuk terus terlibat dengan pembelajaran. E-terjemahan pula terhasil dari kreativiti dan
kemahiran penggunaan perisian “Microsoft Powerpoint”. Perisian persembahan “Microsoft
Powerpoint” mampu menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Di samping itu,
penggunaan audio yang menarik akan meransang deria murid sewaktu sesi PdPC. Dengan
menggunakan permainan ini pengajaran guru dapat disokong dengan bahan bantu
mengajar yang lebih berkesan. Bahan pengajaran yang digunakan ini juga boleh disimpan,
diubah suai dan boleh digunakan pada masa akan dating kerana ianya boleh disunting
mengikut keperluan topik PdPC.

Oleh hal yang demikian, dengan penghasilan inovasi ini juga ianya menggalakan
konsep bermain sambil belajar sewaktu sesi PdPC berlaku. Diharapkan dengan adanya
inovasi ini ianya mampu membantu guru dan memanfaat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di dalam sesi PdPC selaras dengan pengajaran abad ke 21.

3.0 Rasional

Rasional inovasi ini dihasilkan adalah untuk membantu murid-murid untuk menulis dengan
kemas dan betul. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan murid, masih lagi tidak dapat
mengamalkan cara menulis yang betul. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila masih ada lagi
murid tahun enam yang tidak mampu menulis dengan betul. Menurut Yusof Mahlie dan
Walter Alvin Jiniti (2010) menyatakan bahawa masalah murid dalam pembelajaran
terutamanya melibatkan penulisan merupakan satu isu yang perlu diambil berat kerana hal
ini boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kedua-dua
pengkaji menyatakan lagi, masalah penulisan tangan terutamanya tulisan tangan buruk,
tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang iaitu penjarakkan huruf,
perkataan atau ayat tertinggal dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai
dalam ayat.

4.0 Pernyataan Masalah

Murid perlu menguasai kemahiran motor halus semasa menulis (Ali, Noor Habsah &
Othman Yahya, 2018). Oleh hal yang demikian, inovasi ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan motor halus dalam kalangan murid tahun 3 bagi mengenal pasti tahap
penguasaan motor halus murid-murid berkenaan. Selain itu, Yuznaili Salleh (2016) dan
Levine (2002) menyatakan bahawa motor halus mempunyai hubungan dengan tahap
penguasaan kemahiran menulis mekanis. Hal ini demikian kerana terdapat hubungan
kemahiran motor halus dengan penguasaan kemahiran menulis.

5.0 Analisis Data

Dalam bahagian ini, untuk Fasa “Explicating Real Purpose and Need” dan “Framing” analisis
dilakukan dengan menggunakan aplikasi Google Form (rujuk lampiran). Google Form ini
mempunyai sepuluh soalan berkaitan penerapan kemahiran menulis dalam kalangan guru.
Bilangan responden yang diperoleh ialah sebanyak 34 orang. Perincian analisis data adalah
seperti di bawah:

Rajah 1: Analisis mengenai dapatan kemahiran menulis mekanis.

Berdasarkan rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa 53% iaitu kira kira 18 respon
tidak menggunakan sebarang inovasi dalam pengajaran kemahiran menulis. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa, penggunaan inovasi dalam kalangan guru masih lagi pada tahap
yang rendah.
Rajah 2: Analisis mengenai tulisan murid-murid yang diperhatikan oleh guru.

Jelas rajah tersebut menyatakan bahawa sebanyak 59% iaitu sejumlah 20 orang
responden bersetuju bahawa murid-murid tahap 1 mempunyai tulisan yang agak buruk. Hal
ini demikian kerana, murid-murid tersebut tidak mempunyai asas kemahiran mekanis yang
kukuh. Cara genggaman pensel mempengaruhi tulisan seseorang murid. Murid yang
mempunyai genggaman pensel yang betul akan menghasilkan tulisan yang baik (Schneck
dan Henderson, 1990).

Rajah 3: Respon daripada guru mengenai penggunaan modul kemahiran menulis.


Berdasarkan rajah di atas, jelas dapat dilihat bahawa sebanyk 53% iaitu 18 orang
guru amat bersetuju dengan penggunaan modul kemahiran menulis. Hal ini demikian
kerana, penggunaan modul ini secara tidak langsung akan membantu murid menguasai
asas kemahiran menulis mekanik. Tambahan lagi, modul ini boleh dijadikan guru sebagai
panduan dalam proses pengajaran dan pengajaran. Menurut Brodin dan Reinblad (2014)
menyataka bahawa pengunaan modul yang berkesan mampu meningkatkan keinginan
murid-murid untuk terus belajar.

Oleh hal yang demikian, jelas daripada maklum balas yang diperoleh daripada
Google Form ini menyatakan bahawa kebanyakan responden amat bersetuju dengan
penggunaan modul dalam meningkatkan kemahiran menulis mekanis murid-murid.

6.0 Objektif

Berdasarkan inovasi yang dibina, terdapat beberapa objektif yang mendasari MeMo sebagai
alternatif untuk mengukuhkan tahap penguasaan kemahiran menulis mekanis murid.

6.1 Menyediakan kemudahan berbentuk modul kepada guru berkaitan kemahiran


menulis mekanis.
- huraian
6.2 Membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan.
-huraian
6.3 Membantu guru mengenal pasti tahap kemahiran motor halus semasa
menulis dalam kalangan murid tahap satu.
-huraian
(rujuk contoh laporan kad nas dan kembangkan idea)

7.0 Kumpulan sasaran

Guru-guru yang mengajar murid tahap satu di sekolah rendah. (hurai sedikit)

8.0 Kepentingan Projek Inovasi

Projek ini dapat dimanfaatkan oleh guru khususnya guru di yang mengajar murid tahap satu
di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, hampir kebanyakkan murid mula belajar
mengenai cara genggaman pensel yang betul sewaktu mereka di tadika namun apabila
melonjak ke sekolah rendah, masih ramai yang tidak dapat menulis dengan betul dan
kemas. Tahap motor halus yang baik membolehkan seseorang untuk menulis dengan cekap
dan sempurna. Sehubungan dengan itu, murid perlu diajar tahap motor halus dengan betul
daripada tadika atau pertama kali mereka memegang alat tulis (Levine, 2002). Dengan
menguasai kemahiran motor halus, murid secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap
kemahiran menulis mekanis mereka. Hal ini demikian kerana, dengan amalan genggaman
pensel yang betul semasa menulis, tulisan yang dihasilkan murid akan kelihatan kemas
serta mudah dibaca. Selain itu, dengan amalan menulis yang betul, murid tidak akan cepat
berasa penat jikalau menulis dalam jangka masa yang panjang. Projek modul ini dapat
dijadikan panduan oleh guru untuk mengajar tahap kemahiran motor halus yang betul dan
membetulkan amalan kebiasaan murid sekiranya terdapat murid yang mengamalkan tahap
motor halus yang salah.

9.0 Anggaran Kos Projek Inovasi

Nyatakan anggaran kos projek -Bang long

10.0 Plan Projek Inovasi

Bina jadual / carta alir -Bang long

11.0 Kesimpulan

Rumuskan berkaitan dengan modul ini -Bang long

12.0 Rujukan

Ali, Noor Habsah dan Othman Yahya. (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Melanau
Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1, 33 – 41.
Brodin, J. & Reinblad, K. (2014). Reflections on the revised National Curriculum for
preschool in Sweden: Iinterviews with the heads. Journal of Early Child
Development and Care, 184 (2): 306–321.

Levine, M. (2002). A mind at a time. New York: Simon & Schuster.

Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental


progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional
children. The American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the
American Occupational Therapy Association, 44 (10): 893-900.

Yusof Mahlie & Walter Alvin Jiniti. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu : Kajian Kes ke
atas Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4: ms 1-22.

Yuznaili Salleh. (2016). Pembangunan Ujian Diagnostik Kemahiran Menulis Mekanis


Bahasa Melayu. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

13.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai