Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN PERISIAN MICROSOFT EXCELL DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PRAKTIKAL PELAJAR BAGI TOPIK BELANJAWAN

Nur Hanisah binti Abdullah, Armizawani binti Mohamed Buang, Siti Azean binti Ramli
Unit Perakaunan, Jabatan Sastera Ikhtisas,KMPh
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar

terhadap penggunaan perisian Microsoft excell dalam topik belanjawan. Kajian ini

dijalankan ke atas 75 orang pelajar dari pelbagai kelas aliran perakaunan . Tinjauan

awal telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik ke atas pelajar ini. Hasil

tinjauan mendapati bahawa pelajar penguasaan pelajar terhadap perisian ini ditahap

sederhana dan jarang menggunakan perisian ini. Pelajar kurang diberi pendedahan

tentang penggunaan perisian Microsoft excell. Pelajar diberi pendedahan excell bagi

topik belanjawan dengan menggunakan modul interaktif yang disediakan. Selepas

pelajar mengikuti proses pembelajaran dan pembelajaran selama 5 minggu,

penggunaan perisian ini dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar bagi topik

belanjawan.
Pendahuluan

Matlamat utama pendidikan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap

sesuatu konsep asas yang dipelajari (Abdul Razak & Nor Asmah 2008). Pada abad ke

21 ini, kaedah pembelajaran secara interaktif adalah penting dalam menarik minat

pelajar bagi memahami sesuatu konsep. Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee Ahmad

(2017) bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan

sesuai dengan keperluan abad ke-21, sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu

dilakaukan.

Pendidikan Berasaskan Hasil Outcome Based Education (OBE) merupakan sistem

pembelajaran baru yang telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem pembelajaran

terdahulu. Konsep pendidikan berasaskan hasil ini menekankan kemenjadiaan pelajar

setelah mengikuti kursus atau program. Dengan kata lain OBE merupakan sistem

pendidikan yang berpusatkan kepada pelajar. Disamping itu, penerapan kemahiran

insaniah juga penting bagi membentuk modal insan kelas pertama (Jailani,2007).

Sesuatu pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekirannya teori yang berbentuk

abstrak boleh dipelajari oleh pelajar secara praktikal dan kontekstual (Abell &

Lederman,2007).Justeru itu, pelajar perlu diberi pendedahan yang baik dalam pelbagai

kemahiran supaya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segala aspek.

Kaedah pengajaran yang baik juga merupakan satu aspek yang perlu diberi

penekanan bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang. Kemenjadian pelajar


merupakan aspek yang diberi penekanan dalam menyampaikan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan memberi

kesan yang baik kepada pelajar. Ia sejajar dengan pendekatan di dalam pembelajaran

abad ke-21 di mana antara kemahiran yang boleh diterapkan dalam pembelajaran abad

ke-21 adalah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Pelajar lebih terbuka

minda untuk menyelesaikan masalah jika proses pembelajaran dilaksanakan dengan

menggunakan modul dan kemudahan ICT. Ia bukan sahaja memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran, penggunaannya juga dapat menarik minat pelajar.

Namun yang paling utama ialah output yang dihasilkan.

Kursus perakaunan merupakan satu kursus asas yang memerlukan pemahaman

konsep teori dan praktikal yang tinggi. Para pendidik dalam bidang ini perlu lebih kreatif

dalam pelaksanaan P&P agar pelajar lebih mudah faham dan dapat menguasai sesuatu

topik.

Bagi kajian ini, kami memilih Model Kajian Tindakan Lewin (1946). Menurut Lewin

(1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah. Suatu kitaran

kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati

(observing), dan mereflek (reflecting). Model Kajian Tindakan Lewin ini ditunjukkan

dalam Rajah 1 :
Refleksi P & P lalu

Berdasarkan pengalaman lepas semasa pelajar menyediakan tugasan kumpulan

semester 1, ada segelintir pelajar yang kurang tahu menggunakan perisian MS Excell

sedangkan penyediaan akaun T mudah jika menggunakan perisian ini. Tambahan pula

pelajar aliran perakaunan tidak mengambil subjek Komputer seperti pelajar aliran Sains

di peringkat matrikulasi. Pelajar aliran perakaunan kurang diberi pendedahan dengan

penggunaan ICT secara formal sepanjang berada di matrikulasi.

Topik belanjawan merupakan satu topik yang tidak digemari oleh pelajar semasa

menjawab peperiksaan. Ini kerana topik ini mempunyai banyak format belanjawan yang

perlu pelajar ingat dan tahu untuk menyediakannya. Jika pengajaran dan pembelajaran

praktikal hanya mengajar topik ini secara manual, ia mungkin agak membosankan

pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak interaktif. Tambahan pula

pelajar era kini memang suka menggunakan perisian komputer, jadi pemilihan
penggunaan perisian MS Excell ini akan diharapkan dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilakasanakan dengan lebih berkesan.

Fokus kajian

Kajian ini ingin memfokuskan kepada tahap peningkatan kemahiran praktikal pelajar

Penggunaan perisian MS Excell di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana.

Pelajar masih kurang diberi pendedahan menggunakan perisian MS Excell sedangkan

amat penting bagi pelajar aliran perakaunan mengetahui untuk menggunakan perisian

MS Excell terutama bagi kerja-kerja yang melibatkan pengiraan.

Rentetan daripada itu, penggunaan perisian MS Excell dalam topik belanjawan ini dapat

meningkatkan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Dengan menggunakan modul

Interaktif Excell, pelajar dapat meningkatkan kemahiran penggunaan perisian MS Excell

dalam penyedian belanjawan.

Objektif kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada 2 iaitu objektif umum dan objektif khusus:

Objektif umum:

(i) Kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana penggunaan perisian MS

Excell dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar bagi topik belanjawan.


Objektif khusus :

(i) Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan perisian MS Excell dalam

penyedian belanjawan operasi dan belanjawan tunai.

(ii) Kajian ini juga dijalankan adalah ingin melihat adakah CLO bagi praktikal

pelajar tercapai . (Demonstrate the ability to use managerial accounting

terminology, principles, procedures and techniques. P3,PLO2, MQF LOD 2)

Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah terdiri daripada 78 orang pelajar aliran

perakaunan daripada pelbagai kelas tutorial sesi 2018/2019. Pelajar ini adalah pelajar

yang mengikuti kelas praktikal selama 5 minggu.

Perancangan & Pelaksanaan Tindakan

Perancangan

Tinjauan awal

Kajian ini dimulakan dengan melakukan tinjauan awal bagi dengan mengedarkan

borang soal selidik untuk melihat pengetahuan sedia ada pelajar tentang penggunaan

perisian MS Excell dan pengetahuan tentang topik belanjawan. Borang soal selidik

telah diedarkan kepada pelajar pada kelas sesi pertama perjumpaan sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Daripada soal selidik tersebut, berikut ialah data yang disediakan dalam graf di bawah :
Tindakan yang dijalankan

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh 5

minggu mengikut jam yang telah ditetapkan dalam Spesifikasi Kurikulum. Pengajaran

dan pembelajaran ini dijalankan 2 jam seminggu dengan menggunakan Modul Interaktif

yang disediakan.

Dalam modul ini, pelajar di ajar berkaitan topik belanjawan operasi dan belanjawan

tunai dan dalam masa yang sama pelajar diberi pendedahan menyediakan belanjawan

operasi dan belanjawan tunai menggunakan perisian MS Excell. Dengan

menggunakan modul ini, pelajar diajar menggunakan formula asas yang ada dalam

perisian MS Excell seperti tambah, tolak, bahagi dan purata.

Anda mungkin juga menyukai