Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Guru Pelatih

: FAKHARUDIN BIN HJ ZAKARIA

No. Kad Pengenalan : 771101-05-5859


Program

: PPG JUN 2011

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Pasoh 1 (f)

Projek

: Kaedah permainan Flexible Train bagi meningkatkan kemahiran


membezakan hukum mad wajib muttasil dengan mad jaiz munfasil.

Tempoh Pelaksanaan : 31 April 2015 24 April 2015

Objektif
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Menyampaikan maklumat mengenai hukum tajwid al-Quran.
2. Keberkesanan penggunaan kaedah permainan Flexible Train bagi meningkatkan kemahiran
membezakan hukum mad wajib muttasil dengan mad jaiz munfasil
3. Semua guru dan murid mengambil intipatinya.
4. Meningkatkan motivasi dan juga kecemerlangan semua murid dan guru
5. Memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap hukum mad wajib muttasil dengan
mad jaiz munfasil.
6. Memperbetulkan miskonsepsi murid.

Strategi Pelaksanaan
Pada hari pertama, saya telah berbincang untuk menjalankan projek secara berkumpulan
sekolah ini. Saya telah bertemu dengan guru pembimbing dan berbincang berkaitan dengan
projek yang boleh dijalankan di sekolah ini. Beliau telah bersetuju dengan projek saya. Beliau
juga mencadangkan salah satu projek iaitu mewujudkan bahan bantu mengajar bagi tajuk ini
bagi memudahkan guru lain untuk menggunakannya.

Intervensi teknik simbol tangan ini telah digunakan dalam fasa aplikasi idea semasa pengajaran
topik Fasa Bulan. Pada awalnya, saya akan menguji ingatan murid mengenai tajuk ini dengan
memberikan ujian pra. Ujian pra ini berfungsi untuk mengenal pasti ingatan murid sebelum
intervensi dilakukan. Setelah jawapan ujian pra ini dikumpul dan disemak, saya akan mengajar
topik Fasa Bulan ini menggunakan strategi yang sama namun ditambah baik dengan
memasukkan kaedah mengingat melalui teknik simbol tangan untuk membolehkan murid
mengingati apa yang telah diajarkan. Selang beberapa minggu kemudian, saya telah
memberikan soalan pos di mana soalan-soalan ini akan dapat dijawab dengan baik sekiranya
murid mengaplikasikan teknik intervensi yang telah diajarkan oleh guru. Sekali lagi, markah
ujian pos ini disemak. Semua markah dikumpul, disemak dan dianalisis untuk memastikan
keberkesanan penggunaan teknik simbol tangan ini dalam meningkatkan daya ingatan murid
dalam tajuk Fasa Bulan.
Saya turut mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui penggabungan intervensi ini dengan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Hal ini adalah kerana menurut Shahabuddin
Hashim (2007), tujuan menggunakan bahan adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi
pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih
berkesan dan menarik. Oleh itu, pengkaji menyediakan BBM yang dikenali sebagai Smart
Board sebagai medium untuk murid mengaplikasikan teknik simbol tangan. Reka bentuk
Smart Board ini bersaiz sederhana, ringan dan mudah alih. Ia juga direka bentuk agar boleh
digunakan di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang supaya murid dan guru boleh
mengajar, mengguna serta sekaligus menyemak turutan Fasa Bulan yang betul menggunakan
teknik simbol tangan.
Menurut Yusup Hashim (1997), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai BBM
digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan berkesan. Pendapat ini disokong oleh Mok Soon Sang (1996) yang mengatakan bahawa
penggunaan BBM dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Selain
sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,
penggunaan BBM sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan
deria. Selain itu, Noraziah (1981) menyenaraikan beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh
diambil kira oleh seseorang guru semasa menyediakan BBM. Antaranya ialah BBM tersebut
mestilah bersaiz sederhana, mudah didapati, mudah dibawa, ringan, mudah diganti, mudah

disimpan serta tidak merbahaya. Oleh itu, bahan bantu mengajar simbol tangan yang
disediakan oleh saya sememangnya memenuhi kriteria-kriteria tersebut.
Saya i juga ingin mengkaji keberkesanan penggunaan teknik simbol tangan ini sebagai satu
teknik baru dalam meningkatkan konstruk minat murid terhadap subjek Sains melalui instrumen
soal selidik. Instrumen ini mengandungi 10 item di mana setiap kenyataan adalah berbentuk
ayat positif yang disasarkan untuk menjawab objektif kajian kedua. Responden diberi pilihan
untuk memilih respon setuju dan tidak setuju bagi setiap item positif yang ditanyakan di
dalam soal selidik tersebut. Hal ini adalah kerana teknik ini adalah intervensi yang sangat baru
bagi subjek Sains terutamanya di peringkat sekolah rendah. Sekiranya murid berminat dan
tertarik dengan penggunaan teknik ini yang dianggap membantu mereka dalam pembelajaran,
maka teknik ini bakal menjadi tumpuan manakala kajian ini akan dijadikan sebagai kajian rintis
terhadap keberkesanan teknik ini.

Refleksi
Kekuatan
Projek ini banyak memberikan kekuatan kepada saya sebagai seorang warga pendidik.
Pertama, projek ini banyak mengajar saya dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi
antara rakan sekerja, guru sekolah dan pihak pentadbir. Selain itu, projek ini mengajar saya
proses persediaan, merancang, dan melaksanakan projek. Ini juga amat berguna kerana
kitaran ini merupakan proses yang sent:iasa berlaku di peringkat sekolah semasa
melaksanakan sesuatu program. Projek ini juga dapat :
1. Dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran sains
2. Meningkatkan daya ingatan murid dalam penggunaan Teknik Simbol Tangan serta meneroka
bahan yang disediakan
3. Bahan Bantu mengajar yang minima semasa menjalankan intervensi dan ujian.

Kelemahan
Terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek:
1. Sukar mendapat kerjasama daripada murid kerana murid menganggap sains mempunyai
konsep-konsep yang abstrak.
2. Minat murid kajian kurang terhadap matapelajaran sains.
3. masa yang terhad bagi manjalankan inovasi
4. murid terlibat dengan pelbagai program peringkat sekolah dan peringkat daerah.

Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan dapatan dan rumusan kajian, saya telah membuktikan bahawa intervensi Teknik
Simbol Tangan telah menjadi salah satu medium yang berjaya meningkatkan daya ingatan serta
minat murid dalam mata pelajaran Sains bagi tajuk Fasa Bulan. Walaupun teknik mengingat ini
merupakan satu teknik baru yang dicipta sendiri oleh saya, serta digabungkan dengan
kombinasi bahan bantu mengajar yang juga direka bentuk sendiri, namun dapatan kajian ini
jelas membuktikan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan prestasi serta minat

murid. Walau bagaimanapun, oleh kerana intervensi mengingat ini merupakan kajian yang
sangat baru dan pertama kali dijalankan di peringkat sekolah rendah, maka, masih terdapat
beberapa aspek yang boleh diperbaiki dan ditambah baik untuk kajian seterusnya.
1.

Murid yang berbeza

Kajian ini boleh dijalankan ke atas murid yang mempunyai pencapaian dan tahap kognitif yang
berbeza di dalam bidang akademik. Hal ini adalah kerana dapatan kajian ini adalah
berdasarkan keputusan daripada murid yang berada di tahap pencapaian sederhana.

2.

Sampel yang lebih besar

Kajian ini juga boleh dijalankan ke atas sampel yang lebih besar melebihi persampelan yang
dibuat dalam kajian ini yang hanya merangkumi 25 orang murid. Hal ini adalah supaya
keputusan kajian akan dapat digeneralisasikan.

3.

Menambah instrumen kajian

Hanya dua instrumen yang dipilih dan digunakan dalam kajian ini iaitu ujian satu dan dua serta
soal selidik. Hal ini berlaku kerana kekangan masa untuk saya berada bersama murid
sepanjang kajian ini dijalankan. Bagi kajian seterusnya, instrumen yang akan dipilih boleh
dipelbagaikan menggunakan instrumen-instrumen yang lain seperti temu bual, analisis
dokumen dan sebagainya. Oleh itu, triangulasi data akan dapat dibuat bagi mencapai konklusi
yang lebih terperinci dan tepat.

4.

Beri peluang kepada murid

Saya

seterusnya boleh mengambil langkah terbuka dengan memberi ruang dan peluang

kepada murid untuk mencipta gaya tangan mereka sendiri. Pengubahsuaian ini akan menjadi
bonus tambahan kepada mereka kerana mereka yang akan mengingati apa yang dipelajari.
Walau bagaimanapun, saya harus menyediakan garis panduan sebagai rujukan kepada murid
untuk mencipta gaya tangan yang bersesuaian. saya juga harus menjadi fasilitator yang
mengawal dan membimbing responden bagi memastikan keberkesanan kajian

5.

Gabungjalin dengan kaedah serta teknik lain

Intervensi ini akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan jika digabungkan dengan kaedah
serta teknik lain seperti kaedah nyanyian, permainan dan sebagainya. Ia akan mewujudkan
medium untuk murid bersaing secara sihat. Teknik ini juga boleh diintegrasikan dengan
penggunaan teknologi menggunakan komputer seiring dengan ledakan ICT masa kini.

6.

Aplikasi kepada topik-topik lain dalam Sains

Dalam kajian ini, hanya tajuk Fasa Bulan dalam tahun 5 yang difokuskan. Namun, bagi kajian
seterusnya, intervensi mengingat ini boleh diaplikasi dalam topik-topik lain. Misalnya, saya
boleh mencipta simbol tangan yang baru untuk mengingat Bentuk-bentuk Magnet dalam
Kurikulum Sains Tahun 3 .

7.

Aplikasi kepada mata pelajaran lain

Kajian ini juga boleh diubah suai dan disesuaikan untu mengingati isi kandungan bagi mata
pelajaran lain seperti mengingati fakta-fakta Sejarah, Kemahiran Hidup dan sebagainya seperti
yang terdapat dalam Kurikulum di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah di
Malaysia.

8.

Menambah baik bahan bantu mengajar yang disediakan

Bahan bantu mengajar yang disediakan saya sebagai medium untuk murid mengaplikasikan
teknik ini adalah sangat ringkas dan mudah digunakan. Namun, ia masih boleh ditambah baik
dari segi fungsi dan kegunaannya, saiz yang lebih sesuai serta diterapkan dengan elemen
warna yang lebih bervariasi dan menarik.
Beberapa cadangan yang diutarakan di atas boleh digunakan oleh guru lain untuk kajian
seterusnya sebagai salah satu cara meningkatkan profesion perguruan negara. Penyelidikan
yang berterusan akan membentuk guru yang kreatif, inovatif, berdaya saing dan maju ke arah
meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.

Kesimpulan
Teknik Simbol Tangan dicipta untuk membantu murid-murid menjawab soalan ujian berkaitan
tajuk Fasa Bulan. Marilee Sprenger (1999) juga menyatakan bahawa ingatan merupakan satusatunya bukti sesuatu pembelajaran telah berlaku. Maka, intervensi ini telah menjadi satu
medium baru untuk membantu ingatan murid.

7.1

Dapatan Persoalan Pertama

Persoalan Kajian 1 : Adakah daya ingatan murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa Bulan dapat
ditingkatkan melalui teknik Simbol Tangan sebagai aktiviti hands-on dan minds-on?
Saya telah menggunakan instrumen ujian satu dan dua untuk menjawab persoalan ini.
Berdasarkan data-data yang telah dianalisis, berlaku peningkatan purata nilai skor di antara
ujian satu dan ujian dua yang telah dijalankan ke atas 25 orang murid Tahun 5. Purata nilai skor
bagi ujian satu ialah 38.80%. Nilai purata ini menunjukkan nilai yang rendah dan
menggambarkan keputusan ujian satu yang kurang memuaskan bagi keseluruhan murid Tahun
5. Namun, setelah intervensi Teknik Simbol Tangan diperkenalkan dan diaplikasikan oleh murid
semasa menjawab ujian satu, berlaku peningkatan markah yang sangat memberangsangkan.
Nilai purata yang diperoleh bagi ujian dua ialah 72.16%. Peningkatan purata nilai skor bagi ujian
satu dan dua adalah sebanyak 33.36%.
Peningkatan ini membuktikan bahawa intervensi Teknik Simbol Tangan membantu
meningkatkan daya ingatan murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa Bulan. Dapatan kajian ini disokong
oleh Hasan Mohd. Ali (2006) yang fakta yang disusun dalam satu bentuk dan berkait antara
satu sama lain lebih mudah diingati. Proses mengingat juga akan menjadi lebih senang
sekiranya murid mengamalkan dan mencuba apa yang telah dipelajari. Oleh itu, intervensi baru
yang mudah dan ringkas hasil ciptaan pengkaji dalam kajian ini ternyata telah berjaya
membantu daya ingatan 25 orang murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa Bulan
7.2

Dapatan Persoalan Kedua

Persoalan Kajian 2 : Adakah minat murid terhadap subjek Sains dapat ditingkatkan melalui
penggunaan teknik Simbol Tangan sebagai satu teknik baru yang mudah dan menyeronokkan?
saya telah menggunakan instrumen soal selidik untuk menjawab persoalan ini. Soal selidik
tentang konstruk minat murid ini memperoleh dapatan yang positif. Terdapat 3 item yang

dipersetujui 100% oleh kesemua 25 orang murid Tahun 5 iaitu item 1, 5 dan 10. Item pertama
menyatakan bahawa Sains adalah mata pelajaran yang diminati oleh murid. Murid juga
bersetuju bahawa teknik Simbol Tangan ini membantu mereka untuk menjawab soalan-soalan
berkaitan tajuk Fasa Bulan dalam item kelima. Bagi item kesepuluh, murid mengakui bahawa
guru iaitu penyelidik dalam kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan minat mereka untuk
menerokai cara mengingat yang sesuai bagi tajuk-tajuk dalam Sains. Bagi item-item lain,
terdapat respon kurang setuju yang diterima daripada murid tapi dalam bilangan yang sangat
sedikit.
Bagi item 2, 6 dan 9, 24 orang murid iaitu sebanyak 96% bersetuju dengan pernyataan yang
diberikan dan hanya seorang murid yang tidak bersetuju dengan setiap pernyataan tersebut.
Pernyataan bagi item kedua ialah murid seronok belajar penggunaan simbol tangan dalam
mata pelajaran Sains. Manakala, dalam item keenam, murid bersetuju bahawa mereka dapat
mengingati pengajaran guru dengan baik apabila penggunaan simbol tangan digunakan. Murid
turut bersetuju bahawa pengajaran guru Sains menggunakan teknik ini telah berjaya menarik
minat mereka dalam item kesembilan.
Bagi item 3 dan 7, 23 orang murid merangkumi 92% daripada keseluruhan murid bersetuju
dengan pernyataan yang diberikan. Hanya 8% iaitu mewakili 2 orang murid yang tidak bersetuju
dengan pernyataan-pernyataan tersebut. Item ketiga mengatakan bahawa murid sentiasa
menanti pembelajaran menggunakan kaedah baru bagi subjek Sains di dalam bilik darjah.
murid juga mengakui bahawa mereka akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam
penggunaan simbol tangan melalui respon terhadap pernyataan ketujuh.
Item keempat mengatakan bahawa murid tertarik dengan penggunaan simbol tangan ini kerana
ia dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan. Pernyataan ini disokong oleh 22 orang
muridn, namun tidak dipersetujui oleh 3 orang murid yang lain merangkumi 12% daripada
keseluruhannya.
Item kelapan merupakan item yang menerima respon positif paling rendah daripada kesemua
item yang lain. Pernyataan bahawa penggunaan simbol tangan membantu mengelakkan
kekeliruan semasa menjawab soalan ini disokong oleh 21 orang murid merangkumi 84% namun
tidak disokong oleh 4 orang murid yang lain merangkumi 16% daripada keseluruhannya.
Melalui analisis setiap item tersebut, saya telah merangkumkan bahawa respon setuju
terhadap semua item positif mencatatkan purata sebanyak 94.4%, manakala purata bagi
respon tidak setuju hanyalah sebanyak 5.6%. Walaupun terdapat beberapa item yang tidak

menerima persetujuan 100% daripada semua murid, namun saya berjaya membuktikan
bahawa keseluruhan item berjaya mencatatkan peratusan yang sangat positif dan
memberangsangkan. Dapatan ini bertepatan dengan pernyataan Leonard M.S (1996) yang
menyatakan bahawa, kreativiti dalam bilik darjah boleh dan seharusnya dapat memimpin muridmurid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian untuk mendapatkan pengalaman
semasa proses P&P dijalankan. Oleh itu, saya dapat merumuskan bahawa intervensi Teknik
Simbol Tangan yang merupakan satu teknik baru yang mudah dan menyeronokkan telah dapat
meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains.
Konklusinya, kajian ini telah membuktikan bahawa intervensi baru yang dikenali sebagai teknik
Simbol Tangan sebagai aktiviti hands-on dan minds-on yang ringkas, mudah dan
menyeronokkan ini telah berjaya meningkatkan daya ingatan murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa
Bulan sekaligus meningkatkan minat mereka terhadap subjek Sains.

Anda mungkin juga menyukai