Anda di halaman 1dari 13

INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

BAHAGIAN A
Soalan 1

Terdapat banyak faedah mengenai reka bentuk pengajaran sistematik dan pengajaran
tradisional. Pengajaran tradisional menggunakan cara atau silibus yang lepas dan
menggunakan rujukan dalaman. Ini bermakna pengajaran tradisional menggunakan kaedah
pengajaran yang sama dari tahun yang lalu tanpa mengubah apa apa. Manakala pengajaran
sistematik menggunakan evaluasi, analisis dan menggunakan rujukan luar seperti internet
dan sebagainya. Selari dengan zaman berteknologi tinggi abad ke 21, pengajaran sistematik
ini menambah baik kaedah pengajaran berdasarkan evaluasi, analisis dan rujukan luar dari
masa ke semasa supaya guru guru dapat menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan
kepada penyampai. Sebagai contoh kajian dilakukan seperti perbandingan sistem
pembelajaran antarabangsa dan di negara kita kemudian menambah baik sistem pembelajaran
mengikut keperluan. Oleh itu, sistem pengajaran juga akan dapat terus ditingkatkan selari
dengan peredaran zaman

Faedah kedua ialah objektif pengajaran sistematik menggunakan evaluasi dan analisis sebagai
garis panduan untuk menyatakan objektif pengajaran. Apabila evaluasi dan analisis
dilakukan, ia akan memudahkan guru untuk menyatakan objektif pembelajaran. Objektif
pengajaran sistematik juga ditetapkan berdasarkan keperluan dan pencapaian murid.
Manakala pengajaran tradisional berdasarkan pencapaian para guru. Pengajaran tradisional
juga tidak menerangkan tentang objektif pembelajaran secara jelas kepada murid namun
pengajaran sistematik memerlukan guru untuk menerangkan objektif sejelas yang mungkin
kepada murid ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh guru menyatakan
tujuan atau hasil pembelajaran yang akan murid perolehi dari topik yang akan dibentangkan.
Faedah yang akan diperoleh dari pengajaran sistematik ini, murid lebih mendapat gambaran
yang jelas tentang tujuan pembelajaran yang mereka pelajari sekaligus meningkatkan
pemahaman murid.

Selain itu, sistem pemarkahan dalam pengajaran sistematik lebih relevan berbanding
tradisional kerana pemarkahan dalam pengajaran sistematik berdasarkan penguasaan dan
pemahaman murid berkaitan objektif pembelajaran. Pengajaran tradisional pula
menggunakan pemarkahan secara perbandingan antara pelajar. Sebagai contoh markah murid

1
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
diberikan berdasarkan jawapan mereka tanpa membandingkan jawapan antara murid yang
lain. Jika jawapan murid itu dapat dikaitkan dengan objektif pembelajaran maka murid itu
layak diberi markah yang sewajarnya.

Faedah keempat dalam pengajaran sistematik ialah guru tidak membiarkan murid yang lemah
begitu sahaja malah guru perlu untuk membaiki cara pendekatan dan teknik mengajar supaya
murid lebih mudah untuk memahami isi pengajian yang dibentangkan. Misalnya, guru
mengenal pasti murid yang tidak memahami objektif yang ingin disampaikan maka guru
tersebut perlu memikirkan kaedah yang bersesuaian seperti membuat penyampaian
menggunakan peta minda dan sebagainya. Dengan cara ini guru dapat memastikan tiada
murid yang keciciran dalam kelas tersebut

Faedah yang kelima ialah pemilihan bahan mengajar dipilih setelah objektif pengajaran
dikenal pasti. Faedah ini tidak diperoleh dari pengajaran tradisional kerana pengajaran
tradisional memilih bahan mengajar terlebih dahulu sebelum objektif dikenal pasti. Bahan
mengajar ini penting untuk memastikan menarik minat murid untuk menumpukan perhatian
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran sistematik juga perlu menyusun bahan
mengajar dengan lebih teratur supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Sebagai contoh terdapat beberapa murid pasif dalam kelas, oleh itu guru menyediakan
bahan grafik atau menyajikan video yang berkaitan dengan objektif pembelajaran untuk
menarik minat pelajar sekaligus memberikan gambaran objektif yang jelas kepada pelajar.

Jelas membuktikan bahawa pengajaran sistematik lebih berkesan berbanding pengajaran


tradisional oleh kerana teknik mengajar dan silibus mengajar sentiasa di kemas kini demi
memastikan sistem pembelajaran tidak ketinggalan zaman atau lapuk.

2
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Soalan 2

Akibat Covid 19 sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia mengalami


perubahan yang ketara iaitu pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian ini
memberi beberapa cabaran untuk para guru mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam
proses PdP. Namun ini tidak bererti pendekatan pembelajaran konstruktivis tidak dapat
diaplikasikan. Berikut adalah contoh pendekatan konstruktivis boleh dijalankan dalam kelas
pembelajaran dalam talian.

Sebelum memulakan pengajaran, tumpuan atau perhatian pelajar mestilah ditarik demi
memastikan pelajar berminat untuk menyertai sesi pembelajaran dalam talian. Sebagai
contoh, guru boleh menyediakan video pendek yang boleh dikaitkan dengan objektif
pembelajaran. Kemudian guru menyatakan objektif pembelajaran pada waktu itu dan
seterusnya meminta pelajar untuk menyatakan hubung kait video dan objektif pembelajaran.
Para pelajar boleh menyatakan pandangan masing masing di ruangan ‘chat’ atau boleh
menyatakan pendapat mereka secara terus dengan mengaktifkan mikrofon. Kemudian guru
boleh menambah atau membetulkan pendapat yang diutarakan oleh pelajar. Sesuai dengan
teori konstruktivisme ini, para pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir dengan mengaitkan
video tersebut dengan topik yang ingin mereka pelajari.

Apabila sesi PdP bermula, guru bertanggungjawab untuk menjelaskan isi kandungan dan
kepentingan pembelajaran. Demi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar, guru boleh
membuat aktiviti kuiz dalam talian. Misalnya aplikasi ‘Wordwall’ boleh digunakan untuk
para pelajar menyertai dan menjawab kuiz di aplikasi tersebut. Aktiviti ini dapat memastikan
pelajar lebih memahami isi pembelajaran dengan lebih baik.

Selain itu, guru boleh membahagikan kumpulan kecil dan memberi tugasan untuk pelajar
mereka bentuk peta minda dengan menggunakan aplikasi ‘PowerPoint’ berdasarkan topik
yang telah dipelajari. Kemudian dipersembahkan ketika sesi PdP dalam talian berlangsung.
Aktiviti ini menuntut penglibatan setiap ahli kumpulan untuk membincangkan idea
bagaimana untuk menghasilkan peta minda yang kreatif. Aktiviti ini juga dapat membina
kemahiran sosial dengan memupuk semangat kerjasama dan membina keyakinan diri dengan
membentangkan secara terperinci berdasarkan peta minda yang dihasilkan.

3
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

4
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Akhir sekali, guru boleh memberi tugas kepada setiap pelajar untuk mengaitkan hasil
pembelajaran dengan alam realiti. Contohnya para pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti
teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kemudian guru meminta
pelajar untuk menyatakan dapatan masing masing pada kelas berikut sebelum melanjutkan ke
topik yang seterusnya. Aktiviti ini dapat memastikan pelajar mengimbas kembali pelajaran
yang lalu secara tidak langsung. Selain itu ia dapat mengukuhkan pemahaman dan
menguatkan daya ingatan pelajar tentang pelajaran yang lalu.

5
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
BAHAGIAN B

Soalan 1

(a) Analisa pelajar terdiri daripada beberapa komponen. Antaranya ialah ciri umum
pelajar iaitu mengenal pasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi.
Kedua ialah kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Analisa ini penting untuk guru
supaya bahan yang disediakan dapat digunakan oleh pelajar secara maksimum.
Sebagai contoh jika terdapat pelajar yang pasif guru perlu menyediakan bahan yang
dapat menarik minat pelajar. Analisa pelajar juga dapat mengenal pasti kumpulan
sasaran, ciri ciri sasaran, hasil pembelajaran dan tempoh pelaksanaan. Untuk
menganalisa pelajar guru boleh memperolehi maklumat pelajar dari meneliti rekod
pelajar atau bersemuka dengan pelajar, ujian atau soalan mudah yang berhubungkait
dengan pelajaran. Penganalisa yang tepat dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang positif, pembelajaran yang menarik dan semestinya penyampaian maklumat atau
ilmu yang berkesan.

(b) Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan ini adalah fasa yang ketiga dalam Model
Hannafin dan Peck. Dalam fasa ini pereka bentuk membuat keputusan sama ada untuk
meneruskan atau menambah baik program yang direka. Fasa ini terdiri daripada
beberapa komponen anataranya penghasilan carta alir dan pengujian. Carta alir ini
dibangunkan berpandukan papan cerita (storyboard) yang telah direka dalam fasa
kedua untuk membantu dalam membangunkan media pembelajaran. Setiap aktiviti
yang ingin dilaksanakan mestilah dimasukkan kedalam carta alir tersebut. Komponen
kedua ialah pengujian. Setelah program atau media pengajaran telah dibangunkan,
proses pengujian mesti dilakukan bagi memastikan kualiti program atau media
pengajaran adalah yang terbaik dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Sebagai
contoh guru menyemak semula media pengajaran dan memastikan media terbabit
bersesuaian.

6
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Soalan 4

(a) Media pengajaran telah digunakan secara meluas di abad ini. Berikut adalah kelebihan
menggunakan media pengajaran. Pertama mesej yang ingin dibawa atau penyampaian
yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan lebih jelas. Ini kerana dengan
penggunaan media, bahan mengajar dapat dipaparkan secara visual, grafik, audio dan
sebagainya. Oleh kerana itu, isi kandungan mengajar dapat disampaikan dengan
pelbagai variasi dan terperinci. Seperti menggunakan ‘PowerPoint’, video Youtube
dan banyak lagi.

Kelebihan yang kedua ialah mengatasi batas ruang dan waktu. Dengan penggunaan
media kelas dalam talian dapat dijalankan dengan lancar. Seperti yang diketahui
apabila Covid 19 melanda dunia, kelas dalam talian sangat diperlukan bagi
menggantikan kelas fizikal. Ini memberikan kelebihan pada guru dan pelajar untuk
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa bersentuhan seperti
prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kelas dalam talian lebih
fleksibel kerana waktu PdP itu dapat diubah mengikut kesesuaian. Selain itu guru
boleh membuat kelas tambahan secara dalam talian bagi membantu pelajar untuk
memahami lebih mendalam.

Ketiga ialah pengalaman dan persepsi yang sama setiap kali pelajar melaluinya.
Kelebihan ini bermaksud apabila pelajar mahu mengulangkaji pelajar boleh merujuk
kepada video video PdP dalam talian tanpa merosakkan mesej atau penyampaian yang
asal. Selain itu dapat mengelakkan dari pelajar untuk menyalah tafsir sesebuah konsep
apabila melihat atau mendengar penjelasan yang memberikan penjelasan yang
konsisten.

Selain itu, menggunakan media pengajaran boleh membantu pelajar untuk berfikir
secara kreatif dengan memberi tugasan folio bermedia. Folio bermedia ini dapat
dilakukan seperti persembahan video, gambar, grafik atau audio. Dengan tugasan ini
pelajar boleh membuat analisis kendiri, memilih, menyusun dan menyampai
maklumat dengan bantuan media. Selain itu ia dapat mengasah kemahiran pelajar

7
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
dalam menggunakan teknologi. Sebagai contoh pelajar diberi tugasan untuk membuat
kerja kursus dengan melampirkan gambar bagi setiap contoh yang diberi.

8
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Penggunaan media juga memberi kelebihan mendapat rujukan yang luas tidak hanya
bergantung kepada guru sahaja. Sebagai contoh, dengan menggunakan media guru
boleh mendapatkan penerangan yang lebih terperinci dalam sesuatu masalah dari
pakar dalam bidang tersebut. Selain itu dengan penglibatan pakar melalui media,
pelajar didedahkan dengan pelbagai perkara misalnya pelajar boleh mengetahui realiti
bidang, profesion atau kerjaya dari pihak yang berada dalam industri terbabit. Oleh itu
pelajar boleh mendapat gambaran yang jelas untuk menceburi kerjaya yang mereka
idamkan.

(b) Contoh media yang boleh digunakan dan sesuai untuk pelajar sekolah menengah
semasa pandemik COVID-19 ialah aplikasi Google Classroom dan Kahoot. Google
Classroom boleh digunakan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi
menggantikan kelas fizikal. Google Classroom juga mempunyai kelebihan untuk
pelajar dan guru berinteraksi menggunakan ruangan ‘chat’ ataupun mengaktifkan
kamera atau mikrofon. Manakala Kahoot adalah sebuah aplikasi yang memberi
kelebihan untuk pelajar menjawab kuiz dan bermain permainan dalam talian. Aplikasi
ini dapat membantu pelajar untuk lebih mengingati maklumat. Selain itu guru juga
boleh mengukur dan menilai sejauh mana pemahaman murid.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira semasa memilih media pengajaran.
Pertama ialah objektif. Pemilihan media mestilah berpandukan objektif atau hasil
pembelajaran. Berdasarkan Gagne, Briggs and Wager (1992), objektif atau hasil
pembelajaran dibahagikan kepada lima kategori iaitu Kemahiran Intelektual, Strategi
Kognitif, Informasi Lisan, Sikap dan Kemahiran Motor. Kemahiran Intelektual dan
Strategi Kognitif ini menyarankan untuk memilih media yang boleh mendapat
maklum balas dari pelajar. Jika objektif memerlukan Informasi Lisan, disarankan
untuk memilih media yang mempunyai penerangan berbentuk lisan. Manakala
objektif Sikap pula disarankan untuk memilih Filem Slaid (SlideShow) atau Pita
Video. Kemahiran motor pula menuntut pemilihan media yang membenarkan pelajar
untuk mempraktikkan kemahiran dari maklumat yang sedia ada. Kategori ini boleh
menggunakan media seperti alatan mudah alih atau perkakasan latihan.

9
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Aspek kedua ialah Pelajar. Aspek ini meminta guru untuk menganalisis pelajar atau
kumpulan sasaran dari segi latar belakang, kemahiran sedia ada pelajar dan
sebagainya. Mengikut Model ASSURE terdapat tiga komponen penting untuk
menganalisis pelajar iaitu ciri ciri umum kumpulan sasaran, keperluan khusus dan
stail pembelajaran. Ciri ciri umum ini seperti umur, jantina, bangsa dan latar belakang
sosioekonomi. Keperluan khusus pula apabila guru mengenal pasti bahawa ada
diantara pelajar yang kurang cekap mengira, guru boleh menggunakan media yang
lebih visual untuk menarik minat pelajar yang kurang mahir tersebut. Stail
pembelajaran pula ialah cara pelajar itu belajar untuk memastikan bersesuaian dengan
pendekatan yang ingin dibawa.

Aspek ketiga ialah Praktikal. Aspek ini membincangkan adakah media pengajaran ini
mampu untuk dilaksanakan. Praktikal ini membahagikan kepada beberapa elemen
yang perlu dipertimbangkan. Perkara pertama adalah media pengajaran mestilah
senang diperolehi. Jika mudah diperolehi, media pengajaran juga mestilah mudah
digunakan. Namun jika media pengajaran sukar untuk diperolehi, media pengajaran
mestilah mesra kos dan masa untuk mendapatkan media pengajaran. Selain itu media
pengajaran juga mestilah dibenarkan atau diluluskan oleh pihak pentadbiran.

10
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
Soalan 5

(a) Teknologi perlu digunakan di sekolah kerana teknologi menyediakan rujukan atau
pilihan bahan mengajar dan belajar yang lebih banyak. Ia juga mudah untuk diakses.
Pelajar juga dapat membangun dan mengasah bakat mereka dengan menggunakan
teknologi. Selain itu pelajar juga mendapat pendedahan teknologi lebih awal sebelum
menceburi bidang profesional.

Teknologi juga perlu digunakan di sekolah untuk memastikan proses pembelajaran itu
menjadi lebih seronok. Sesuai dengan generasi masa kini yang sejak dari kecil
didedahkan dengan peranti elektronik, dengan pembelajaran yang seronok dapat
memberikan mereka semangat dan motivasi untuk belajar lebih mendalam. Kerana
keseronokan belajar itu sangat penting untuk pelajar terus belajar pelajaran yang
seterusnya.

Seterusnya, dengan teknologi pelajar dapat menyertai pelbagai program dalam talian
yang membantu untuk perkembangan maklumat dan kemahiran mereka. Pelbagai
kelas dalam talian yang diadakan untuk membantu pelajar menguasai teknik asas
menggunakan aplikasi profesional seperti kelas asas menggunakan aplikasi seperti
Autocad dan Programming C++. Kelas kelas seperti ini sememangnya memerlukan
komputer namun jika sekolah dapat menyediakan komputer yang bersesuaian kelas
kelas profesional yang berasaskan komputer dapat diadakan. Kemahiran komputer di
zaman kini sangat penting kerana industri harini memerlukan kepakaran yang mahir
menggunakan teknologi.

Kemudian teknologi juga berfungsi untuk membentuk minda kreatif di kalangan


pelajar. Oleh kerana rujukan di internet sangat meluas, ia menyebabkan pelajar
mempunya informasi yang banyak dan membantu pelajar untuk mengeluarkan idea
yang baru dan segar.

11
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
(b) Semestinya ada halangan untuk integrasikan teknologi di sekolah. Antaranya ialah
tiada sistem Wi-Fi di kawasan sekolah. Ini menyebabkan teknologi terkini seperti
tidak berfungsi kerana hampir kebanyakkan teknologi memerlukan internet. Dengan
Wi-Fi juga pihak sekolah dapat mengawal akses internet pelajar dengan menyekat
layaran web yang tidak dibenarkan di kawasan sekolah. Oleh itu, pihak berwajib
boleh memastikan sekolah mempunyai kelengkapan Wi-Fi dengan kelajuan yang
sepatutnya.

Selain itu, kekangan kewangan juga menjadi salah satu halangan untuk integrasi
teknologi sekolah. Untuk menggunakan teknologi sudah pasti memerlukan belanja
yang besar. Hanya menyediakan sepuluh buah komputer sahaja menelan kos belanja
beribu ringgit. Begitu juga pelajar, ada sesetengah pelajar yang berlatar belakang
keluarga yang tidak mampu membeli peranti elektronik. Tambahan pula sumber
rujukan dan buku digital yang asli memerlukan pengguna untuk membeli dalam
talian. Permasalahan ini dapat diatasi dengan mengambil langkah kecil satu per satu
menyediakan infrastruktur teknologi secara berperingkat. Perkara ini tidak perlu
dilaksanakan sekali gus.

Terdapat pula halangan di kalangan guru yang tidak mahir menggunakan teknologi.
Para guru juga terdiri dari pelbagai peringkat generasi dan umur. Sebahagian guru
lama tidak mahir menggunakan telefon pintar apatahlagi teknologi yang lain. Jika
guru sebagai pengajar tidak mahir menggunakan teknologi sudah tentu membawa
masalah dalam integrasi teknologi di sekolah. Oleh itu, pihak pentadbir boleh
menghantar guru yang berkaitan menyertai kursus khas untuk mempelajari kemahiran
menggunakan teknologi.

Halangan yang keempat ialah campur tangan dari ibu bapa dalam proses
menggabungkan teknologi di peringkat sekolah. Ada ibu bapa yang khuatir akan
kesan buruk teknologi kepada anak mereka. Sebagai contoh ada di kalangan ibu bapa
khuatir penggunaan teknologi mengganggu tumpuan anak mereka untuk belajar dan
juga penyalah gunaan teknologi oleh anak mereka. Perkara ini dapat dielakkan dengan
meyakinkan para ibu bapa bahawa penggunaan peranti elektronik tidak boleh

12
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
digunakan sesuka hati oleh pelajar malah penggunaan mereka dikawal. Hanya pada
masa masa tertentu sahaja penggunaan peranti elektronik dibenarkan.

13

Anda mungkin juga menyukai