Anda di halaman 1dari 18

HPGD 3103

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER 1 / TAHUN 2022

HPGD 3103

INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

NO. MATRIKS : CGS02639226


NO. KAD PENGENALAN : 970520-11-5686
HPGD 3103
BAHAGIAN A
SOALAN 1

EMPAT (4) FAEDAH REKA BENTUK PENGAJARAN SISTEMATIK BERBANDING


REKA BENTUK PENGAJARAN TRADISIONAL

PENGENALAN
Mengikut era globalisasi pendidikan kini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu
diberi penekanan yang sepatutnya. Proses ini melibatkan pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah di antara guru dan pelajar yang bermatlamatkan pendidikan komprehensif dan efektif
terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Pengajaran sistematik merupakan satu
inisiatif bagi para guru untuk menarik minat para pelajar agar setiap pengajaran yang
dijalankan itu memberi kesan yang maksimum terhadap kefahaman mereka.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dilaksanakan dengan lebih ideal
dengan mengambil kira aspek pengetahuan terdahulu pelajar, pemilihan bahan dan alat bantu
mengajar, strategi pengajaran dan urutan pembelajaran seterusnya proses penilaian terhadap
kefahaman pelajar untuk memudahkan guru melakukan analisis pencapaian pelajar. Oleh itu,
terhasilnya sebuah reka bentuk penganjaran sistematik yang dapat membantu mencapai
segala aspek dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Antara empat faedah reka bentuk
sistematik berbanding reka bentuk pengajaran tradisional terdahulu termasuklah :

PENGAJARAN SISTEMATIK PENGAJARAN TRADISIONAL

Pengetahuan Terdahulu Pengetahuan Terdahulu

Pengajaran sistematik sangat mementingkan Pengajaran tradisional pula tidak


pengetahuan pelajar sedia ada bagi membantu mempertimbangkan pengetahuan sedia ada
guru menganalisis pelajar mereka. Daripada itu, murid. Semua pelajar akan memenuhi objektif
set objektif akan dihasilkan secara berbeza yang telah ditetapkan dan guru juga akan
berdasarkan pengetahuan dan kebolehan melakukan aktiviti yang sama dalam sesi
terdahulu pelajar sekaligus dapat membantu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini tidak dapat

1
HPGD 3103
guru dalam mengenalpasti masalah para pelajar. membantu pelajar mencuba sesuatu yang baru
Oleh yang sedemikian, hal ini dapat bahkan sekadar menjalani kelas dengan
memudahkan sesi pengajaran guru serta dapat mengikut segala ketetapan objektif.
menarik minat pelajar bagi mempelajari perkara
baru dalam pembelajaran mereka. Pelajar akan
lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu yang
baru.

Pemilihan Bahan & Alat Bantu Mengajar Pemilihan Bahan & Alat Bantu Mengajar

Pemilihan bahan serta alat bantu mengajar bagi Manakala pengajaran tradisional ini hanya
pengajaran yang sistematik adalah berdasarkan memilih bahan dan alat bantu mengajar yang
objektif dan ciri pelajar yang telah dikenalpasti mudah diperolehi dan keperluan semasa. Tidak
melalui proses analisis pelajar. Pengetahuan dinafikan bahawa penggunaan bahan yang
sedia ada pelajar dapat membantu guru untuk mudah diperolehi atau yang telah tersedia ini
menetapkan bahan yang perlu digunakan juga dapat menarik minat pelajar, namun ianya
berdasarkan teori dan kajian yang dapat menarik mungkin dapat menjejaskan masa guru untuk
minat pelajar serta memberi mereka kepuasan mengetahui keberkesanannya terhadap para
dalam menimba ilmu. Sekiranya bahan dan alat pelajar. Sebagai contoh, penggunaan buku teks
mengajar ini sesuai digunakan kepada pelajar, semata tidak mencukupi bagi pelajar untuk
guru dapat mengetahui keberkesanannya terlebih mempelajari sesuatu yang baru yang terdapat
dahulu melalui respon pelajar apabila diluar buku teks.
ditanyakan soalan berkaitan pembelajaran hari
tersebut. Sebagai contoh, tayangan video
merupakan salah satu bahan bantu mengajar
yang dapat menarik perhatian murid agar lebih
fokus untuk memahami input yang disampaikan.
Seterusnya, guru juga boleh bertanyakan soalan
daripada tayang video tersebut dengan
menggunakan aplikasi-aplikasi yang sesuai
seperti Kahoot, Wordplay dan sebagainya bagi
memeriahkan lagi suasana pembelajaran di

2
HPGD 3103
dalam kelas.

Strategi Pengajaran & Urutan Pembelajaran Strategi Pengajaran & Urutan Pembelajaran
Melalui sistem pengajaran yang sistematik ini, Manakala bagi sistem pengajaran tradisional
strategi pengajaran adalah berdasarkan objektif. pula, strategi pengajaran adalah berdasarkan
pengajaran. Pelbagai strategi dijalankan keutamaan guru. Guru yang akan membina
antaranya, guru akan mengatur langkah strategi mereka mengikut kesesuaian dan
pengajaran mengikut kesesuaian dalam keutamaan sesama. Perlaksanaan P&P juga
mencapai objektif yang ditetapkan. Dari situ, adalah berdasarkan logik kandungan dan senarai
guru akan menggunakan pelbagai jenis strategi topik sahaja.
seperti behaviouris, kognitif dan konstruktivis
bagi mencapai objektif pembelajaran. Kesemua
ini adalah berdasarkan teori dan juga kajian
yang telah dijalankan bagi membantu guru
memberi pengajaran yang bersistematik dan
sesuai kepada pelajar mereka. Manakala dari
segi urutan pembelajaran pula, ianya adalah
berdasarkan pengetahuan dan prinsip
pengajaran. Pembelajaran dari tajuk yang senang
kepada tajuk yang susah dapat membantu pelajar
memahami subjek tersebut dengan baik dan
menguasainya dengan cemerlang.

Penilaian Penilaian
Proses penilaian adalah perlu bagi menilai Mengikut pengajaran tradisional, penilaian
pencapaian matlamat, objektif dan keperluan biasanya tidak pernah berlaku. Proses pengajaran
pelajar tercapai. Penilaian selepas sesi dan pembelajaran dijalankan tanpa ada membuat
pengajaran juga menjadi satu kelebihan bagi penilaian di akhir kelas. Hal ini tidak dapat
memastikan pelajar faham pembelajaran harian membantu pelajar untuk mengetahui tahap
mereka di dalam kelas. Penilaian keseluruhan kefahaman mereka. Penilaian secara keseluruhan
juga kebiasaannya dirancang dengan sistematik pula ada dijalankan namun tidak sekerap
megikut turutan pembelajaran dan kerap pengajaran sistematik.

3
HPGD 3103
dilaksanakan bagi memastikan pelajar melepasi
target yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Sebagai contoh, penilaian akan dijalankan di
awal tahun, pertengahan tahun dan peperiksaan
akhir tahun. Hal ini bagi membantu guru
mengenal pasti tahap kecemerlangan pelajar
mereka.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pengajaran sistematik ini dapat


menyumbang kepada produktiviti sesebuah sekolah bagi mencapai output yang optimum
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Hal ini sekaligus dapat menyumbang kepada
kemenjadian masyarakat yang lebih berfikiran kehadapan dan mencapai matlamat
kecemerlangan pendidikan.

4
HPGD 3103

SOALAN 2

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS DALAM KELAS


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN & EMPAT (4) CONTOH YANG SESUAI.

PENGENALAN
Pendekatan pembelajaran konstruktivisme merupakan satu proses yang menghuraikan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pelajar mengembangkan sendiri
pengetahuan itu secara aktif dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini
bermakna pembelajaran konstruktivisme ini merupakan hasil usaha pelajar itu sendiri dalam
memahami dan menerima input daripada sesi pembelajaran bukan dipindahkan daripada guru
kepada pelajar. Konsep pengajaran dan pembalajaran yang lama iaitu “guru menyuap murid”
tidak lagi diguna pakai kerana murid itu sendiri berusaha dengan menggunakan pengalaman
atau pengetahuan sedia ada mereka.

Oleh itu pendekatan pembelajaran konstruktivisme ini dapat membantu membina


konsep atau pengetahuan baru murid itu sendiri walaupun bagi kelas pembelajaran dalam
talian. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan murid cekap mempelajarinya, barulah
bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Ini adalah merupakan proses
konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran yang
cemerlang bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Untuk melibatkan pelajar dalam konstruktivisme, persekitaran pembelajaran yang


kompleks harus diwujudkan walaupun bagi cara pembelajaran dalam talian. Hal ini dapat
melibatkan pelajar dalam pembinaan dan refleksi pengetahuan dan boleh dilakukan dengan
cara berikut:
1. Libatkan pelajar dalam aktiviti autentik
2. Menyediakan kerjasama dan meneroka pelbagai perspektif tentang perkara yang
sedang dipelajari
3. Menyokong pelajar dalam menetapkan matlamat mereka sendiri dan mengawal
pembelajaran mereka

5
HPGD 3103
4. Galakkan pelajar untuk merenung apa yang telah mereka pelajari dan bagaimana
mereka belajar
Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka dengan
meneruskan pengajaran menggunakan pendekatan yang bersesuaian untuk kelas
pembelajaran dalam talian. Antaranya termasuklah :

1. Pemetaan Konsep Atas Talian


Penyediaan pemetaan ini adalah merupakan fasa penguatan idea murid dalam
mempelajari sesuatu topik yang baru. Perlaksanaan ini adalah bertujuan
mengenalpasti idea yang sebelumnya dan menjadikannya lebih menarik agar murid
mudah memahami serta menguasai kemahiran berfikir yang tinggi. Sebagai contoh,
penggunaan pemetaan ini dapat dilaksanakan melalui ‘google classroom’ yang
disediakan oleh guru. Murid akan menyediakan slaid bagi pembelajaran topik baru
mengikut kriteria yang telah diterangkan oleh guru di ‘google classroom’ seterusnya
murid akan memuat naik nota disitu.

2. Soal Jawab Reflektif Menggunakan Aplikasi Atas Talian


Tujuan perlaksaan soal jawab ini adalah untuk menilai sejauh mana idea murid yang
telah berubah setelah menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran. Fasa refleksi ini
dapat meningkatkan kemahiran pemprosesan yang telah mereka capai. Murid dapat
akses soal jawab refleksi ini melalui aplikasi yang telah guru sediakan iaitu
penggunaan Kahoot ataupun Wordwall. Guru dapat menggunakan aplikasi ini untuk
menyediakan beberapa soalan berkaitan topik yang telah dipelajari mereka.

3. Penyediaan Tugasan Secara Atas Talian


Penyediaan kerja kursus ini merupakan fasa permohonan idea para murid bagi
mengembangkan lagi tahap pemikiran serta dapat menggunakan idea itu pada situasi
baharu. Guru dapat berinteraksi atau membuat kelas atas talian melalui ‘google meet’
bagi menerangkan cara penyediaan kerja kursus serta dapat menunjukkan beberapa
contoh supaya murid faham dengan baik. Selain itu, guru juga boleh menyediakan
video rakaman sebagai contoh perlaksanaan kerja kursus tersebut. Setelah selesai
penyediaan kerja kursus tersebut, murid boleh memuat naik hasil kerja kursus tersebut
di mana-mana platfom yang sesuai seperti di ekelip atau moodle. Hal ini

6
HPGD 3103
memudahkan guru untuk membuat semakan serta murid juga dapat menyemak
markah yang diperolehi.

4. Pembelajaran Aktif Secara Berkumpulan Atas Talian Menggunakan


GoogleMeet
Kelas atas talian juga banyak membantu guru menghabiskan topik pembelajaran. Bagi
mengelakkan murid hanya menerima idea, guru juga boleh menyediakan latihan
pertukaran idea sesama murid. Ini dapat membantu murid merenung apa yang telah
mereka pelajari dan bagaimana mereka belajar. Perlaksanaan ini juga dapat membantu
guru mengenal pasti tahap pemahaman dan pencapaian murid mempelajari topik
tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa kaedah seperti bilik breakout di google
meet untuk mengasingkan pelajar kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil semasa
panggilan video. Fungsi ini sangat berguna jika guru ingin murid untuk mengadakan
sesi perbincangan sesama mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan


konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai terhadap pemahaman murid serta dapat mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang lebih terbuka. Selain itu, guru juga dapat membuat penilaian kendiri dan
menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang dan dapat meningkatkan lagi pengetahuan
berkenaan proses pengajaran yang efektif.

7
HPGD 3103

BAHAGIAN B

SOALAN 3 (a)
DUA (2) CONTOH HASIL PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH ABCD
UNTUK TAHAP APLIKASI (‘APPLICATION’) DOMAIN KOGNITIF.

PENGENALAN
Kaedah ABCD adalah terdiri daripada empat elemen yang diutamakan sebagai pendekatan
mudah dalam penulisan objektif & kriteria hasil pembelajaran. Ianya adalah Audience
(peserta), Behavior (perilaku), Conditions (kondisi), dan Degree (tingkatan). Manakala
domain kognitif taksonomi Bloom pula terdiri daripada enam tahap pembelajaran iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan penciptaan. Domain kognitif lebih
menekankan kepada pembangunan intelek dan pengetahuan dengan meningkatkan pemikiran
pelajar.

Aplikasi merupakan satu tahap pembelajaran kognitif yang merujuk kepada aplikasi
konsep yang telah dipelajari dalam situasi baharu. Ia berkait rapat dengan mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah kepada situasi baharu. Contoh yang dapat
dilihat adalah dari segi keupayaan atau kebolehanan untuk mengira, menukar, memilih,
menggunakan, membina, menunjukkan, menggambarkan, mentafsir dan mengubah suai.
Menurut Bloom et al. (1956), contoh aktiviti untuk latihan untuk mencapai tahap ini ialah
meletakkan teori dalam amalan, menunjukkan situasi, menyelesaikan masalah, dan
menguruskan sesuatu aktiviti.

Dua contoh hasil pembelajaran menggunakan kaedah ABCD untuk tahap aplikasi
bagi domain kognitif adalah : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,

8
HPGD 3103
1. Murid dapat menggunakan kalkulator bagi menyelesaikan
pengiraan termasuk pembundaran nombor dan pola nombor.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi berkaitan dengan masa dan waktu.

SOALAN 3 (b)
DUA (2) CONTOH HASIL PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH ABCD
BAGI TAHAP PENIRUAN (‘IMITATION’) DOMAIN PSIKOMOTOR

PENGENALAN
Peniruan merupakan tahap di mana pelajar dapat memerhati, mencorak, dan meniru tindakan
orang lain. Contoh tingkah laku untuk tahap ini ialah: mengikuti, mengulang, meniru, dan
mereka bentuk. Contoh aktiviti untuk latihan untuk mencapai tahap ini ialah menyalin karya
seni dan juga dengan melakukan sesuatu kemahiran sambil memerhati demonstrasi.

Dua contoh hasil pembelajaran menggunakan kaedah ABCD bagi tahap peniruan
(imitation) bagi domain psikomotor adalah : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ,

1. Murid dapat mereka bentuk produk hasil rekaan sendiri dengan

menggunakan rujukan yang disediakan.

2. Murid dapat menyalin karya seni dengan baik menggunakan contoh

yang disediakan.

9
HPGD 3103

SOALAN 4 (a)
LIMA (5) KELEBIHAN MENGGUNAKAN MEDIA PENGAJARAN. BERIKAN
CONTOH MEDIA UNTUK MENYOKONG PENJELASAN ANDA.

PENGENALAN
Media telah digunakan untuk mereka bentuk dan menyampaikan mesej secara berkesan
semasa proses reka bentuk pengajaran (Morrison, et al., 2011). Media memainkan peranan
penting bagi memastikan sesi pengajaran mencapai matlamat dan berkesan kepada murid.
Gagne (1970) mengenal pasti bahawa media merupakan salah satu cara pendidikan lain yang
dijadikan sebagai bahagian penting dalam reka bentuk teknologi pendidikan.

Antara kelebihan menggunakan media pengajaran sebagai platfom yang memberi


keberkesanan dalam berinteraksi dengan pelajar, merangsang aktiviti bersama pelajar dan
memudahkan proses pembelajaran termasuklah :

a) Mendapat Perhatian Pelajar


Tayangan video atau pemasangan muzik yang dimainkan semasa pelajar memasuki
bilik darjah mampu menarik perhatian pelajar. Hal ini dapat membuatkan pelajar
tertarik untuk mengikuti kelas bersama guru. Selain itu, dengan menayangkan video,
pelajar akan lebih memberi perhatian kerana video tersebut mungkin merupakan salah
satu video yang belum dilihat.

b) Mendapat Respon Pelajar

10
HPGD 3103
Apabila mereka menumpukan perhatian sepenuhnya pada video atau pemasangan
muzik, mereka akan bersemangat dalam memberi pandangan jika ditanya serta
mampu menjawab soalan yang diajukan oleh guru berdasarkan video itu tadi.

c) Memberi Maklum Balas


Penggunaan media pengajaran juga dapat memberikan maklum balas tentang ujian
atau latihan kelas yang telah guru sediakan. Sebagai contoh, guru bertanyakan tentang
maklum balas penggunaan media ini terhadap pelajar dan pelajar diminta untuk
memberi respon dengan menjawab beberapa soalan berkaitan kemenjadian
penggunaan media ini melalui aplikasi ‘poll’. Hal ini dapat membantu guru untuk
menilai kaedah pengajaran yang digunakan ini bersesuaian atau tidak dengan tahap
pemahaman pelajar mereka.

d) Meningkatkan Daya Ingatan Pengekalan Dan Pemindahan


Penggunaan media seperti tayangan video dapat meningkatkan pengekalan. Pelajar
akan mudah mengingati media yang dilihat dan dapat membantu pelajar
mevisualisasikan pelajaran itu dan memindahkan konsep abstrak ke dalam objek
konkrit. Hal ini dapat mengekalkan daya ingatan yang lama bagi sesetengah pelajar.

e) Menilai Prestasi
Media merupakan cara terbaik dalam menarik minat pelajar untuk menjawab soalan
penilaian selepas sesi pembelajaran tamat. Sebagai contoh guru boleh menggunakan
kahoot sebagai media pengajaran dimana aplikasi ini dapat menarik minat pelajar
untuk berdaya saing menjawab soalan serta dapat memaparkan terus markah selepas
soalan tamat. Hal ini membuatkan pelajar bersungguh-sungguh bersaing sesama
rakan-rakannya untuk meraih markah tertinggi dalam ujian yang dijalankan.

KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa penggunaan media pengajaran ini banyak membantu guru dalam
menjalankan sesi pengajaran. Selain itu, media pengajaran ini juga sangat berkesan bagi
menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran sekaligus dapat mengekalkan daya
ingatan yang tinggi buat pelajar kerana animasi yang digunakan dalam media itu bersesuaian

11
HPGD 3103
dengan generasi pelajar sekarang. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa penggunaan media
pengajaran dapat memberangsangkan peningkatan kemajuan pendidikan generasi kini.

SOALAN 4 (b)
DUA (2) CONTOH MEDIA YANG SESUAI UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SEMASA PANDEMIK COVID-19. BINCANGKAN TIGA (3) ASPEK YANG PERLU
DIAMBIL KIRA SEMASA MEMILIH MEDIA PENGAJARAN BAGI PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH

PENGENALAN
Penggunaan media yang bersesuaian dalam pelajaran dapat menunjukkan satu sokongan
kepada pembelajaran masa kini dengan memudahkan pelajar memahami, membina model
mental mereka sendiri dalam proses, dan membolehkan pemindahan pengetahuan. Pada masa
yang sama, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar walaupun berada di rumah kerana ia
memenuhi kecerdasan yang berbeza dan media pengajaran ini merupakan sesuatu yang baru
yang dapat menarik minat pelajar untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam.

Antara dua contoh media yang sesuai digunakan bagi pelajar sekolah menengah
semasa pandemik covid-19 termasuklah penggunaan jenis media motion/bergerak dan
penggunaan media bersemuka atas talian melalui Google Meet.

a) Tiga Aspek Penggunaan Media Motion/Bergerak dan Google Meet :


1. Menarik minat pelajar

12
HPGD 3103
Media motion seperti rakaman video atau video animasi dapat menarik perhatian
pelajar untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan lebih
tertarik untuk mengetahui hasil dapatan daripada animasi karton yang
menyampaikan isi-isi pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan Google Meet
yang membantu murid untuk berkumpul bersama kawan-kawan dan menjalani
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih seronok. Medium Google Meet ini
juga mempunyai pelbagai kelebihan dan mampu membantu guru untuk
berinteraksi dua hala bersama pelajar.
2. Mudah untuk di akses
Pelajar hanya memerlukan pencapaian internet yang baik untuk menjalani sesi
pengajaran dan pembelajaran ini. Namun jika pencapaian internet kurang baik,
guru boleh meninggalkan rakaman untuk pelajar melihat kembali kelas di waktu
yang lain.

3. Melahirkan pelajar yang kreatif


Berdasarkan penggunaan media motion/bergerak ini, pelajar akan lebih terdedah
dengan penggunaan teknologi yang lebih menarik serta dapat membantu pelajar
untuk mengaplikasikan penggunaan media motion ini sebagai salah satu medium
pembelajaran. Manakala penggunaan google meet ini pula mampu melatih pelajar
untuk tetap melakukan latihan bersama guru dan membuat latihan berkumpulan
sesama rakan mereka.

KESIMPULAN
Penggunaan media pengajaran ini mampu merangsang pelajar untuk tetap menghadiri kelas
walaupun berada dirumah. Hal ini dapat memupuk semangat belajar dalam diri pelajar
sekaligus dapat membantu guru dalam mengemaskini prestasi murid.

13
HPGD 3103

SOALAN 5 (a)
BERIKAN EMPAT SEBAB TEKNOLOGI DIGUNAKAN DI SEKOLAH

PENGENALAN
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang
baik kepada murid-murid tidak kira sekolah rendah atau menengah. Dengan mengejar arus
kemodenan dunia sekarang, penggunaan teknologi di sekolah merupakan salah satu cara
mendidik pelajar untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran. Antara sebab teknologi digunakan di sekolah termasuklah :

1. Memberi kemudahan kepada guru


Guru dapat membuat persiapan yang teliti dan boleh bersedia dengan lebih awal
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat
mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik
seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Penggunaan
teknologi sebagai alat bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar dan
membuatkan pelajar untuk fokus dalam kelas. Sebagai contoh, guru menggunakan

14
HPGD 3103
alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan
alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Tidak cepat bosan


Penggunaan teknologi ini adalah dengan melalui proses pembelajaran yang mudah
ringkas dan menarik serta memudahkan para pelajar untuk memahami isi kandungan
pelajaran. Hal ini akan membuatkan pelajar tidak mudah bosan untuk meneruskan
pembelajaran kerana setiap alat bantu belajar yang digunakan menarik dan tidak akan
mudah merasa jemu.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana


pembelajaran yang menyeronokkan
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan animasi yang menarik perhatian pelajar. Hal ini membuatkan pelajar
tidak tertumpu kepada teknik pengkuliahan semata bahkan dapat meningkatkan
kualiti pengajaran.
4. Penerangan yang lebih terperinci
Penggunaan teknologi di sekolah dapat membantu guru memberikan penerangan yang
lebih terperinci serta mendalam berkenaan subjek yang diajarkan itu. Maklumat
terkini dapat diperolehi dengan cepat bagi guru dan pelajar. Kemahiran menggunakan
internet ini dapat membolehkan guru dan pelajar memperoleh maklumat dan
informasi terkini dengan pantas dan berkesan.

KESIMPULAN
Sebagai rumusannya, penggunaan teknologi di sekolah sangat membantu dalam
meningkatkan prestasi sekolah sekaligus dapat mencapai matlamat wawasan pendidikan yang
memartabatkan kepintaran intelektual tinggi dari kalangan guru dan pelajar.

15
HPGD 3103

SOALAN 5 (b)
HALANGAN KEPADA INTEGRASI TEKNOLOGI DI SEKOLAH BESERTA EMPAT
CONTOH

PENGENALAN
Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting malah
ianya seiring dengan perkembangan pendidikan terkini. Melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 ternyata usaha meningkatkan infrastruktur teknologi dalam
pendidikan sebagai persediaan untuk melahirkan modal insan yang celik IT perlu
dipertingkatkan lagi. Menerusi Wawasan 2020 yang mewujudkan masyarakat bermaklumat,
integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diperluaskan lagi namun masih
terdapat beberapa halangan yang menjadi penghalang perkembangan teknologi di sekolah.

Antara halangan kepada integrasi teknologi di sekolah termasuklah :

1. Kekurangan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Seperti contoh terdapat ramai


guru berkhidmat di kawasan pedalaman masih tidak mahir dan jarang menggunakan
teknologi komunikasi dan maklumat atau komputer di dalam proses pengajaran dan

16
HPGD 3103
pembelajaran, sedangkan meraka telah diberikan kemudahan komputer di sekolah.
Hal ini menyebabkan keberkesanan penggunaan komputer menjadi terhad dan pelajar
juga tidak terdedah dengan perkembangan terkini.
2. Kekangan masa. Para guru masih mengatakan bahawa masa tidak mencukupi bagi
mereka menggunakan komputer dan ICT di dalam kelas. Hal ini membuatkan
penggunaan komputer tidak menjadi efektif dan tidak memberi kesan jika masih
menggunakannya dalam masa yang singkat.
3. Keperluan alatan teknologi yang tidak mencukupi. Pihak pentadbiran tidak memberi
kerjasama yang baik dalam penyediaan alatan teknologi bagi meneruskan pengajaran
dan pembelajaran yang berteraskan teknologi maklumat.
4. Pencapaian internet yang lemah. Kebanyakkannya masalah ini sering terjadi apabila
cuaca hujan dan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam pencapaian internet.
Apabila internet tidak dapat diakses, maka segala sesi pengajaran dan pembelajaran
akan tergendala dan melambatkan proses pencapaian matlamat serta objektif
pembelajaran.

17

Anda mungkin juga menyukai