Anda di halaman 1dari 20

KPD 4033

PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TAJUK TUGASAN :
‎ RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
3.0

KUMPULAN C (DPLI-YIK)
Nama No. Matrik
Mohamed Rizal Mohamed Noor L 20181011057
Mohamad Zaifuan bin Zulkaflee L 20181011067
Mufaisal bin Muhamad L 20181011058

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHD NASIR BIN MASRAN

0
PENGENALAN 2

KEPENTINGAN RANCANGAN 3
PENGAJARAN HARIAN

MODEL GAYA BELAJAR YANG 5


DIPILIH UNTUK PENGAJARAN

JADUAL PENENTU KANDUNGAN 7

RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT MODEL 8

RUMUSAN 18

RUJUKAN 19

1
1.0 PENGENALAN

Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd
(1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang
dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat
keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat
memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank,
1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan
yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana
untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar. Oleh itu, rancangan pengajaran
merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan
guru di dalam kelas, dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan


kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Tujuan utama guru
menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif
pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar. Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif
kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat
menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Tajuk yang
penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi
penerangan dengan lebih teliti. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud
sebenar pembelajaran.

Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan


mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar),
serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat:
Pertama, mengenai pelajar dan perkara yang akan diajar, dan kedua, catatan mengenai
langkah-langkah dan aktiviti guru-pelajar dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan
disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti,
lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

2
2.0 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

2.1 Membantu guru mencapai objektif pengajaran

Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru


mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.
Objektif pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan
pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan
penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan
berfokus.

2.2 Membantu perancangan masa mengajar guru

Menyusun atur masa dengan tepat dapat memastikan sukatan pelajaran


dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.
Perancangan yang dibuat akan memastikan setiap minit dalam tempoh
pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada
guru dan pelajar. Ini juga dapat memberi panduan kepada guru agar dapat
menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur.

2.3 Meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar

Persedian sebelum memasuki kelas adalah sangat penting bagi seseorang guru
agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Dengan adanya penyediaan rancangan pengajaran harian yang lebih awal
maka guru mempunyai panduan yang lebih sistematik untuk mengendalikan
kelas tersebut. Selain itu, isi kandungan matapelajar juga lebih mudah
disampaikan oleh pelajar tersebut kerana guru berkenaan mempunyai
persiapan yang rapi untuk mengendali kelas berkenaan. Perkara ini sekali gus
akan meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar di kelas kerana guru
telahpun mempunyai persiapan yang lebih teratur sebelum memulakan kelas
berkenaan.

3
2.4 Membantu guru dalam pemilihan alat bantu mengajar

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan – bahan


pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan
kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu
lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti pengajaran
yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar
membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
disampaikan dengan mudah dan jelas. Penggunaan teknologi pendidikan juga
dapat dimanfaatkan dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan
baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diterapkan dalam
pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama
ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran itu terdapat di
Pusat Sumber Sekolah (PSS).

2.5 Mengelakkan penyelewengan objektif dalam pengajaran

Penyediaan RPH dalam kalangan guru akan dapat menggelakkan


penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran
dilakukan. Oleh kerana pengalaman penguasaan isi kandungan guru adalah
berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya penyediaan RPH,
persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan
membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata
pelajaran yang disampaikan.

2.6 Membantu pengembangan pengajaran guru

Penyediaan RPH akan mengembangkan pengajaran secara lancar dan


tersusun. Ia juga berfungsi mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu
jangka waktu tertentu. RPH juga membantu guru mengingat bahan dan
pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

4
3.0 MODEL GAYA BELAJAR YANG DIPILIH UNTUK PENGAJARAN

Model Gaya Pembelajaran tertentu dipilih untuk melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran berkesan berdasarkan kumpulan sasaran yang terlibat. Model yang
dimaksudkan terdiri daripada Model Gaya Belajar VAK, Model Kepelbagaian
Kecerdasan dan Model Pembelajaran Kendiri.

3.1 Model Gaya Belajar VAK


Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual,
auditori dan kinestetik. Model ini akan mengenal pasti dan merangsang tiga
aspek pembelajaran dalam diri pelajar iaitu aspek visual, auditori dan
kinestetik. Melalui aspek visual pelajar belajar dengan melihat dan
mengamati, menggunakan visual yang kuat. Pelajar akan menggambarkan
dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajari. Manakala aspek
auditori pula menunjukkan pelajar boleh mengingati penerangan
melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca
terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Aspek kinestetik
bermaksud pelajar belajar dengan baik melalui pengalaman dan
mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka
dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti
melalui hands-on.

Rajah 1 : Gaya Belajar Visual, Auditori & Kinestetik

5
3.2 Model Kepelbagaian Kecerdasan
Setiap individu boleh memajukan kecerdasan mereka yang sedia ada
dan individu yang mempunyai kecerdasan yang sama dengan orang
lain tidak semestinya akan mempunyai pencapaian yang sama.
Menurut Howard Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari serta
dikembang dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Teori beliau
menyatakan bahawa terdapat 9 jenis kecerdasan bagi individu.

Rajah 2: Teori Kecerdasan Pelbagai Oleh Horward Gardner

3.3 Model Gaya Belajar Kendiri


Konsep kendiri ialah pencetus kepada perkembangan diri bagi
seseorang individu. Kanak-kanak khususnya akan berkembang sebagai
objek dan ia merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan
tahap perkembangan tersebut. Kerjasama daripada banyak pihak
diperlukan agar gaya pembelajaran kendiri pelajar terbentuk secara
positif. Gaya belajar kendiri memperlihatkan penilaian seseorang ke
atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya
sendiri sama ada secara positif atau negatif. Gaya ini melibatkan aspek
jasmani dan juga psikologi serta berkaitan dengan pembelajaran yang
dialami pelajar semenjak kecil lagi.

6
4.0 JADUAL PENENTU KANDUNGAN (JPK)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas oleh guru boleh dipandukan
berdasar penggunaan Jadual Penentu Kandungan. Ia merupakan sebuah jadual yang
membantu guru dalam merancang aktiviti yang berkaitan proses pembelajaran.
Kumpulan kami telah memilih subjek Pendidikan Islam Bab 17 (Rukhsah Anugerah
Daripada Allah s.w.t) bagi tingkatan dua sebagai JPK dan rancangan pengajaran
harian untuk tugasan ini.

Rancangan Aras Taksonomi Bloom


Kandungan Pengajaran
Harian Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Unit 1.1: RPH 1 X X X X X X


Menyapu Balutan

Unit 1.2: RPH 2 X X X X X X


Solat Jamak & Qasar

Unit 1.3: RPH 3 X X X X X X


Solat Ketika Sakit

Rancangan Aras Taksonomi Bloom


Kandungan Pengajaran
Harian Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Unit 1.1:
RPH 1 Maksud menyapu balutan Anggota wuduk tidak berbalut & anggota
Menyapu Balutan wuduk berbalut (tidak boleh terkena air)

Unit 1.2: Maksud solat Jamak & Kaifiat Solat Jamak Syarat-syarat sah
RPH 2
Qasar & Qasar solat Jamak &
Solat Jamak & Qasar
Qasar

Unit 1.3: RPH 3 Maksud solat ketika sakit Cara solat ketika sakit secara berdiri
sahaja (tidak boleh rukuk/sujud), secara
Solat Ketika Sakit
duduk, secara mengiring dan secara
melentang

Jadual 1 : Jadual Penentu Kandungan

7
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MODEL

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang teratur dan berkesan serta bahan sokongan
konkrit yang baik seperti bahan bantu mengajar (BBM) dapat membantu
meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. RPH yang
merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam
jangka waktu yang ditetapkan untuk menjamin pelajar mencapai objektif dengan
berkesan. Guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, motivasi, strategi dan
matlamat yang ingin dicapai melalui rancangan pengajaran harian tersebut. RPH juga
perlu merangkumi item-item yang dinyatakan dengan jelas dan mudah dilaksanakan.

Bahan bantu mengajar yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan objektif
pelajaran, tahap serta kebolehan pelajar. Penggunaan bahan ini boleh merangsang
deria pelajar meliputi penglihatan, pendengaran, bau dan sentuh yang juga
menggalakkan perkembangan psikomotor mereka. BBM juga berfungsi sebagai daya
penarik untuk pelajar melibatkan diri secara aktif dan memahami konsep yang diajar
secara berkesan. Oleh itu, kumpulan kami telah merangka Rancangan Pengajaran
Harian mengikut model tertentu khusus untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.

Rancangan Pengajaran Harian telah disusun bagi subjek Pendidikan Islam Bab
17 mengikut model-model gaya belajar seperti berikut:

i) Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Model Kepelbagaian Kecerdasan


ii) Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Model Gaya Belajar Kendiri
iii) Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Model Gaya Belajar VAK

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MODEL
KEPELBAGAIAN KECERDASAN

Matapelajaran: Pendidikan Islam Tingkatan: 2


Tarikh: Minggu 10 Masa: 8.00 – 9.10 pagi
Bilangan Pelajar: 38 orang
Tema / Tajuk: Bab 17 : Rukhsah Anugerah Daripada Allah
Sub Topik: Unit 17.1 : Menyapu Balutan
Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat;
1. Pelajar dapat menyatakan maksud menyapu balutan
2. Pelajar dapat menyatakan hukum dan dalil menyapu balutan
3. Pelajar dapat menghuraikan anggota wuduk tidak berbalut dan
anggota wuduk berbalut (tidak boleh terkena air).
Strategi / Aktiviti: Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu: Pelajar telah mengetahui cara-cara berwuduk
Bahan Bantu: Buku teks, video, pembalut luka dan air
Penerapan Nilai: Bekerjasama, tekun dan berkeyakinan
1. Set Induksi Guru menunjukkan tangan yang berbalut
2. Objektif 1. Pelajar dapat mempelajari cara bersuci dalam keadaan sakit
Pembelajaran 2. Pelajar dapat mengetahui cara wuduk anggota tidak berbalut dan
anggota berbalut yang tidak boleh terkena air
3. Kaedah 1) Kecerdasan 2) Kecerdasan Visual 3) Kecerdasan
Pembelajaran Verbal Lingustik : Ruang : Intrapersonal :
* Guru akan memberi * Guru memberikan * Guru mengarahkan
penerangan tentang pembalut luka untuk pelajar membaca unit
topik di dalam kelas balut tangan pelajar tersebut. Jika pelajar
(BBM 1) dan menyapu balutan tidak bertanya soalan,
* Guru membahagikan menggunakan air guru akan memberi
pelajar tersebut kepada seperti contoh yang soalan untuk menguji
beberapa kumpulan ditunjukkan di dalam kefahaman pelajar
dan setiap kumpulan video (BBM 2) mengenai apa yang
dikehendaki membuat (Penerapan Nilai: telah dipelajari
pembentangan tentang Bekerjasama) (Penerapan Nilai:
topik yang diberi Berkeyakinan)
4. Semak * Pelajar diminta * Pelajar dikehendaki * Pelajar akan
Kefahaman untuk menerangkan melakonkan watak diberikan soalan oleh
Pelajar cara menyapu balutan sebagai orang sakit guru dan pelajar perlu
menggunakan kaedah dan menunjukkan cara menjawab soalan yang
penceritaan mereka menyapu balutan diberi dalam tempoh
sendiri semasa dengan sempurna di yang telah ditetapkan
pembentangan tajuk di hadapan kelas (BBM 3)
hadapan kelas

9
5. Pantau dan * Guru memantau * Guru memantau * Guru memantau
Ubah suai pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan
memberi panduan agar memberi panduan agar memberi panduan agar
perbincangan atau dapatan mereka tidak pemahaman mereka
maksud mereka tidak tersasar tidak tersasar
tersasar
6. Praktis 1. Pelajar diberikan 1. Pelajar diminta 1. Guru menerangkan
Bertempoh masa 20 minit melakukan amali kepada pelajar
untuk persediaan cara menyapu selama 15 minit,
dan 5 minit masa balutan dan kemudian sesi soal
pembentangan mempersembahkan jawab dengan
2. Guru akan membuat hasil mereka kepada pelajar selama 20
pengukuhan selama guru minit dan
15 minit serta2. Guru akan membuat seterusnya guru
rumusan selama 10 pengukuhan selama memberikan soalan
minit 15 minit serta kepada pelajar
rumusan selama 10 dalam 20 minit
minit
7. Penutup dan 1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan
Refleksi maklumat yang dibentangkan oleh pelajar (Penerapan nilai: Tekun)
2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh
pelajar dan seterusnya memberi pengukuhan terhadap jawapan
tersebut

10
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BBM 1:
Buku Teks
Pendidikan Islam
Tingkatan 2

BBM 2:
Video menyapu
balutan

https://www.youtube.com/watch?v=2jAh-OwLNqY

BBM 3:
Soalan yang
disediakan oleh guru

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MODEL
GAYA BELAJAR KENDIRI

Matapelajaran: Pendidikan Islam Tingkatan: 2


Tarikh: Minggu 11 Masa: 8.00 – 9.10 pagi
Bilangan Pelajar: 38 orang
Tema / Tajuk: Bab 17 : Rukhsah Anugerah Daripada Allah
Sub Topik: Unit 17.2 : Solat Jamak dan Qasar
Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat;
1. Pelajar dapat menyatakan maksud solat Jamak dan Qasar dari segi
bahasa / istilah
2. Pelajar dapat menyatakan hukum dan dalil mengharuskan solat Jamak
dan Qasar
3. Pelajar dapat menyenaraikan syarat-syarat sah solat Jamak dan Qasar
4. Pelajar dapat menerangkan kaifiat solat Jamak dan Qasar
5. Pelajar dapat mempraktikkan solat Jamak dan Qasar
Strategi / Aktiviti: Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu: Pelajar telah mengetahui cara-cara solat dan rukun-rukun solat
Bahan Bantu: Kertas mahjong, pen marker, laptop, edaran kertas soalan dan slide
power point
Penerapan Nilai: Rasional, berdikari, menghormati orang lain dan bekerjasama
1. Set Induksi Guru menunjukkan poster berkaitan solat Jamak dan Qasar (BBM 1)
2. Objektif 1. Guru memaklumkan objektif pembelajaran mengenai tajuk solat
Pembelajaran Jamak dan Qasar
3. Kaedah 1.Kaedah Mencari Fakta Sendiri 2.Kaedah Scaffolding
Pembelajaran 1. Guru menerangkan secara 1. Guru menerangkan maksud
ringkas apa itu solat Jamak dan solat Jamak dan Qasar kepada
Qasar serta memberikan satu pelajar
artikel berkaitan yang terdapat 2. Guru membahagikan 5
dalam majalah Solusi (BBM 2) kumpulan (7 hingga 8 orang
2. Setiap pelajar perlu mencari dalam setiap kumpulan) yang
sendiri hukum dan dalil, syarat mana setiap kumpulan diketuai
sah, kaifiat serta cara melakukan oleh seorang pelajar yang
solat Jamak dan Qasar pandai (cemerlang) sebagai
(Penerapan nilai: Berdikari mentor
dan rasional) 3. Guru meminta setiap kumpulan
menyediakan satu bahan
pembentangan guna kertas
mahjong tentang maksud,
hukum dan dalil, syarat sah,
kaifiat solat serta cara
melakukan solat Jamak dan
Qasar berdasarkan buku teks

12
4. Guru mengedarkan jadual
kosong untuk pengisian info
tentang solat Jamak dan Qasar
(BBM 3)
5. Ketua bagi setiap kumpulan
akan menerangkan semula
tugasan setiap kumpulan
berdasarkan bahagian solat
sehingga semua ahli kumpulan
faham
6. Ahli kumpulan lain mengisi
jadual yang diberikan
berdasarkan pembentangan
yang dibuat
7. Setiap kumpulan akan
membentangkan hasil dapatan
mereka mengenai solat Jamak
dan Qasar di depan kelas.
(Penerapan nilai:Bekerjasama)
4. Semak 1. Pelajar diminta untuk1. Guru memberi kuiz mengenai
Kefahaman menyatakan syarat sah solat solat Jamak dan Qasar
Pelajar Jamak dan Qasar 2. Guru berbincang dengan murid
2. Pelajar diminta untuk mengenai jawapan soalan kuiz
menjelaskan dengan ringkas 3. Guru akan menerangkan secara
cara melakukan solat Jamak dan terperinci kesilapan yang dibuat
Qasar oleh pelajar
5. Pantau dan * Guru memantau pergerakan * Guru memantau pergerakan
Ubah suai pelajar dan memberi panduan agar pelajar dan memberi panduan agar
perbincangan mereka tidak tersasarperbincangan mereka tidak tersasar
6. Praktis 1. Pelajar diberikan masa selama 1. Pelajar diberikan masa selama
Bertempoh 30 minit untuk melakukan 30 minit untuk melakukan
perbincangan sesama pelajar perbincangan dalam kumpulan
yang lain. dan 20 minit bagi menjawab
2. Pelajar mengaplikasikan semua soalan kuiz solat Jamak dan
pengetahuan dan kemahiran Qasar
mereka menjelaskan perkara 2. Guru memantau aktiviti atau
berkaitan solat Jamak dan Qasar tugasan yang diberikan
3. Guru memantau aktiviti atau
tugasan yang diberikan
7. Penutup dan 1. Guru akan membuat penilaian terhadap pelajar setiap kali selepas
Refleksi tamat pembentangan dari setiap kumpulan. Guru juga meminta
pelajar lain supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang
dilakukan. (Penerapan nilai: Menghormati orang lain)
2. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan
maklumat yang dibentangkan.
3. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh
pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan
tersebut.

13
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BBM 1:
Poster Solat Jamak
dan Qasar

BBM 2:
Majalah Solusi

BBM 3:
Jadual Pengisian
Info Solat Jamak dan
Qasar

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MODEL
GAYA BELAJAR VAK

Matapelajaran: Pendidikan Islam Tingkatan: 2


Tarikh: Minggu 12 Masa: 8.00 – 9.10 pagi
Bilangan Pelajar: 38 orang
Tema / Tajuk: Bab 17 : Rukhsah Anugerah Daripada Allah
Sub Topik: Unit 17.3 : Solat Ketika Sakit
Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat;
1. Pelajar dapat menerangkan maksud solat ketika sakit
2. Pelajar dapat menjelaskan cara solat ketika sakit
a) Solat berdiri bagi orang tak mampu rukuk / sujud
b) Solat secara duduk
c) Solat secara mengiring
d) Solat secara melentang
Strategi / Aktiviti: Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu: Pelajar telah mengetahui cara-cara bersolat dan rukun-rukun solat
Bahan Bantu: Powerpoint, video, laptop, LCD, gambar-gambar solat ketika sakit,
marker, edaran kertas soalan, kertas mahjong
Penerapan Nilai: Bekerjasama, bersyukur, fokus dan berkeyakinan
1. Set Induksi 1. Guru menunjukkan rakaman video berkaitan cara solat ketika sakit
(BBM 1). Guru akan bertanya pelajar setelah menonton video
mengenai apakah hikmah yang mereka perolehi daripada video
tersebut (Penerapan Nilai: Bersyukur)
2. Guru merangsang minda pelajar dengan bertanyakan perbezaan antara
solat secara berdiri bagi yang tak mampu rukuk / sujud, secara duduk,
secara mengiring dan secara melentang
2. Objektif 1. Pelajar dapat menjelaskan cara solat ketika sakit bagi semua posisi dan
Pembelajaran kedudukan
3. Kaedah 1) Gaya Belajar 2) Gaya Belajar 3) Gaya Belajar
Pembelajaran Visual : Auditori : Kinestetik :
* Guru menunjukkan * Pelajar diminta * Guru menunjukkan
video perbezaan cara duduk secara gambar-gambar orang
solat ketika sakit berpasangan untuk sakit (BBM 4)
(BBM 2) berbincang tentang * Pelajar diminta
* Pelajar perlu solat ketika sakit melakonkan cara solat
berbincang untuk buat * Salah seorang yang sesuai dengan
pembentangan tentang pelajar itu diminta pesakit berdasarkan
4 cara solat ketika menerangkan semula gambar yang
sakit apa yang difahami ditunjukkan oleh guru
* Pelajar lain diberi kepada rakannya (Penerapan Nilai:
peluang untuk (Penerapan Nilai: Bekerjasama)
bertanya soalan Berkeyakinan) * Guru akan
* Guru memberikan * Guru membuat memeriksa dan
15
penerangan tambahan penerangan tambahan membetulkan postur
kepada pelajar melalui dan rumusan tentang serta kedudukan
Powerpoint (BBM 3) aktiviti yang pelajar yang
* Guru membuat dijalankan oleh pelajar melakonkan cara solat
rumusan tentang ketika sakit
aktiviti yang * Guru memberikan
dijalankan oleh pelajar pujian kepada pelajar
kerana dapat
melakonkan cara solat
ketika sakit dengan
sempurna
4. Semak * Pelajar diminta * Guru bertanya * Pelajar diminta
Kefahaman untuk mengenalpasti secara lisan kepada melakonkan setiap
Pelajar perbezaan cara solat pelajar mengenai satu cara solat ketika
ketika sakit perbezaan cara solat sakit sama ada
ketika sakit keadaan berdiri,
duduk, mengiring dan
melentang

5. Pantau dan * Guru memantau * Guru memantau * Guru memantau


Ubah suai pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan pergerakan pelajar dan
memberi panduan agar memberi panduan agar memberi panduan agar
perbincangan mereka dapatan mereka tidak tindakan mereka tidak
tidak tersasar tersasar tersasar
6. Praktis 1. Pelajar diberikan 1. Guru meminta 1. Pelajar diberi masa
Bertempoh masa 15 minit pelajar mencipta 20 minit untuk
untuk menyiapkan lagu nasyid mudah melakonkan cara
tugasan melalui secara berkumpulan solat ketika sakit
perbincangan dan dalam 30 minit dan guru akan
menyediakan cara- mengenai cara solat menilai berdasarkan
cara solat ketika ketika sakit dan lakonan dibuat
sakit serta menyanyikannya 2. Guru memberikan
mengaplikasikan semula di depan penjelasan lanjut
kemahiran mereka kelas bagi setiap selama 5 minit bagi
untuk menerangkan kumpulan mengukuhkan lagi
perkara itu 2. Guru memantau maklumat tentang
2. Guru memantau aktiviti yang lakonan yang
aktiviti yang diberikan dipersembahkan
diberikan
7. Penutup dan 1. Guru akan membuat penilaian terhadap pelajar setiap kali tamat
Refleksi pembentangan kumpulan. Guru juga minta pelajar lain supaya
memberi tumpuan terhadap pembentang ketika pembentangan dibuat
(Penerapan nilai: Fokus)
2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh
pelajar dan seterusnya memberi pengukuhan terhadap jawapan
tersebut

16
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BBM 1:
Video Cara Solat
Ketika Sakit

https://www.youtube.com/watch?v=-fVxb3fJIkk

BBM 2:
Video Perbezaan
Cara Solat Ketika
Sakit

https://www.youtube.com/watch?v=gx7FGHqiciA

BBM 3:
Slide Powerpoint

BBM 4:
Gambar-gambar
Orang Sakit

17
6.0 RUMUSAN

Rancangan Pengajaran Harian memang merupakan instrumen terpenting bagi para


guru untuk melaksanakan aktiviti untuk pengajaran kepelbagaian pelajar. Tanpa
perancangan yang berkesan adalah sukar untuk guru mencapai objektif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan bantu mengajar juga memainkan
peranan penting dalam konteks memberi pemahaman mendalam kepada pelajar serta
memudahkan penerangan dibuat oleh guru melalui sesi pembelajaran pelajar.

18
7.0 RUJUKAN

Berg, E.V. (1988). The Method and Technique of Teaching. London : Oxford
University Press

D.R. Cruickshank. (1995). The Act of Teaching. New York: McGraw-Hill.


Classroom.

Davis, B.G. (1993). Tools for Teaching. San Francisco: Josey-Bass Inc.

Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: Penerbit


UTM

Joyce, B.R. & Weil, M. (1980). Models of Teaching, Second Edition.


Englewood Cliffs, New Jersey 07632: Prentice Hall

Paul R. Burden & David M. Byrd (1999). Methods for Effective Teaching, 2nd
Edition. Kansas State University. University of Rhode Island. Pearson

Winkel, W.S (1998). Psikologi Pengajaran. Jakarta: Pt Grademia Widiasarana

19

Anda mungkin juga menyukai