Anda di halaman 1dari 10

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi Terhadap

Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama

Dr Mohammad Najib Jaffar


najib@usim.edu.my
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia

Dr Zainur Rijal Abd Razak


zainurrijal@usim.edu.my
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji persepsi Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi di
Universiti Sains Islam Malaysia terhadap Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama (BAUTA).
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membantu tenaga pengajar dan para penggubal silibus
dalam menggaris kandungan dan objektif program-program BAUTA yang lebih efektif dan
praktikal. Dari segi metodologi kajian, kajian ini mengikut kaedah deskriptif kuantitatif. Oleh
itu, medium yang bakal digunakan dalam kajian ini dalam proses pengumpulan data adalah
melalui pengedaran borang soal selidik. Dapatan kajian ini nanti akan membolehkan
pengkaji mengenalpasti persepsi dan pandangan para pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab
dan Komunikasi terhadap BAUTA, terutamanya penekanan kepada sumber utama
perundangan Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Katakunci: Bahasa Arab dan Komunikasi, Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama, kaedah deskriptif kuantitatif,
al-Quran dan as-Sunnah.

PENDAHULUAN

Bahasa Arab dan agama Islam mempunyai perkaitan yang erat memandangkan Al-
Quran diturunkan dalam bahasa ini. Selain itu, bahasa Arab merupakan bahasa ibadah yang
difardukan ke atas setiap orang Islam sebagai contoh solat; bahasa perantaraan yang
digunakan dalam ibadah tersebut ialah bahasa Arab. Sekiranya bacaan dalam solat
menggunakan bahasa lain maka solat tersebut tidak sah.
Menurut Mamdouh N. Mohamed (2005), umat Islam seramai 1.3 bilion di seluruh
dunia merupakan sasaran yang berpotensi untuk mempelajari bahasa Arab untuk tujuan
agama seperti solat, haji, umrah dan sebagainya. Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama
merupakan cabang kepada displin Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus1. Menurut Abdul
Rahman Chik (1988:3), bahasa Arab adalah pembolehubah kepada ‘Bahasa Untuk Tujuan
Khusus’2 di mana ‘bahasa’ pada pangkalnya boleh digantikan dengan apa jua bahasa di
dunia termasuklah bahasa Arab.

BAB 1: PENGENALAN BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN KHUSUS

Latar belakang
Ilmu bahasa untuk tujuan khusus telah dikenalpasti bermula pada pertengahan kurun ke-20
di mana bahasa Inggeris menjadi pelopor kepada bahasa-bahasa utama yang lain di dunia.
Menyedari kepentingan bahasa Arab kepada masyarakat global, beberapa cendekiawan
dan sarjana Islam telah mengorak langkah untuk mengaplikasikan displin tersebut kepada
bahasa Arab maka lahirlah kajian-kajian yang berkaitan dengan bahasa Arab untuk tujuan
khusus.
Takrif
1
Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Arabic for Specific Purposes’ (ASP).
2
Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Languages for Specific Purposes’ (LSP).

1
Menurut Hutchinson dan Waters (1987:19), Bahasa Untuk Tujuan Khusus merupakan
bidang di mana silibus dan kaedah pengajaran bahasa berpaksikan kepada keperluan dan
kehendak pelajar.

Tujuan
Berdasarkan visi dan misi displin ini, sebarang silibus yang bakal digubal oleh penggubal
buku teks mestilah berpaksikan kepada tujuan utama seseorang pelajar itu mempelajari
bahasa Arab. Sekiranya tujuannya untuk mendalami agama Islam, maka kandungan modul
tersebut hendaklah fokus kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan agama Islam seperti
solat, puasa, zakat, haji, umrah dan sebagainya.

Sasaran
Pada kebiasaannya, sasaran pengajaran subjek ini ditujukan kepada para pelajar yang
mempunyai asas dalam bahasa Arab sama ada di kalangan pelajar mahupun orang
dewasa.

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang mengajar kursus ini biasanya terdiri daripada golongan pakar bahasa
Arab kerana mereka berpengalaman dalam menentukan silibus dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan para pelajar.

Jenis Pengajian
Kebiasaannya, pengajaran subjek ini dibuat dalam bentuk kursus intensif yang pendek.

Tempoh Masa
Menurut Robinson (1980), tempoh masa bagi pengajaran bahasa khusus terhad atau dalam
jangka masa yang pendek.

Kemahiran Bahasa Yang Diajar


Kemahiran bahasa yang diajar bergantung kepada keperluan dan kehendak pelajar.
Sekiranya pelajar tersebut mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an maka
kemahiran membaca perlu dititikberatkan bagi merealisasikan tujuan tersebut.

Bahan Pengajaran
Bahan pengajaran bagi subjek ini bergantung kepada tujuan khusus yang ingin dicapai oleh
pelajar. Sekiranya pelajar tersebut berhasrat untuk memahami dan mendalami agama Islam
maka bahan pengajaran mestilah bersumberkan Al-Qur’an, hadis, doa dan sebagainya.
Dalam pada itu, bahan pengajaran tersebut boleh diambil daripada teks asal mahupun teks
buatan.

Perbezaan Individu
Melalui pengajaran subjek ini, perbezaan individu atau pelajar dari segi intelek, sahsiah,
sosio-ekonomi, kemahiran dan seumpamanya boleh dikenalpasti secara mudah
memandangkan tujuan pembelajaran adalah khusus di samping bilangan pelajar adalah
terhad.

Keberkesanan Pengajian
Pengajaran subjek ini mempunyai keberkesanan yang tinggi memandangkan tujuan
pembelajarannya adalah khusus di mana tenaga pengajar dapat memfokuskan kepada
bahan dan kaedah pengajaran yang seiring dengan objektif pembelajaran. Selain itu, faktor
motivasi dalaman yang tinggi untuk menguasai sesuatu bahasa untuk tujuan tertentu di
kalangan pelajar turut membantu menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ini.
(Muhammad Abu Al-Kalam Azad, 1998 : 13-16).

2
BAB 2: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI
TERHADAP BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN AGAMA

Dalam bab ini, penyelidik akan membentangkan dapatan soal selidik yang diedarkan
kepada 150 orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi di USIM yang terdiri
daripada pelajar tahun 2 dan 3 untuk mengetahui apakah persepsi mereka terhadap Bahasa
Arab Untuk Tujuan Agama. Dapatan soal selidik tersebut adalah seperti berikut:

1. Untuk memahami ajaran-ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dengan lebih mendalam

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju - -

Tidak Setuju - -

Setuju 47 31.3

Sangat Setuju 103 68.7


Jumlah 150 100

80
70
60
50
40 Responden
30
20
10
0
Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
Setuju

Jadual di atas menunjukkan tujuan utama pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan
Komunikasi mempelajari Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama adalah untuk memahami
ajaran-ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dengan lebih mendalam. Jumlah responden yang
sangat bersetuju adalah sebanyak 68.7% dan sebanyak 31.3% jumlah responden yang
bersetuju. Dapat disimpulkan bahawa bahasa Arab merupakan wasilah untuk memahami Al-
Quran dan As-Sunnah yang merupakan rujukan utama bagi orang Islam.

2. Memahami agama Islam dengan lebih tepat kerana mengambil terus daripada
sumber utamanya Al-Quran dan As-Sunnah

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju - -

Tidak Setuju - -

Setuju 42 28

Sangat Setuju 108 72


Jumlah 150 100
80
70
60
50
40 Responden Jadual di atas
30
20
menunjukkan 28% responden
10
0 3
Sangat Tidak Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Setuju
bersetuju dengan keperluan mempelajari BAUTA adalah untuk memahami agama Islam
dengan lebih tepat kerana mengambil terus daripada sumber utamanya Al-Quran dan As-
Sunnah. Manakala sebanyak 72% responden sangat bersetuju dengan tujuan tersebut
menyedari peri pentingnya menguasai BAUTA untuk memahami isi kandungan Al-Quran
dan As-Sunnah secara langsung tanpa merujuk kepada buku-buku terjemahan.

3. Menjadi lebih komited dengan Islam dan dapat mengamalkan ajaran-ajarannya


dengan lebih baik

Tahap Bilangan C
Sangat Tidak Setuju - -

Tidak Setuju 2 1.3

Setuju 68 45.3

Sangat Setuju 80 53.4


Jumlah 150 100

60
50
Jadual di atas menunjukkan bahawa
40
majoriti responden bersetuju dengan
30 Responden
mempelajari BAUTA akan menjadi lebih
20
komited dengan Islam seterusnya
10
0
mengamalkan ajaran-ajarannya dengan lebih
Sangat Tidak Setuju Sangat baik di mana sebanyak 53.4% responden
Tidak Setuju Setuju sangat bersetuju dan 45.3% responden
Setuju
bersetuju dengan tujuan tersebut.
Walaubagaimanapun, terdapat 1.3% responden
tidak bersetuju dengan alasan tersebut
berkemungkinan mereka merasakan dengan penguasaan bahasa Arab sahaja tidak
semestinya menjadikan seseorang pelajar itu lebih komited dalam mengamalkan ajaran
Islam.

4. Menjadi pendakwah yang lebih berkesan

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju - -

Tidak Setuju 7 4.7

Setuju 95 63.3

Sangat Setuju 48 32
Jumlah 150 100

Sangat Se... 32

Se 63.3

Tidak Se... 4.7


4

Sangat Tidak Se... 0


Jadual di atas menunjukkan responden yang bersetuju dengan keperluan
mempelajari BAUTA adalah untuk menjadi pendakwah yang lebih berkesan adalah
sebanyak 63.3% manakala sebanyak 32% responden sangat bersetuju dengan keperluan
tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat 4.7% responden tidak bersetuju dengan alasan
tersebut berkemungkinan disebabkan tidak mempunyai kecenderungan dan minat dalam
kerjaya tersebut.

5. Kunci kepada khazanah ilmu-ilmu Islam

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju - -

Tidak Setuju - -

Setuju 56 37.3

Sangat Setuju 94 62.7


Jumlah 150 100

70
60
50
40
Responden
30
20
10
0
Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
Setuju

Jadual di atas menunjukkan majoriti


responden sangat bersetuju dengan keperluan mempelajari BAUTA kerana ianya
merupakan kunci kepada khazanah ilmu-ilmu Islam lain iaitu sebanyak 62.7%. Sebanyak
37.3% responden lagi bersetuju dengan tujuan tersebut.

6. Islam tidak semestinya difahami melalui perantaraan BA

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju 20 13.4

Tidak Setuju 38 25.3

Setuju 74 49.3
Sangat Se... 12
Sangat Setuju 18 12
Jumlah 150 100
Se 49.3
Responden

Tidak Se... 25.3


5

Sangat Tidak Se... 13.4


Jadual di atas menunjukkan sebanyak 49.3% responden bersetuju dan sebanyak
12% responden sangat bersetuju dengan pandangan bahawa BAUTA tidak semestinya
dipelajari dengan alasan bahawa agama Islam tidak semestinya difahami melalui
perantaraan bahasa Arab sebaliknya boleh dikuasai dengan perantaraan bahasa ibunda
iaitu bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, terdapat 25.3% responden tidak bersetuju dan
13.4% responden lagi sangat tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Dapat
disimpulkan bahawa dengan mempelajari dan menguasai bahasa Arab akan memberi
kefahaman yang lebih terhadap agama Islam dengan cara merujuk terus kepada sumber-
sumbernya.

7. Mereka yang menguasai BA tidak semestinya lebih mengetahui Islam berbanding


mereka yang tidak menguasainya

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju 13 8.7

Tidak Setuju 27 18

Setuju 75 50

Sangat Setuju 35 23.3


Jumlah 150 100

50
40 Jadual di atas menunjukkan sebanyak
30 50% responden bersetuju dan sebanyak 23.3%
20 responden sangat bersetuju dengan
Responden pandangan bahawa mereka yang menguasai
10
0
BA tidak semestinya lebih mengetahui Islam
Sangat Tidak
Tidak Setuju Setuju Sangat berbanding mereka yang tidak menguasainya.
Setuju Setuju Walaubagaimanapun, terdapat 18% responden
tidak bersetuju dan 8.7% responden sangat
tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa dengan
mempelajari BAUTA, ia boleh memberi bonus kepada pelajar untuk mengetahui agama
Islam dengan lebih mendalam.

8. Mereka yang menguasai BA tidak semestinya lebih komited melaksanakan Islam


dalam kehidupan seharian berbanding mereka yang tidak menguasainya

Tahap Bilangan Peratus

6
Sangat Tidak Setuju 9 6

Tidak Setuju 28 18.7

Setuju 78 52

Sangat Setuju 35 23.3


Jumlah 150 100

60
50
Jadual di atas
40
menunjukkan sebanyak 52%
30
responden bersetuju dan
20
Responden sebanyak 23.3% responden
10
sangat bersetuju dengan
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju pandangan yang mengatakan
Setuju bahawa mereka yang menguasai
BA tidak semestinya lebih komited
melaksanakan Islam dalam
kehidupan seharian berbanding
mereka yang tidak menguasainya. Walaubagaimanapun, sebanyak 18.7% responden
bersetuju dan sebanyak 6% responden sangat tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa dengan mempelajari dan menguasai bahasa Arab akan
menjadikan seseorang itu lebih komited untuk menghayati agama Islam seterusnya
mempraktikkannya dalam kehidupan seharian di atas kesedaran yang dimilikinya.
9. Ketidakfasihan berbahasa Arab bukan alasan untuk tidak menguasai isi
kandungan Al-Quran dan As-Sunnah

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju 5 3.3

Tidak Setuju 19 12.7

Setuju 71 47.3

Sangat Setuju 55 36.7


Jumlah 150 100

Sangat Setuju
Jadual di atas
menunjukkan sebanyak
Setuju 47.3% responden
bersetuju dan sebanyak
Responden 36.7% responden
Tidak Setuju sangat bersetuju
dengan pandangan
yang mengatakan
Sangat Tidak Setuju bahawa ketidakfasihan
berbahasa Arab bukan
alasan untuk tidak
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 menguasai isi
kandungan al-Quran
dan as-Sunnah. Walaubagaimanapun, terdapat 12.7% responden tidak bersetuju dan 3.3%
responden sangat tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Ini disebabkan mereka

7
berpendapat bahawa al-Quran dan as-Sunnah diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh yang
demikian, dengan menguasai bahasa Arab dengan fasih dan cekap akan menyebabkan
seseorang itu dapat bertadabbur dengan isi al-Quran dan menghayati as-Sunnah dengan
lebih berkesan.

10. Pembacaan dan pengkajian mengenai Al-Quran dan As-Sunnah tetap boleh
dilakukan walaupun tidak menguasai BA

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju 20 13.4

Tidak Setuju 47 31.2

Setuju 63 42

Sangat Setuju 20 13.4


Jumlah 150 100
45
40
35
30
25
20
15
10
5 Responden
0

Jadual di atas menunjukkan sebanyak 42% reponden bersetuju dan sebanyak


13.4% responden sangat bersetuju dengan pandangan bahawa pembacaan dan pengkajian
mengenai al-Quran dan as-Sunnah tetap boleh dilakukan walaupun tidak menguasai BA.
Walaubagaimanapun, terdapat 31.2% responden bersetuju dan 13.4% responden sangat
tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Dapat disimpulkan bahawa dengan
mempelajari BAUTA, pelajar dapat mengetahui dan membuat kajian mengenai al-Quran
contohnya dari segi i’jaz lughawi dan bayani serta boleh mengenalpasti metafora-metafora
seperti kinayah yang banyak digunakan dalam hadis-hadis.

11. Agama Islam boleh difahami melalui buku-buku terjemahan bahasa Indonesia atau
BI

Tahap Bilangan Peratus


Sangat Tidak Setuju 15 10

Tidak Setuju 39 26

Setuju 74 49.3

Sangat Setuju 22 14.7


Jumlah 150 100

8
120
80
40
0 Responden
u
uj uj
u
Set et ju u
S tu uj
ak ak Se et
Tid Tid t S
at ga
ang Sa
n
S

Jadual di atas menunjukkan sebanyak 49.3% responden bersetuju dan sebanyak


14.7% responden sangat bersetuju dengan pendapat bahawa agama Islam boleh difahami
melalui buku-buku terjemahan bahasa Indonesia atau bahasa Inggeris.
Walaubagaimanapun, terdapat 26% responden tidak bersetuju dan 10% responden lagi
sangat tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Dapat disimpulkan bahawa dengan
mempelajari BAUTA, pelajar akan dapat lebih memahami agama Islam dengan cara
merujuk terus kepada sumber-sumbernya tanpa bergantung kepada bahan-bahan
terjemahan dalam bahasa Indonesia atau bahasa Inggeris. Ini kerana sekiranya terjemahan
tersebut mengandungi istilah-istilah dan laras-laras bahasa yang asing dengan sosio-
budaya masyarakat melayu Islam di Malaysia ianya akan membawa kepada kesalah
fahaman terhadap agama Islam.

PENUTUP

Konklusinya, Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama (BAUTA) merupakan cabang


kepada Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus (BAUTK) yang dipelopori oleh masyarakat barat
yang peka kepada tuntutan semasa. Di antara dapatan kajian yang diperolehi hasil
pengedaran borang kaji selidik di kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan
Komunikasi di USIM ialah majoriti pelajar bersetuju dengan peri pentingnya mempelajari
BAUTA terutamanya untuk memahami agama Islam dengan lebih tepat dengan cara
merujuk terus sumber utamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah tanpa bergantung kepada
sumber-sumber terjemahan. Selain itu, dengan mempelajari BAUTA, pelajar dapat
memahami Al-Quran, As-Sunnah dan khazanah ilmu-ilmu Islam untuk dijadikan sebagai
panduan hidup. Oleh yang demikian, sebarang silibus BAUTA yang bakal digubal
dicadangkan agar menitikberatkan keperluan-keperluan ini agar sesi pengajaran dan
pembelajaran mencapai objektifnya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman bin Chik (1988), Teaching Arabic For Specific Purposes (ASP) in Malaysia
with Reference to Teaching Reading Skills at the International Islamic University.
England : Department of Modern Languages, University of Salford
Hutchinson, T. and Waters, A. (1987), English for Specific Purposes: A learning-centered
approach, Cambridge: Cambridge University Press
Mamdouh N. Mohamed (2005), Teaching Arabic For Islamic Purposes. Chicago : ISNA
Conference
Muhammad Abu Al-Kalam Azad (1998), T‘alim Al-Lughat Al-‘Arabiyyat Li Aghrad Khassat:
Bina Wahdat Dirasiyyat Li Tullab Al-Takhassus Fi Al-‘Aqidat. Kuala Lumpur :
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia
Robinson, Pauline (1980), ESP (English for Specific Purposes). England : Pergamon Press
Ltd

9
10

Anda mungkin juga menyukai