Anda di halaman 1dari 23

BIL TOPIK HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 4

3.0 PERNYTAAN MASALAH 5

4.0 PERSOALAN KAJIAN 6

5.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 7

7.0 METODOLOGI KAJIAN 8

8.0 LIMITASI KAJIAN 9

9.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 10

9.1 LATAR BELAKANG SOSIOBUDAYA 11

9.2 LATAR BELAKANG GAYA BELAJAR 11

10. PERBINCANGAN 13

11. PENUTUP 17

RUJUKAN 19

LAMPIRAN 1 – BIODATA PELAJAR 20

LAMPIRAN 2 – BORANG SOAL SELIDIK 21


2

KAJIAN KES : HUBUNGAN LATAR BELAKANG SOSIOBUDAYA DAN GAYA


BELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN PELAJAR

1.0 PENDAHULUAN

Kajian Analisis pelajar antara kajian yang sangat penting dilakukan bagi seorang guru
samada ianya dilakukan secara langsung atau pun tidak langsung. Antara tujuan analisis
pelajar ini dilakukan adalah untuk mengetahui perbezaan latar belakang pelajar yang meliputi
aspek sosiobudaya dan juga psikologi pelajar bagi membantu guru dalam mengenal pasti
kepelbagaian setiap pelajar yang ada di dalam bilik darjah.

Seringkali perbezaan latar belakang pelajar dari aspek sosiobudaya ini dikaitkan
dengan etnik, agama, jantina, sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini
adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang
wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sesungguhnya, setiap individu pelajar
itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza
yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Oleh yang
demikian, seorang guru perlu bijak dan peka dalam memahami secara mendalam akan
kepelbagaian pelajar bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya,
jantina, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosio ekonomi pelajar itu sendiri.

Selain itu, perkara kedua yang perlu dititik beratkan oleh seorang guru ialah
menganalisis pelajar dari aspek psikologi. Perlu diketahui, perbezaan latar belakang psikologi
dalam kalangan pelajar meliputi 5 elemen utama iaitu Kebolehan Kognitif (Piaget/ Ericson),
Tahap kesediaan (Carrol/ Bloom), Kelajuan penerimaan (Carrol / Bloom), Motivasi dan
konsep kendiri (Bandura / Rogers), Gaya belajar / gaya kognitif.

Setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya
meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu
bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari
segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek
yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru
harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas.
3

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Seorang guru yang mengetahui dan memahami pelajarnya dapat membantunya dalam
merancang strategi pengajaran yang berkesan. Ini kerana, melalui pengetahuan yang
mendalam terhadap perbezaan latar belakang sosiobudaya dan psikologi pelajar, dapat
memberikan kesan yang sangat dekat dengan pencapaian akademik pelajar.

Rasionalnya dengan adanya kajian seumpama ini juga, pendidik akan dapat
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kaedah pembelajaran dan persekitaran
pelajar. Fazli Ismail et al (2012) mencadangkan bahawa kajian seupama ini perlulah
dijalankan agar faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar dapat
dikenal pasti sekaligus dapat merancang dan merangka usaha-usaha yang berkesan dan
bernas bagi membantu meningkatkan lagi pencapaian para pelajar.

Justeru, satu kajian kes telah dijalankan dengan memilih seorang pelajar dari Maktab
Rendah Sains MARA, Tun Mustapha Tawau (MRSM) dalam menentukan pengajaran yang
terbaik sesuai dengan latarbelakang sosiobudaya dan psikologi pelajar. Pelajar berkenaan
ialah Nur Farezah binti Shahruddin yang mana merupakan salah seorang pelajar yang
sentiasa cemerlang dalam semua peperiksaan yang diperolehi.

Antara peperiksaan tersebut ialah Ujian Penialan Sekolah Rendah dengan keputusan
5A dan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A bagi tahun
2013. Pelajar ini sedang mengikuti aliran Sains Tulin di MRSM Tun Mustapha Tawau sejak
berada di Tingkatan 1 sehingga kini.

Pelajar berasal daripada latar belakang keluarga kurang berkemampuan di mana bapa
beliau merupakan seorang Pemandu Teksi dengan pendapat sebanyak RM500.00 sebulan.
Manakala ibu beliau hanya bekerja sebagai suri rumah sepernih masa. Pelajar merupakan
anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik.

Manakala item yang menjadi fokus penyelidik adalah melibatkan perbezaan latar
belakang sosiobudaya terdiri daripada jantina, umur, etnik, kesihatan, lokasi tempat tinggal
dan latar belakang psikologi pelajar dari aspek gaya belajar/ gaya kognitif.
4

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.
Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik
sahaja mampu menjadikan proses PdP; berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari
aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses PdP; tidak akan mencapai objektif
yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini
berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna
akan persekitaran.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka
ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya
pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Walau bagaimana pun, tidak semua guru mengambil peduli akan mengetahui latar
belakang pelajar secara mendalam. Hal ini kerana, kebanyakkan guru lebih mementingkan
strategi pengajaran daripada mengetahui lebih mendalam perihal pelajar yang diajar di dalam
bilik darjah sedangkan dengan adanya pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar
yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang
keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada
mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang
diperolehi dapat membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang cemerlang sekali gus
memberikan merit kepada strategi pengajaran guru.

Selain itu, melihat kepada tuntutan semasa yang semakin mendesak khususnya di
Negeri Sabah sendiri, penyelidik merasakan perlunya kajian yang memfokuskan analisis
pelajar dilakukan kerana kurangnya aktiviti kajian yang dijalankan khususnya dalam kajian
5

kes seumpama ini yang melibatkan pelajar. Kenyataan ini di sokong oleh Bambang Rafadi
(1999) menyatakan bahaawa agak sukar bagi beliau mendapatkan maklumat dan rujukan
lepas daripada kajian-kajian lalu yang dilakukan di Sabah. Justeru, adalah wajar kajian kes ini
dijalankan di MRSM Tun Mustapha Tawau kerana belum ada kajian seumpama seperti ini
dijalankan

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Daripada permasalah kajian yang lalu, timbul beberapa persoalan seperti berikut:-
i. Apakah bentuk gaya pembelajaran pelajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran?
ii. Sejauh manakah tahap kecenderungan gaya pembelajaran pelajar di dalam
pelajaran?
iii. Apakah gaya pembelajaran yang utama diaplikasikan oleh pelajar?

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk melihat
secara lebih dekat latar belakang sosiobudaya dan psikologi pelajar.

Secara khususnya pula, objektif kajian ini adalah seperti dinyatakan di bawah;-

i. Mengetahui gaya pembelajaran pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


ii. Mengkaji tahap kecenderungan gaya pembelajaran pelajar di dalam pelajaran.
iii. Menganalisis gaya pembelajaran yang utama diaplikasikan oleh pelajar
6

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam pemcapaian akademik. Umumnya, kajian ini
amat penting kerana hasil daripada dapatan kajian ini berpotensi membantu pihak maktab
terutamanya Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab di samping dapat memberikan maklumat
yang berguna kepada Unit Hal Ehwal Akademik Maktab dan Bahagian Pendidikan
Menengah, Majlis Amanah Rakyat. Dengan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar, dapat membantu pihak yang berkaitan menyusun dan merangka strategi
yang berkesan dalam pengajaran di dalam kelas dan melakukan pelbagai usaha yang
bersesuaian ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
seterusnya dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga dapat memberi manfaat dan faedah kepada
para guru dengan menjadikan dapatan kajian ini sebagai garis panduan untuk mengetahui
perbezaan latar belakang pelajar sosiobudaya pelajar dan latar belakang psikologi pelajar
khususnya gaya pembelajaran/ gaya kognitif pelajar. Mengikut kamus dewan bahasa dan
pustaka, cara membawa erti suatu kaedah untuk mendapatkan sesuatu belajar (pembelajaran).
Menurut tafisran Gagne adalah satu perubahan dalam tabiat atau keupayaan manusia yang
agak kekal yang bukan semata-mata perubahan fisiologi (tumbersaran). Perubahan yang
disebut-sebut tentang pembelajran tadi, memperlihatkan dirinya sebagai perubahan di dalam
tingkahlaku yang wujud sebelum seseorang itu diletakkan dalam satu situasi pembelajaran
dengan tingkah laku yang kelihatan setelah mengalami proses pembelajaran. Rumusannya
bolehlah dikatakan bahawa cara belajar ialah kaedah yang dilakukan untuk mendapat
perubahan dalam tingkah laku meningkatkan ilmu pengetahuan sehingga dengan belajar yang
baik itu, pelajar dapat memperbaiki prestasi dalam akademik.

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada perkembangan pengajaran dan
pembelajaran di Maktab Rendah Sains MARA, Tun Mustapha Tawau. Selain itu, kajian ini
juga adalah penting bagi penyelidik membantu memahami dengan lebih mendalam pelajar-
pelajar lain pada peringkat umur yang sama dan mempunyai sosiobudaya dan psikologi yang
berkaitan.
7

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, penyelidik telah memilih dan menyusun metod yang
sesuai bagi mendapatkan data yang diperlukan. Antaranya penyelidik telah menetapkan
metod kajian sepertimana di bawah;

7.1 Pemilihan Reka Bentuk

Kajian ini berbentuk kajian kes kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk
tinjauan berbentuk deskriptif terhadap latar belakang sosiobudaya dan psikologi pelajar
dalam mempengaruhi pencapaian akademik. Kajian deskriptif hanya melibatkan penerangan
punca dan akibat berdasarkan data yang diperolehi.

7.2 Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi bagi kajian ini terletak di Daerah Tawau, Sabah dan bertempat di Maktab
Rendah Sains MARA Tun Mustapha Tawau.

7.3 Pemilihan Sampel Kajian

Dalam pemilihan sampel kajian, penyelidik memilih pelajar yang cemerlang daripada
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan Menengah Rendah serta
peperiksaan bagi setiap semester.

7.4 Pengumpulan Data

Bagi pengumpulan data, penyelidik menggunakan instrument

a) Soal selidik
Instrumen soal selidik di konstruk berdasarkan panduan dari kajian-kajian lepas agar
bersesuaian dengan objektif kajian. Instrumen ini diberikan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki seperti latar belakang sosiobudaya dan
gaya pembelajaran pelajar di dalam kelas dan di kelas dan di luar kelas.
8

b) Pemerhatian.
Instrument pemerhatian digunakan bagi menambah data yang ada. Menurut Merriam
(2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand
encounter’ tentang guru yang hendak dikaji. Bentuk pemerhatian yang digunakan
penyelidik ialah turut serta di mana penyelidik akan berada di lokasi kajian.
Pemerhatian turut serta membolehkan penyelidik menghayati sikap pelajar ketika
berada di dalam kelas.

Adapun pemerhatian yang digunakan oleh penyelidik adalah pemerhatian turut serta.
Menurut teori kepelbagaian Dunn dan Dunn, pelajar boleh digolongkan kepada dua
kumpulan iaitu pelajar yang dapat menguasai persekitaran (independen) dan pelajar
yang dikuasai persekitaran (independen). Penentuan kepelbagaian pelajar adalah
berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa di dalam kelas sewaktu proses
Pengajran dan Pembelajaran (PdP) dan juga di luar waktu PdP.

c) Manakala untuk pengumpulan data skunder pula, penulis menggunakan metod kajian
kepustakaan dan keputusan peperiksaan pelajar bagi memantapkan segala maklumat
sokongan kepada hasil primer yang telah diperolehi. Maklumat tentang data pelajar
diperolehi daripada file peribadi pelajar di pejabat tadbir Maktab.

7.5 Analisis Data

Selepas mengumpulkan data, penyelidik akan menganalisis data dengan menggunakan


beberapa pendekatan iaitu dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif bagi bentuk
pengumpulan data yang menggunakan soal selidik dan pemerhatian.

8.0 LIMITASI KAJIAN

Kajian kes analisis pelajar ini hanya memfokuskan seorang pelajar daripada tingkatan 5
Kreatif iaitu pelajar bernama Nurfarezah binti Shahruddin yang belajar di MRSM Tun
Mustapha Tawau sejak dari tingkatan 1 sehingga kini.

9.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN


9

Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri
dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya
tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya sama
ada Melayu, Cina, India mahupun bangsa-bangsa atau etnik- etnik lain yang mempunyai
tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.

Daripada data yang diperolehi, penyelidik telah mengklasifikasikan dapatan kepada 2


bahagian iaitu;-
Bahagian 1 : Latarbelakang Sosiobudaya Sample iaitu pelajar
Bahagian 2 : Latar belakang Psikologi yang hanya memfokuskan gaya belajar
pelajar.

9.1 Latar belakang Sosiobudaya

Menerusi soal selidik dan data yang dikumpulkan, penyelidik mendapati bahawa pelajar yang
berumur 17 tahun merupakan anak yang ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau
berketurunan melayu daripada etnik bugis di mana etnik ini adalah yang terbesar di Tawau.

Kini beliau sedang melanjutkan pengajian dalam aliran sains tulen di Maktab Rendah
Sains MARA, Tun Mustapha Tawau sejak berumur 13 tahun lagi. Kesemua pelajar yang
belajar di Maktab ini diwajibkan tinggal di asrama. Demikian juga pelajar ini, terpaksa
tinggal di asrama walau pun rumah beliau berada lebih kurang 2 batu sahaja daripada maktab.

Bapa beliau berumur 47 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Manakala
ibunya berumur muda setahun daripada umur bapanya dan merupakan seorang suri rumah
sepenih masa. Pendapatan bapa pelajar ini ialah sebanyak RM 500.00 sebulan dan perlu
menyara 5 orang anak yang masih bersekolah.

Pelajar ini merupakan antara pelajar yang sentiasa cemerlang di dalam pelajaran
beliau. Sejak dari darjah 6 lagi, pelajar ini telah berjaya mendapat pencapaian yang
cemerlang iaitu mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR),
8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kini, beliau bakal menduduki
peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) pada tahun ini. Manakala pencapaian dalam
peperiksaan semester pula, beliau pernah beberapa kali menerima Anugerah Pengetua di atas
pencapaian purata terkumpul 3.5 ke atas.
10

Antara faktor pencapaian pelajar, penyelidik mendapati daripada pemerhatian


penyelidik sepanjang bermula daripada pelajar berada di Tingkatan 2 sehingga kini, pelajar
merupakan salah seorang pelajar yang berani dan tidak malu apabila bertanya di dalam kelas.
Selain itu juga, kehadiran pelajar di dalam kelas sentiasa dirasai oleh penyelidik kerana
pelajar ini sentiasa memberikan kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, pelajar ini sentiasa bersemangat dan tidak pernah ponteng ke sekolah
disebabkan sakit.

Daripada data ini, penyelidik dapat menyimpulkan, walau pun pelajar mempunyai
Status Sosio Ekonomi (SSE) yang rendah, namun pelajar ini tetap mendapat peluang
pendidikan yang baik. Ini kerana pelajar ini merupakan salah seorang penerima bantuan
bulanan daripada Program Bantuan Khas Pelajar MARA.

9.2 Latar Belakang Psikologi dari aspek gaya belajar

Daripada dapatan soal selidik, penyelidik telah menganalisis tahap kecenderungan gaya
belajar pelajar. Purata markah gaya belajar pelajar adalah seperti berikut :-

GAYA PEMBELAJARAN PURATA


Gaya Pembelajaran Visual 3.0
Gaya Pembelajaran Auditori 3.2
Gaya Pembelajaran Kinestetik 3.4
Gaya Pembelajaran Logik Matematik 4.6
Gaya Pembelajaran Linguistik 3.0
Gaya Pembelajaran Interpersonal 4.0
Gaya Pembelajaran Intrapersonal 1.2
Gaya Pembelajaran Naturalis 1.6
Jadual 1 : Purata Gaya Pembelajaran yang diaplikasikan
oleh pelajar di dalam kelas.

Adapun soalan berkaitan gaya pembelajaran disusun oleh penyelidik tanpa


mengkategorikan kepada bentuk gaya pembelajaran. Ini adalah bertujuan agar pelajar dapat
menjawab mengikut gaya pembelajaran yang sebenarnya. Susunan soalan tersebut adalah
seperti di jadual 2.
11

Jenis Gaya Pembelajaran Nombor Item Pernyataan

1.) Visual 1,9, 17, 25, 33


2.) Auditori 2,10,18, 26, 34
3.) Kinestetik 3,11,19, 27, 35
4.) Logik Matematik 4,12, 20, 28, 36
5.) Linguistik 5,13, 21, 29, 37
6.) Itnterpersonal 6,14, 22, 30, 38
7.) Intrapersonal 7,15,23, 31, 39
8.) Naturalis 8,16, 24, 32, 40

Nombor Item Pernyataan Mengikut Jenis Gaya Pembelajran dalam Soal Selidik bagi
Instrumen Gaya Pembelajaran di dalam Kelas

Berdasarkan jawapan pelajar daripada borang soal selidik, kesemua gaya


pembelajaran Gagne diaplikasikan oleh pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun, tahap kecenderungan gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza, terdapat juga
tahap kecenderungan yang mempunyai tahap purata yang sama iaitu gaya pembelajaran
Linguistik dan Visual sebanyak 3.0, diikuti dengan gaya pembelajaran sebanyak 3.2, Gaya
pembelajaran Kinestetik sebanyak 3.4, Gaya pembelajaran Interpersonal sebanyak 4.0, dan
gaya pembelajaran Logik Matematik sebanyak 4.6. Adapun, gaya pembelajaran naturalis
mendapat purata sebanyak 1.6 dan gaya Intrapersonal sebanyak 1.2 yang mana merupakan
gaya pembelajaran yang mendapat purata yang paling rendah.

Daripada dapatan ini, Pelajar tergolong dalam kalangan pelajar yang cenderung
menggunakan gaya pembelajaran Logik Matematik iaitu mendapat purata tertinggi sebanyak
4.6. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan pelajar memiliki
kecerdasan deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Ia juga
melibatkan pemikiran secara saintifik dan heuristik. Menurut Suppiah Nachiappan,
Kamarulzaman Kamaruddin dan Abd. Aziz Abd. Shukor (2012 ) penaakulan secara deduktf
ini membuatkan pelajar yang mempunyai kecerdasan ini berupaya menyelesaikan masalah
yang kompleks berkaitan matematik dengan mudah sahaja. Mereka juga boleh membuat
perkaitan, mengkategori, mengklasifikasi, menyoal, menganalisis, mengsintensis, mengira,
pengujian hipotesis dan menggunakan komputer dengan cekap. Antara bukti pelajar seorang
yang cenderung kepada logik matematik ialah, pelajar sering bertanya pelbagai fenomena
yang berlaku di sekeliling mereka. Biasanya mereka akan mencari penjelasan yang logik dari
12

setiap pertanyaan. Mereka juga menyukai permainan yang banyak melibatkan kegiatan yang
membolehkan mereka berfikir dengan aktif.

10.0 PERBINCANGAN

Perbezaan pelajar dari aspek latar belakang sosiobudaya dan psikologi mempunyai
hubungan yang signifikan dalam pencapaian pelajar. Antaranya pengaruh jantina adalah amat
besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh
mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian,
berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan
Clewell 1999).

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada
kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan
ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan
mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan
membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam
menyelesaikan tugasan geometri.

Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner.
Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid
perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardner’s, (1983),
seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur,
menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.

Oleh itu, murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal linguistik kerana
cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Murid perempuan sering
melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa, meminati ilmu falsafah dan isu-isu
sosial dan suka membaca bacaan yang luas serta membaca dengan pantas.

Selain itu, Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid yang tidak sihat kelihatan
lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai
13

ramai kawan. Selain itu, murid lemah kerana menghadapi masalah kesihatan seperti asthma,
talassemia, hepatitis B dan sebagainya.

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada murid.


Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti pelajaran
dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti
ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang
seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin,
mineral dan protein.

Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental murid-murid tersebut agak
terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran adalah lemah.
Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik dalam mata pelajaran
yang dipelajarinya.

Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan Maslow. Keperluan
Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi
kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang
diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.

Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang mendapat makanan
tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana
kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan murid terganggu
atau terjejas.
Demikian Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor personaliti
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar
(Eysenck 1979). Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai,
sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert
dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap lebih terbuka mempunyai
pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta
14

mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972;Anthony,1977 dan


Riding 1979).

Murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai kawan. Ini dapat
meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat belajar secara berkumpulan. Pada
kebiasaannya, murid akan menjadi baik dan berjaya apabila mereka bersahabat dengan rakan
yang baik dan rajin. Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka
turut gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman, 1996 ). Ini
bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik akan
menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang malas
dan tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana, seseorang
rakan itu dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya.

Faktor personaliti ini dapat disokong oleh Teori Sigmund Freud bahawa
perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu ego, id, dan superego. Murid
yang berkebolehan dan pintar cerdas kognitif dalam pencapaian akademik tergolong dalam
personaliti ego. Ego ialah realiti komponen psikologi yang mengutamakan realiti dan
pemikiran logik. Murid yang memiliki elemen ego penuh dengan persepsi, inginkan
kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan semasa.

Manakala, murid yang mempunyai personaliti id ialah murid yang mementingkan


keseronokkan, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Murid
superego pula lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Murid ini
mempunyai kedua-dua personaliti ego dan id.

Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat juga akan
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut Papalia (2001)
persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu.
Ini dapat dilihat melalui asuhan dan interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh
adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik
serta bahan daripada komputer.

Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan


keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa yang
15

mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik


murid-murid di sekolah. Ini kerana, ibu bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan
kebebasan yang terbatas kepada anak mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah
menggalakkan anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku
mereka dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat
menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, anak-
anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial
yang baik.

Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner.


Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu
sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah
seting di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan sebaya,
berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau sekampung.

Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa,
adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam
ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan
pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu
menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai persekitarannya.


Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan individu kepada cara belajar yang
digemarinya. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpastigaya pembelajaran
individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan
oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.

Gaya belajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah satu
penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan
cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran
akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan
meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).
16

Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977) yang
memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara ciri-ciri
pelajar gayabebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal dengan guru, matlamat
pembelajaran daripada punca dalaman dan suka merancang sendiri cara pembelajaran.
Manakala,ciri-ciri pelajar bersandar medan ialah suka berinteraksi secara informal dengan
guru, matlamat pembelajaran daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka
pembelajaran terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai ciri
bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang berbanding pelajar
bebas medan.

Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif
impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar
memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar
impulsif suka membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar
mengikut gerak hati. Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri
dan pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat
kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan
daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan
mereka lambat menyiapkan tugasan.

11.0 PENUTUP

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh latar belakang pelajar
seperti jantina, etnik, personaliti, kesihatan dan faktor lokasi gaya belajar pelajar. Ini kerana
setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.

Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam
kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di
ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi
peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta
mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
17

Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku
pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami
masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu
hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan
yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan
peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna,
cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya


merupakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap
kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang
mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar
yang pelbagai budaya.
18

RUJUKAN

Ahmad Hassan Raja Hawatemeh, 1999. Factors influencing the effectiveness of teaching
Arabic as a foreign language at the federal government Islamic higher secondary
schools in the state of Selangor Darul Ehsan. Master Thesis. Universiti Kebangsaan
Malaysia. 188

Ahmad Fadzli Ismail et al, 2012. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pembelajaran & pengajaran bahasa Arab : Satu tinjauan di SMAP Kajang.
Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012
(PKEBAR’12). hlm, 173-187

Ahmad Rizal Madar et al, 2005. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
menguasai mata pelajaran kejuruteraan di Politeknik-politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Persidangan Seminar Pendidikan JPPG 2005. hlm, 52-
59.

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cooper, B dan J.M Foy . 1996. Student Study Habits, Attitudes and Academic Attainment.
University Quarterly. 23. 203-212

Majlis Amanah Rakyat, buku panduan Sistem Pendidikan MRSM

Suppiah Nachiappan et. al. 2012. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar . Edisi Kedua.
Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar.
19

LAMPIRAN 1

BIODATA PELAJAR

Nama Pelajar : Nur Farezah Sahruddin

No. Kad Pengenalan : 980922-12-6462

Alamat : No. 185, Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apas, 91000
Tawau Sabah.
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Adik beradik : 4 daripada 5 orang adik beradik.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Bapa
Nama : Sahruddin bin Abbas
No. Kad Pengenalan : 680403-12-5943
No. Telefon : 019-5823631
Pekerjaan : Pemandu Teksi
Pendapatan : RM 500.00

Ibu
Nama : Rosmawati binti Siri
No. Kad Pengenalan : 690104-12-58-934
No. Telefon : 017-836 1967
20

Pekerjaan : Suri Rumah


Pendapatan : Tiada

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK


KAJIAN KES

Panduan : Borang soal selidik ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian A berkaitan


dengan Latar Belakang. Manakala Bahagian B berkaitan Gaya Belajar. Anda
dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG

Arahan : Anda dikehendaki membaca soalan dengan teliti sebelum menjawab semua
soalan yang disediakan.

1. Jantina L P

2. Etnik Melayu
Cina
India
Lain-lain (Sila nyatakan) _______________________

3. Adakah anda daripada aliran Sains? Ya Tidak

4. Jika “Tidak”, sila nyatakan _______________________

5. Kelulusan tertinggi: UPSR, keputusan ________________


PMR / PT3, keputusan ___________
SPM, Keputusan _______________
Lain-lain (sila nyatakan )
_________________________

6. Sudah berapa lamakah anda belajar di Maktab Rendah Sains MARA, Tun Mustapha Tawau
__________Tahun ___________ bulan

7. Adakah anda tinggal di asrama? Ya Tidak

8. Jika “Tidak”, sila nyatakan ________________________


21

9. Adakah anda mengidap sebarang penyakit?

Bahagian B : Latar Belakang Psikologi – Gaya Belajar

Arahan : Tandakan ( √ ) satu sahaja daripada lima pilihan nombir yang diberikan
berdasarkan petunjuk di bawah:-

STS : Sangat tidak setuju


TS : Tidak Setuju
S : Setuju
SS : Sangat Setuju

NO SOALAN STS TS S SS
1 Saya sentiasa memerhati pergerakan guru saya 1 2 3 4
sepanjang sesi pengajaran
2 Saya mudah belajar melalui slide power point 1 2 3 4
3 Saya mudah mengingati perkara yang dilakukan 1 2 3 4
daripada mengingati sesuatu yang dilihat atau didengar
4 Saya sering bertanya pelbagai fenomena yang berlaku di 1 2 3 4
sekeliling saya
5 Saya mampu menggunakan bahasa dan kata-kata untuk 1 2 3 4
menyampaikan sesuatu
6 Saya mempunyai ramai sahabat di maktab saya 1 2 3 4
7 Saya lebih gemar belajar seorang diri 1 2 3 4
8 Saya mudah mengingati dan mengenal pasti pola, corak 1 2 3 4
atau berbentuk yang terdapat di alam persekitaran.
9 Saya mudah mengingati ciri-ciri rupa seseorang itu 1 2 3 4
dengan baik
10 Saya lebih mengingati nama daripada rupa seseorang 1 2 3 4
11 Apabila mempunyai masalah, saya lebih cenderung 1 2 3 4
untuk memilih jalan penyelesaian yang memerlukan
banyak aktiviti
12 Saya suka aktiviti yang boleh membuatkan saya lebih 1 2 3 4
berfikir seperti catur, sudoku
13 Saya lebih mudah mengingati perkataan daripada 1 2 3 4
nombor
14 Saya lebih suka belajar di dalam kumpulan secara 1 2 3 4
22

berbincang
15 Saya yakin setiap keputusan dan tindakan yang saya 1 2 3 4
lakukan
16 Saya lebih selesa belajar sambil mendengar bunyi- 1 2 3 4
bunyian alam sekitar
17 Saya dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-alat 1 2 3 4
bantu mengajar dalam bentuk bergambar
18 Saya lebih suka berbincang sesuatu yang dibaca 1 2 3 4
sehinggalah ia dibincangkan semula
19 Saya lebih gemar menyertai apa-apa saja aktiviti 1 2 3 4
berbanding melihatnya sahaja.
20 Saya lebih mengingati nombor daripada perkataan 1 2 3 4
21 Saya suka mengikuti aktiviti seperti bercerita dan debat 1 2 3 4
22 Saya suka mengaktifkan diri saya dalam program 1 2 3 4
kepimpinan
23 Saya lebih fokus pada tugasan yang diberikan oleh guru 1 2 3 4
saya tanpa melibatkan orang lain
24 Saya suka mengaktifkan diri dengan aktiviti lasak 1 2 3 4
seperti mendaki.
25 Saya lebih suka membaca buku cerita sendiri 1 2 3 4
berbanding orang lain membacakan untuk saya
26 Saya mudah terganggu dengan muzik 1 2 3 4
27 Saya menunjukkan emosi saya melalui bahasa tubuh 1 2 3 4
badan.
28 Saya gemar menggunakan komputer 1 2 3 4
29 Apabila saya sedih, saya lebih suka meluahkan kepada 1 2 3 4
sahabat saya
30 Sahabat-sahabat saya suka meluahkan perasaan mereka 1 2 3 4
kepada saya dan saya suka mendengar dan membantu
menyelesaikan masalah mereka
31 Saya lebih percaya pada diri saya sendiri daripada 1 2 3 4
meluahkan perasaan saya kepada orang lain
32 Saya suka berkongsi pengalaman saya mengembara 1 2 3 4
33 Saya menulis nota tangan sendiri semasa proses 1 2 3 4
pembelajaran di dalam kelas.
34 Saya suka memberi laporan lisan berbanding laporan 1 2 3 4
secara bertulis
35 Saya suka aktiviti lakonan dan menawarkan diri untuk 1 2 3 4
memegang watak
36 Saya lebih suka menyelesaikan masalah berbanding 1 2 3 4
membuat esei
37 Saya selalu memulakan menegur sahabat-sahabat saya 1 2 3 4
38 Saya suka menerangkan kepada kawan-kawan apabila 1 2 3 4
23

mereka tidak memahami sesuatu topik


39 Saya lebih fokus dan terarah pada pencapaian tujuan 1 2 3 4
40 Kelab pencinta alam sekitar adalah kelab kesukaan saya 1 2 3 4

Anda mungkin juga menyukai