Anda di halaman 1dari 14

KURSUS:

GGGB6743
PENILAIAN PROGRAM

TUGASAN:

LAPORAN PEMBENTANGAN KUMPULAN


TAJUK TUGASAN:
EISNER’SEDUCATIONAL CONNOISSEURSHIP AND CRITICISM PERSPECTIVE
SESI PENGAJIAN:
PENTADBIRAN PENDIDIKAN 1 SEM 1 2019/2020

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:

PROF DR MADYA NORASMAH BINTI OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH
SIE SHYAN (P105016)
WONG WEN JING (P105031)
LEW KAR YOONG (P105000)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

2
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Penilaian Program

2.0 Eisner’s Educational Connoisseurship 2


And Critsm Perspective

6
2.1 Latar Belakang

2.2 Teori 6

2.3 Tujuan 7

2.4 Dimensi 9

2.5 Proses 10

2.6 Kelebihan dan Kekurangan 11

2.7 Aplikasi Model dalam Kajian 11

2.8 Pembolehubah dalam Kajian 12

3.0 Rumusan 13

15-16
4.0 Rujukan

3
1.0 PENGENALAN

1.1 PENILAIAN PROGRAM


Penilaian program didefinisikan sebagai kajian formal yang melibatkan
analisis sistematik terhadap sesuatu program pembangunan. Ia melibatkan semua
fasa pembangunan program termasuk penilaian tentang kaedah mengenalpasti
program atau penggubalan program, reka bentuk, tatacarapemantauan dan juga
analisis keberkesanan dan kecekapan program. Ia juga mengkaji sejauh mana
dapatan sesuatu penilaian itu dapat diaplikasikan kepada program sedia ada.

Penilaian dalam program merupakan salah satu aspek yang sangat penting
dimana melalui penilaian kita dapat mengesan kelemahan dan kekurangan program
yang telah dijalankan itu. Selain itu, penilaian dapat membantu kita membuat
penambahbaikan ke atas kelemahan program. Melalui penilaian juga, kita dapat
mengumpul data untuk memasitkan kesahihan data tersebut. Kaedah pengumpulan
data adalah pelbagai dan perlu disesuaikan mengikut jenis kajian dan hala tuju
pengkaji dalam merancang program.

Menurut Rossi (1979), penilaian program ialah penggunaan prosedur kajian


sosial untuk menyiasat secara sistematik keberkesanan program intervensi sosial
yang diadaptasi mengikut persekitaran politik dan organisasinya dan direka bentuk
untuk menambah baik program yang dinilai. Antara langkah pelaksanaan penilaian
program adalah seperti Rajah 1:

1. Menentukan
program yang
hendak dinilai

6. Membuat laporan 2. Menetapkan


dan cadangan objektif yang ingin
tindakan susulan dicapai

5. Memproses 3. Mengenal pasti


data kriteria yang ingin
dinilai

4. Memilih kaedah
untuk mengumpul
data

Rajah 1 Proses pelaksanaan penilaian program


4
2.0 EISNER’S EDUCATIONAL CONNOISSEURSHIP DAN CRITISM
PERSPECTIVE

2.1 LATAR BELAKANG MODEL

Model Eisner’s Educational Connoisseurship Dan Critism Perspective


sebenarnya adalah salah satu model yang menggunakan pendekatan penilaian
expertise-oriented. Pendekatan penilaian expertise-oriented merupakan
pendekatan yang tertua dan paling meluas digunakan dalam membuat penilaian
ke atas institusi, program, produk atau aktiviti (Fitzpatrick, Sanders & Worthen,
2004). Pendekatan ini melibatkan kepakaran dan penghakiman professional
sama ada secara individu atau berpasukan. Namun bagitu ia biasanya secara
berpasukan kerana individu biasanya tidak mempunyai semua kepakaran bagi
membolehkan penilaian dijalankan dengan sempurna.

Model Eisner Connoisureship ini diperkenalkan oleh Elliot W Eisner pada


tahun 1988. Elliot W Eisner dilahirkan di Chicago, Illinois pada 10 Mac 1933. Beliau
mempunyai gelaran Magister of Science bidang Art Educationn dari llinois Institut
Technology dan Master of Arts bidang pendidikan seni dari University of Chicago
dan PHD dalam bidang pendidikan dari universiti yang sama. Elliot Eisner kemudian
menjadi profesor seni dan pendidikan di Stanford Universiti serta melibatkan diri
sebagai seorang ahli teori terkemuka dalam bidang seni dan reka bentuk kurikulum.

Beliau berpendapat pakar yang berpengalaman seperti mana mereka


yang mengkritik dalam bidang seni, boleh menggunakan kepakaran dalam membuat
penilaian sesuatu program. Beliau memperkenalkan paradigm yang berbentuk
seni artistik dalam penilaian. Model ini mempunyai empat dimensi iaitu keinginan,
struktur;kurikulum; pedagogikal dan penilaian.

Oleh sebab Eisner ahli seni, beliau percaya konsep yang sama dalam seni
juga dapat berfungsi dalam penilaian pendidikan. Dengan menekankan bahawa
pengajaran memerlukan kemahiran seni, Eisner (2017) menyatakan bahawa
pendidikan ialah seni budaya dan ini adalah proses yang berbeza daripada individu
ke individu atau daripada satu lingkungan ke lingkungan yang lain.

Eisner (1998) melaksanakan konsep ‘connoisseurship’ (penghargaan dalam


kesenian) dan ‘critism’ (seni pendedahan) dalam amalan pendidikan dan disokong

5
oleh Smith (2005) yang percaya pendidikan berkait rapat dengan kesenian yang
membawa kepada penerokaan kepentingan penilaian estetika dan kritikan.
Pendekatan ini meliputi dua aspek utama iaitu deskriptif dan pentafsiran seperti
berikut:

a. Deskriptif (Keterangan/Gambaran)

Penilai mencatat dan melaporkan tindakan, ciri-ciri daripada


lingkungan dan pengalaman pelajar, pengajar dan pentadbir. Pembaca
laporan penilaian akan dapat membayangkan gambaran segala proses yang
berlaku. Ini dikatakan ‘connoisseurship’ bermaksud seni membuat persepsi
atau penghargaan terhadap sesuatu yang kompleks. Dimensi ini turut
melibatkan penilai dalam mencatat dan melaporkan tindakan dan ciri-ciri
daripada pengalaman pelajar, pengajar dan pentadbir. Pada dimensi ini juga
aspek penghargaan turut diberi penekanan. Penghargaan bukan bermaksud
suka atau memberi keutamaan tetapi kesedaran untuk menitikberatkan ciri-
ciri dan kualiti sesuatu perkara yang dijalankan (Eisner, 1998).

b. Pentafsiran:
Menurut Donmoyer (2014), dalam dimensi ini penilai akan menjelaskan
peristiwa yang dilaporkan dan digambarkan dengan memasukkan ke dalam
konteksnya dengan lebih terperinci.Penilai menjelaskan makna peristiwa yang
dilaporkan dan digambarkan dengan memasukkan ke dalam konteksnya
dengan terperinci bertujuan memberi pemahaman yang jelas secara
konseptual. Ini pula dikatakan ‘critism’ iaitu seni pendedahan digunakan
dalam memberikan kritikan dalam membuat penilaian terhadap kualiti sesuatu
perkara.

Model penilaian ‘The Cat in the Hat Curriculum’ adalah model penilaian
‘connoisseurship’. Model ini berkaitan dengan penyertaan penilai dalam kurikulum
sebagai sebuat kunci yang sangat penting untuk subjektiviti model ini. Ia berkaitan
dengan kebolehan untuk memfokuskan terhadap apa yang berlaku dalam kelas
tertentu sebagai kurikulum yang dirancang dan berubah menjadi sebuah kurikulum
yang berlaku kemudian seperti yang dialami oleh pelajar dan pengajar (Marsh,
2007).

6
Seterusnya, model kritik Eisner diadaptasi ke dalam dunia pendidikan dan
melahirkan model baru dalam menilai kurikulum yang dikenalisebagaiModel
Connoisseurship And Critism. Eisner mengatakan bahawa menilai pendidikan
merupakan salah satu seni terhadap pendidikan. Ciri khas dari model ini adalah
model penelitian dengan pendekatan humanistik naturalistik di mana penilai
melibatkan diri secara langsung sebagai pemerhati dalam proses penilaian. Penilai
secara adil dan teliti menganalisa corak pembelajaran pelajar dan guru. Ciri lainnya
pada model ini adalah penggunaan teknologi sebagai media dalam proses penilaian
seperti penggunaan film, videotape, kamera dan audiotape.

2.2 TEORI

Ghazali Darusalam (2003) menyatakan teori biasanya dinyatakan dalam bentuk


huraian perkataan manakala model dijelaskan sesuatu definisi, idea,
konsep,prinsip,ciri, aliran dan kriteria teori dan model yang diketengahkan oleh para
pelopornya.Oleh itu, teori dan model Cuma berbeza dari segi bentuk iaitu teori
dalam bentuk perkataan dan model dalam bentuk gambar rajah yang digunakan
untuk menjelaskan sesuatu definisi, idea, konsep, prinsip, ciri, aliran dan kriteria teori
dan model.

Model Educational connoisseurship and criticism oleh Eisner merupakan idea


kesatuan antara sains sosial, seni dan kemanusiaan untuk meningkatkan
kefahaman dan penghargaan terhadap proses dan usaha dalam pendidikan. Oleh
itu Eisner memperkenalkan model ini dalam membuat penilaian berdasarkan dua
konsep iaitu konsep ahli pendidikan (educational connoisseurship) dan konsep kritik
pendidikan (educational critism). Kedua-dua konsep ini berkait dengan kesenian.
Penilaian terhadap sesuatu produk adalah menyerupai pakar dalam bidang seni di
mana pertamanya dia menerangkan apa yang dilihat kemudian mentafsirkan dan
menilai akhir sekali. Pakar yang berpengalaman seperti mana mereka yang
mengkritik dalam bidang seni boleh menggunakan kepakarannya dalam membuat
penilaian sesuatu program.

Connoisseurship dikenali sebagai seni penghargaan. Connoisseurship adalah


penting untuk mengkritik kerana tanpa keupayaan untuk memahami apa yang halus
dan penting, kritikan mungkin cetek atau bahkan kosong. Critism pula dikenali
sebagai seni pendedahan. Kritikan pendidikan adalah pendekatan untuk penilaian

7
pendidikan di mana kualiti halus yang dilihat diberikan dalam bentuk yang sama
dengan penulisan pengkritik seni. Kritik adalah pandangan umum penaklukan .
Seseorang boleh menaakul tanpa kemahiran kritik, tapi seseorang tidak boleh jadi
pengkritik tanpa kemahiran penaklukan. Connoisseurship adalah syarat pertama
yang diperlukan untuk melakukan perbuatan kritik pendidikan.

Seseorang yang Connoisseur adalah seseorang yang memeriksa dan menilai


berdasarkan makna dan hubungan. Seorang pengkritik menilai dan kemudian
menghubungkan maklumat tersebut kepada orang awam melalui bahasa yang dapat
dikenali sedangkan connoisseur menghargai kerja semata-mata. Pendidikan kritikan
berusaha untuk mendedahkan pentingnya amalan pendidikan atau sumber untuk
mereka yang tidak berpengalaman, supaya mereka dapat memahami apa yang
dikemukakan oleh pengkritik. Connoisseur dapat memahami pelbagai sudut yang
berbeza dan menghargai nilai kerja dari pelbagai perspektif.

2.3 TUJUAN

Eisner berpendapat bahawa tujuan proses pendidikan di dalam sekolah bukan untuk
menyelesaikan sesuatu tetapi untuk memulakan sesuatu. Ini bermaksud melalui
pengajaran dan pembelajaran, sistem pendidikan menjadi satu platform untuk
pelajar belajar sesuatu yang baharu.

Dengan itu, pendidik tidak harus terlalu menekankan untuk mencapai tujuan
yang ditetapkan dan mengabaikan penemuan dan pengetahuan. Maka, Model
Connoisseurship Criticism amat dititikberatkan dalam dunia pendidikan. Maka
terdapat beberapa tujuan khusus untuk model ini adalah seperti berikut :

a. Membuat penilaian dengan menggunakan gabungan kemahiran dan pengalaman


Eisner menyatakan bahawa terdapat terlalu banyak peraturan dan piawaian yang
ditetapkan dalam penilaian kurikulum kuantitatif yang akhirnya membatasi
kreativiti para murid. Bukan itu sahaja, Eisner juga mengatakan bahawa kurikulum
harus dinilai seperti seni, melalui penghargaan dan kritikan. Pendidik tidak harus
terlalu menekankan untuk mencapai tujuan yang ditetapkan dan mengabaikan
penemuan dan pengetahuan. Maka, wujudnya model ini untuk mengukur
keberkesanan sesuatu program dan kurikulum.

8
b. Mendedahkan kesedaran terhadap kelayakan merangka proses dalam sesuatu
program
Secara ringkasnya, kesedaran yang berkaitan dengan program, projek dan kesan
pengajaran adalah tugas seorang pakar, manakala untuk mengumumkannya
kepada orang ramai ialah kerja orang yang mengkritik.
c. Menentukan objektif kurikulum sama ada telah dilaksanakan atau mencapai
keputusan yang diingini
Menurut Stufflebeam (1986), penilaian adalah sangat penting kerana untuk melakukan
penambahbaikan, kelemahan dan kekuatan sesuatu program perlu diketahui. Bagi
beliau, penilaian adalah seiring dengan penambahbaikan sesuatu program. Manakala
Kirkpatrick (1994) pula menyatakan bahawa penilaian latihan adalah proses sistematik
bagi mengumpul dan menganalisis maklumat untuk memperihal dan menghakimi merit
atau kebaikan sesuatu program. Sheal (1990) menyatakan bahawa tujuan penilaian
latihan adalah untuk membantu membuat keputusan khusus sama ada menguat,
mengekal, menyemak atau memansuhkan program latihan atau aktiviti atau komponen
sesuatu program latihan.

2.4 DIMENSI

Model ini mempunyai empat dimensi iaitu keinginan, struktur, kurikulum,


pedagogikal dan penilaian. Penilaian keinginan merujuk kepada penilaian individu
terhadap nilai kurikulum, merit dan nilai. Penilaian struktur pula menilai reka
bentuk kurikulum dan organisasi sekolah. Dengan itu, penilaian struktur dapat
memastikan sesebuah organisasi sentiasa cekap tanpa mengira jabatan bagi
memastikan organisasi tersebut bersifat dinamik dan mempunyai moral yang tinggi.

Selain itu, pengalaman-pengalaman yang diperolehi pada masa kurikulum


dilaksanakan akan memberikan kematangan untuk menemukan inovasi yang baru
dan bersesuaian mengikut peredaran zaman. Sehubungan itu, penilaian kurikulum
dapat membantu kerajaan bagi membuat keputusan tentang rancangan kurikulum,
komponen kurikulum iaitu tenaga kerja, prasarana, waktu dan belanja, implementasi
kurikulum seperti kegiatan pengajaran dan latihan serta kesan ke atas program-
program pendidikan yang telah dijalankan. Secara rumusnya, penilaian kurikulum
merupakan proses yang berterusan bagi menilai dan menambahbaikan mutu

9
pendidikan di Malaysia. Maka, penilaian yang berbentuk holistik, fleksibel, sepadu,
seimbang dan berasaskan standard (piawai) dianggap sebagai penilaian yang
berkualiti.

Manakala penilaian kurikulum menilai konten yang spesifik dan bagaimana


ia diuruskan dengan aturan yang betul. Penilaian pedagogial pula merujuk kepada
penilaian pembelajaran dan strategi pengajaran. Sebagai contoh, proses penilaian
dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan di akhir
mata pelajaran bagi memastikan murid mencapai objektifnya. Selain itu, guru juga
dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan proses pengajaran dan
pembelajaran masing-masing lalu membaik dan meningkatkan kualiti pengajaran.
Akhir sekali ialah penilaian evaluasi merujuk kepada penilaian kendiri.

2.5 PROSES

Model ini diperkenalkan oleh Eisner (1998). Beliau berpendapat pakar yang
berpengalaman seperti mana mereka yang mengkritik dalam bidang seni, boleh
menggunakan kepakaran dalam membuat penilaian sesuatu program. Beliau
memperkenalkan paradigm yang berbentuk seni artistik dalam penilaian.
Terdapat beberapa langkah yang tertentu boleh kita ikuti semasa menggunakan
model ini dalam penilaian program.

Pertama sekali, pengumpulan data, analisis dan intepretasi data yang


berlangsung dalam fikiran pengkaji. Sumber maklumat dalam penilaian
Connoisseurship datangnya dari beberapa sumber seperti guru di bilik darjah,
temu bual dengan pelajar, alat bantuan pengajaran. ujian dan produk yang
dihasilkan oleh pelajar.

Seterusnya, pengkaji membuat keputusan berdasarkan model produk yang


dibina. Model penilaian pula menyediakan asas dan panduan, bagaimana sesuatu
organisasi boleh menilai program yang mereka laksanakan. Ketentuan pemilihan model ini
perlu dilihat daripada aspek kesesuaian atau kerelevanan penilaian dalam memberikan
paling banyak maklumat kepada organisasi. Model penilaian yang tertentu kadang-kala
hanya sesuai untuk menilai sesuatu program tertentu. Dengan kata lain, tidak ada satu
model penilaian yang sesuai digunakan untuk menilai semua jenis program.

10
Akhir sekali, pengkaji menginternalisasikan keputusan berdasarkan pengalaman dan
kepakaran. Pengkaji menggunakan kiasan kritik artistik untuk menghasilkan konsep-konsep
dasar penilaian.

2.6 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MODEL

Kelebihan dan kekurangan dalam Model Eisner’s Educational


Connoisseurship adalah seperti berikut:

a. Kelebihan:

Kelebihan Model Connoisseurship adalah lebih menekankan penilaian


ahli dan kepakaran individu. Hal ini bererti bahawa penilai mempunyai kepakaran
dalam bidangnya sehingga diharapkan dapat memberi penilaian yang sesuai
mengikut kepakaran ilmu.

Selain itu, proses pelaksanaan penilaian adalah secara menyeluruh. Hal ini
bermaksud penilaian dilakukan pada setiap aspek dalam setiap tahap pelaksanaan
berdasarkan proses dimensi yang sudah ditetapkan sebelum ini.

b. Kekurangan:

Kekurangan Model Connoisseurship pula adalah bias yang berlaku mengikut


perspektif penilai. Dalam ertinya, penilaian mungkin menggambarkan
bias personal penilai. Hal ini demikian kerana seorang ahli/pakar biasanya
cenderung lebih percaya terhadap apa yang dikatakan oleh seorang ahli tersebut.
Padahal pada hakikatnya apa yang dikatakan dan difikirkan oleh pakar/ahli tersebut
tidak sepenuhnya benar atau sesuai dengan penilaian program.

2.7 APLIKASI MODEL DALAM KAJIAN

Eisner menekankan bahawa pengajaran memerlukan kemahiran seni. Pendekatan


ini melibatkan kepakaran dan penghakiman professional sama ada secara
individu atau berpasukan. Eisner menyatakan bahawa pembinaan objektif seakan-
akan menidakkan bahawa kurikulum adalah sesuatu yang dinamik. Tambahan pula,

11
terdapat sesetengah mata pelajaran tidak diterjemahkan dalam bentuk
behaviourism. Seandainya banyak objektif ditetapkan untuk dicapai, maka guru akan
mengalami kesukaran dalam mencapai kesemua objektif yang disasarkan.

Selain itu, model ini diaplikasikan adalah untuk menjalankan kajian terhadap
penguasaan murid dalam sesuatu topik dengan cara kesenian, bukannya hanya
skor ujian. Dengan cara yang lebih holistik dan kreatif, cara kesenian termasuklah
drama, nyanyian, teater, tarian dan sebagaianya untuk menilai program. Maka,
model ini lebih mementingkan penemuan dan pengetahuan dan bukannya
menekankan untuk mencapai tujuan.

2.8 PEMBOLEHUBAH DALAM KAJIAN

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ”


(Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam
iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah simbol atau konsep yang boleh
menganggap salah satu daripada satu set nilai (Davis, 1989).

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan


beberapa pembolehubah, maka penyelidik akan cuba memastikan kewujudan
pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba mengenalpasti perhubungan-
perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti
dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka
penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkat pembentukan
model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di
antara pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud termasuklah
pembolehubah bersandar (depent variable), pembolehubah tidak bersandar
(independent variable) pembolehubah penyerdahana (moderating variable)
pembolehubah pengacau (interverning variable).

Terdapat dua pembolehubah yang biasa diambil kira dalam kajian. Dua
pembolehubah adalah pembolehubah tidak bersandar (Independent Variable) dan
pembolehubah bersandar (Depend Variable) atau lebih kenali dengan singkatan IV
dan DV. Pembolehubah bersandar (DV) adalah pembolehubah yang memberikan
tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar

12
(IV). Pembolehubah bersandar (DV) adalah adalah pembolehubah yang faktornya
diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh
pembolehubah tidak bersandar(IV). Pembolehubah bersandar (DV) juga dikenali
sebagai pembolehubah kriterion.

Semasa membuat kajian, kita harus memikirkan persoalan kajian kita bagi
mencapai objektif kajian kita. Penentuan objektif kajian dan persoalan kajian
biasanya melibatkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hasil dapatan kita.
Faktor-faktor ini adalah pembolehubah tidak bersandar (iv), manakala hasil dapatan
kajian adalah pembolehubah bersandar (IV). Setiap pembolehubah tidak bersandar
(IV) dalam kajian harus dijadikan sebagai sesuatu yang boleh dimanupulasi dan
pembolehubah bersandar adalah sesuatu yang tidak boleh dimanupulasi secara
langsung

13
3.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, penilaian program merupakan aspek yang amat


penting dan perlu dijalankan. Model connoisseurship dan kritikan Eisner sangat
penting untuk membantu guru dalam menjayakan program yang dijalankan dengan
mengambil kira aspek kekuatan dan kelemahan program. Melalui modul ini, kita
dapat melihat kelemahan dan kelebihan sesuatu program. Setelah mengenalpasti
aspek kekurangan dan kelebihan, kita dapat menjalankan tindakan susulan bagi
memantapkan lagi kelancaran program tersebut. Maka, melalui model ini penilai
dapat membantu guru untuk berfikir secara terbuka untuk melakukan perubahan
yang membawa kepada kesan yang positif kepada peserta program. Selain itu,
melalui aspek yang telah dikenal pasti ini dapat membantu guru untuk membuat
pemurnian terhadap program tersebut agar lebih bermakna dan berkesan. Akhir
sekali, hasil perbincangan penilai bersama guru dapat membantu meningkatkan
motivasi guru dan prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.

14
4.0 RUJUKAN

Brown, J.L., Mucci, D., Whiteley, M., Dirksen, M.L., Kassis, J.A. (1998). The
Drosophila Polycomb group gene pleiohomeotic encodes a DNA binding
protein with homology to the transcription factor YY1. Mol. Cell 1(7): 1057--
1064.
Davis, F. D. (1989) "Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use and User
Acceptance of Information Technology," MIS Quarterly (13) 3 (September),
pp. 319-340.
Donmoyer, R. 2014. Elliot Eisner’s Lost Legacy, America.Journal of
Evaluation,.35(3), 442-452.
Elliot W. Eisner. 1998.Educational Connosseurship and Critism: The Form and
Functions in Educational Evaluation. Philadelphia: The Falmer Press.
Elliot W. Eisner..2017. The Enlightened Eye: Qualitative Inquiry and the
Enhancement of Educational Pratice. New York: Teachers College Press.
Evaluation: Alternative Approaches and Practical Guidelines. United States of
Fitzpatrick, Jody L., James R. Sander & Blaine R. Worthen. 2004. Programme
Ghazali Darussalam. (2003). Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(Pengkhususan Pengajian Islam) di Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia. Tesis
PhD (tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Marsh, C. J. 2007. Curriculum: alternative approaches, ongoing issues (4th ed.).
Razali Arof (1992). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rogan, J. M. & Grayson, D. J. (2003). Towards a Theory of Curriculum
Implementation with Particular Reference to Science Education In
Developing Countries. International Journal of Science Education. 25(10):
1171-1204.
Rossi, P. H. 1979. Evaluation: A systematic approach. Beverly Hills, CA: Sage.
Sanders, J. R. (1979). The Technology and Art of Evaluation. A Review of
Seven Evaluation Primers. Evaluation News, 12, 2-7. Sarason, S. (1990). The
Predictable Failure of Educational Reform. San Francisco: Jossey-Bass
Scriven, M. (1967). The Methodology of Evaluation. In R. E. Stake (Ed.), AERA
Monograph Series on Curriculum Evaluation, No. 1. Chicago: Rand McNally.
Smith, B. 2005.The Representation of Islam and Muslims in the Media: The Age and
Herald Sun Newspaper. Victoria: Monash University. Upper Saddle River, NJ:
Pearson.

15

Anda mungkin juga menyukai