Anda di halaman 1dari 12

KURSUS:

GGGB6743
PENILAIAN PROGRAM

TUGASAN:

LAPORAN PEMBENTANGAN KUMPULAN


TAJUK TUGASAN:
MODEL CONNOISSEURSHIP & CRITICISM
SESI PENGAJIAN:

PJJ SEM 2 2018/2019


NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:

PROF DR MADYA NORASMAH BINTI OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH
EMILY ANGELINA ANAK CHARLES TERRY (P99643)
LOY AI HIANG (P99103)
VOON SOK HUI (P99153)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Penilaian Program

2.0 Model Connoisseurship Dan Kritikan 5

2.1 Latar Belakang Model


Connoisseurship Dan Kritikan

3.0 Contoh Kerangka konsep 9

3.1 Analisis/ Penerangan Contoh


Kerangka Konseptual Kajian
10
4.0 Kesimpulan
11
5.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN
1.1 PENILAIAN PROGRAM
Penilaian dalam program merupakan salah satu aspek yang sangat penting di mana
melalui penilaian kita dapat melihat kelemahan dan kekurangan yang berlaku dalam
program yang telah dijalankan itu. Bukan itu sahaja, malah penilaian juga membantu
kita membuat penambahbaikkan pada program yang mempunyai kekurangan.
Melalui penilaian juga kita dapat mengumpul data untuk memasitkan kesahihan data
tersebut. Kaedah pengumpulan data adalah pelbagai berdasarkan kajian dan
bergantung kepada pengkaji itu sendiri.

Penilaian juga bermaksud proses untuk menentukan sama ada objektif bagi
program tersebut dapat dicapai mahu pun tidak. Bagi langkah untuk mencapai
objektif tersebut guru perlu melakukan perancangan yang sistematik dimana
perancangan ini perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum menjalankan sesuatu
program. Antara langkah pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i. Menentukan dan memilih program yang hendak dinilai


ii. Menetapkan objektif yang ingin dicapai
iii. Menentukan kriteria yang ingin dinilai
iv. Memilih kaedah atau cara untuk mengumpul maklumat dan data
v. Memproses data
vi. Membuat laporan dan cadangan untuk tindakan susulan
2.0 MODEL CONNOISSEURSHIP DAN KRITIKAN
2.1 LATAR BELAKANG MODEL CONNOISSEURSHIP DAN KRITIKAN

Model Eisner connoisureship ini diperkenalkan oleh Elliot W Eisner pada


tahun 1988. Elliot W Eisner dilahirkan di Chicago, Illinois pada 10 Mac 1933. Beliau
mendapat gelaran Magister of Science bidang Art Educationn dari llinois Institut
Technology dan Master of Arts bidang pendidikan seni dari University of Chicago
dan PHD dalam bidang pendidikan dari universiti yang sama. Elliot Eisner menjadi
profesor seni dan pendidikan di Stanford Universiti serta melibatkan diri sebagai
seorang ahli teori terkemuka dalam bidang seni dan reka bentuk kurikulum.

Oleh sebab Eisner ahli seni, beliau percaya konsep yang sama dalam seni
juga dapat berfungsi dalam penilaian pendidikan. Dengan menekankan bahawa
pengajaran memerlukan kemahiran seni, Eisner (2017) menyatakan bahawa
pendidikan ialah seni budaya dan ini adalah proses yang berbeza daripada individu
ke individu atau daripada satu lingkungan ke lingkungan yang lain.

Eisner percaya bahawa penilaian kurikulum mestilah bersifat kualitatif


daripada kuantitatif. Apa yang dimaksudkan adalah bahawa model pembela tidak
berdasarkan penilaiannya terhadap skor ujian pelajar kerana Eisner percaya bahawa
skor ujian ini bukanlah satu gambaran yang tepat mengenai pengetahuan yang
diperoleh oleh pelajar. Sebenarnya, pelajar belajar banyak perkara pada masa yang
sama. Persoalannya, adakah penilaian kuantitatif seperti ujian yang dihadapi oleh
murid adalah berlaku secara holistik, positif atau sama ada mereka bermasalah
semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran? Sememangnya tidak kerana tidak
berjaya dalam ujian berstruktur tidak bermaksud bahawa pelajar itu adalah gagal.
Pelajar mungkin berbakat dalam bidang lain seperti muzik, tarian atau teater seperti
dalam pembelajaran Eisner dalam bentuk individualistik.

Berdasarkan bidang pendidikan yang diceburi oleh Eisner juga menjurus


kepada kritikan seperti kritikan dalam hasil seni. Konsep connoisseurship ini adalah
bermaksud penghargaan dalam kesenian manakala kritikan bermaksud seni
pendedahan dalam amalan pendidikan yang percaya bahawa pendidikan berkait
rapat dengan kesenian yang membawa kepada penerokaan kepentingan penilaian
estetika dan kritikan. Estetika merupakan cabang falsafah yang mengkaji konsep
yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain–lain.
Model ini juga berkaitan dengan kebolehan untuk memfokuskan mengenai
apa yang berlaku dalam kelas tertentu sebagai kurikulum yang dirancang dan
berubah menjadi satu kurikulum baharu berdasarkan kesesuaiannya. Seterusnya,
model connoisseurship ini juga merupakan satu bentuk bimbingan profesional yang
diberikan kepada guru berdasarkan penyeliaan terhadap pengajaran dan
pembelajaraan. Bimbingan ini bertujuan untuk membantu guru melihat kelebihan
dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan olehnya.
Seterusnya membantu guru membuat penambahbaikan pada pengajaran dan
pembelajaran yang akan datang.

Ciri khas model ini adalah menjurus kepada pendekatan humanistik di mana
menurut Eisner (1988), penilaian kurikulum ini dijalankan secara kualitatif
berbanding kuantitatif. Penilai humanistik percaya bahawa proses menilai kurikulum
terlalu rumit untuk bergantung sepenuhnya pada kaedah kualitatif (P Bruce
Uhrmacher et al., 2016). Model ini memerlukan bilangan dan lebih banyak deskripsi
bertulis. Ini bukan bertujuan untuk menjawab soalan sepenuhnya tetapi untuk
menukar bentuk maklumat yang diperoleh kepada penulisan naratif.

Eisner (1976) juga mengatakan bahawa pengetahuan tertentu seperti Bahasa


Inggeris dan Matematik telah terlalu ditekankan, ini telah menjejaskan cara lain
untuk berkongsi pengalaman seperti muzik, seni dan teater. Selain itu, Eisner
berpendapat bahawa tujuan proses pendidikan di dalam sekolah bukan untuk
menyelesaikan sesuatu tetapi untuk memulakan sesuatu. Ini bermaksud melalui
pengajaran dan pembelajaran, sistem pendidikan menjadi satu platform untuk
pelajar belajar sesuatu yang baharu. Dalam erti kata lain, Eisner menyatakan
bahawa terdapat terlalu banyak peraturan dan piawaian yang ditetapkan dalam
penilaian kurikulum kuantitatif yang akhirnya membatasi kreativiti para murid. Bukan
itu sahaja, Eisner juga mengatakan bahawa kurikulum harus dinilai seperti seni,
melalui penghargaan dan kritikan. Pendidik tidak harus terlalu menekankan untuk
mencapai tujuan yang ditetapkan dan mengabaikan penemuan dan pengetahuan.
Maka, Model Connoisseurship Criticism amat dititikberatkan dalam dunia
pendidikan. Menurut Karmer (2015), terdapat empat dimensi dalam model
connoisseurship dan kritikan iaitu deskriptif, pentafsiran, penilaian dan tema.
DIMENSI DESKRIPTIF

Dimensi ini turut melibatkan penilai dalam mencatat dan melaporkan tindakan dan
ciri-ciri daripada pengalaman pelajar, pengajar dan pentadbir. Pada dimensi ini juga
aspek penghargaan turut diberi penekanan. Pembaca laporan penilaian akan dapat
menggambarkan segala proses yang berlaku. Proses ini bermaksud penilai
membuat persepsi atau penghargaan terhadap sesuatu program yang kompleks.
Penghargaan bukan bermaksud memberi keutamaan semata-mata tetapi untuk
menitikberatkan ciri-ciri dan kualiti sesuatu program yang dijalankan.

DIMENSI PENTAFSIRAN

Menurut Donmoyer (2014), dalam dimensi ini penilai akan menjelaskan peristiwa
yang dilaporkan dan digambarkan dengan memasukkan ke dalam konteksnya
dengan lebih terperinci. Ini bertujuan unutk memberi pemahaman yang jelas secara
konseptual. Dimensi pentafsiran ini menitikberatkan aspek kritikan iaitu seni
pendedahan masalah yang digunakan dalam membuat kritikan semasa penilaian
terhadap kualiti program. Kritikan yang dilakukan ini bertujuan untuk menyatakan
kelemahan dan kekuatan pada program tersebut. Jadi, melalui kritikan tersebut guru
ataupun penilai akan berfikirkan cara untuk membuat penambahbaikan pada aspek
yang lemah.

TEMA

Menurut Miller,B.(2017), Dimensi ini menilai reka bentuk program yang telah
dijalankan untuk memastikan program yang dijalankan itu bermakna dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Ini juga bermaksud guru perlu menetapkan kriteria-
kriteria yang perlu bagi memastikan program tersebut selaras dengan aspek yang
ingin dicapai.

PENILAIAN

Penilaian ini merupakan penilaian kendiri di mana penilai perlu membuat refleksi
terhadap program yang dijalankan. Pada dimensi ini, penilai akan melihat kepada
keberkesanan program tersebut sama ada objektif yang telah ditetapkan tercapai
ataupun tidak. Pada peringkat ini juga proses pemurnian program akan dijalankan
demi kesempurnaan program yang akan mendatangkan kebaikan yang berterusan.
3.0 CONTOH KERANGKA KONSEP

Deskriptif Tafsiran Penilaian Tema

- Mengenalpasti - Kritikan dan - Menilai - Kurikulum yang


masalah bimbingan keberkesanan lebih bermakna
Contoh : Masalah - Kesesuaian bahan program
kemahiran bertutur - Kaedah pengajaran - Pencapaian murid
dalam Bahasa
Melayu murid
peralihan.
- Mengenal punca
terjadinya masalah

kualitatif

 Memerhati kelas
 Menganalisis kerja pelajar
 Menggunakan video atau gambar Penulisan naratif
 Wawancara guru dan pelajar

Kerangka konsep model connoisseurship dan kritikan Eisner


3.1 PENERANGAN KERANGKA KONSEP

Berdasarkan kerangka konsep model connoisseurship dan kritikan Eisner,


terdapat empat dimensi yang diterapkan iaitu deskriptif, tafsiran, penilaian dan
tema. Sebagai contoh, modul ini sesuai dalam mengkaji program Peningkatan
Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu bagi Murid-Murid Kelas Peralihan. Antara
objektif program tersebut adalah :

i. Membantu murid Kelas Peralihan untuk meningkatkan kemahiran


bertutur melalui penilaian kualitatif.
ii. Membantu guru untuk membuat penambahbaikan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
iii. Mengukuhkan keyakinan guru dalam meningkatkan kemahiran bertutur
dalam kalangan murid Peralihan.

Pada dimensi pertama, guru sebagai pelaksana program akan mengenalpasti


pengetahuan sedia ada murid-murid. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid,
guru akan menyediakan instrumen berbentuk soalan lisan bagi menguji kemahiran
bertutur murid-murid dalam kelas peralihan. Sebagai contoh, guru boleh
menjalankan temu bual dengan murid berkenaan secara individu. Antara contoh
instrumen yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Meminta murid untuk memperkenalkan diri


2. Menceritkan tentang keluarga
3. Menceritakan tentang hobi
4. Menceritakan tentang kawan baik

Semasa sesi temu bual dijalankan guru turut membuat penilaian melalui
jawapan yang diberikan oleh murid tersebut. Selepas guru mengenalpasti masalah
murid, guru berkenaan akan menyediakan satu kertas kerja berkaitan dengan
program yang ingin dijalankan bagi meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa
Melayu bagi murid Peralihan untuk dimajukakan kepada pengetua.

Kedua, guru berkenaan akan menunjukkan kertas kerja atau proses


pelaksanaan kepada pihak pengurusan seperti pengetua untuk dinilai kesesuaian
pelaksanaan program tersebut. Penilai akan mengkritik dan memberikan beberapa
cadangan sebagai perincian kepada program tersebut supaya pelaksanaan program
tersebut lebih berkesan. Pada tahap ini, guru perlu mengambil kira profil dan
keupayaan murid bagi memudahkan murid mengukuhkan proses pembelajaran
mereka. Perbincangan dan kritikan juga merangkumi penyediaan bahan-bahan
pengajaran yang sesuai kerana penyediaan bahan adalah sangat penting untuk
membentuk proses pembelajaran murid yang belum menguasai kemahiran tersebut.
Melalui kritikan penilai, guru akan membuat pengemaskinian bagi aspek yang
ditekankan sama ada dari aspek bahan ujian atau kandungan program yang perlu
ditambahbaikkan.

Setelah pengemaskinian dijalankan, guru akan menggunakan instrumen yang


sama untuk menguji kemahiran bertutur murid-murid kelas peralihan. Guru akan
mengadakan temu bual untuk menguji kefasihan dan kelancaran murid tersebut
bertutur dalam Bahasa Melayu. Selain daripada sesi temu bual, guru juga boleh
membuat pemerhatian melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semasa
sesi soal jawab.

Pada peringkat akhir, guru akan membuat penilaian. Antara sumber yang
digunakan untuk membuat penilaian adalah seperti soalan ujian bertutur,
pemerhatian guru dalam kelas, dan ujian lisan. Data-data yang telah dikumpul ini
digunakan untuk membuat perbandingan prestasi sebelum dan selepas program.
Melalui hasil ujian tersebut guru dapat mengenalpasti murid-murid yang dapat
menguasai ujian bertutur atau sebaliknya. Walalupun pemerhatian adalah
fundamental namun keputusan pemerhatian penilaian mestilah disokong dengan
pengetahuan penilai itu sendiri.

Terdapat pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dalam kerangka


konsep tersebut. Pembolehubah bersandar dalam kerangka konsep di atas adalah
pencapaian murid. Ini bermaksud apa yang ingin dilihat pada akhir program adalah
perubahan yang berlaku kepada murid selepas menjalankan pelbagai aktiviti
pengukuhan setelah mengikuti program tersebut. Manakala pembolehubah tidak
bersandar pula adalah guru. Dalam program meningkatkan kemahiran bertutur bagi
pelajar peralihan ini guru berfungsi sebagai tunjang utama dan tetap dalam
menjalakan aktiviti untuk membantu murid menguasai kemahiran bertutur. Guru juga
berfungsi sebagai pemerhati untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian
program tersebut.
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, penilaian program merupakan aspek yang amat


penting dan perlu dijalankan. Model connoisseurship dan kritikan Eisner sangat
penting untuk membantu guru dalam menjayakan program yang dijalankan dengan
mengambil kira aspek kekuatan dan kelemahan program. Melalui modul ini, kita
dapat melihat kelemahan dan kelebihan sesuatu program. Setelah mengenalpasti
aspek kekurangan dan kelebihan, kita dapat menjalankan tindakan susulan bagi
memantapkan lagi kelancaran program tersebut. Maka, melalui model ini penilai
dapat membantu guru untuk berfikir secara terbuka untuk melakukan perubahan
yang membawa kepada kesan yang positif kepada peserta program. Selain itu,
melalui aspek yang telah dikenalpasti ini dapat membantu guru untuk membuat
pemurnian terhadap program tersebut agar lebih bermakna dan berkesan. Akhir
sekali, hasil perbincangan penilai bersama guru dapat membantu meningkatkan
motivasi guru dan prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.
5.0 RUJUKAN

Donmoyer, R. (2014). Elliot Eisner’s Lost Legacy, America Journal of Evaluation


Vol. 35(3), 442-452.

Elliot W. Eisner. (1976). Educational Connosseurship and Critism: The Form and
Functions in Educational Evaluation. Philadelphia: The Falmer Press.

Elliot W. Eisner.(2017). The Enlightened Eye: Qualitative Inquiry and the


Enhancement of Educational Pratice. New York: Teachers College Press.

Kramer, B. (2015). The Place of Eisner’s Educational Connoisseurship and Critism in


Jewis Education. International Journal of Jewish Education Research, (8)67-
79.

Miller, B. (2017, Oktober) Exploring dual realities of school leaders:Participants as


critics and connoisseurs to co-construct knowledge and validate emerging
themes. Paper presentation at the 24th annual American Association of
Teaching Curriculum conference, Denver, CO.

P Bruce Uhrmacher, Christy McConnell Moroye & David J. Flinders (2016). Using
Educational Critism and Connoisseurship for Qualitative Research. New York:
Routledge.

Anda mungkin juga menyukai