Anda di halaman 1dari 25

KURSUS: PERANCANGAN PENDIDIKAN

GC 6233

SEMESTER 1 SESI 2019-2020

PENSYARAH: PROF MADYA DR. MOHD IZHAM BIN Hj. MOHD HAMZAH
KONSEP AKTIVITI PERANCANGAN : APAKAH MAKSUDNYA ?

• Bagi menghadapi perubahan yang sering berlaku dari segi sosial & teknologi
terdapat 4 Format Bagi Aktiviti Perancangan :

 Perancangan Pendidikan Dari Segi Terma Generik/Umum :


1. - Penyelidikan.
- Membangunkan teknik & teori.
- Merangka pelan secara kuantitatif di peringkat negeri,
daerah & sekolah.

 Perancangan Pendidikan Dari Segi Terma Fizikal :


- Perancangan jangka sederhana dan panjang ( jangka masa
2. 5, 10, 15 dan 20 tahun) bagi bangunan, susun atur dan
setting persekitarannya untuk aktiviti pembelajaran.
- Ini termasuk juga kajian terhadap perubahan teknologi.
 Perancangan Pendidikan Dari Segi Terma Sosial :
- Tinjauan bagi mengetahui kehendak orang ramai.
- Perancangan kurikulum.
3.
- Strategi pengajaran.
- Tinjauan terhadap keperluan guna tenaga.
- Reka bentuk fizikal yang meningkatkan interaksi personal &
sosial.

 Perancangan Pendidikan Dari Segi Terma Pentadbiran :


4. - Kawalan pembangunan.
- Membuat keputusan
- Operasi & Pengurusan.
- Kawalan inventori
• Menurut Robiah Sidin ( 2003 ) pentadbiran pendidikan atau lebih kerap dikenali
hari ini sebagai “ pengurusan pendidikan ” adalah:

* Satu cara untuk mengendalikan aktiviti dan menyusun cara bertindak.


* Mengambil tindakan berasaskan perancangan, menyusunnya mengikut
keutamaan dan menepati masa.

• Ia sebagai satu saluran untuk membolehkan sesuatu tujuan itu tercapai.

• Mengikut Oldcorn ( 1988 ), pentadbiran ialah proses membuka peluang kepada


pengurus, pekerja dalam sesebuah organisasi atau tempat kerja itu melakukan
tugas atau tanggung jawab hingga tercapai cita-cita atau hasrat setiap pekerja
dan keseluruhan organisasi itu.

• Ordway Tead dalam bukunya The Art of Administration di petik oleh Walker
( 1970 ) berpendapat bahawa pentadbiran ialah proses dan agensi ……….
- yang bertanggungjawab menentukan tujuan organisasi
dan juga pengurusannya .
- yang menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanannya
- yang memberi tumpuan umum terhadap keberkesanan operasi secara
keseluruhan untuk memenuhi objektif-objektif yang ditetapkan.
• Menurut Robiah Sidin ( 2003 ), pentadbiran/pengurusan penting :

 Untuk melengkapkan dan menyempurnakan hidup manusia yang


bermasyarakat.

 Diperlukan untuk melaksanakan perjalanan sesuatu perusahaan


atau institusi masyarakat.

 Menentukan kelicinan,keberkesanan dan kerelevanan institusi


menjadi produktif dan mengeluarkan hasil-hasil selari dengan
matlamat yang diharapkan.

• Cambell, Bridges dan Nystrand ( 1977) berpendapat bahawa pentadbiran


pendidikan itu :

* Satu proses untuk menyelaraskan usaha di kalangan berbagai-bagai anggota


bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

* Tujuan utama pentadbiran ialah untuk memperbaiki atau meninggikan taraf


pengajaran dan pembelajaran.
• Menurut Griffin ( 1993 ) pengurusan adalah satu set aktiviti di mana ia
termasuk merancang dan membuat keputusan, mengelola, memimpin dan
mengawal yang diarahkan terhadap sumber ( manusia, kewangan, fizikal dan
maklumat ) bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi secara efektif dan
efisien.

• Hellriegel dan Slocum ( 1996 ) menyatakan pengurusan sebagai merancang,


mengelola, memimpin dan mengawal manusia yang bekerja dalam satu organisasi.
Matlamat-matlamat tersebut memberi arah kepada tugas-tugas dan aktiviti-
aktiviti yang diambil.

• Pengurusan menurut Stoner, Freeman dan Gilbert ( 1995 ) adalah proses


merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kerja ahli-ahli organisasi dan
penggunaan semua sumber-sumber organisasi yang ada untuk mencapai
matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Pengurusan Dan Kepimpinan

• Walaupun pengurus dan pemimpin mempunyai pengertian yang hampir sama, namun
keduanya mempunyai fungsi dan skop yang berbeza jika dilihat dari segi teori.
• Seorang pengurus yang baik tidak semestinya menjadi pemimpin yang baik.
• Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya menjadi pengurus yang cekap.

• Benis dan Nanus ( 1985 ) cuba membezakan dua konsep ini dengan memberi penjelasan
yang spesifik, iaitu “ Managers do things right and leaders do the right things ”.
• Imej kepimpinan memberi gambaran bahawa pemimpin mempengaruhi orang lain untuk
melakukan sesuatu. Di samping itu, pemimpin diperkasakan oleh autoriti dan kuasa.

Kotter ( 1988 ) cuba menjelaskan perbezaan dua konsep ini:


• Pengurusan mengikut Kotter adalah pelaksanaan tugas-tugas yang berhubung dengan
kawalan dan peraturan seperti perancangan, pengawalan dan pentadbiran.

• Sebaliknya, kepimpinan menumpu kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan,
seperti pembinaan hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan.

• Pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih luas, menilai kesannya serta
berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan
kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai.
 Menurut Stephen Covey ( 1989 ) kepimpinan dan pengurusan adalah bidang tugas yang
berlainan.

 Menurut Covey ( 1989 ) mengurus ialah suatu usaha untuk mencapai sesuatu dengan
cara yang paling baik sementara memimpin pula ialah tanggungjawab bagi menentukan
apakah yang paling baik untuk dicapai.

 Menurut Stephen Covey ( 1989 ) kepimpinan dan pengurusan adalah bidang tugas yang
berlainan.

 Menurut Peter Drucker ( 1954 ), pengurusan ialah membuat sesuatu dengan betul dan
kepimpinan ialah melakukan sesuatu yang betul.

Dari segi prosesnya, pengurusan merangkumi fungsi :


 Merancang.
 Mengelola.
 Memimpin.
 Mengawal.
Merancang

 Merancang bermaksud menetapkan matlamat dan menentukan cara untuk


mencapai matlamat tersebut iaitu pentadbir memikirkan terlebih dahulu
matlamat dan tindakan mereka.

 Dalam pengurusan, merancang adalah fungsi mesti dilakukan oleh pihak pengurus
kerana segala yang hendak dilaksanakan dan keputusan yang hendak diambil
termasuk penentuan matlamat dan strategi pelaksanaan perlu dirancangkan
terlebih dahulu.

Mengelola

 Mengelola bermaksud proses menyusun dan memperuntukkan; kerja, autoriti


dan sumber di kalangan ahli organisasi supaya mereka dapat mencapai
matlamat organisasi.

 Tugas perlu diagihkan secara seimbang kepada semua kakitangan mengikut


kepakaran, kebolehan, minat dan komitmen.

 Dengan itu satu perincian berkaitan dengan tugas perlu disediakan bagi
mengenal pasti apa yang hendak dibuat dan bagaimana membuatnya.
 Dalam konteks pengurusan sekolah, mengelola merangkumi aktiviti-aktiviti
seperti mengagih-agihkan tugas dan tanggungjawab kepada guru-guru
mengikut kebolehan serta pengalaman mereka, menyusun jadual waktu
sekolah, memperuntukkan wang dan sumber-sumber lain yang diperlukan.

Memimpin

 Memimpin bermaksud proses mengarah, mempengaruhi dan memotivasi


kakitangan untuk melakukan tugas yang diharapkan.

 Dalam erti kata lain, memimpin adalah proses mempengaruhi kakitangan


untuk bekerja ke arah pencapaian matlamat.

 Pentadbir mesti berkomunikasi dengan kakitangan tentang matlamat tersebut


dan memotivasikan mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini termasuklah
sesi perkembangan staf, latihan dalaman, perbincangan bersemuka dan dialog
dua hala.
Mengawal

 Mengawal bermaksud proses untuk memastikan bahawa aktiviti sebenar


adalah selaras dengan aktiviti yang dirancang. Mengawal dapat membantu
pentadbir sekolah memantau keberkesanan aktiviti merancang, mengelola
dan memimpin.

 Mengawal dalam pengurusan ialah menyelia, menilai dan mengesan


kelemahan-kelemahan staf dalam pelaksanaan kerja masing-masing dan
membetulkannya melalui bimbingan dan program-program perkembangan
staf. .

 Di sekolah, penyeliaan kerja guru-guru di kelas untuk mengawal mutu


pengajaran, adalah menjadi tanggungjawab pengetua / guru besar supaya
dapat menilai sejauhmanakah kaedah pengajaran guru seiring sengan objektif
dan matlamat FPK.
Konsep Utama Yang Perlu Difahami

INSTITUSI
• Harus faham konsep institusi.
• Pendidikan dianggap sebagai institusi masyarakat.
* Ahli-ahli sosiologi telah mentakrifkan institusi itu merangkumi amalan-amalan,
undang-undang, adat, norma dan kepercayaan yang dianggap bernilai di dalam
sesuatu masyarakat sehingga menyebabkan anggota masyarakat berusaha secara
tersusun supaya segalanya itu berkekalan.

MATLAMAT

• Matlamat institusi dimaksudkan sebagai tujuan yang menentukan bidang harapannya


dan tindakan anggota-anggotanya.

• Mengikut Kementarian Pelajaran Malaysia ( 1995 ), matlamat perkembangan pendidikan


ialah untuk :
- melahirkan insan yang beriman - sejahtera
- berakhlak mulia - menyediakan sumber tenaga manusia
- berilmu - memberi peluang pendidikan kepada
- berketrampilan semua warga negara Malaysia.
STRUKTUR

 Setiap organisasi mempunyai struktur atau pola pertalian yang tersendiri antara
bahagian-bahagian yang berkaitan.

 Salah satu struktur yang kerap ditemui ialah struktur yang dipanggil sebagai line and
staff atau Lini dan Staf.

 Struktur ini melihat pekerja-pekerja organisasi itu dalam susunan menegak dan
mendatar.

 Susunan menegak yang digelar line melambangkan hierarki kuasa yang


dipertanggungjawabkan menjalankan fungsi –fungsi operasional organisasi itu.

 Pegawai-pegawai pendidikan dalam struktur line ini secara langsung bertanggungjawab


terhadap semua aktiviti menyedia dan mengadakan kemudahan-kemudahan pembelajaran.
 Mereka dianggap sebagai pelaksana atau eksekutif.

 Konsep staf memberikan cabang kepada organisasi itu.

 Tugas-tugas pegawai staff memberi satu-satu khidmat khas. Ia tidak mempunyai


kuasa pelaksanaan secara langsung ke atas pegawai-pegawai di bawahnya.
Tingkat-tingkat kuasa mengikut struktur lini di Kementerian
Pelajaran

Menteri Pelajaran

Timbalan Menteri Pelajaran

Pegawai-Pegawai Di Kementerian Pelajaran

Pegawai-Pegawai Di Pejabat Pelajaran Negeri

Pegawai-Pegawai Di Pejabat Pelajaran Daerah

Guru Besar / Pengetua

Guru-Guru
BIROKRASI

* Struktur organisasi sejagat yang dipraktikkan hampir di semua negara di dunia ini ialah
struktur birokrasi.

* Pentadbiran yang bercorak birokratik merupakan model yang digunakan dalam tiap-tiap
organisasi yang besar dan kompleks yang bercorak swasta mahupun kerajaan.

* Model ini merupakan model asas bagi sistem mentadbir pendidikan di kebanyakan negara.

* Birokrasi ditakrifkan sebagai satu corak pentadbiran di mana peranan, tugas dan
pertalian antara anggota-anggota yang menduduki bermacam-macam jawatan adalah
diterangkan dengan jelas dan nyata.

* Pengawalan juga adalah mengikut kuasa yang formal.

* Max Weber seorang intelek bangsa German yang mendalami bidang ekonomi dan sosiologi
telah mengutarakan teorinya mengenai birokrasi pada awal kurun ke-20.
* Mengikut Weber yang dipetik semula daripada Farland ( 1979 ) ciri-ciri
birokrasi ialah :
1. Ada hierarki kuasa dan tahap-tahap pengurusan.
2. Ada pengkhususan tugas dan tanggungjawab.
3. Ada kedudukan yang digelar jawatan.
4. Ada sistem kenaikan pangkat yang terancang.
5. Pegawai-pegawai tidak dipengaruhi oleh perasaan persendirian.
6. Ada sistem undang-undang dan batasan-batasan tertentu dalam pengawalan
dan disiplin.
7. Ada kelayakan-kelayakan tertentu yang diperlukan bagi individu-individu yang
memegang jawatan.
8. Ada sistem perlindungan supaya individu tidak diberhentikan kerja secara
sewenang-wenangnya.
 Pentadbiran bercorak birokrasi jelas cuba menekankan satu struktur
membuat keputusan dan mengambil tindakan yang berasaskan peraturan. Ia
menekankan kelicinan dalam pentadbiran.

 Iaitu masalah yang terlalu mementingkan peraturan dan kehendak pegawai atasan
atau red tape
* Istilah birokrasi hari ini digunakan secara emosional dan diertikan selari
dengan pentadbiran yang terlalu mementingkan peraturan dan kehendak – kehendak
pegawai atasan atau red tape

HIERARKI

* Salah satu ciri utama birokrasi ialah kuasa dan pemegang jawatan disusun dalam
susunan berhieraki.

* Erti hierarki ialah peranan dan jawatan dalam sesuatu organisasi itu diatur dalam
bentuk menegak dan bertingkat-tingkat .

* Dalam organisasi formal, hierarki ini juga melambangkan bagaimana pembahagian tugas
dan kuasa dibuat atau dalam bahasa teknikalnya ia melambang rantai kuasa atau the
chain of command .

* Pegawai yang menduduki jawatan yang paling tinggi sekali di dalam rantai kuasa juga
mempunyai kuasa, pengaruh, status dan gaji yang tertinggi dan terbanyak.

* Kedudukan kuasa atau jawatan di antara Pengarah Pelajaran Negeri dan guru-guru
di sekolah adalah dalam bentuk yang bertingkat-tingkat.
Struktur Yang Luwes

* Organisasi memerlukan struktur yang boleh diubahsuai /yang fleksibel supaya organisasi
itu dapat berkembang dan berubah mengikut keadaan dan masa.

* Satu struktur yang cuba diketengahkan ialah struktur yang digelar task force.

* Dalam task force setiap anggota tidak mempunyai apa-apa status sehingga timbul sesuatu
masalah untuk diatasi.

* Apabila situasi timbul, seseorang pakar dalam bidang masalah itu dengan dua atau tiga orang
pembantu, masing-masing mempunyai kepakaran dalam aspek-aspek tertentu akan membentuk
satu kumpulan bertindak untuk mengatasi masalah.

* Ahli-ahli ini akan mengambil anggota-anggota lain untuk sama-sama berinteraksi menyelesaikan
masalah.

* Apabila masalah selesai diatasi maka mereka akan membubarkan diri.


* Konsep struktur task force ini nampaknya tidak begitu diterima ramai kerana ia tidak dapat
memenuhi keperluan-keperluan tertentu sesuatu organisasi. Khusus dengan terdapatnya
struktur ini soalan-soalan seperti di bawah ini tidak mudah dijawab:

1. Siapakah yang menentukan tujuan organisasi itu ?


2. Siapakah yang mengenalpasti masalah dan menentukan pakar-pakar untuk
mengatasi masalah itu ?
3. Siapakah yang menetapkan bila masalah itu telah selesai diatasi ?
4. Apakah perkara yang dapat mengaitkan organisasi itu dengan masyarakat luar ?

STRUKTUR TAK FORMAL

* Dalam tiap-tiap organisasi formal akan terdapat struktur-struktur tak formal.

* Struktur tak formal ini penting kerana ia menentukan ke arah mana pengaruh dan
kuasa disebar dan dibahagi- dibahagikan di kalangan anggota spt pasukan bola sepak.

* Struktur tak formal ini pada asasnya membicara tentang pertalian antara anggota-anaggota
dan adalah tidak ditentukan atau dirancangkan terlebih awal.

* Pertalian antara anggota adalah bergantung di atas kemahuan dan pilihan tiap-tiap anggota
dan ini sudah semestinya bukanlah sama di antara satu dengan lain.
KUASA

* Kuasa didefinisikan sebagai hak pentadbir untuk mengarahkan anggota-anggota menjalankan


aktiviti-aktiviti supaya tercapai matlamat sesebuah organisasi.

* Hak kuasa adalah diikuti dengan tanggungjawab.

* Pegawai yang berkuasa mempunyai tanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat
dan akibat yang timbul.

* Sama ada kuasa boleh dilaksanakan atau tidak bergantung atas penerimaan hak-hak itu
di kalangan anggota-anggota yang memegang jawatan yang lebih rendah dari pegawai yang
memegang kuasa itu.

Terdapat tiga bentuk kuasa :

1. Kuasa Kedudukan - Kuasa yang dikaitkan dengan kedudukan.


- Tanggungjawab dan tugas dinyatakan dengan jelas.
- Bentuk kuasa ini biasa terdapat dalam organisasi birokrasi.
2. Kuasa Pengetahuan - Kuasa yang timbul kerana pengetahuan atau kemahiran seseorang
itu di sesuatu bidang.
- Kuasa ini selalu terdapat di kalangan ahli-ahli profesional dan
pegawai-pegawai pakar / specialist.
- Dengan adanya kuasa pengetahuan ini seseorang itu mampu memberi
arahan untuk mengerakkan anggota-anggota ke sesuatu matlamat
yang dituju.

3. Kuasa Keadaan - Kuasa sementara yang timbul apabila berlaku sesuatu kecemasan.
- Kuasa itu hapus apabila keadaan tidak memerlukannya memainkan
peranan sebagai ketua di dalam kumpulan itu.
- Umumnya, corak kuasa ini berlaku di dalam kumpulan-kumpulan
kecil.
Pentadbiran Pelajaran Mengikut Perlembagaan

* Di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 132, Perkhidmatan Pendidikan


adalah salah satu Perkhidmatan Awam yang diletakkan atau tertakluk kepada kerajaan
Pusat.
* Sentralisasi - Bererti bahawa dasar-dasar kerajaan mengenai pendidikan dan pelaksanaannya
adalah digerakkan dan dikuatkuasakan melalui sebuah organisasi pentadbiran yang
dipusatkan di Putrajaya ( Kementerian Pelajaran )

Sistem Pentadbiran Pusat

* Sistem Pentadbiran Pendidikan di Malaysia adalah mengikut satu Sistem Pentadbiran


Berpusat atau Centralized System.

* Struktur ini dibentuk mengikut struktur politik dan pentadbiran awam negara.

* Dasar dan Kawalan datangnya dari pusat.

* Segala urusan pelaksanaan sesuatu projek itu adalah mengikut arahan dan peraturan yang
dikeluarkan dari Pusat.
Rasional kerajaan memilih Sistem Pentadbiran Pusat adalah atas cita-cita unggul untuk
mewujudkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan:

- Semua sekolah menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pengantar.


- Sekolah mengikuti kurikulum yang sama.
- Guru-guru menerima latihan yang sama.
- Murid-murid diwajibkan mengikuti peperiksaan awam yang sama.

Pentadbiran Pelajaran Peringkat Persekutuan

Ordinan Pelajaran 1957 telah menetapkan bahawa sebuah Kementerian Pendidikan


harus diadakan di bawah tanggungjawab seorang Menteri Pelajaran.

* Mempunyai Bidang Kuasa yang Luas.


* Berkuasa Mengeluarkan Arahan Am Tentang Semua
Perkara yang:
- Mempengaruhi Dasar Pelajaran
- Mengeluarkan arahan khas kepada Lembaga
Pengelola Sekolah, Jawatankuasa Tertentu,
Pengetua /Guru Besar dan Kakitangan.
Di bawah Menteri, ialah seorang Ketua Setiausaha ( PTD ) dan Ketua Pengarah Pelajaran (
Peg. Perkhid. Pend. Sis).

Pegawai-pegawai di Kementerian boleh dibahagikan kepada dua jenis :

1. The Career Administrators - Pegawai yang menjadikan pentadbiran sebagai


kerjaya mereka.

2. Pegawai-pegawai Profesional - Pegawai yang mempunyai latihan ikhtisas


di bidang pendidikan.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai