Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Secara umumnya, pendidikan merupakan satu proses terancang untuk


mewujudkan suasana yang harmonis dalam proses pengajaran dan pembelajaran antara
guru dan murid supaya proses tersebut dapat mengembangkan potensi diri masing-masing.
Bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar bagi melahirkan generasi yang
mapan dengan ilmu di dada, malah ia perlu melibat beberapa aspek lain seperti jasmani,
emosi,rohani, intelek dan sosial.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dikatakan sangat penting. Hal ini kerana
setiap perkara memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan
seseorang itu maju dan bersaing pada masa hadapan. Terdapat banyak kepentingan
pendidikan kepada seseorang individu, iaitu dapat mengembangkan potensi individu,
mempunyai peluang masa depan yang cerah,sebagai persiapan mengalami perubahan
seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia moden dan dapat membantu individu
menyampai dan menerima ilmu dengan cara yang betul.(Siti Nor Azizah 2004).

Rentetan daripada itu, kerajaan Malaysia telah menyelaraskan sistem pendidikan


di negara ini dengan sistem pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini memainkan beberapa peranan penting, antaranya
ialah sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukanpendidikan. (Ismail 2002).

Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru juga


memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi-strategi yang telah ditentukan
oleh kerajaan. 0leh itu, Falsafah Pendidikan telahdiwujudkan bagi menentukan arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru. Terdapat beberapa aspek
yang ingin dibentuk dalam diri guru yang berperanan sebagai agen perubahan generasi
akan datang. Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menyanjung aspirasi negara, memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu,memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang
progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.(Mok Soon Sang 2003).

Justeru, pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari
sekolah rendah adalah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu,
sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan
nilai-nilai murni. alaupun tertakluk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sistem pendidikan di
Malaysia sering berubah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek
ekonomi, sosial dan politik.0leh yang demikian, tugasan ini dilaksanakan bagi mendalami

1
dan menghayati sejarah pembentukan serta elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Seterusnya, mengkaji fungsi dan peranan
sekolah dalam merealisasikan FPK kepada pelajar dan FPG kepada guru. Akhir sekali,
menyatakan implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan negara berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Negara.

2
IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT TERHADAP
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

1.0 Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk


memupuk potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah
keseimbangan untuk menjadi insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Falsafah Pendidikan Islam pula amat menekankan pendidikan mengenai mengenali Allah
Yang Esa kerana semua perkara asanya bermula daripada Pencipta itu sendiri. Pendidikan
Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan
Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan di akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).

Sifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan
di Tanah Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan ini.
Sejak zaman sebelum penjajahan British lagi Tanah Melayu sudah menerima pendidikan
berteraskan agama Islam selepas berkembangnya agama Islam di Melaka. Menurut Hikayat
Abdullah dalam Choong Lean Keow (2008), pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-
rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan
di sekolah pondok. Hal ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan
penduduk Muslim tempatan pada ketika itu. Kurikulum pengajaran pula berdasarkan pada
kurikulum Masjidil Haram di Mekah. Terdapat banyak matapelajaran yang disampaikan
antaranya ialah ilmu Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Nahu, Hadith, Sufi, Tasawuf dan Akhlaq,
Bahasa arab dan Tulisan Jawi.

Selepas tamat pembelajaran bersama guru tersebut, para pelajar akan


berkhidmat kepada penduduk kawasan tersebut sebagai guru ataupun melanjutkan
pelajaran ke universiti di Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar. Hal ini menunjukkan
pendidikan Islam berkembang meluas memandangkan pendidikan individu bukan sahaja
terhad sehingga ke peringkat sekolah pondok malah sehingga ke peringkat universiti.

Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan


pelbagai perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi

3
murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam
berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan keberhasilannya dengan
lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini, terdapat 57 buah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia.

2.0 Falsafah Pendidikan Timur

Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli
falsafah Timur kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan membolehkan
seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal
undang-undang serta mencapai kehendak ekonomi dan sosial. Demi kecintaan terhadap
ilmu, terdapat beberapa ahli alsafah yang tampil membuat ajaran untuk dijadikan panduan
untuk pengikut mereka. Sebagai contoh ialah Kung Fu Tze yang terkenal dengan Confucius.
Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya selama beribu tahun lamanya.
Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit sebanyak falsafah
pendidikan Confucius. Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran
pendidikan Moral.

Nilai-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang


manusia yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam
kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan
aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajara. Seawal dari
darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan pendidikan Moral bagi murid-murid
bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid beragama Islam. Hal ini amat
jelas bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang
bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan
berbudi bahasa.

Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni
mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan
terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam KSSR
juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan
sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya modal insan kelas
pertama dapat dilahirkan.

4
3.0 Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia
selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan
Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat.
Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan
untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah
Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak
pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya
beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas
Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini.

Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai


implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini
kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di
Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Tiga aspek yang
dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar.

3.1 Progresivisme

Progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana


pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa
memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk
memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia
melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah
dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup
dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran
teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama,
sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar
untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.

Dalam progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk


membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang
pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah

5
pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru
bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid
dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.
Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi
peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk
meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak
langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas.

3.2 Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif
bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang bahawa
pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada
diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap
pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan
corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial.

Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat
kreatif dan inovatif. Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi
satu gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan
isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh
guru seiring dengan matlamat yang mahu mengasaskan corak budaya baharu dan
pembentukan semula masyarakat. Dari aspek pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga
mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa mazhab rekonstruktivisme ini.
Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam
suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari maklumat yang
berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am.

Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan isu
semasa dan isu global di luar dan dalam negara. Dengan cara ini, pelajar akan belajar
menegnai perkembangan isu tempatan dan antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan
nasionaliti dan patriotisme pula akan mewujudkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mendapat kesedaran untuk memberi
sumbangan kepada negara dan menjadi golongan yang mewujudkan masyarakat yang

6
memaksimumkan potensi diri ke arah kebaikan. Hal ini sejajar dengan kurikulum
persekolahan KSSR yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan
generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

3.3 Eksistentialisme

Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme
bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung
kepadaa individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi
subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang
dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama. Di Malaysia, pelajar
juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka minati di Tingkatan Empat namun,
pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak pelajar
yang berbeza antara satu sama lain.

Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk
menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan
emosi dalam pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat
daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan
belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan
kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka.

7
RUMUSAN

Secara tuntasnya, sistem pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tanpa FPK sistem pendidikan di negara kita mungkin
tidak akan mengalami pembaharuan dan berada di takuk yang lama. Falsafah ini telah
menjadi panduan kepada warga pendidik dalam melaksanakan tugas untuk melahirkan
generasi yang merupakan pelapis pemimpin negara suatu hari kelak. Selain itu, implikasi
daripada falsafah Islam, Timur dan Barat juga seba sedikit telah mempengaruhi sistem
pendidikan dinegara kita di mana ianya menjadi kayu ukur perbandingan kepada
penambahbaikan kepada FPK kita hari ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
diwujudkan sebagai panduan guru. FPK ini haruslah disemai dan diaplikasi oleh setiap guru
supaya dapat mendidik dan memimpin putera puteri negara kita. Sekolah yang merupakan
institusi bertanggangjawab merealisasikan hasrat kedua-dua falsafah kepada pelajar dan
guru. 0leh itu, setiap pihak perlu berganding bahu dalam menjayakan hasrat ini.

8
RUJUKAN

1) Ismail bin Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden 1945-1969. Selangor, Penerbitan

Multimedia

2) Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme

Keguruan) Selangor, Kumpulan Budiman.

3) Siti Norazizah Talata. (2004) Kerajaan komited tingkat tahap pendidikan. Dilayari

pada 1.04.2018.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140721/wb_02/Kerajaan-

komited-tingkat-tahap-pendidikan?t=123.

4) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


matlamat dan misi kementerian pendidikan Malaysia. Dilayari pada 31.03.2018.
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf.

5) Syed Ismail Syed Mustafa Dan Ahmad Subki Miskon.(2011). (Pengantar pendidikan
Selangor, Penerbitan Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai