Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana Membina Matlamat Tetapkan masa Tentukan jangka masa untuk mencapai matlamat.

Rancangkanlah penggunaan masa supaya tidak terpesong daripada matlamat oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan. Mengetahui kekuatan diri mengetahui kekuatan diri dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran spy lebih berkeyakinan merancang tindakan yang akan diambil. Perlunya kita mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri dari dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti. Mengenalpasti kelemahan diri Mengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi sepertinya.

Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut : Jelas Matlamat anda haruslah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur. Contohnya sebagai ibu bapa, Jika anda mahu memelihara anak yang bertanggungjawab dan berdisiplin-kendiri, anda perlu mengingat matlamat itu ketika berinteraksi dengan anak-anak anda setiap hari. Anda tidak boleh bertindak kepada mereka dengan melemahkan disiplin-kendiri atau penghargaan-kendiri. Mencabar mencabar keupayaan anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk mencapainya. Boleh diukur Matlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, bila mendapat pengiktirafan dan berjaya mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda perlu merancang kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap yang suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda dan menyayangi diri. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang. Ingatlah kata pujangga, "Orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluankeperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah. 2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin. 3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 4. Buat Perancangan RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulangulang berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi". 6. Tangani Halangan 1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. 2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Anda mungkin juga menyukai