Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA , 81310 UTM


JOHOR BHARU, JOHOR MALAYSIA
MPP 1203
EDUCATIONAL TECHNOLOGY FOUNDATION AND
RESEARCH

ASSIGNMENT 1
Which ID Models do you think are suitable for different types of multimedia
applications:

1. Stand-alone interactive multimedia applications (e.g. Computer-Assisted


Learning, Learning Courseware etc.
2. Internet-based applications (e.g. Web-based instructions, Web-based
Learning etc.)
3. Mobile-based applications (e.g. Mobile Apps etc.)

NAMA : SUHAILA BINTI BUKHARI


MATRIK NO : MPP201007
NAMA PENSYARAH : PROF DR NORAFFANDY
YAHAYA
PENDAHULUAN

Dalam membangun sesebuah bahan pembelajaran samada aplikasi multimedia

interaktif berdiri sendiri (stand-alone interactive multimedia applications) iaitu contohnya

Pembelajaran Berbantukan Komputer atau Pembelajaran Perisian Kursus, Aplikasi Berasaskan

Internet (Internet-based applications) iaitu Arahan Berasaskan Web atau Pembelajaran

Berasaskan Web dan Aplikasi Berasaskan Mudah Alih (Mobile-based applications) contohnya

Mobile Apps, Model Reka bentuk Instruksi perlu digunakan supaya bahan pembelajaran yang

dibangunkan adalah berkualiti dan memenuhi objektif pembelajaran yang ditetapkan di awal

pembangunan.

Reka bentuk Instruksi merujuk kepada satu proses sistematik bagi memindahkan

prinsip-prinsip umum bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada suatu bahan

instruksi samada berbentuk fizikal mahupun digital. Ianya meliputi proses analisis, reka bentuk,

pembangunan bahan pembelajaran dan aktiviti berkaitan, serta proses pengujian dan penilaian

bagi memastikan kualiti bahan atau media yang terhasil adalah terjamin ( Jamalludin et al., 2001,

dalam Norah, 2015). Pada masa kini terdapat pelbagai bentuk model Reka bentuk Instruksi yang

mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada penggunaannya. Namun secara

umumnya, proses bagi setiap model Reka bentuk Instruksi adalah hampir sama. Oleh itu Reka

Bentuk Instruksi merupakan elemen utama yang perlu dipilih sebelum memulakan aspek

membangunkan sesebuah bahan pembelajaran. Pemilihan Rekabentuk Instruksi yang tepat

akan memudahkan proses pembangunan bahan pembelajaran. Oleh itu, saya memilih Model
ADDIE, Model HANNAFIN AND PECK, Model Waterfall dan MODEL SEELS & GLASGOW sebagai

Model Reka bentuk Instruksi bagi proses pembangunan bahan pembelajaran.

MODEL ADDIE

Secara umum, terdapat 5 fasa utama dalam model ADDIE (Rossett, 1987 dalam

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris, Zaidatun Tasir 2001). Fasa yang terdapat iaitu analisis,

reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Carta di bawah menunjukkan aliran

kerja di dalam Model Reka bentuk Instruksi ADDIE :

Fasa Analisis

Dalam fasa ini, seseorang pembangun perisian melaksanakan proses menganalisis

keperluan perisian bagi memastikan pembangunan sesebuah perisian agar lebih terancang dan

bersistematik. Fasa ini juga merupakan antara fasa yang utama memandangkan ianya

membolehkan seseorang pereka bentuk atau pembangun perisian multimedia memahami

dengan jelas syarat-syarat atau ciri-ciri utama sesuatu projek pembangunan yang akan
dilaksanakan (Jamaluddin Harun, et.al, 2001). Fasa analisis merupakan asas sebelum

pembangun pergi ke fasa-fasa yang berikutnya dalam rekabentuk pengajaran. Di dalam fasa

analisis ini, aspek yang diambil kira adalah pemilihan tajuk atau isi kandungan pembelajaran,

skop tajuk, objektif yang ingin dicapai, pengguna atau pelajar sasaran, media pembelajaran,

pengumpulan sumber bahan, keperluan perisian pembangunan serta teori atau model

pembelajaran yang telah diintegrasikan ke dalam perisian tersebut. Kesemua output daripada

fasa ini akan digunakan sebagai input dalam fasa rekabentuk nanti.

Fasa Rekabentuk

Proses mereka bentuk aplikasi bermula dengan menentukan objektif yang akan dicapai

oleh pengguna setelah selesai menggunakan aplikasi. Setelah itu, proses menentukan aktiviti,

latihan dan ujian ke atas pengguna semasa menggunakan perisian yang akan dibangunkan akan

turut ditentukan dalam fasa ini. Dalam fasa ini juga pelbagai elemen sama ada dari sudut

rekabentuk skrin, sistem penerokaan dan sebagainya akan turut ditentukan. Dalam fasa ini,

perkara yang perlu diteliti adalah pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur,

pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat

(Jamalludin Harun, et.al, 2001). Di dalam fasa rekabentuk ini pembangun perisian boleh

memberikan tumpuan kepada pembentukan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan objektif

pembelajaran yang ingin dicapai. Selain itu, pembangun juga perlu membuat carta alir dan juga

papan cerita untuk menggambarkan kajian secara menyeluruh.


Fasa Pembangunan

Fasa pembangunan dibina berdasarkan fasa analisis dan fasa rekabentuk. Menurut

Jamalludin Harun. et.al (2003) fasa pembangunan merujuk kepada proses penghasilan perisian.

Dalam fasa pembangunan ini, semua elemen utama telah direkabentuk akan diterjemahkan ke

dalam bentuk yang lebih praktikal sama ada dengan bantuan sistem bahasa pengarangan

ataupun bahasa pengaturcaraan. Dalam fasa ini juga, proses kerja berubah daripada merancang

dan mereka bentuk kepada proses pembangunan perisian. Fasa ini merupakan antara fasa yang

yang memerlukan ramai tenaga pakar dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang seperti

pengaturcaraan, grafik, audio, video dan sebagainya.

Fasa Perlaksanaan

Fasa perlaksanaan ialah fasa dimana pembangun bahan pengajaran akan melakukan

proses pengujian terhadap pengguna sebenar bahan pembelajaran. Fasa perlaksanaan ini juga

berperanan untuk membuat pilot test terhadap bahan pembelajaran yang telah dibangunkan.

Proses pengujian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang kesilapan

atau ralat semasa menggunakan bahan pembelajaran ini. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan

atau ralat, pembangun bahan pembelajaran akan melakukan pembaikan sebelum ianya

diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Fasa Penilaian

Fasa penilaian ini merupakan fasa yang terakhir dalam model ADDIE. Fasa ini terbahagi

kepada dua bentuk iaitu penilaian secara formatif dan penilaian secara sumatif. Penilaian
formatif merujuk kepada penilaian bagi setiap fasa yang terdapat dalam model ADDIE ini

daripada fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa

penilaian. Penilaian formatif dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian. Penilaian

ini dilakukan agar pembangun mengetahui keberkesanan bahan instruktional yang telah dibina.

Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dilakukan terhadap pengguna sasaran. Fasa ini

melibatkan pengujian secara spesifik tentang keberkesanan isi kandungan, strategi dan elemen

multimedia yang terdapat dalam produk yang dibangunkan. Pengujian ini adalah melalui

beberapa kaedah seperti temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian.

Rasional Pemilihan

Berdasarkan kepada huraian bagi lima fasa yang terdapat dalam model ADDIE ini, saya

memilih untuk menggunakan model ADDIE untuk digunakan sebagai model rekabentuk

instruksi dalam membangunkan aplikasi multimedia interaktif yang berdiri sendiri contohnya

untuk membina perisian pembelajaran yang khusus, untuk membangunkan aplikasi

berdasarkan internet seperti pembinaan laman web pembelajaran serta untuk aplikasi

berdasarkan mobile seperti mobile apps. Menurut Azlena Hadan (2009), Mohamad Bilal Ali

(2009) dan Noor Azean Atan (2012) dalam Norah (2015) kajian menunjukkan bahawa model

ADDIE banyak digunakan sebagai model reka bentuk instruksi untuk pembangun perisian

pembelajaran berasaskan web secara interaktif atau untuk pembelajaran peribadi. Ini

disebabkan oleh kejelasan bagi setiap lima fasa yang terdapat dalam model ini sangat jelas dan

mudah diikuti. Selain itu, menurut Saim, Nurshamela and Ali, Marlina and Ibrahim, Nor Hasniza

(2015) dalam kajian yang dijalankan oleh Soto (2013), model ADDIE merupakan model reka
bentuk pengajaran yang paling kerap digunakan oleh pembangun teknologi. Hasil dapatan

menunjukkan peratusan kekerapan penggunaan model reka bentuk pengajaran bagi model

ADDIE adalah yang tertinggi berbanding model lain seperti model ASSURE, Waterfall dan

Hannafin & Peck.

Oleh itu, pemilihan model ADDIE ini sebagai model rekabentuk instruksi dalam

membangunkan aplikasi multimedia interaktif, membangunkan aplikasi berdasarkan internet

serta untuk aplikasi berdasarkan mobile seperti mobile apps kerana model ini merupakan satu

model yang mudah dan ringkas untuk diaplikasikan semasa membina produk pembelajaran

tersebut. Proses yang terdapat dalam model ADDIE ini adalah sistematik iaitu bermula daripada

fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan akhir sekali fasa

penilaian. Pembangun boleh kembali ke mana-mana fasa mengikut kesesuaian sekiranya ada

perubahan yang ingin dilakukan. Model ADDIE juga merupakan model reka bentuk instruksi

yang paling awal dan ia merupakan asas kepada model-model bentuk instruksi yang lain. Akhir

sekali menurut Shaharuddin dan Nornajidah (2010) model ini ialah model yang berorientasikan

produk dan sesuai digunakan kerana model ini menunjukkan secara langkah demi langkah

kepada pembangun dalam merancang dan membangunkan sesuatu.

MODEL HANNAFIN DAN PECK

Secara amnya, model Hannafin & Peck mengandungi tiga fasa utama iaitu Fasa Analisa

Keperluan (Need Assessment Phase), Fasa Reka Bentuk (Design Phase) dan Fasa Pembangunan
dan Perlaksanaan (Development & Implement Phase). Setiap fasa yang terdapat dalam model

ini akan dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanannya secara

berterusan.

Fasa Analisa Keperluan

Fasa analisis keperluan adalah fasa yang paling kritikal kerana pada peringkat inilah yang

akan menentukan gambaran keseluruhan produk pembelajaran yang akan dibina. Pada fasa ini,

analisa perlu dilakukan terhadap ciri-ciri kumpulan sasaran dengan menentukan kepada

pengguna laman web tersebut, pengetahuan sedia ada pengguna, perubahan tingkah laku yang

dikehendaki, objektif yang hendak dicapai serta perkakasan dan perisian yang diperlukan. Ini

adalah bertujuan untuk memberikan panduan serta hala tuju yang yang boleh diikuti bagi

proses reka bentuk yang seterusnya (Jamaluddin & Zaidatun 2003). Oleh itu, pada fasa analisis

ini pembangun produk perlu menjalankan analisis apakah keperluan pembinaan produk

multimedia ini. Analisis yang dilakukan perlu merangkumi analisis terhadap pengguna, analisis

terhadap persekitaran pembelajaran dan kandungan serta matlamat dan objektif

pembelajaran perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan

dilaksanakan. Sebelum pergi ke fasa rekabentuk, pengujian dan penilaian akan dilakukan

sekiranya berlaku sesuatu ralat atau masalah fasa ini akan diulang semula mengikut kesesuaian.
Fasa Reka bentuk

Kesemua maklumat yang digunakan dalam fasa rekabentuk diperoleh daripada analisis

yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Menurut Jamaluddin et.al (2003), pada fasa ini

pembangun akan menentukan objektif pembelajaran yang akan dicapai oleh pengguna,

menentukan aktiviti, latihan dan ujian kepada pengguna semasa menggunakan produk

pembelajaran. Proses merekabentuk produk pembelajaran, sistem penerokaan dan juga

pembinaan papan cerita juga dilakukan pada fasa ini. Pada fasa kedua ini juga, akan dilakukan

ujian atau penilaian sebelum meneruskan ke fasa pengembangan dan pelaksanaan.

Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

Fasa pembangunan dan perlaksanaan merupakan fasa untuk membangunkan produk

pembelajaran. Pada fasa ini, elemen-elemen yang telah direkabentuk pada fasa sebelum ini

akan ditukar kepada versi elektronik dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan atau

authoring system. Fasa ini adalah fasa yang memerlukan pakar yang lebih mahir dalam

pelbagai bidang seperti pengaturcaraan, grafik, audio, video, dan lain-lain. Produk

pembelajaran yang telah dibangunkan akan diuji kepada pengguna yang sebenar bagi melihat

keberkesanan dan juga untuk melihat penerimaan pengguna terhadap produk pembelajaran

tersebut. Selepas mendapat maklumbalas daripada pengguna sasaran, proses pengubahsuaian


atau pembaikan akan dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk

pembelajaran yang telah dihasilkan.

Rasional Pemilihan

Berdasarkan kepada huraian bagi tiga fasa yang terdapat dalam Model Rekabentuk

Hannafin dan Peck ini, saya memilih untuk menggunakan Model Rekabentuk Hannafin dan Peck

sebagai model rekabentuk instruksi dalam membangunkan aplikasi multimedia interaktif yang

berdiri sendiri contohnya untuk membina perisian pembelajaran yang khusus. Hannafin & Peck

berbanding model lain seperti model ADDIE adalah proses penilaian dan pengulangan akan

dilakukan pada setiap fasa secara berterusan (Hannafin & Peck, 1988 dalam Jamalludin,

Baharuddin & Zaidatun, 2001). Antara kelebihan model Hannafin & Peck berbanding dengan

model lain ialah pada setiap tiga fasa yang dilalui, pembangun perlu mebuat penilaian dan

pengulangan secara terperinci. Jadi, pembangun tidak perlu menunggu sehingga berakhirnya

fasa pembangunan untuk melakukan proses penilaian dan penyemakan ke atas perisian yang

dibangunkan. Selain itu, model ini juga adalah ringkas, jelas dan senang untuk dilaksananakan.

Pembinaan produk perisian pembelajaran bukanlah mudah, dengan menggunakan

model Hannafin & Peck ini pasti satu produk perisian pembelajaran yang dibina berkualiti dan

memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Menurut Shaharuddin & Nor Afizah (2007) dalam

Rafiza (2013) dalam kajiannya menerusi perisian pembelajaran menggunakan model Hannafin

& Peck, minat pelajar semakin tinggi, motivasi pelajar meningkat dan pembelajaran secara aktif
berlaku semasa memahami konsep-konsep berkaitan dengan tajuk ‘Perimeter and Area’. Selain

itu, menurut Sarimah (2007) dalam Rafiza (2013) pembangunan perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) dengan menggunakan model Hanaffin & Peck juga dapat menarik

minat serta mengukuhkan kefahaman pelajar. Hasil kajian-kajian lepas berkenaan dengan

penggunaan model ini dalam produk perisian pembelajaran menunjukkan keberkesanan dan

membuktikan bahawa model Hanaffin & Peck sesuai digunakan sebagai model instruksi untuk

membangunkan aplikasi multimedia interaktif yang berdiri sendiri contohnya untuk membina

perisian pembelajaran yang khusus.

MODEL WATERFALL

Model Waterfall ialah model yang mengandungi enam turutan serta peringkat kerja

tersendiri dalam proses pembangunannya. Menurut Boyle (1997), terdapat enam peringkat

yang digunakan dalam model ini iaitu peringkat Analisis keperluan, peringkat Reka bentuk,

peringkat Implementasi, peringkat Pembangunan atau Integrasi, peringkat Pengujian atau

Penilaian dan akhir sekali peringkat Penyelenggaraan. Rajah di bawah menunjukkan 6 peringkat

secara berturutan dalam model Waterfall.


Fasa analisis keperluan (Requirement specification)

Fasa ini bertujuan untuk melakukan analisis terhadap keperluan pengguna produk

pembangunan. Dalam fasa ini akan dinyatakan apakah spesifikasi bagi produk pembangunan

yang akan dibangunkan kelak. Pada fasa ini segala maklumat yang diperlukan untuk

membagunkan produk akan dikumpulkan. Tujuan utama mengumpulkan semua maklumat yang

diperlukan pada fasa ini adalah untuk memastikan pembangun aplikasi mendapat panduan dan

halatuju semasa fasa reka bentuk kelak dan untuk memastikan produk yang dibangunkan

memenuhi kehendak pengguna.

Fasa reka bentuk (Design)

Maklumat yang telah diperoleh semasa fasa analisis keperluan akan digunakan pada

fasa ini. Hasil kajian akan diterjemahkan ke dalam sistem reka bentuk secara bertulis. Pada fasa

rekabentuk ini, pembangun akan menentukan objektif produk yang dibangunkan. Selain itu,

proses penentuan aktiviti, latihan, ujian, pemilihan strategi pengajaran akan dilakukan pada

fasa ini. Pembangun juga perlu memilih kaedah penyampaian yang menarik termasuklah

mempelbagaikan elemen multimedia untuk reka bentuk skrin dan sistem penerokaan produk.

Fasa pelaksanaan atau implementasi (Implementation)


Dalam fasa ini pula, pembangun produk akan membina atau melaksanakan reka bentuk

yang telah dibuat pada fasa yang terdahulu. Pada fasa ini proses pengekodan akan dilakukan.

Setiap modul yang telah dibina akan menjalani pengujian dan proses ini akan berlaku sepanjang

proses pembinaan modul tersebut.

Fasa pembangunan/ integrasi (Integration)

Pada fasa ini, modul yang telah dibina akan digabungkan menjadi satu produk

pembangunan. Produk pembangunan ini akan terus diuji untuk memastikan objektif serta

keperluan pengguna akan dipenuhi.

Fasa pengujian / penilaian (Testing and debugging)

Aplikasi produk pembangunan akan diuji dan dinilai untuk memastikan ia berfungsi

dengan baik, memenuhi reka bentuk yang telah dibuat, mencapai objektif yang telah

ditetapkan dan memenuhi kehendak pengguna.

Fasa penyelenggaraan (Maintenance)

Fasa terakhir dalam model ini merupakan peringkat di mana aplikasi akan

diselenggarakan sebelum digunakan oleh pengguna secara lebih berkesan (Baharuddin et al,

2001).

Rasional pemilihan

Berdasarkan kepada huraian bagi enam fasa yang terdapat dalam model Waterfall ini,

saya memilih untuk menggunakan model Waterfall sebagai model rekabentuk instruksi dalam
membangunkan aplikasi berdasarkan web contohnya pembinaan laman web pembelajaran.

Model ini ialah model secara berperingkat dimana maklumbalas bagi setiap peringkat akan

digunakan bagi memperbaiki masalah yang ada. Sebarang kekurangan atau perubahan yang

berlaku dapat dikesan pada peringkat semasa dan akan dibetulkan atau dikeluarkan pada

peringkat seterusnya (Jamalludin Harun et al., 2001). Antara kelebihan menggunakan model

Waterfall ini berbanding dengan model yang lain ialah setiap fasa yang terdapat dalam model

ini mudah difahami dan digunakan. Selain itu, setiap fasa perlu dilalui dan diselesaikan dengan

baik sebelum pergi ke fasa yang seterusnya. Ini menunjukkan bahawa setiap fasa harus

diselesaikan secara satu persatu dan sebarang kelemahan atau ralat yang berlaku akan

diperbaiki sebelum pergi ke fasa yang berikutnya. Jadi pada fasa berikutnya pembangun laman

web akan dapat melakukan tugas baru dengan lebih mudah dan berkesan. Seterusnya, tidak

akan berlaku sebarang pertindihan fasa semasa membangunkan laman web pembelajaran.

Pemilihan model ini juga memandangkan pembangunan laman web pembelajaran merupakan

projek yang kecil dan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang pendek. Selain itu, saya

memilih model Waterfall untuk pembinaan laman web pembelajaran kerana pelbagai jenis

keperluan telah dikenalpasti terlebih dahulu sebelum proses pembangunan laman web ini.

Antara keperluan yang telah ditetapkan ialah matlamat serta objektif pembinaan laman web,

pengguna sasaran serta teknologi yang akan digunakan kelak.

MODEL SEELS DAN GLASGOW

Model ini dibina oleh Barbara Seels dan Zita Glasgow pada tahun 1990. Model ini

dipersembahkan pada tahun 1997 dan di terbitkan pada tahun 1998. Model Seels dan Glasgow
merupakan model instruktional linear yang berorientasikan produk. Model ini adalah

menggunakan model ADDIE sebagai asas dalam pembinaan fasanya. Terdapat tiga fasa dalam

model ini iaitu fasa analisis pengurusan, fasa reka bentuk instruksional serta fasa pelaksanaan

dan pengurusan penilaian. Gambarajah bagi model Seels dan Glasgow seperti di bawah :

Fasa Analisis pengurusan

Fasa analisis pengurusan merupakan fasa yang pertama dan sangat penting kerana ia

menggambarkan objektif atau matlamat bagi keseluruhan produk pembelajaran yang ingin

dibangunkan. Fasa analisis ini melibatkan empat perkara yang utama iaitu analisis tugasan dan

pengajaran, strategi pengajaran, objektif dan ujian serta pemilihan media yang bersesuaian.

Fasa reka bentuk instruksional

Fasa reka bentuk instruktional ini merupakan kesinambungan terhadap fasa analisis.

Pada fasa ini melibatkan dua perkara utama iaitu pembangunan material atau bahan yang

diperlukan dalam pembangunan produk serta penilaian formatif dengan maklum balas dan

interaksi berterusan.
Fasa penilaian

Fasa penilaian melibatkan dua perkara utama iaitu melakukan implementasi dan

penyelenggaraan serta melakukan penilaian sumatif terhadap produk yang telah dibangunkan.

Setelah selesai kesemua fasa barulah proses penyebaran produk dilakukan ke atas pengguna

sasaran.

Rasional pemilihan

Berdasarkan kepada huraian bagi tiga fasa yang terdapat dalam model Seels dan

Glasgow ini, saya memilih untuk menggunakan model model Seels dan Glasgow sebagai model

rekabentuk instruksi dalam membangunkan aplikasi mobile contohnya pembinaan mobile apps

pembelajaran. Model ini seakan-akan model ADDIE namun perbezaannya ialah dalam model ini

terdapat penerangan yang lebih jelas bagi setiap fasa yang ada. Ini amat sesuai untuk

pembangun produk yang masih baru lagi bagi meningkatkan dan memudahkan lagi proses

pembangunan produk mobile apps. Untuk pembangun produk yang pakar model ini dapat

menjana kreativiti kerana mereka tidak perlu mengikuti setiap fasa secara teratur dan ini akan

memudahkan mereka memenuhi keperluan pengguna produk mobile apps ini.

Kesimpulan

Pembangunan aplikasi multimedia interaktif berdiri sendiri (stand-alone interactive

multimedia applications) iaitu contohnya Pembelajaran Berbantukan Komputer atau

Pembelajaran Perisian Kursus, Aplikasi Berasaskan Internet (Internet-based applications) iaitu


Arahan Berasaskan Web atau Pembelajaran Berasaskan Web dan Aplikasi Berasaskan Mudah

Alih (Mobile-based applications) contohnya Mobile Apps memerlukan satu model instruktional

yang tepat dan sesuai dengan produk yang ingin dibangunkan. Pemilihan model yang tepat

akan memudahkan proses pembinaan produk pembelajaran berkenaan. Kesimpulannya saya

memilih model ADDIE sebagai model utama yang akan digunakan bagi membina produk untuk

aplikasi multimedia interaktif berdiri sendiri (stand-alone interactive multimedia applications)

iaitu contohnya Perisian Kursus Pembelajaran, Aplikasi Berasaskan Internet (Internet-based

applications) iaitu Arahan Berasaskan Web atau Pembelajaran Berasaskan Web dan Aplikasi

Berasaskan Mudah Alih (Mobile-based applications) contohnya Mobile Apps. Selain itu, saya

menggunakan model Hannafin and Peck untuk membina produk pembelajaran seperti

Pembelajaran Berbantukan Komputer atau Perisian Kursus Pembelajaran. Seterusnya, saya

memilih model Waterfall untuk pembinaan laman web pembelajaran serta model Seels and

Glasgow untuk membina aplikasi mobile apps. Kesemua model yang dipilih adalah model yang

mempunyai bilangan fasa yang sedikit, arahan yang jelas dan mudah bagi setiap fasa serta

memerlukan kos serta masa yang tidak terlalu lama untuk membangunkan sesuatu produk.
Rujukan :

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj.Harun, Zaidatun Tasir (2000), Teknologi
Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Jamalludin, H., Baharuddin, A., & Zaidatun, T. (2001). Pembangunan Perisian Multimedia : Satu
Pendekatan Sistematik. Malaysia: Venton Publishing.
Azlena, H. (2009). Pembangunan dan Penilaian Perisian Multimedia Interaktif berasaskan
Model Konstruktif bagi Tajuk Tembikar dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan
Lima. Universiti Teknologo Malaysia.
Mohamad, B. A. (2009). Sistem penghasilan bahan pembelajaran peribadi berasaskan
kecerdasan pelbagai dalam persekitaran web. Universiti Teknologi Malaysia.
Noor Azean, A. (2012). Profil Kontinum Pemikiran Visual Pelajar Menerusi Persekitaran
Pembelajaran Autentik Bervisual. Universiti Teknologi Malaysia.
Norah Md Noor. (2015). Integrasi Model Pedagogi Dan Andragogi Bagi Mempelajari
Pengaturcaraan Komputer Melalui Sistem Pembelajaran Berasaskan Web. Universiti Teknologi
Malaysia.
Soto, V. J. (2013). Which Instructional Design Models are Educators Usin to Design Virtual World
Instruction. Journal of Online Learning and Teaching, 9(3).
Nurshamela Saim, Marlina Ali, Nor Hasniza Ibrahim. (2015). Proses Pembinaan Modul Pro-Mc
Physics: Fasa Analisis Dan Reka Bentuk Bagi Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE. In:
International Education Postgraduate Seminar (IEPS) 2015. Universiti Teknologi Malaysia.

Shaharuddin, M. S., & Nornajidah, A. R. (2010). Pembangunan Modul ‘Panduan Pemilihan


Kombinasi Warna Bagi Rekabentuk Skrin Dalam Pembangunan Aplikasi Multimedia Dan Laman
Web’.

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications and Distributors Sdn Bhd

Boyle, T. (1997). Design for Multimedia Learning. London : Prentice Hall.


Sampel perbincangan forum secara online :

Anda mungkin juga menyukai