Anda di halaman 1dari 4

Model Pembelajaran Berasaskan Projek Tahun : 3 Bidang : Sains Fizikal Tajuk: Elektrik Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

2.1 Bagaimana membina litar cerah atau malap. Standard pembelajaran: Murid berupaya untuk: 2.1.1 Mencadangkan cara membina litar mentol dalam litar supaya lebih cerah . Masa : 60 minit ( 2 waktu) Fasa 1.Persediaan - Tinjauan berfokus - Penyoalan Indikator Amalan 1.1 Pemerhatian 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan . 1.2 Analisis 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul . Cadangan Aktiviti Guru memulakan pengajaran dengan membawa 2 lampu suluh yang menyala cerah dan malap . Guru menyoal murid . 2. Mengapakah lampu suluh A ini menyala lebih cerah ? 3. Mengapa lampu suluh B ini malap ? Cadangan Komunikasi Berdasarkan benda maujud ( lampu suluh ) 1. Apakah yang kamu dapat perhatikan pada lampu ini?

2. Imaginasi - Meneroka - Merancang - Meramal Indikator Amalan 2.1 Penjanaan idea 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna . 2.2 Sintesis idea 2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik

Guru meminta murid Memberi pandangan cara bagaimana untuk menjadikan lampu suluh menyala lebih cerah .

Murid diminta melakar litar lengkap .

lakaran 3.Perkembangan - Meneroka - Mencari maklumat - Membuat prototaip Indikator Amalan 3.1Penambahbaikan 3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan 3.2 Menilai 3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan dibekalkan dengan bateri , pemegang bateri , mentol , pemegang mentol dan wayar . Murid dikehendaki membina litar lengkap dengan nyalaan yang cerah. Murid mencatat dapatan daripada bilangan bateri yang digunakan dengan kecerahan mentol .

Kamu dikehendaki membina satu litar lengkap. Berdasarkan pemerhatian : adakah dengan menggunakan satu bateri mentol akan menyala dengan cerah ? Bagaimana cara untuk meningkatkan kecerahan mentol ?

4. Tindakan - Menganalisa maklumat - Melapor - Menguji prototaip. Indikator amalan 4.1 Pelaksanaan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami . 4.2 Amalan berterusan 4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah , kesilapan dan kelemahan . 5. Pentaksiran

Murid membentangkan hasil dapatan berdasarkan litar lengkap yang dibina : - Bilangan bateri dengan keerahan mento l. Contoh hasil murid

Terangkan hasil kerja kumpulan yang telah di lakarkan .

6. Nilai dan sikap

Hasil projek : - Litar - Jadual - Bekerjasama - Jujur

LAMPIRAN 1 Lakarkan satu litar lengkap dengan nyalaan yang cerah

LAMPIRAN 2 Rekodkan pemerhatian kamu berdasarkan litar yang dibina . Bilangan bateri Nyalaan mentol ( cerah/malap )

Anda mungkin juga menyukai