PENGURUSAN
KURIKULUM BILIK
DARJAH
DISEDIAKAN OLEH:
TAJUK MUKA
SURAT
ISI KANDUNGAN 2
BILIK DARJAH
MODEL ASSURE 6
REFLEKSI PENGAJARAN 10
PENUTUP 11
RUJUKAN 12
Pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan bagi mata pelajaran opsyen. Jelaskan
bagaimanakah anda sebagai guru dapat: merancang, melaksana dan menilai pengajaran
secara berkesan. Sila kemukakan bukti/contoh dalam bentuk dokumen bertulis dan video bagi
satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru
mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan
supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan
dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar
agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.
Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang
rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,
sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran
dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
PENGENALAN
Reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji
dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. Proses
penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang mesti dilaksanakan
dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu mempunyai matlamat yang
nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan tercapai sekiranya ada perancangan
yang lengkap dan sistematik dimana hasil pembelajaran dapat diukur. Justeru, reka bentuk
pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur. Sebelum memulakan sesi
pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang, memilih, menghasil dan menilai
media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat perancangan yang lengkap dan sistematik,
maka objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka
bentuk pengajaran adalah sangat penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model
reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah.
Model ASSURE menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, (1993) adalah
model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media
secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan. Model ini bertujuan
untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan
media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Saya telah mereka bentuk satu rancangan pengajaran harian berdasarkan Model
ASSURE. Hal ini berlaku demikian kerana langkah-langkah dalam Model ASSURE dapat
membantu saya untuk merancang dan melaksanakan pengajaran saya dengan lebih efektif
dan dapat mencapai objektif. Keenam-enam elemen dalam Model ASSURE menjadi satu
rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran harian yang disediakan.
Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan Model ASSURE satu rancangan
yang mantap bagi satu sesi pengajaran.
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran harian yang berpandukan setiap langkah
yang dinyatakan dalam Model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Rancangan
pengajaran harian ini adalah selama 60 minit untuk Kelas 3 As-Syifa yang mempunyai
seramai 24 orang pelajar.
Seterusnya, langkah kedua dalam Model ASSURE adalah State Objective, iaitu
Nyatakan Objektif. Biasanya objektif diambil daripada Sukatan, Panduan Kurikulum atau
Buku Teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan
pembelajaran dan kriteria-kriteria atau darjah pencapaian. Elemen yang perlu ada dalam satu
objektif pengajaran yang lengkap ialah Audien (Sasaran), Behavior (Tingkah laku),
Condition (Situasi) dan Degree / criteria (Kriteria / Piawai). Berdasarkan analisis pelajar yang
telah dikenal pasti, saya telah menetapkan beberapa objektif yang akan dapat dicapai oleh
pelajar saya. Penulisan objektif pengajaran saya mencakupi komponen “ABCD”. Antara
objektif yang ditetapkan oleh saya ialah pelajar berjaya menerangkan perluasan kuasa James
Brooke di Sarawak. Objektif kedua ialah pelajar menjana idea bagaimana pentingnya
mempunyai pemimpin yang bagus untuk mentadbir sesebuah negara.
Seterusnya, langkah ketiga dalam Model ASSURE adalah Select Method, Media And
Materials, iaitu Pilih Kaedah, Media Dan Bahan. Kaedah, media atau bahan pengajaran mesti
dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang
ingin dicapai. Guru juga perlu menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar,
makmal dan pusat sumber yang cukup. Guru juga perlu menyediakan set induksi yang
menarik serta bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Apabila saya telah
mengenal pasti tahap kebolehan pelajar dan jelas dengan objektif pengajaran, maka saya
Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang disediakan, kaedah yang dipilih ialah
kaedah penyoalan, kuliah, kolaboratif dan lembaran kerja soalan struktur. Kaedah-kaedah ini
digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Pada peringkat set induksi,
saya menggunakan kaedah penyoalan berdasarkan gambar yang saya tunjukkan di slaid untuk
menarik minat pelajar saya. Pada peringkat pertama pengajaran, saya memilih kaedah kuliah
dan kaedah bercerita untuk digunakan dalam pengajaran saya. Kaedah kuliah amat berkesan
kepada saya semasa menerangkan teks yang berkaitan perluasan kuasa Dinasti Brooke di
Sarawak. Seterusnya, kaedah yang saya gunakan dalam peringkat kedua pengajaran adalah
kaedah kolaboratif. Saya mengaplikasikan kaedah kolaboratif melalui soalan struktur.
Semasa peringkat ketiga pengajaran, saya memilih kaedah latih tubi untuk mengukuhkan isi
pelajaran yang dipelajari oleh pelajar. Akhir sekali, saya menggunakan kaedah penyoalan
untuk membimbing pelajar merumuskan isi pelajaran bagi tajuk pelajaran.
Selanjutnya, langkah keempat dalam Model ASSURE adalah Utilise Media And
Materials, iaitu Gunakan Media Dan Bahan. Proses menggunakan media dan bahan dalam
pengajaran merupakan peringkat yang paling penting kerana sekiranya media dan bahan yang
disediakan begitu menarik tetapi tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, maka
proses pengajaran dan pembelajaran dianggap gagal. Media dan bahan utama yang digunakan
oleh saya dalam rancangan pengajaran harian adalah penggunaan video dan teks yang terhasil
dalam slaid powerpoint. Video dan slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar saya
memahami dengan lebih mudah dan pantas. Di samping itu, penggunaan soalan struktur
sebagai lembaran kerja juga membantu pelajar dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan
memahami isi pelajaran saya. Tambahan itu, bagi memastikan kelancaran sesi pdpc, Saya
juga memastikan komputer riba, dan Projektor berada dalam keadaan yang baik dan dapat
berfungsi dengan lancar tanpa sebarang gangguan ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu, lembaran kerja yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lengkap dan mencukupi untuk pelajar kelas 3 As-Syifa.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati pelajar-pelajar saya telah
mencapai objektif pembelajaran kerana mereka dapat menjawab lembaran kerja yang saya
berikan dengan betul. Pelajar-pelajar saya juga dapat menjawab soalan yang ditanya oleh
saya semasa sesi soal jawab. Selain itu, media dan bahan yang dipilih dan digunakan oleh
saya dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
bahan-bahan yang disediakan dapat digunakan dengan sempurna. Pelajar-pelajar mempunyai
peluang yang sama rata untuk menggunakan bahan-bahan yang saya sediakan. Suasana
pembelajaran adalah kondusif. Keadaan bilik darjah juga amat bersih dan ruang yang
sederhana.
Lantaran itu, Model ASSURE amat membantu saya sebagai guru untuk merancang,
melaksana dan menilai pengajaran secara berkesan. Melalui model ini, saya lebih yakin untuk
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran
dapat dicapai. Hal ini berlaku demikian kerana model ini terkandung elemen-elemen penting
seperti analisis pelajar, pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan
media, mendorong penglibatan pelajar dan penilaian diambil kira sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih
efektif dan objektif pengajaran tercapai.
Kekuatan Pengajaran
Setelah meneliti rakaman video sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di kelas,
terdapat beberapa kekuatan saya pada PdPc hari ini antaranya ialah persediaan diri di mana
saya senantiasa bersemangat, tidak mudah mengalah, serta selasa semasa menjalankan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Lontaran suara saya yang lantang dan jelas semasa
menyampaikan isi kandungan matapelajaran kepada pelajar-pelajar. Selain itu, rakan saya
berpuas hati dengan cara saya menghargai pelajar iaitu dengan memberi kata-kata semnagat
dan peransang, saya memberi pujian dan penghargaan kepada mereka. Selain itu, saya
meminta pelajar bertepuk tangan setiap kali pelajar melakukan sesuatu yang membanggakan
seperti menjawab dengan betul dan berani tampil kehadapan kelas untuk mempersembahkan
hasil kerja mereka.
Kelemahan Pengajaran
Antara kelemahan yang saya lakukan pada PdPc hari ini ialah saya memberitahu tajuk kepada
pelajar sebelum memulakan pengajaran. Selain itu, saya tidak menggunakan sepenuhnya
papan putih dimana saya tidak menulis hari, tarikh, aktiviti dan perjalanan aktiviti pada papan
tulis. Selain itu juga, pada fasa penstrukturan semula idea semasa saya memberi kit tugasan,
ada pelajar yang masih blur dan ragu-ragu untuk memulakan aktiviti. Jadi, saya simpulkan
arahan yang saya nyatakan kurang jelas buat para pelajar. Di samping itu, aktiviti yang
dijalankan walaupun secara berkumpulan namun terdapat pelajar yang tidak memberi
sumbangan idea pada kumpulan
Setelah mengakaji semua kelemahan yang saya lakukan terdapat beberapa cadangan
tindakan yang saya fikir boleh dijadikan sebagai panduan dalam menambahbaik pengajaran
iaitu, saya akan menggunakan papan tulis secara optimum semasa menjalankan pengajaran
makro. Di samping itu juga, setiap bahan bantu mengajar (BBM) seperti kit tugasan yang
saya berikan kepada murid, saya perlu menerangkan terlebih dahulu kepada murid sebelum
mereka membuat tugasan tersebut. Bagi murid yang tidak memberikan sumbangan kepada
kumpulan saya perlu memikirkan aktiviti yang sesuai atau menggunakan pendekatan
ganjaran dan hukuman untuk memotivasikan mereka. Di samping itu, saya perlu mengetahui
setakat mana pengetahuan sedia ada mereka sebelum memulakan pengajaran supaya proses
PdPc berjaya dilangsungkan dengan baik.
PENUTUP
Kesimpulannya, amat penting bagi setiap guru untuk merancang, melaksana dan
menilai pengajaran secara berkesan bagi memastikan para pelajar memahami serta boleh
mengaplikasikan apa yang di ajar di dalam. Terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh
digunakan, seperti saya menggunakan Model Assure bagi merancang sesi pengajaran dan
pemudahcaraan. Justeru itu, pada hematnya, seorang guru itu perlu bijak menyusun strategic
yang berkesan dalam menjalankan proses PdPc supaya matlamat untuk membentuk
kemenjadian pelajar secara holistic boleh dicapai.
Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Zakaria SyedAhmad (2009). Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Oxford Fajar. Selangor
Rafiza Abdul Razak, Maryam Abdul Rahman (2013). Pembinaan Media Pengajaran
Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. 1(2), 20
Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2011). Prinsip
Teknologi Pengajaran. Hak cipta Open Universiti Malaysia (OUM)
Zuraina Marzuki (2012) Model Assure Aplikasi Dalam Rancangan Pengajaran. Diakses
dari : http://zuraina71.blogspot.com/2012/11/pembelajaran-model-assure.html