Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIIDKAN MALAYSIA

ARAHAN:
1. Pelajar MESTI menjawab soalan dengan mengemukakan 3 isi penting (300 perkataan).   
2. Pelajar juga perlu membuat  2 komentar (100 perkataan bagi setiap komentar) terhadap
jawapan rakan.
3. Tarikh akhir: 28.7.2023/ Jumaat (11.00 malam).

FORUM 4 : Sebagai


seorang guru, Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan
penting dalam menangani mana-mana satu isu pendidikan di sekolah anda.
Bincangkan

Isu pemansuhan UPSR dan PT3 secara tergesa-gesa dan pelaksanaan PBD yang kurang mantap
telah menjadi isu besar kepada sistem pendidikan negara kita. Sebagai seorang guru, saya
mestilah bersedia untuk menjalankan pentaksiran bilik darjah secara berterusan agar pelajar
dapat mengembangkan potensi individu secara maksimum. Jika dahulunya, sistem pendidikan
yang terlalu berorientasikan peperiksaan telah menyekat perkembangan pelajar. Maka kini
dengan pentaksiran bilik darjah, sebagai guru saya mestilah memainkan peranan dalam
menangani isu ini dengan berusaha memantapkan cara pentaksiran dengan konsisten supaya
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan agar dapat membangunkan murid secara
holistik, bersepadu, seimbang dan harmoni dari aspek komponen intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Selain itu, sebagai guru saya mestilah memainkan peranan dengan menggalakkan pendidikan
bersepadu. Pelajar seharusnya didedahkan dengan hubungan antara mata pelajaran sebagai
satu ilmu yang berkait dengan mata pelajaran yang lain. Maka, saya sebagai guru harus
meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat dikongsikan kepada pelajar-pelajar dengan
harapan mampu membuka minda mereka supaya dapat mensepadukan pengetahuan mata
pelajaran dengan kehidupan. Contohnya, guru mesti bijak mengaitkan isi kandungan mata
pelajaran dengan realiti dan isu sebenar kehidupan agar pelajar lebih memahami dan dapat
menyelesaikan masalah sebenar bukan hanya pada kertas soalan namun pada dunia sebenar.
Saya juga mestilah menghubungkaitkan kandungan matapelajaran denngan aspek nilai
keinsanan dan kemanusiaan bagi memastikan kemenjadian pelajar.
Seterusnya, menggalakkan kesejahteraan dan kemakmuran juga merupakan peranan saya
sebagai seorang guru dalam menangani isu persaingan di sekolah. Realiti sekarang Pendidikan
menggalakkan persaingan dan telah menyebabkan hilangnya perasaan kerjsama dan tolong
menolong. Maka, saya sebagai guru mestilah menggalakkan pelajar melaksanakan
pembelajaran secara berkumpulan selaras dengan standard asas Pendidikan abad ke 21 iaitu
kolaboratif yang memfokuskan kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
Guru mestilah bersikap saksama dan memberikan perhatian yang sama rata. Malah, guru
seharusnya menggalakkan pelajar yang lebih cerdas untuk berkongsi dan mengajar rakan-rakan
lain. Tambahan pula, untuk meningkatkan kesejahteraan, saya mestilah mempunyai komunikasi
dan perhubungan yang baik dengan ibu bapa untuk sama-sama membantu pendidikan pelajar.
Kesimpulannya, sebagai guru saya akan memainkan peranan dengan memantapkan
pentaksiran bilik darjah, mensepadukan pendidikan dan menggalakkan kesejahteraan dan
kemakmuran bagi menangani isu pendidikan di sekolah.

FORUM 5: : Sebagai guru,


bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda melaksanakan
tanggungjawab bagi memastikan organisasi dan pentadbiran sekolah sentiasa
cemerlang?
Sebagai guru, cara terbaik untuk saya melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan organisasi dan
pentadbiran sekolah sentiasa cemerlang ialah dengan mempunyai kepercayaan dan pegangan agama
yang utuh. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama. Konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jati
diri kepada pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu
kecemerlangan pendidikan di sekolah. Berpandukan agama, seorang guru akan takut untuk berbuat
salah dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh tekun dan ikhlas. Malah, dengan berpegang
teguh kepada agama, akhlak dan keterampilan guru juga akan terjaga.

Selain itu, cara terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab guru bagi memastikan organisasi dan
pentadbiran sentiasa cemerlang adalah dengan mempunyai ilmu yang luas. Ilmu tersebut merangkumi
ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.
Seorang guru yang professional mestilah mempunyai ikhtisas selaras dengan aspirasi negara dan
falsafah pendidikan kebangsaan. Tambahan pula, ilmu-ilmu kemanusiaan seperti falsafah, sosiologi,
psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan
kemesraan yang diwujudkan sesama guru dan ibu bapa berjalan dengan baik di samping dapat
mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan
minda pemimpin sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya menuntut guru yang pakar
di bidang pengurusan serta bidang profesionnya.

Sebagai guru juga, mempunyai visi dan misi yang jelas turut membantu memastikan organisasi dan
pentadbiran sekolah cemerlang. Dengan adanya visi dan misi yang jelas memudahkan guru bertindak
untuk membawa komuniti yang dipimpinnya iaitu pelajar khususnya ke arah kejayaan yang
direncanakannya. Bagi menjadikan guru sebagai pemimpin yang berkredibiliti tinggi, mereka harus
mempunyai kemahiran membimbing yang efektif. Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan
memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan
jaya. Guru-guru yang berpengalaman harus mampu berperanan sebagai pemimpin yang dapat
membimbing rakan-rakan sejawat bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti. Guru-guru
muda sepatutnya mengambil tunjuk ajar dari guru-guru senior untuk memperbaiki cara bekerja dan
seterusnya memastikan organisasi sekolah cemerlang.
Kesimpulannya, bagi memastikan organisasi dan pentabiran sekolah cemerlang, seorang guru perlu
memainkan peranan masing-masing dengan berpegang teguh pada agama, mempunyai ilmu yang luas,
mempunyai visi dan misi yang jelas serta mempunyai kemahiran membimbing yang efektif.

Saya sependapat dengan saudari Najihah di mana beliau menyatakan guru mesti mempunyai hubungan
yang baik dengan ibu bapa pelajar. Di sini, kemahiran kemanusiaan seperti kemahiran berkomunikasi
amat diperlukan. Maka, seorang guru profesional seharusnya mempunyai ikhtisas dan kepakaran dalam
menguruskan interaksi dengan ibu bapa pelajar serta komuniti di skolah bagi memastikan pentadbiran
organisasi sekolah berjalan lacar dan cemerlang. Selain itu, saya setuju bahawa guru mestilah sentiasa
menambah ilmu pengetahuan berkaitan isu semasa supaya tidak ketinggalan dan bergerak seiring
dengan zaman. Justeru, guru dapat mengemukakan pendapat dan mampu menyelesaikan masalah yang
ada di sekolah. Hal ini dapat membantu memastikan pentadbiran sekolah cemerlang.

Saya mempunyai pandangan yang serupa dengan saudari Shahanim di mana mempunyai kemahiran
komunikasi merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan organisasi dan pentadbiran sekolah
cemerlang. Hal ini kerana, mentadbir dan bekerja di sekolah tidak dapat dinafikan lagi memerlukan
interaksi yang banyak dan saling memerlukan antara pentadbir, guru, pelajar, ibu bapa pelajar, serta
kakitangan sekolah. Maka, seorang guru mestilah mampu memberikan arahan yang nyata dan jelas.
Tambahan pula, guru mestilah mampu memberi dan menerima pandangan bagi memastikan kelancaran
pentadbiran organisasi sekolah. Selain itu, guru yang mampu membantu kelancaran pentadbiran
seharusnya mempunyai kemahiran membimbing. Hal ini termasuklah membimbing pelajar yang lemah
serta memberi tunjuk ajar kepada ahli organisasi yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar.

Saya bersetuju dengan saudari Atiah di ,mana beliau menyatakan bahawa seorang guru mestilah
memainkan perana sebagai role model atau contoh tauladan kepada pelajar. Bagi menghasilkan pelajar
yang seimbang intelektual, rohani, emosi dan jasmani, guru haruslah memiliki dan menunjukkan
keseimbangan komponen tersebut dalam diri dahulu agar pelajar dapat mengikut jejak langkah guru.
Conthonya, guru yang berpengetahuan tinggi, berkewibawaan dan aktif serta serba boleh dalam aktiviti
kokurikulum dapat membuka minda pelajar untuk ;lebih bermotivasi dalam mengembangkan potensi
diri dalam akdemik mahupun ko-kurikulum. Selain itu, guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam
membimbing pelajar ke arah kebaikan. Guru mestilah bersikap demokratik dalam memberi tunjuk ajar
dan perhatian kepada pelajar agar wujudnya kerjasama yang baik antara guru dengan pelajar serta
pelajar dengan pelajar. Hal ini juga dapat mengelakkan dari berlakunya persaingan yang tidak sihat di
dalam bilik darjah.

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari Fasihah di mana beliau menyatakan guru memberikan
penghargaan jkepada pelajar dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk ke sekolah. Umumnya semua
pelajar tidak suka didenda, namun semua pelajar pasti suka akan hadiah dan ganjaran sebagai
pengiktirafan. Pelajar akan lebih bersemangat untuk buat yang terbaik dan si sini kuranglah bilangan
pelajar yang tidak hadir ke kelas. Selain itu, merancang dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang
menarik juga dapat menarik minat pelajar untuk aktif melibatkan diri di dalam bilik darjah. Guru
mestilah kreatif dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran dan tidak hanya bergantung
kepadabuku teks semata-mata. Guru boleh menggunakan sumber teknologi dan menghasilkan
permainan yang menarik minat pelajar dan meransang minda mereka.

Anda mungkin juga menyukai