Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen terpenting dalam


memastikan murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan dengan baik.
Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), guru perlu memilih dan menggunakan kaedah-
kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid-murid dan dirinya sendiri untuk mencapai
objektif pengajaran yang dirancang. Perancangan yang rapi harus dibuat sebelum
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, perancangan tersebut perlu
dipersiapkan berdasarkan teori yang terbukti keupayaan dan kejayaannya. (Noriati A.
Rashid et al., 2016) Justeru, berdasarkan analisis yang telah dibuat terhadap Rancangan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya bentangkan, saya mendapati bahawa
Teori Pembelajaran Kognitif mempunyai perkaitan rapat dengan rancangan tersebut.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang
aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli
psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami
persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya,
jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia
belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah
hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998).
Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya
teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi implikasi kepada
proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun muridmurid. Implikasi teori
pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah
merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia


bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif
dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut
berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan
pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini
tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

1
Teori pembelajaran kognitif ini melihatkan murid sebagai pembina pengetahuan,
iaitu murid perlu membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara
mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. Teori
pembelajaran kognitif adalah penekanan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan
mengorganisasi pengetahuan dijalankan (Noriati A. Rashid et al., 2016) Melalui teori ini,
murid perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang
berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya bagi mencapai
keberkesanan pembelajaran pada tahap maksimum.

Teori ini dipelopori oleh dua orang tokoh iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Rajah 1
menunjukkan ringkasan Teori Pembelajaran Kognitif

Jean Piaget
Teori Kognitif
(1896-1980)
Teori
Pembelajaran
Kognitif
Lev Vygotsky Teori Kognitif
(1896-1934) dan Sosiobudaya

Rajah 1

Kanak-kanak membina ilmu dan menguasai kemahiran melalui proses transformasi,


organisasi dan re-organisasi ilmu serta kemahiran yang telah ada dalam struktur kognitif
mereka. Jean Piaget menjelaskan dalam teorinya bahawa proses adaptasi, asimilasi,
akomodasi dan pemikiran logikal merupakan proses yang utama dalam pembinaan ilmu dan
kemahiran baru. Kanak-kanak harus belajar mengikut perkembangan kognitif melalui
beberapa peringkat, iaitu - peringkat sensori motor (dari kelahiran hingga umur 2 tahun),
peringkat praoperasi (umur 2 tahun hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (umur 7 tahun
hingga 12 tahun) dan peringkat operasi formal (umur 12 tahun hingga dewasa). Ilmu dan
kemahiran adalah lebih bermakna andai dibina berdasarkan usaha individu sendiri.
Pendidikan hanya memainkan peranan menghaluskan kemahiran dan ilmu yang telah sedia
berada dalam struktur kognitif. (Mok Soon Sang, 2008)

Teori yang dinyatakan beliau adalah merupakan teori gabungan antara kognitif dan
persekitaran sosial yang menerangkan fungsi psikologikal minda manusia. Teori Vygotsky

2
juga menerangkan bagaimana manusia pada mulanya memahami sesuatu konsep melalui
interaksi dengan individu yang lain sebelum betul-betul memahami konsep tersebut dengan
sendirinya apabila internalisasi telah berlaku. Internalisasi merupakan pemahaman sesuatu
konsep sehingga boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah, menguatkan hujah
Vygotsky yang mengatakan bahawa setiap pelajar itu mampu mencapai tahap potensinya
dengan bantuan orang lain yang lebih mahir daripadanya (Vygotsky, 1981; Wertsch, 1979).

3.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP PEMBELAJARAN


MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif, dapat disimpulkan bahawa terdapat


beberapa implikasi teori ini terhadap pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Antara
implikasinya ialah pembelajaran yang dijalankan akan lebih berpusatkan kepada murid dan
murid dapat belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang dijalankan di dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru mestilah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara teliti
dengan mengambil kira keupayaan murid. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan
kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini,
guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil
belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru
hendaklah mengajar murid- murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan
bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula.
Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang
berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget
memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda
dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah murid-murid
akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga
bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka.
Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri
berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman

3
persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah
pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

4.0 PENUTUP

Teori pembelajaran adalah amat penting untuk membantu guru memilih strategi yang
paling sesuai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia juga dapat
membantu murid secara optimum dalam proses penerimaan ilmu. Teori Pembelajaran
Kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky memperlihatkan bahawa
pelaksanaan pendekatan teori ini menjadi medium utama dalam menghasilkan cara belajar
secara efektif yang mampu melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan ini,
murid harus bersedia dalam menghadapi pembelajaran secara aktif di dalam bilik darjah
kerana pendekatan Teori Pembelajaran Kognitif menggalakkan murid untuk belajar secara
kendiri.

RUJUKAN

4
Choong Lean Keow. (2008). Siri Pendidikan Perguruan: Murid Dan Alam Belajar Untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hamzah, R. K. (1992). Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mook Soon Sang. (2008). Murid dan Alam Belajar. Ipoh Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Nabihah Yusof dan Harun Baharudin. (2016). Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya
Terhadap Penguasaan Pebendaharaan Kosa Kata Arab Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia

Noriati A. Rashid et al. (2016). Murid dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Rashidi dan Abd.Razak. (1996). Pengajian Dalam Bilik Darjah: Kaedah Dan Strategi. Kajang
Selangor: Penerbit Masa Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai