Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah guru menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam

kalangan pelajar?
Menggalakkan kemahiran berfikir perlu dilakukan supaya pelajar menguasai kemahiran tersebut
yang amat berguna buat masa depan mereka. Soalan yang diperkatakan ialah bagaimanakah guru
menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar?
Baca selanjutnya
Salah satu cara menggalakkan peningkatan berdaya fikir pelajar adalah melalui
pendekatan Elements of Reasoning. Dalam pendekatan ini, pelajar disyorkan memikirkan lapan
perkara apabila membaca atau menulis sesuatu, iaitu tujuan; soalan; andaian; pandangan; data,
maklumat dan bukti; konsep; rumusan; dan implikasi.

Pendekatan ini mengarahkan bahawa penaakulan mempunyai tujuan; menjawab sesuatu soalan;
berdasarkan andaian mengenai soalan, data atau tujuan; memerlukan pandangan; berasaskan
data, maklumat atau bukti; digariskan oleh sesuatu konsep atau idea; mengandungi inferens yang
mana seseorang dapat membuat rumusan yang memberi makna kepada data; dan semua
penaakulan mempunyai implikasi atau akibat.

Selain itu juga, pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk meneliti bahan media massa dengan
cara kritis. Ini dapat dilakukan menggunakan prinsip literasi media, iaitu dengan mengajukan lima
pertanyaan apabila berhadapan dengan sesuatu bahan media cetak atau elektronik. Soalan-soalan
yang boleh dikemukakan pelajar adalah seperti berikut:
1. Siapakah yang menyampaikan mesej ini?
2. Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian saya kepada mesej ini?
3. Bagaimanakah individu lain, selain daripada saya memahami mesej ini?
4. Apakah nilai, cara hidup atau pandangan yang termaktub atau tidak diberi perhatian dalam
mesej ini?
5. Mengapa mesej ini disampaikan?
Literasi media merangkumi lima konsep, iaitu : semua mesej dalam media direka; mesej dalam
media direka menggunakan bahasa kreatif yang mempunyai peraturan sendiri; individu yang
berbeza akan mengalami sesuatu mesej media dengan cara berlainan; media mengandungi saduran
nilai dan pandangan tertentu; dan kebanyakan mesej dalam media ditujukan untuk mengaut
keuntungan dan/atau kekuasaan.

Diusahakan oleh :
Hjh Milakarmilah bte Hj Matamin

Dipetik dan disesuaikan dari :
Noraini Idris dan Shuki Osman. (2009).Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Mc Graw Hill

Anda mungkin juga menyukai