Anda di halaman 1dari 7

Thesis USM- 2

Ismul Huda

Menurut Perkins (1992), sistem pendidikan yang berfokus ke atas

penyampaian isi kandungan pelajaran sahaja, tidak akan berkuasa bagi

melahirkan pelajar yang boleh mengekalkan ingatan, kefahaman dan

mewujudkan pelajar berperanan aktif dalam menggunakan pengetahuan

secara berkesan. Oleh itu, perubahan paradigma pendidikan diperlukan

untuk membangunkan kemahiran penaakulan di kalangan pelajar.

Pembelajaran sains dan matematik perlu pengubahsuaian agar pelajar

unggul dalam penaakulan dan kemampuan menyelesaikan masalah

secara saintifik. Pembelajaran sains sedianya untuk menambah

kemahiran berfikir saintifik di kalangan pelajar.

Dwiyono (2008) pula menyebutkan bahawa pembelajaran itu

bertujuan memperkembangkan wawasan dan minda. Ini kerana ia harus

dapat mewujudkan manusia agar memiliki kemahiran dasar, iaitu

meliputi: kemahiran berfikir dan bertindak secara kritis, memiliki sifat

kreativiti, serta mampu melakukan kolaborasi, memiliki rasa saling

memahami, dapat berkomunikasi, dan yakin diri. Semua itu telah

mencabar para pensyarah dan guru bagi memberi pelajar-pelajar untuk

belajar secara aktif, kritis dan kreatif. Perkara ini diharapkan ia dapat

mengembangkan kemampuan berfikir saintifik pelajar menerusi


pendekatan konstruktivis (Suparno, 2010)

Pendekatan konstruktivis adalah landasan teras berfikir

kontekstual, iaitu pengetahuan dibina secara bertahap yang hasilnya

diperluas menerusi konteks yang terhad dan tidak dengan tiba-tiba

(Arends, 2008). Menerusi pembelajaran konstruktivis, pelajar dapat

dibawa ke arah bagi inenjalankan proses aktif dalam membina konsep,

pemahaman, dan pengetahuan baru berasaskan fakta dan maklumat

daripada pengetahuan yang telah dimiliki sebelumnya. Menurut Sagala

(2009), kepentingan asas pendekatan konstruktivis ialah pelajar harus

menerokai dan mentransformasikan maklumat yang kompleks ke atas

situasi lain. Proses pembelajaran ke arah konstruktivis tersebut memberi

peluang ke atas pelajar meskipun latar belakang mereka itu berbeza

yakni pelajar memperoleh peluang bagi menjangkakan pengetahuan

dengan strategi sendiri. Bagi dasar inilah pembelajaran harus dikemas

kini sebagai proses membina semula bahkan bukan setakat menerima

pengetahuan sahaja. Oleh itu, tugas guru adalah untuk memudahkan

proses tersebut iaitu, (1) menjadikan pengetahuan bermakna dan

relevan bagi pelajar; (2) memberi peluang kepada pelajar menemukan

dan menjalankan idea-idea sendiri; serrta (3) menyedarkan pelajar agar

menjalankan strategi mereka sendiri dalam pembelajaran (Trianto, 2007)


Salah satu strategi pembelejaran yang ditumpukan kepada

interaksi social kea rah pendekatan konstruktivis ialah menerusi

pembelajaran koperatif (Pitler, Hubbell, & Kuhn, 2012). Kaedah ini

memfokuskan kepada aktiviti pelajar secara individual bagi menemukan

dan mentransformasikan maklumat secara kompleks dalam proses

pelaksanaannya.

Pembelajaran koperatif bertujuan untuk mempertingkatkan usaha

sama akademik antara pelajar, membentuk hubungan positif,

mengembangkan rasa yakin diri, serta mempertingkatkan kebolehan

akademik menerusi aktiviti kumpulan. Menurut Arends (2008),

pembelajaran koperatif dibangunkan bagi mencapai tiga tujuan utama,

iaitu prestasi akademik, toleransi dan penerimaan terhadap

kepelbagaian yang wujud, serta pembangunan kemahiran social.

Selanjutnya, mengikut Slavin(2010), terdapat 6 ciri utama pembelajaran

koperatif, iaitu wujudnya: 1) matlamat kumpulan (group goals); 2)

tanggungjawab perseorangan (individual accountability); 3) peluang

yang sama bagi menuju kejayaan (equal opportunities); 4)persaingan

kumpulan (team competition); 5) penguasaan khas (task specialization);

6) proses penyesuaian diri ke atas kepentingan diri (adaption to

individual needs). Kajian Slavin (2006) mendapati bahawa kaedah

pembelajaran yang menggabungkan matlamat kumpulan dan


tanggungjawab perseorangan menunjukkan efek positif besar pada

prestasi pelajar dalam semua mata pelajaran dan di semua jenis

sekolah. Di samping itu, kaedah pembelajaran koperatif yang kurang

matlamat kumpulan dan tanggungjawab perseorangan umumnya tidak

mempunyai kesan positif ke atas kebolehan pelajar.

Selari dengan perkembangan pantas teknologi maklumat,

pelajaran koperatif dalam pelaksanaannya dapat dijalankan bersama

dengan pembalajaran atas talian. Permanfaatan pembelajaran atas

talian dipercayai akan dapat mempertingkatkan kualiti pembelajaran

secara bersemuka mahupun tidak bersemuka. Seterusnya,

permanfaatan pembelajaran atas talian juga dapat dijadikan

pengalaman belajar yang menarik bagi pensyarah dan pelajar.

Pembelajaran atas talian juga berkesan bagi penyajian maklumat,

pengumpulan maklumat menerusi melayari Internet, interaksi menerusi

latih tubi dan simulasi, serta komunikasi menerusi surat elektronik dan

perisian sembang-bual secara sinkroni dan asinkroni. Namun, kajian

tentang penggunaan TM dalam penerapan elemen Kemahiran Berfikir

dalam subjek Biologi tidak banyak ditekankan. Oleh itu, kajian ini

dijalankan ke atas pelajar bagi mengenal pasti kebolehan berfikir

khasnya kemahiran pemikiran siantifik pelajar dan penglibatan pelajar

menerusi pembelajaran atas talian.


2.2.3 Pemikiran Kritis

Pada dasarnya sejak kanak-kanak manusia telah memiliki kecenderungan dan

:emampuan berfikir kritis. Sebagai makhluk rasional, manusia selalu terdorong untuk

memikirkan hal-hal yang ada di sekelilingnya. Kecenderungan manusia memberi erti

pada pelbagai hal dan kejadian di sekitarnya merupakan indikasi daripada

kemampuan berfikir nya. Dalam dekad terakhir, berfikiran kritis telah pun menjadi

suatu istilah yang masyhur dalam alam pendidikan. Ini kerana para pendidik menjadi

lebih menarik mengajarkan kemahiran berfikir dengan pelbagai corak daripada

mengajarkan maklumat dan isi kandungan.

Kemahiran berfikir kritis dianggap amat penting bagi matlamat pendidikan yang lebih

tinggi dalam mempertingkatkan lagi kemahiran. Perkara ini diperlukan bagi tenaga

kerja mahir dan separa mahir di era teknologi maklumat yang terus berubah dengan

cepat dan pantas. Antara hasil kajian yang menunjukkan bahawa pelajar beluin

Jilibatkan dalam mempertingkatkan kemahiran berfikir kritis sebagai suatu

kecemerlangan yang diperlukan dalam dekad ini (McGregor. 2007).

Kemahiran berfikir kritis adalah merupakan salah satu modal asas intelektual yang

sangat penting bagi setiap orang. Ia adalah merupakan bahagian asas daripada

pembinaan kognitif insan. Dalam perspektif pembelajaran ini, berfikir kritis adalah

merupakan suatu kepentingan yang harus dilatih kepada pelajar. Ini bermakna

kebolehan berfikir kritis sangat diperlukan dalam kehidupan dewasa ini. Guru perlu

membantu pelajar bagi membangun kemahiran berfikir kritis menerusi strategi dan

kaedah pembelajaran. Proses pembelajaran yang baik mestinya boleh melibatkan

proses kognitif sehingga pelajar dapat terlibat secara pro-aktif bagi mengembangkan

enaakulannya.
Kemahiran berfikir kritis adalah potensi intelektual yang boleh dikembangkan melalui

proses pembelajaran. Ini kerana diyakini bahawa setiap manusia memiliki potensi

untuk membesar dan berkembang menjadi pemikir yang kritis dan aktiviti berfikir

memiliki perkaitan dengan corak pengawalan diri (self-organization). Guru boleh

memberi peluang kepada pelajar bagi membina semula segala potensi yang dimiliki

pelajar. Hal ini dijalankan bagi mencapai kematangan dalam pemikiran kritis nereka.

Para pakar membahagi kemahiran berfikir kritis mencakupi enam bahagian

(Facione, 1998), iaitu terdiri daripada: (1) tafsiran (interpretation); kemahiran bagi

emahami dan mengemukakan makna dan pelbagai pengalaman, situasi, data,

peristiwa, penilaian, keyakinan, aturan, atau ciri, (2) analisis {analysis); kemahiran

bagi menghubungkaitkan antara pernyataan, soalan, dan konsep untuk

mengemukakan keyakinan, penilaian, alasan atau pendapat, (3) membuat

keputusan {inference); kemahiran bagi menemukan maklumat, data yang diperlukan

bagi membuat keputusan yang tepat, (4) penilaian {evaluation); menilai pernyataan,

laporan, persepsi, keyakinan, atau pendapat seseorang, (5) menerangkan

{explanation); kebolehan bagi meyakinkan yang berasaskan penaakulan

sepertimana data, konsep, kaedah, ciri, dan pertimbangan kontekstual dalam bentuk

pendapat, (6) pengaturan diri {self- regulation); kesedaran bagi memahami kognitif

seseorang. Mereka menilai diri sendiri terutamanya dengan mengaplikasikan

kemahiran analisis dan penilaian kendiri.

Berdasarkan kepada kenyataan tersebut bahawa kemahiran berfikir kritis

merupakan salah satu asas intelektual yang penting bagi pelajar untuk dilatih. Selain

itu ia dapat meletakkan asas-asas dalam kerja ilmiah, bahkan juga ia boleh

membentuk kematangan pelajar dan boleh menyedarkan had yang boleh dikenali

dan tidak dikenali.


3
4

Anda mungkin juga menyukai