Anda di halaman 1dari 15

KAJIAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

1.1

Pendahaluan

Bab ini akan membincangkan secara khusus tujuh aspek utama dalam kajian
mengenai

pelaksanaan

pendekatan

belajar

melalui

bermain

dalam

meningkatkan kemahiran murid bermaslah pembelajaran yang merangkumi


latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka konseptual, tujuan
kajian, batasan kajian dan definisi operasional. Kesemua aspek yang
dibincangkan menjadi panduan dalam pelaksanaan kajian ini.
1.2

Latar Belakang

Proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas khususnya


murid bermasalah pembelajaran sangat berbeza dengan murid di aliran
perdana. Mereka

mempunyai masalah dari segi memproses memori

(ingatan). Oleh itu, guru-guru disaran untuk membina dan mengukuhkan


minat pelajar terhadap pembelajaran serta membimbing mereka dan
bersedia menerima strategi pengajaran yang sesuai. Pengajaran dan
pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran dalam kumpulan kecil
yang terdiri dari 4 atau 5 orang pelajar dalam setiap kumpulan dengan
penumpuan diberikan terhadap aspek saling bergantungan di kalangan ahliahlinya dengan mengekalkan tanggungjawab individu (Johnson, 1994).
Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan
perubahan sama ada dari segi tingkah laku mahupun intelektual yang
dikehendaki di dalam diri seseorang. Menurut Wan Zahid (2000), sistem
pendidikan negara memberikan penekanan terhadap perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ekoran itu, tugas guru semakin
mencabar selari dengan keperluan dan kehendak Negara dalam melahirkan
individu

yang

produktif.

Sebagai

seorang

pendidik,

adalah

menjadi

tanggungjawab guru untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan


prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan

menarik serta menggunakan pelbagai pendekatan adalah faktor dalam


mewujudkan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada
pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk mencipta jalan penyelesaian terhadap
sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah direka
dan di bina (Mohd.Fazli, 2001). Oleh hal yang demikian, pendekatan yang
sesuai digunakan adalah pembelajaran pembelajaran koperatif atau secara
berkumpulan. Antara kelebihan menggunakan pendekatan ini ialah mereka
diberi peluang untuk memberikan idea, berbincang serta berinteraksi satu
sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini
merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar. Dalam sistem pendidikan terutamanya dalam dunia
pendidikan khas di peringkat sekolah menengah, murid-murid perlu diasuh
dan diterapkan dengan nilai pembelajaran secara kendiri dan berdikari agar
mereka bertanggungjawab ke atas proses pembelajaran mereka. Kaedah
kumpulan mengikut tahap kebolehan yang sama membolehkan guru
membimbing pelajar mengikut tahap keupayaan mereka di samping dapat
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan
masing-masing. Kaedah belajar dalam kumpulan yang terdiri dari ahlinya
yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat memberikan suasana baru
dalam proses pembelajaran. Mereka dapat

memberi memupuk semangat

kerjasama dan bertimbang rasa, serta meningkatkan perkembangan sahsiah


dan kemahiran sosial semasa mengamalkan mengamalkan pengajaran
berpandukan rakan sebaya.
Kajian yang akan dilakukan penyelidik merupakan suatu kajian tinjauan
untuk mengenalpasti sejauhmana strategi pengajaran dan pembelajaran
koperatif untuk murid bermasalah pembelajaran mampu menarik lebih minat
pelajar dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

1.3

Penyataan Masalah

Masalah pembelajaran dalam diri pelajar meliputi tiga kriteria utama iaitu
dari segi aspek kognitif, afektif dan tingkahlaku (behaviour). Menurut Mercer
& Mercer (1998), menyatakan bahawa kriteria dalam aspek kognitif terdiri
daripada pencapaian akademik yang rendah dan masalah penumpuan dalam
proses pelajaran. Manakala, criteria dalam aspek afektif pula meliputi
kemahiran interaksi yang lemah dan mempunyai tahap keyakinan diri dan
motivasi yang rendah. Dari segi aspek tingkah laku pula merujuk kepada
kesukaran dalam menyesuaikan diri serta mereka cenderung menyisihkan
diri. Oleh itu, kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik diharap

dapat

merungkap keberkesanan kaedah pembelajaran secara koperatif dalam


menangani masalah kognitif, afektif, dan tingkah laku murid bermasalah
pembelajaran.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kaedah belajar sambil


bermain secara koperatif dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran

1.4.1 Objektif Kajian


Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah meletakkan tiga objektif kajian
iaitu :
(a)

Mengenal pasti pengetahuan guru Pendidikan Khas berkaitan dengan

pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain secara koperatif

(b)

Mengenal pasti sejauh mana penerimaan murid terhadap kaedah

belajar melalui bermain yang dijalankan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran

1.6

Persoalan Kajian

i.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah belajar melaui bermain

secara koperatif?
ii.

Apakah murid bermasalah pembelajaran ini berasa seronok dengan

kaedah belajar ini?


iii.

Adakah kaedah belajar ini dapat meningkatkan motivasi murid

bermasalah pembelajaran ini?

1.7

Kepentingan kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan agar dengan adanya


kajian ini, dapat dijadikan panduan kepada para guru pendidikan khas untuk
membangunkan sendiri pelbagai permainan yang lebih sesuai dengan
keperluan

dan

tahap

kebolehan

murid

mereka

untuk

meningkatkan

kemahiran membaca
Selain

itu,

kajian

ini

juga

membantu

murid-murid

menjalani

proses

pembelajaran secara santai dengan kaedah belajar melalui bermain secara


koperatif

dan membantu para guru untuk memberikan idea dalam

mempelbagaikan

kaedah

dan

bahan

pengajaran

bagi

meningkatkan

kemahiran meembaca mereka agar tidak semata-mata bergantung pada


penggunaan buku teks sahaja

1.8

Kerangka Konseptual Kajian

PENDEKATAN BELAJAR
BERKUMPULAN

PENGLIBATA
N MURID

KEFAHAMA
N

MOTIVASI
DAN
Kajian ini memfokuskan kepada murid bermasalah pembelajaran dengan
KEYAKINAN
menumpukan kepada aspek kaedah pembelajaran iaitu kaedah belajar
DIRI
secara berkumpulan. Tempoh masa
dalam kajian ini adalah sangat terhad
iaitu sepanjang bulan Julai sehingga bulan November 2014. Proses kajian
telah dipusatkan dan hanya akan dijalankan di SMK Ade Putera, Melaka.

1.7

Definisi Operational

1.7.1 Takrif Kaedah Belajar


Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh,
yang

sistematik

secara

keseluruhan

kaedah ialah suatu perancangan


untuk

menyampaikan

bahan

pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan


tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dengan itu
sesuatu pendekatan, memungkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktor
mempengaruhi persembahan bahan secara sistematik umpamanya jenis
pelajaran. Dengan itu, berbagai-bagai kaedah harus diwujudkan untuk
memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.

Manakala, kaedah ialah

suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta

berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek


sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah
mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah
yang tersusun dan teratur. Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur
bagi

melaksanakan

sistematik.Ia

sesuatu

merupakan

pengajaran

langkah-langkah

secara
atau

teratur,kemas

dan

peringkat-peringkat

pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti


dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.

BAB 2
KAJIAN LITERATURE

2.1

Teori

Teori pembelajaran kontekstual menyatakan pembelajaran berlaku apabila


pelajar pembelajar) memproses maklumat baru atau pengetahuan yang
relevan dalam rangka rujukan diri (Center for Occupational Research and
Development,

1999).

Pendekatan

pembelajaran

dan

pengajaran

ini

menganggap bahawa minda secara semualjadi akan mencari makna dalam


konteks yang berkait dengan persekiataran seseorang pada masa itu. Ini
dilakukan dengan mencari perhubungan yang berguna dan relevan.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah


memberi penekanan terhadap bagaimana tingkah laku manusia dipengaruhi
oleh

persekitaran

melalui

kaedah

peneguhan

atau

dikenali

sebagai

reinforcement dan pembelajaran peniruan iaitu observational learning.


Selain

itu,

teori

ini

juga

membincangkan

tentang

bagaimana

otak

memproses maklumat melalui kaedah berfikir tentang sesuatu maklumat


atau sebaliknya. Secara ringkasnya Bandura cuba menyampaikan bahawa
cara pemikiran seseorang individu mempengaruhi tingkah laku dan ianya
(tingkah laku) akan mempengaruhi persekitaran.
Menurut Bandura, proses mengamati (memerhati) dan meniru tingkah
laku dan sikap orang lain merupakan suatu model tindakan dalam proses
belajar. Bandura (1977) menyatakan bahawa:
"Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if
people had to rely solely on the effects of their own action to inform them
what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally
through modelling: from observing others one form an idea of her new
behaviour are performed, and on later occasion this coded information
serves as a guide for action".
Teori diatas menjelaskan bahawa tingkah laku laku manusia dalam konteks
interaksi dua hala yang berkesinambungan di antara aspek kognitif, tingkah
laku dan pengaruh lingkungan. Keadaan persekitaran individu sangat
mempengaruhi terhadap pola belajar sosial jenis ini. Sebagai contohnya,
seorang individu yang dibesarkan dalam persekitaran jenayah seperti
mencuri, dia kemungkinan besar akan terjebak dalam kancah jenayah yang
lebih besar seperti mencuri atau merompak. Walabagaimanapun, keadaan
ini akan menjadi sebaliknya jika mereka mempunyai pemikiran yang positif
dan menganggap bahawa mencuri itu merupakan suatu jenayah dan ianya
berdosa.

Interaksi yang positif mampu mengubah aktiviti atau tindakan


seseorang.

Menurut

Bandura

(1982),

penguasaan

kemahiran

dan

pengetahuan yang kompleks tidak hanya bergantung pada proses perhatian,


motor reproduksi dan motivasi, tetapi ianya juga sangat dipengaruhi oleh
faktor dalaman individu seperti sense of self efficacy dan self-regulatory
system. Sense of self efficiancy merupakan suatu keyakinan dalam diri
murid

bahawa

mereka

dapat

menguasai

sesuatu

pengetahuan

dan

ketrampilan setanding murid arus perdana.


Model pembelajaran sosial merupakan suatu pendekatan pembelajaran
yang menekankan hubungan di antara individu dengan masyarakat atau
orang

lain.

Model

pembelajaran

ini

difokuskan

pada

peningkatan

kemampuan individu dalam berhubung atau ber interaksi dengan orang lain
serta terlibat dalam proses demokratik dan bekerja secara produktif dalam
masyarakat.
Selain itu, model sosial ini juga direka adalah bertujuan untuk
membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan
bagaimana mereka dapat memainkan peranan atau berfungsi sebagai ahli
kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu
individu

memperkembangkan perspektif mereka dalam memperjelaskan

dan mengembangkan idea-idea dalam kumpulan. Hal ini secara tidak


langsung akan menyebabkan permikiran mereka akan menjadi lebih terbuka
terhadap menerima pandangan dan idea-idea orang lain. Model ini juga lebih
menekankan

kepada

aspek

penyiasatan

dan

penerokaan

secara

berkumpulan.
Berdasarkan

teori-teori

tertentu,

strategi

pembelajaran

koperatif

melalui kaedah belajar secara berkumpulan dapat meningkatkan pencapaian


akademik pelajar. Oleh itu, belajar secara berkumpulan dapat mengeratkan
hubungan interaksi sesama pelajar di dalam suatu kumpulan semasa proses
pembelajaran berlangsung. Hubungan interaksi ini sangat penting dalam

memastikan kelancaran proses pembelajaran. Menurut Slavin (1987),


pembelajaran koperatif dengan kumpulan kontingensi dibezakan oleh
interaksi yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan semasa proses pembelajaran
berlangsung.
Di dalam kumpulan kontingensi, ahli kumpulan akan menggunakan
hukuman

sosial

sesama

mereka

tanpa

memerlukan

interaksi

untuk

memastikan ahli kumpulan bertingkah laku seperti yang dikehendaki.


Sedangkan pembelajaran koperatif menekankan interaksi pelajar perlu
berlaku

bagi

meningkatkan

pencapaian.

Dapatan

beberapa

kajian

menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan


dengan pencapaian mereka (King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross &
Raphael, 1990).
Bagi mendorong pelajar berinteraksi antara satu sama lain dalam
sesebuah kumpulan, terdapat dua teori yang dikemukakan. Teori pertama
ialah teori kohesif sosial yang mencadangkan pelajar akan berinteraksi
apabila mereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara
satu sama lain. Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang
rapat sesama ahli kumpulan. Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli
kumpulan dan penilaian diri dalam kumpulan dititikberatkan. Bagi teori
kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukup untuk menarik minat
pelajar

menyelesaikan

tugasan

secara

berkumpulan.

Maka

ganjaran

kumpulan dan tanggungjawab individu tidak dipentingkan.


Sebaliknya, teori tingkah laku mencadangkan ganjaran adalah perlu
sebagai motivasi untuk pelajar berinteraksi sesama mereka. Bahkan,
ganjaran juga perlu untuk mendorong pelajar mengambil berat antara ahli
kumpulan. Struktur ganjaran yang berbentuk koperatif akan mendorong
pelajar merasa penting untuk membantu ahli kumpulan dan memberi
sokongan sesama mereka bagi mencapai matlamat kumpulan. Tanpa adanya
ganjaran, pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti

kumpulan kerana tidak merasakan kepentingan untuk berbuat demikian


(Slavin, 1995).

Semasa berinteraksi, berlaku perubahan di dalam kognitif

pelajar.

perkembangan

Teori

kognitif

menyarankan

apabila

pelajar

berbincang berkaitan dengan bahan pembelajaran, mereka berupaya


menguasai konsep-konsep yang sukar.
Melalui

bimbingan

rakan

sebaya,

pencapaian

pelajar

yang

berkebolehan rendah dapat ditingkatkan sehingga berupaya mencapai zon


perkembangan proksimal mereka. Menurut (Tudge, 1990), berdasarkan teori
Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya
boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih
berkebolehan. Piaget (Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang
abstrak hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku
pertentangan pendapat, timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar.
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan, pelajar
tersebut dapat menguasai sesuatu logik dengan alasan yang lebih kukuh.
Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi
penerangan berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka
dalam

jangka

masa

yang

lebih

panjang

dengan

berlakunya

proses

pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin, 1995). Pelajar yang memberi


penerangan melihat diri mereka

sebagai guru dan bertujuan untuk

membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk


memikirkan cara yang sesuai bagi mengajar rakan mereka. Maka, berlaku
proses penstrukturan semula di dalam kognitif pelajar tersebut ketika
membuat persediaan untuk memberi penerangan dan ketika sedang
memberi penerangan. Pada masa yang sama, pelajar yang menerima
pertolongan bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima
yang pasif (Webb, 1982).
Keempat-empat

teori

pembelajaran

tersebut

lebih

merupakan

pelengkap dalam menerangkan kesan pembelajaran koperatif ke atas

pencapaian. Melalui interaksi sesama pelajar, berlaku peningkatan di dalam


proses

kognitif

pelajar

yang

membantu

proses

pembelajaran.

Bagi

mewujudkan suasana berinteraksi, pelajar perlu saling kenal-mengenali dan


perlu ada sesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam
kumpulan, sama ada melalui aktiviti mengeratkan hubungan mereka atau
pun dengan pemberian insen

Bab 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN
Bab 3 membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang

keadah belajar sambil bermain secara

koperatif. Bahagian ini juga menghuraikan tentang reka bentuk kajian,


tempat kajian, pemilihan responden kajian, alat kajian, tatacra kajian dan
penganalisisan data. Terdapat tiga objektif awal dalam kajian ini iaitu
(1)Mengenal pasti pengetahuan guru Pendidikan Khas berkaitan dengan
pelaksanaan

pendekatan

belajar

melalui

bermain

secara

koperatif.

(2)Mengenal pasti sejauh mana penerimaan murid terhadap kaedah belajar


melalui bermain yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian

ini

dijalankan

adalah

berbentuk

kualitatif

untuk

memahami

pengetahuan guru pendidikan khas menggunakan pendekatan kaedah


belajar sambil bermain secara koperatif dalam kalangan murid bermasalah

pembelajaran pembelajaran di sekolah menengah Ade Putra . Di samping itu


juga, kajian ini turut menjelaskan strategi dan teknik pengajaran guru
menggunakan pendekatan kaedah belajar sambil bermain untuk murid
bermasalah pembelajaran
Kajian tinjauan ini adalah hasil temu bual dan pemerhatian. Temu bual
dijalankan kepada lima orang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di
masjid tanah yang terletak di Melaka. Pemerhatian juga dijalankan bagi
memerhati startegi dan teknik pengajaran guru dan pendekatan kaedah
belajar sambil bermain secara koperatif murid bermasalah pembelajaran
Kerelevenan pembacaan kajian literature dijalankan dengan teliti supaya
kajian dapat dijalankan dengan baik tentang kajian kualitatif dan membentuk
struktur bagi menghasilkan keseluruhan idea apabila menjalankan kajian ini.
Pembacaan yang meluas berkaitan kajian kualitatif membolehkan pengkaji
merancang, mengatur semula, merumuskaedah kajian dengan lebih teratur
supaya proses pemgumpulan dan penganalisasian data dapat berjalan
dengan lancer

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat kaitan pengetahuan


guru pendidikan khas menggunakan pendekatan kaedah belajar sambil
bermain secara koperatif murid bermasalah pembelajaran serta menangani
masalah yang dihadapi murid-murid ini di dalam bilik darjah
Oleh itu, populasi kajian ini ialah guru-guru pendidikan khas dan murid-murid
masalah pembelajaran di Melaka. Guru-guru yang dipilih oleh pengkaji rataratanya terdiri daripada golongan guru siswazah. Walau bagaimanapun, dari
segi pengkhususan pula, guru-guru ini mempunyai latar belakang yang
berbeza, Terdapat daripada mereka yang pada asalnya sememangnya dalam
bidang pengkhususan pendidikan khas dan diluar bidang pengkhususan

pendidikan khas. Seramai lima orang guru dan empat orang murid yang
dipilih bagi menjalankan kajian berdasarkan beberapa soalan kajian yang
telah dibina oleh pengkaji.

3.4

Lokasi dan tempat kajian

Kajian ini dijalankan di daerah masjid tanag di Melaka. Pengkaji telah memilh
sebuah sekolah integrasi yang mempunyai kelas pendidikan khas yang
mempunyai bilangan murid bermasalah pembelajaran yang sederhana iaitu
seramai tiga puluh lima orang dan mempunyai tujuh orang guru pendidikan
khas yang terdiri daripada golongan guru siswazah yang mengambil
pengkhususan dalam bidang pendidikan khas dan terdapat juga guru
siswazah yang diluar pengkhususan pendidikan khas.
Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji merupakan sebuah sekolah
menengah kebangsaan yang terletak di Masjid tanah, Melaka. Pengkaji juga
memilh

sekolah

ini

berdasarkan

maklumat

yang

diperolehi

daripada

penyelaras program pendidikan khas di sekolah tersebut.

3.5

Instrument kajian

Instrument yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah tembual semi
berstruktur

yang

difokuskan

kepada

beberapa

tema

penting

untuk

mengetahui pendekatan kaedah belajar sambil bermain secara koperatif


kepada murid bermasalah pembelajaran di dalam bilik darjah. Temubual
semi berstruktur ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu pengkaji dapat
mengecilkan skop soalan yang akan ditanya agar lebih berfokus kearah
jawapan yang dikhendaki.
Di samping itu, instrumen pemerhatian turut digunakan untuk mengkaji
masalah yang dihadapi oleh murid autism semasa guru mengajar mata

pelajaran matematik di dalam bilik darjah. Pemerhatian yang digunakan oleh


pengkaji

dalam

kajian

ini

ialah

secara

berstruktur

kerana

pengkaji

menggunakan senarai semak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi


oleh murid semasa guru mengajar di dalam bilik darjah di samping pengkaji
membuat catatan lapangan bagi pemerhatian terhadap pengajaran guru

3.5.1 Tembual

Temubual

biasanya

digunakan

dalam

kajian

kualitatif.

Tembual

yang

dijalankan oleh pengkaji melibatkan komunikasi dua hala secara bersemuka


di antara pengkaji dengan responden secara terus berkaitan dengan
persoalan-persoalan kajian yang telah disediakan oleh pengkaji.
Manakala data tembual yang diperoleh akan digunakan oleh pengkaji untuk
memperkukuhkan lagi pemerhatian yang akan dibuat. Kaedah temubual
yang dijalankan dalam kajian ini melibatkan temubual terhadap lima orang
guru pendidikan khas yang akan dianalisa untuk mendapatkan maklumat
yang tepat.
Dalam tembual semi berstrutur ini adalah bersifat lebih fleksibel dan
membolehkan responden menghurai perkara yang difikirkan

Anda mungkin juga menyukai