Anda di halaman 1dari 14

KBL60204 PERKEMBANGAN DALAM PENDIDIKAN

BERMASALAH PENGLIHATAN

TUGASAN 2:

ANALISIS TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH:

KOH KIAN NGEE (M20211001023)


MUHAMMAD FAIZ BIN RAHIM (M20211001358)
NUR’HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN (M20211002046)
NURUL FAEZY BINTI MOKHTAR (M20211001530 )

UNTUK PERHATIAN:

DR. KWAY ENG HOCK


KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 TEKNIK ‘HAND OVER HAND DAN ‘HAND UNDER HAND’

3.0 JUSTIFIKASI KEMAHIRAN YANG DIAJAR

4.0 KEMAHIRAN SEDIA ADA MURID

5.0 LANGKAH-LANGKAH ANALISIS TUGASAN

6.0 RUMUSAN

7.0 RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN
Penglihatan merupakan sumber yang menyalurkan informasi setiap insan. Bagi
menguruskan diri atau melakukan aktiviti seharian, juga tidak ketinggalan dalam menimba ilmu,
kebergantungan terhadap penglihatan adalah perlu malah lebih banyak penggunaan mata
dalam melakukan sesuatu terlebih dahulu berbanding deria-deria lain. Penglihatan yang
bermasalah akan mengehadkan sesuatu aktiviti termasuklah pembelajaran.

Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan merupakan murid yang disahkan oleh
pengamal perubatan kerajaaan atau swasta sebagai murid kurang upaya penglihatan yang
berbeza dari sudut keupayaan deria yang memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan maksima.

Murid Berkerperluan Khas Masalah Penglihatan ini tidak dapat membentuk pengalaman
dan pengetahuan melalui deria penglihatan dan mereka terpaksa menggunakan deria-deria lain
khususnya pendengaran dan juga melalui sentuhan (Zuri & Aznan 2011). Murid bermasalah
penglihatan kebiasaannya disebabkan oleh faktor jangkitan pada penglihatan, faktor baka,
kecederaan semasa kemalangan, kompliksi semasa hamil dan sebagainya sama ada g tidak
pernah dapat melihat atau murid yang buta sejak kecil, mahupun murid yang pernah melihat
namun lama-kelamaan mereka kehilangan penglihatan sedikit ataupun keseluruhan.

Masalah ketidakupayaan penglihatan menyebabkan kesukaran untuk melakukan


pelbagai perkara iaitu pengurusan diri (misalnya makan dan kebersihan diri), keupayaan
bersosial, beriadah, membaca dan sebagainya (Binns et al. 2012). Bagi kanak-kanak yang
sedang membesar mendapatkan pendidikan di sekolah adalah penting untuk membolehkan
mereka hidup berdikari pada masa hadapan. Namun, kajian mendapati murid ketidakupayaan
penglihatan memerlukan masa yang lama untuk membaca dan melakukan kerja harian akibat
penglihatan yang menurun (Gompel et al. 2004).

Tambahan lagi, murid yang mempunyai masalah penglihatan, mereka akan


meggunakan tangan mereka untuk mendapatkan maklumat yang biasanya diperoleh secara
pandangan mata. Perkara ini mungkin agak sukar bagi mereka yang mempunyai masalah
penglihatan secara total di mana mereka bergantung sepenuhnya pada deria sentuhan.

Oleh hal yang demikian, dalam meningkatkan kualiti kehidupan murid bermasalah
penglihatan ini, terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan antaranya ialah pengaplikasian
teknik analisis tugasan. Analisis tugasan merupakan proses yang melibatkan satu kemahiran
tertentu atau objektif am dipecahkan kepada langkah – langkah urutan yang kecil.

Dengan mengaplikasikan analisis tugasan ini juga, ianya secara tidak langsung dapat
membantu pemahaman dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid khas secara
beransur-ansur. Tujuannya ialah untuk menstruktur sesuatu aktiviti perlakuan itu dari mula
hingga akhir, dan akhirnya murid dapat melakukannya satu persatu hinggalah menguasainya.

Menurut Dr Lee Lay Wah (2009), proses dalam melaksanakan analisis tugasan adalah
dengan menyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan. Kemudian,
pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah – langkah kecil yang diperlukan untuk
mempelajari kemahiran sasaran. Seterusnya letakkan langkah – langkah tersebut mengikut
urutan pengajaran secara logikal dan membuat pengujian secara tidak formal untuk melihat
langkah – langkah yang sudah dikuasai oleh murid.
2.0 TEKNIK HANDS OVER HAND DAN TEKNIK HANDS UNDER HANDS

Dalam pengajaran bagi murid bermasalah penglihatan teknik "hand over hand" dan teknik
"hand under hand" amat penting dalam pengajaran sesuatu kemahiran. Murid yang mempunyai
masalah penglihatan, mereka akan meggunakan tangan mereka untuk mendapatkan maklumat
yang biasanya diperoleh secara pandangan mata. Perkara ini mungkin agak sukar bagi mereka
yang mempunyai masalah penglihatan secara total di mana mereka bergantung sepenuhnya
pada deria sentuhan.

Teknik "Hand Over Hand” ini adalah satu teknik dimana tangan guru/pembimbing
berada di atas tangan murid tersebut semasa melakukan sesuatu kemahiran. Tangan guru dan
murid akan bergerak pada haluan yang sama dan serentak. Jika murid masih kecil, murid
tersebut boleh duduk di atas ribaan guru. Manakala jika murid dewasa, guru boleh duduk di
belakang atau sisi murid. Sebagai contoh, murid yang mengalami kesukaran untuk menggosok
gigi. guru perlu menggunakan teknik “hand over hand” dengan cara meletakkan tangan guru di
atas tangan murid tersebut dan membentuk tangan murid menjadi satu gengaman untuk
memegang berus gigi. Kemudian, membantu murid menggerakkan tangan murid ke atas dan
bawah serta ke kanan dan ke kiri.

Guru akan sentiasa meletakan tangan di atas tangan murid sehingga murid itu sudah
mahir dengan kemahiran tersebut. Perlahan demi perlahan guru akan cuba menjauhkan
tanganya sendiri daripada berada di atas tangan murid. Dengan cara ini murid akan melatih
tangan mereka sendiri bermula dengan bantuan guru sehinggalah tanpa bantuan guru. Teknik
hand over hand ini kebiasaanya digunakan bagi kemahiran yang memerlukan pemerhatian
dariapda guru.

Berbeza pula dengan teknik “Hand Under Hand” pula ialah teknik dimana tangan guru
yang memegang objek tersebut dan tangan murid berada diatas tangan guru untuk merasa
pergerakan tangan guru dalam melakukan sesuatu. Teknik ini akan memberikan satu gambaran
yang positif untuk murid mencuba sesuatu perkara yang baharu kerana mereka akan lebih
ayakin dengan adanya bantuan guru. Selain itu, penggunaan teknik ini juga amat sesuai untuk
memperkenalkan objek yang bahaya ataupun sesuatu perkara yang mereka tidak biasa.

Tujuan teknik "Hand Over Hand” dan “Hand Under Hand” digunakan adalah untuk
memberikan pengalaman bagaimana orang yang mempunyai masalah penglihatan
menggunakan tangan mereka dalam hubungan antara satu sama lain, menentukan arah
pergerakan, jumlah daya, kelajuan atau tempo. Selain itu, teknik ini juga merangsang rasa ingin
tahu, keinginan untuk melakukan sesuatu sendiri dan mengurangkan tingkahlaku yang pasif
dan kebergantungan kepada orang lain serta memberi kesedaran ruang mengenai ruang antara
tangan untuk melibatkan pelajar dalam tugasan rutin yang belum dapat mereka laksanakan

3.0 JUSTIFIKASI KEMAHIRAN YANG DI AJAR

Dalam menyelesaikan tugasan ini, kumpulan kami telah memberi fokus kepada
kemahiran menggosok gigi sebagai analisis tugasan bagi murid ketidakupayaan penglihatan.
Kemahiran Menggosok gigi ini sesuai dilaksanakan terhadap murid ketidakupayaan penglihatan
yang berada di Tahun 1 menerusi subjek Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan
Penglihatan (Kaimal) iaitu Standard Kandungan ialah 3.1 menjaga kebersihan diri dengan cara
yang betul. Manakala Standard Pembelajaran pula ialah 3.1.2 iaitu menunjuk cara menggosok
gigi dengan betul.Analisis tugasan kemahiran menggosok gigi ini menggunakan dua Teknik
iaitu Teknik ‘ Hand Over Hand’ dan ‘Teknik Hand Under Hand’ .Tujuan teknik ini dilaksanakan
adalah untuk meningkatkan daya keyakinan diri murid supaya murid dapat belajar berdikari
dan memudahkan aktiviti harian murid. Di samping itu juga,teknik ini dapat meningkatkan
kemahiran motor kasar, motor halus dan meningkatkan fungsi koordinasi dan kognitif murid
ketika menggosok gigi.Murid juga dapat belajar untuk fokus dan memikir cara untuk
melaksanakan kemahiran tersebut.

Murid ketidakupayaan penglihatan mampu menjalani kehidupan seperti orang normal biasa
sekiranya mereka telah dilatih untuk hidup berdikaro sejak peringkat awal lagi. Latihan yang
diberikan akan dapat membina keyakinan diri untuk hidup berdikari sejak peringkat awal lagi
serta melatih mereka untuk mencuba sesuatu perkara baharu tanpa menjadikan
ketidakupayaan diri mereka sebagai satu halangan atau alasan. Oleh itu, mereka memerlukan
adaptasi serta modifikasi yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Dalam hal ini,
guru hendaklah bersikap kreatif dalam melakukan beberapa adaptasi yang bersesuaian dengan
keadaan murid tersebut di samping membuka peluang kepada murid ketidakupayaan
penglihatan untuk menjalani kehidupan seharian secara berdikari dengan lebih baik. Adaptasi
yang dilakukan adalah ringkas dan tidak mengelirukan individu penglihatan. Dalam
melaksanakan analisis tugasan menggosok gigi ini , adaptasi yang dilakukan ialah
mempraktikkan aktiviti menggosok gigi secara praktikal supaya murid ketidakupayaan
penglihatan dapat mempraktikkan kemahiran menggosok gigi sebagai satu kemahiran hidup
harian secara sistematik dan tekal .Dalam Langkah Orientasi terdapat 7 langkah yang perlu
dipraktikkan. Guru menggunakan Teknik ‘hand under hand’ untuk merangsang minat murid
dalam menerokai kesemua alat dan bahan serta membantu pergerakan tangan bagi setiap alat
terutama apabila membuka pili air. Teknik ‘ hand over hand’ pula digunakan apabila untuk
mengeluarkan berus gigi dari cawan yang berada pada jam 9 dan gerakkan tangan supaya
murid letak diatas singki yang bersebelahan dengan cawan.Teknik ‘hand over hand’ juga
diaplikasikan untuk gerakan tangan murid memegang cawan sambal guru memberi arahan dan
bimbingan.Di samping itu juga, Teknik ini turut diaplikasikan apabila guru membimbing murid
untuk mencapai ubat gigi , ketika menggosok gigi, di mana murid murid pegang berus gigi yang
basah dan mulakan proses gosok gigi di bawah bimbingan guru.Guru membimbing murid
menggosok gigi bahagian atas , bawah, kanan dan kiri gigi sebanyak 5 kali sehingga murid
mahir memberus sendiri.

Di samping itu juga, guru hendaklah mempastikan murid berada pada posisi di mana
murid selesa untuk memberus gigi. Guru juga hendaklah membimbing dan memberi makluman
kepada murid supaya menggunakan ubat gigi berfluorida mengikut saiz sebesar kacang pea
sekiranya murid tersebut. boleh berkumur tetapi bagi murid yang tidak berupaya untuk
berkumur, gunakan ubat gigi yang tidak berfluorida ataupun hanya dengan air sahaja.Berus gigi
yang dipilih pula hendaklah menggunakan berusan yang pendek dan hendaklah diberus
dengan lembut. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada muris supaya memberus juga
lidah selepas memberus gigi.Dengan Latihan kemahiran secara berterusan, murid
ketidakupayaan penglihatan dapat memahami arahan guru denga baik dan sekaligus dapat
mempraktikkan kemahiran menggosok gigi sebagai rutin penting dalam pengurusan diri
mereka dalam kehidupan seharian. Kualiti kehidupan murid ketidakupayaan penglihatan dapat
ditingkatkan kerana mampu berdikari dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi.

4.0 KEMAHIRAN SEDIA ADA MURID

Terdapat beberapa kemahiran sedia ada yang telah dikuasai oleh murid dalam melaksanakan
analisis tugasan menggosok gigi.

i. Murid mempunyai kemahiran bahasa yang baik.


ii. Murid mempunyai kemahiran kognitif yang baik seperti:
-Keupayaan mengikut arahan
-Keupayaan memahami arah mengikut muka jam.
iii. Kestabilan emosi.

iii. Murid mempunyai kemahiran motor kasar , motor halus yang baik.
iv. Murid mempunyai daya sentuhan yang baik dan faham untuk perbuatan ‘buka’ dan
‘tutup’.
v. Murid telah menguasai melalui pengalamantentang bahandan peralatan seperti air,
ubat gigi, berus gigi, sapu tangan dan bahan berkaitan.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR ANALISIS TUGASAN

Langkah-langkah menggosok gigi dilaksanakan secara teknik ‘ hand over hand’ dan

‘ hand under hand’ dengan guru hendaklah kreatif dan inovatif ketika menyampaikan
makluman dan arahan sambil menerapkan nilai-nilai murni iaitu menggosok gigi pada setiap
pagi dan sebelum tidur, tidak berkongsi berus gigi dengan orang lain, mengurangkan makanan
dan minuman bergula serta sentiasa mengingatkan kepentingan berjumpa doktor gigi sekurang-
kurangya enam bulan sekali.

TIGA PULUH SATU (36) LANGKAH PERLAKSANAAN

Langkah 1 Sediakan berus gigi, sebiji mangkuk dan segelas air yang diletakkan di

atas meja yang mudah dicapai.

Langkah 2 Kenalkan bentuk gigi dan beri peluang untuk murid rasa dengan

menggunakan model gigi

Langkah 3 Beritahu, Tunjuk dan Buat (B, T, B) -bertujuan untuk mengurangkan

kebimbangan untuk menjalankan pembersihan mulut dan gigi.


Langkah 4 ‘Beritahu’ apa yang akan dilakukan. ‘Tunjukkan’ caranya iaitu dengan

seringkali memegang tangan dan berus gigi bersama- sama mereka akan

membantu melakukannya dengan lebih mudah. ‘Buat’ dengan lakukan

langkah-langkah tersebut sekali lagi seperti ditunjukkan sebelumnya.

Teknik yang dicadangkan merupakan hand under hand.

Langkah 5 Lakukan secara rutin, sehingga murid mahir dan dapat membiasakan diri

dengan penjagaan gigi dan melakukan bersama-sama supaya murid tahu

cara dan teknik yang betul menggosok gigi di samping guru memberi

penerangan kepentingan memberus gigi dengan teknik “hand under hand”

Langkah 6 Kenalkan peralatan dan bahan dalam aktiviti menggosok gigi

Langkah 7 Guru menggunakan teknik ‘hand under hand’ untuk merangsang murid

minat dalam menerokai kesemua alat dan bahan.

Langkah 8 Guru menggunakan teknik ‘hand under hand’ untuk membantu murid

mencapai pili air.

Langkah 9 Pada masa yang sama, guru membuka pili air dan sambal menerangkan

tatacara buka pilih air.


Langkah 10 Murid menggunakan deria sentuhan untuk mengenali sama ada air mengalir

atau tidak. Langkah 8-10 menggunakan Teknik hand under hand supaya

murid rasa tenang dalam menerokai kemahiran baru.

Langkah 11 Apabila murid sudah ada keyakinan,

Guru menggunakan teknik ‘hand over hand’ untuk menggerakan tangan

murid ke arah pili air sambil menyebut (pegang pili air berada pada

jam 12).

Langkah 12 Selepas murid memegang pili air, beri arahan sambal gerakan tangan murid

untuk buka pili air (Pusing pili air ke arah jam 3).

Langkah 13 Kemudian, guru gerakkan tangan murid untuk merasa air yang sedang

mengalir dan sambal menanyakan murid murid sama ada air mengalir atau

tidak.

Langkah 14 Kemudian, guru gerakkan tangan murid untuk menutup pili air sambil

menyebut (tutup pili air dengan pusing pili ke jam 9).

Langkah 15 Ulang Langkah 11-14 untuk memantapkan kemahiran asas.

Langkah 16 keluarkan berus gigi dalam cawan yang berada pada jam 9 dengan teknik

‘hand over hand’ dan gerakkan tangan supaya murid letak di atas singki

yang bersebelahan dengan cawan.


Langkah 17 Guru menggunakan teknik ‘hand over hand’ untuk gerakkan tangan murid

memegang cawan plastic dengan tangan kiri sambil memberi arahan

(pegang gelas dengan 3 jari pada jam 9).

Langkah 18 Guru menggunakan teknik ‘hand over hand’ untuk gerakkan tangan kiri

murid ke arah jam 12 sambal memberi arahan (letak cawan plastic di bawah

pili air yang berada pada jam 12)

Langkah 19 Guru gerakkan tangan kanan murid sambal memebri arahan (pusingkan pili

air ke arah jam 3).

Langkah 20 Guru membimbing murid untuk memastikan air tidak melimpah dengan

menggunakan tiga jari yang di dalam cawan.

Langkah 21 Sehingga jari telah basah dengan air, guru memberi arahan untuk

menutupkan pili air dengan memberi arahan (pusing pili air ke jam 9).

Langkah 22 Murid letak semula cawan yang berisi air pada kedudukan jam 9 dengan

teknik ‘hand over hand’

Langkah 23 Letak semula berus gigi dalam keadaan terbalik ke dalam cawan untuk

basahkan berus gigi.


Langkah 24 Dengan teknik ‘hand over hand’ bimbing murid untuk mencapai ubat gigi

yang berada pada jam 3 sambal memberi arahan (Pegang ubat gigi yang

berada di jam 3 dengan tanagan kanan).

Langkah 25 Bimbing murid untuk buka ubat gigi.

Langkah 26 Masukkan sedikit ubat gigi pada hujung lidah (Guru perlu guna teknik hand

over hand supaya murid memicit ubat gigi dengan betul).

Langkah 27 Dengan teknik ‘hand over hand’ murid pegang berus gigi yang basah dan

mulakan proses gosok gigi di bawah bimbingan guru.

Langkah 28 Gosok bahagian atas sebanyak 5 kali.

Langkah 29 Gosok bahagian bawah sebanyak 5 kali.

Langkah 30 Gosok bahagian kiri sebanyak 5 kali.

Langkah 31 Gosok bahagian kanan sebanyak 5 kali

Langkah 32 Guru membimbing murid untuk meletakkan berus gigi pada kedudukan muka

jam 3 dengan ‘hand over hand.

Langkah 33 Guru membimbing murid untuk mengambil semula gelas yang terisi air
dengan
‘hand over hand’ dan murid berkumur seperti dalam pengalaman minum air.

Langkah 34 Guru membimbing murid untuk meletak semula gelas pada kedudukan muka

jam 9 dengan ‘hand over hand’ .

Langkah 35 Guru membimbing murid untuk membersihkan berus gigi dengan air (rujuk

langkah 19)

Langkah 36 Guru membimbing murid untuk meletak berus gigi pada kedudukan muka jam

3 dan keluar dari bilik air.

Peringatan:

Langkah 16 sehingga langkah 36 merupakan proses ansur maju di mana guru boleh melakukan
‘backward chaining’ atau pemeringkatan yang lebih terperinci berdasarkan kebolehan murid.
Petua utama adalah untuk membina keyakinan dan seterusnya kekal bermotivasi dalam
menjalankan proses pembelajaran. Galakkan dan ganjaran yang bersesuaian boleh diberikan
sebagai langkah peneguhan dan pujian boleh digunakan sebagai tambahan sokongan motivasi.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti analisis tugasan dapat membina daya keyakinan murid


ketidakupayaan penglihatan untuk berdikari dalam mempelajari dan menguasai sesuatu
kemahiran dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, aktiviti pengajaran kemahiran
menggosok gigi dilaksanakan mengikut langkah-langkah secara berperingkat.Langkah
pengajaran yang dilakukan perlulah tersusun dan teratur bagi mengelakkan berlakunya
kekeliruan dalam kalangan murid ketidakupayaan penglihatan semasa melakukan analisis
tugasan. Di samping bimbingan yang betul, murid-murid ketidakupayaan penglihatan
memerlukan penerangan yang terperinci dan secara menyeluruh mengenai setiap langkah dan
situasi yang dilaksanakan kerana kehilangan daya penglihatan menyukarkan murid-murid
ketidakupayaan penglihatan memperoleh pengamatan secara visual. Oleh itu, guru perlulah
kreatif dan inovatif mengikut keperluan murid di samping memaksimumkan potensi murid
ketidakupayaan penglihatan.
Kemahiran menggosok gigi sememangnya penting untuk dipelajari oleh murid
ketidakupayaan penglihatan. Dengan adanya kemahiran ini, murid ketidakupayaan penglihatan
dapat mengurangkan tahap kebergantungan diri terhadap orang lain dalam menjalani
kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran menggosok gigi menjadi satu permulaan kepada
murid ketidakupayaan penglihatan untuk meneroka mobiliti dan orientasi cara pengurusan diri
dalam kehidupan seharian.Justeru, kemahiran menggosok gigi perlu didedahkan kepada murid
ketidakupayaan penglihatan bagi memastikan mereka dapat menjadikan aktiviti rutin harian
dalam kehidupan.

RUJUKAN:

Dagar, Deepika & Kakodkar, Pradnya & Shetiya, Sahana. (2021). Effectiveness of Instructed

Tooth Brushing on Plaque and Oral Hygiene Among the Visually Impaired Children from
a Blind School in Pune -An Interventional Study. Medical Journal of Dr D Y Patil
Vidyapeeth. 14. 180-84. 10.4103/mjdrdypu.mjdrdypu_9_20.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kemahiran Asas Individu (Ketidakupayaan Penglihatan)

Pendididikan Khas Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 1

(2015) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Khurana, C., Tandon, S., Chand, S., & Chinmaya, B. R. (2019). Effectiveness of oral health

education program using braille text in a group of visually impaired children-before and
after comparison trial. Journal of education and health promotion, 8, 50.
https://doi.org/10.4103/jehp.jehp_233_18.

Suzana binti Aziz, Saifuddin binti Mohamad & Fauzi binti Haji Yusuf . (2016)

Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 1.Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka .

Anda mungkin juga menyukai