Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MEET AND GREET

PERSATUAN PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA


DAN
PERSATUAN IBUBAPA ANAK MASALAH PENDENGARAN
MALAYSIA (HEAR ME)

TARIKH: 10 DISEMBER 2022

HARI : SABTU

TEMPAT: DEWAN JASMINE, MELROSE GARDEN


PERSATUAN PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA DAN PERSATUAN HEAR ME

KERTAS KERJA AN AWESOME MOMENTS

1.0 PENDAHULUAN

MEET AND GREET adalah salah satu program di antara Persatuan Pengguna Implan Koklea
Malaysia dan Persatuan Hear Me Malaysia untuk memberi peluang kepada kedua-dua persatuan
untuk bertemu muka serta berkongsi misi dan visi persatuan masing-masing.

2.0 MATLAMAT
2.1 Program sua muka yang membolehkan para ahli berkenalan dan berkongsi pengalaman dan
maklumat.

2.2 Menyediakan platform perbincangan bagi mengatasi permasalahan yang wujud di kalangan
masyarakat OKU pendengaran dan juga cara-cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang potensi masyarakat OKU pendengaran.

2.3 Menanam semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai di antara satu sama
lain di antara pengguna implan koklea dewasa dan kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

2.4 Membuka ruang untuk kerjasama bagi menjalankan projek social di masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Kedua-dua golongan kanak-kanak dan dewasa dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.

3.2 Dapat saling mengenali untuk projek-projek akan datang

3.3.Persatuan melalui ahlinya akan menceritakan tentang pengalaman memakai alat teknologi
implan koklea, masalah yang dihadapi serta kepentingan implan koklea dalam kehidupan.

4.0 ANJURAN

Persatuan Pengguna Implan Koklea Malaysia dan Persatuan Hear Me.

5.0 TARIKH

10 Disember 2022

6.0 TEMPAT

Dewan Jasmine, Melrose Garden


7.0 SASARAN
Program dalaman ini hanya mensasarkan ahli-ahli persatuan dan juga penasihat-penasihat
persatuan. Ahli-ahli professional lain juga dijemput untuk memeriahkan suasana.

8.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM MEET AND GREET

MASA TENTATIF PROGRAM


2pm -2.30pm PENDAFTARAN PARA AHLI
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PERSATUAN HEAR ME
MALAYSIA
Dr FEROZ HASSAN
UCAPAN ALU -ALUAN PENGERUSI PROTEAM
PERSATUAN PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA
En AHMAD TARMIZI BIN MOHD NOR

2.30pm – 3pm PERKONGSIAN MISI DAN VISI KEDUA-DUA PERSATUAN


SESI Q&A
JAMUAN MAKAN DAN SUAI KENAL

3pm – 5pm JAMUAN


PERSEMBAHAN DEWASA DAN KANAK-KANAK
MESYUARAT AJK PICK DAN HM

5.30 PM BERSURAI

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Sumber Kewangan adalah daripada dana dan sumbangan kepada Persatuan Pengguna Implan
Koklea Malaysia dan Persatuan Hear ME .
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1. PAKEJ 100 ORANG X RM20 RM2000
MAKANAN DAN
MINUMAN
(HI TEA)
4. SEWA TEMPAT RM 2200 RM 2200

5. HIASAN DAN RM 1000 RM 1000


CENDERAHATI

JUMLAH RM 5200
KESELURUHAN

10.0 CARTA ORGANISASI MEET AND GREET

PENGARAH PROJEK : PUAN RUZIYANTI BINTI MOHD MOKHTAR


PENOLONG PENGARAH PROJEK : PUAN NUR’HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN
PENGERUSI: DR MUHAMMAD FEROZ BIN HASSAN
PENOLONG PENGERUSI: EN AHMAD TARMIZI BIN MOHD NOR
SETIAUSAHA : CIK NUR NADIATUL NATASHA BINTI AZRUL / PUAN THANAMANI ARUMUGAM
BENDAHARI : PUAN NUR AIFAA BINTI AZMAN / PUAN SHADEAH CHAMPAGNE BINTI MOHD
ALI
AJK : CIK LEE CHYE HWEE
: ENCIK MOHD UZAIR BIN MOHD ROM
: PUAN SITI MARHA BINTI BAHARUDDIN
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
: PUAN FATIN NABILA BINTI AZMI
: ENCIK KHAIRUL BIN MANAF
11.0 PENUTUP

Kesimpulannya,adalah diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang digariskan dalam memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan kumpulan
minoriti kami yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara di samping dapat
mengeratkan hubungan silahturrahim sesama ahli . Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang
teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan
Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH :

(NUR’ HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai