Anda di halaman 1dari 13

KURSUS:

HNS 2032- KESUKARELAWAN

PENSYARAH:
Prof. Madya Dato’ Dr Junaidi Bin Abu Bakar

AHLI KUMPULAN
NAMA NO MATRIKS
MUHAMMAD NOR ASIF BIN ABDUL RAHMAN D20191088009
SOBIRATUL ASIAH BINTI MOHAMAD FADZLI D20191088527
AFIFAH SHABIRAH BINTI SHUKERI D20191088530
ROSNANI BINTI IBRAHIM D20191088938
ABDUL TASNIM BIN IBRAHIM D20191088962
NUR ADLIANA BINTI ZAKARIA D20191088977
NOR HAYATI BINTI SHAARI D20191088989
NURUL AFIFAH BINTI MOHD NIZAM D20191088992
KIFLAH BINTI SULAIMAN MAT AIL D20191089010
THEN HUA LEE D20191089733
MUHAMMAD ZULHARITH BIN MOHD ZAKRY D20192091186
SITI HAJJAR BINTI AHMAD D20201094251
NURUL IZZATY BINTI AZHAR D20201094257
PENGARAH :
Nama: Nurul Izzaty binti Azhar
No. Tel: 0179773565

KERTAS KERJA

---PROGRAM MESRA KASIH BERSAMA ORANG-ORANG TUA---

TARIKH :
16 JUN 2021

TEMPAT :
RUMAH SERI KENANGAN KEMUMIN PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

ANJURAN :
HNS 2032 (I) KUMPULAN 3

DENGAN KERJASAMA:
IKASIH KELANTAN

2
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan pensyarah kursus
Kesukarelawanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Di samping memupuk rasa tanggungjawab
dan memberikan pembelajaran sepanjang hayat para mahasiswa melalui program ini.

2.0 PENGENALAN
Sebagai salah satu kursus Kesukarelawanan yang perlu diambil oleh mahasiswa/iUniversiti
Pendidikan Sultan Idris, berbesar hati ingin menganjurkan Program Kemasyarakatan dan
kesukarelawaan 2021. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi ruang yang luas kepada
mahasiswa/i untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan adalah untuk membentuk
kemahiran-kemahiran kesukarelaan,kepimpinan dan melatih mahasiswa/i untuk berfikir secara
kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang. Program ini juga dilaksanakan untuk
memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa/i mengenai alam luar kampus, dan budaya
pendidikan serta sebagai praktikal kerja kemasyarakatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh
pelajar universiti. Di samping itu, program ini adalah berbentuk kepimpinan,kesukarelaan,
kebajikan, kerohanian, kekeluargaaan, kebudayaan, hal ehwal kewanitaan, dan bersifat akademik,
melalui pembelajaran sepanjang hayat.

3.0 OBJEKTIF
Program yang dirancang mestilah mempunyai kriteria seperti yang dinyatakan seperti berikut:
I. Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpesonal’ dalam suasana yang mencabar di mana
kumpulan sasaran praktikal adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang
dengan keluarga masing-masing.
II. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan
kurang bernasib baik dan terpinggir.
III. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui
pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
IV. Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada
para pelajar.
V. Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.

3
4.0 JUSTIFIKASI
Melalui program Mesra Kasih Bersama Orang-Orang Tua ini, pelajar lebih bertanggungjawab
untuk menjaga ibu bapa serta mengasihi mereka. Di samping itu, pelajar juga akan lebih
mempunyai sifat empati yang tinggi terhadap orang tua dan akan lebih rasa hormat kepada
mereka. Program ini juga dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan
golongan-golongan yang tidak bernasib baik seperti irang-orang tua tersebut. Selain itu,
program ini juga akan memberi impak dalam diri pelajar untuk lebih menghargai orang tua
terutamanya ibu bapa mereka.

5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH


Melalui program ini, dapat memberikan pendedahan kepada ahli jawatankuasa terhadap
pengurusan sesebuah organisasi dengan lebih baik serta nilai kepimpinan dapat diterap secara
langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, dapat meningkatkan lagi sifat empati dan lebih
menghargai orang yang tersayang dalam diri setiap pelajar yang melibatkan diri dalam
program ini. Di samping itu, program ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang
lebih berakhlak mulia, berilmu dan beradab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh: 16 Jun 2021 (Rabu)


Masa: 8.00 pagi- 12.00 tengahari
Tempat Program: Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan.

4
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Pendaftaran peserta dan bertolak ke rumah Seri Kenangan
Taman Kemumin, Pengkalan Chepa

8.30 pagi Dijangka tiba di rumah Seri Kenangan Taman Kemumin

8.40 pagi - 10.00 pagi -Bacaan doa


- Ucapan daripada Pengarah Program
- Ucapan daripada wakil kakitangan Rumah Seri
Kenangan

10.00 pagi - 11 -Sesi mesra kasih daripada peserta dengan penghuni


rumah Seri Kenangan

11.30 pagi- 12.00 -Makan tengahari bersama kakitangan dan penghuni


tengahari rumah Seri Kenangan.

12.00 tengahari Bersurai

7.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

1. Prof. Madya Dato’ Dr Junaidi Bin Abu Bakar

(Pensyarah Subjek HNS 2032 Kesukarelawan)

2. Encik Wan Mahmood (Pengusaha Rumah Sri Kenangan)

5
8.0 KUMPULAN SASARAN

- Penghuni warga emas di rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan.

9.0 RAKAN STRATEGIK/KERJASAMA

BIL RAKAN KERJASAMA


*Sila sertakan salinan bukti kerjasama Universiti-Organisasi-Komuniti
*sila sertakan lampiran jika lebih dari satu
1. IKASIH KELANTAN Bukti Kerjasama
Perbualan atas
talian

10.0 ANGGARAN JUMLAH SUMBANGAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN

BUKAN KEWANGAN

BIL JENIS SUMBANGAN PERINCIAN NILAI SETARA


(RM)

1. SUMBANGAN 1. Pembayaran
KEWANGAN makan dan
minum peserta
program RM 1000.00

2. Barang
kelengkapan
peserta
program RM 1000.00

2. SUMBANGAN BUKAN 1. Khidmat


KEWANGAN juruteknikal
RM 150.00

6
2. Perundingan RM 100.00
kepakaran.

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS

Penasihat Program Menasihati dan memantau gerak kerja


Prof. Madya Dato’ Dr Junaidi sebelum, semasa dan selepas program
Bin Abu Bakar dijalankan.
Pensyarah subjek
HNS 2032 Kesukarelawan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Merangka, merancang dan


Pengarah Program
menganalisis program yang akan
Nurul Izzaty binti Azhar
dijalankan.

Timbalan Pengarah Program Membantu pengarah program dalam


Nurul Afifah Binti Mohd Nizam merangka, merancang dan
menganalisis program yang dijalankan.

7
Setiausaha Program Membuat laporan setiap gerak kerja
Kiflah Binti Sulaiman Mat Ail yang dijalankan berkaitan program.

Bendahari Program Membantu bendahari dalam melakukan


Nor Hayati Bt Shaari gerak kerja berkaitan dengan program.

AJK Logistik dan Persiapan Tempat Menyusun dan menyediakan peralatan


Muhammad Nor Asif Bin Abdul Rahman seperti meja dan kerusi sebelum dan
Muhammad Zulharith Bin Mohd Zakry semasa program.

AJK Teknikal dan Hebahan Menyediakan barang-barang teknikal


Abdul Tasnim Bin Ibrahim dan membuat hebahan kepada
penghuni berkenaan program yang
dijalankan.

AJK Jamuan dan Makanan Menempah makanan dan menyediakan


Afifah Shabirah Bt Shukeri makanan untuk VIP.
Sobiratul Asiah Bt Mohamad Fadzli

AJK Media dan Publisiti Mempromosikan program melalui


Then Hua Lee hebahan, mencetak kad jemputan,
menyediakan banner, pamplet, dan tag
nama.

8
AJK Jemputan, Sambutan dan Menjemput VIP, menyediakan teks
Protokol ucapan pengerusi majlis dan membuat
Siti Hajjar Binti Ahmad susunan tempat program.

AJK Hadiah, Cenderamata dan Sijil Menguruskan hal-hal berkaitan


Rosnani Binti Ibrahim cenderahati.

AJK Pendaftaran Mengurus nama setiap peserta yang


Nur Adliana Binti Zakaria terlibat serta perkara berkaitan dengan
setiap slot sepanjang program.

12.0 ANGGARAN KEWANGAN

A. PENDAPATAN

BIL PENDAPATAN RM

1 NGO IKASIH KELANTAN 500

2 AHLI JAWATANKUASA 250

JUMLAH PENDAPATAN RM 750

9
B. PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH/


SUMBANGAN RM

1 Makanan & Minuman

Peserta

Minum Pagi RM 4.00 x 1 hari 20 RM 260.00

Makan Tengahari RM 5.00 x 1 hari

Minum petang RM 4.00 x 1 hari

2 Peralatan kelengkapan peserta

Kain batik/ pelikat RM 10 x 1 orang 20 RM 400.00

Kelengkapan peribadi RM 10 x 1 orang

3 Banner Program RM 80 1 RM 80.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 740.00

JUMLAH KESELURUHAN (A) RM 750.00 – (B) RM 740.00 = RM 10.00

10
13.0 KELESTARIAN

Program ini dijangka mampu untuk diteruskan kerana program komuniti ini dijalankan secara
terancang dan sistematik. Selepas program tamat, kohort pelajar seterusnya boleh memastikan
agar program komuniti di rumah orang-orang tua terus berjalan dan memberikan manfaat yang
berpanjangan buat komuniti tersebut. Setelah beberapa pusingan dilakukan didalam projek ini,
adalah mudah untuk melihat potensi projek ini untuk diaplikasikan pada komuti yang berbeza
dari pelbagai sudut.

14.0 PENUTUP

Pihak kami berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan. Selain itu, kami
berharap agar program ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak bagi
melancarkan perjalankan program. Kerjasama dan pertimbangan daripada semua pihak amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

11
Disediakan oleh : Kiflah Binti Sulaiman Mat Ail
Pelajar Kursus Kesukarelawan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : kiflah

Tarikh : 9 MAY 2021.


Disemak dan diperakukan oleh : Prof. Madya Dato’ Dr Junaidi Bin Abu Bakar
Pensyarah Kursus Kesukarelawan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Ulasan : 35900 Tanjong Malim, Perak

Tandatangan: .............................................
Tarikh : .............................................
Disokong dan Diluluskan oleh : Dr. Norazlan Hadi bin Yaacob
Ketua Jabatan (Jabatan Pengajian
Kemasyarakatan Dan Kewarganegaraan) Fakulti
Ulasan: Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan: .............................................
Tarikh : .............................................

12
LAMPIRAN

Perbualan atas talian bersama NGO IKASIH KELANTAN

13

Anda mungkin juga menyukai