Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA:

PROJEK AL-AMAN DI MUSOLLA AN-NUR KKTM LEDANG, TANGKAK,


JOHOR.

TARIKH:
9 OKTOBER 2022

TEMPAT:
MUSOLLA AN-NUR KKTM LEDANG, JOHOR.

ANJURAN :

DUS 10062 – LAB 1A KKTM LEDANG


KERTAS KERJA

1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan dan pertimbangan serta
peruntukan kewangan daripada pihak pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Ledang bagi membantu kami menjayakan PROJEK AMAL AL-AMAN
MUSOLLA AN-NUR KKTM LEDANG anjuran mahasiswa Kolej Kemahiran
Tinggi MARA Ledang dari Program Dip. In Biomedical Engineering (Laboratory),
kelas L1A.

2.0 PENDAHULUAN
Program ini dianjurkan bagi melakukan aktiviti gotong-royong dan dapat menjalinkan
hubungan silaturrahim bersama pelajar kelas L1A. Secara tak langsung dapat
memberi peluang kepada para pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
sebagai mahasiswa yang prihatin dan bertanggungjawab.

3.0 MATLAMAT UTAMA


Kami sebagai mahasiswa yang cakna tentang kebersihan musolla ini
bertanggungjawab untuk mengadakan program kerja-kerja amal dan pembersihan
bagi menambahkan lagi seri musolla An-Nur ini supaya ia lebih selesa dan dapat
menarik ramai siswa dan siswi untuk mengimarahkan lagi surau ini. Program ini
dianjurkan bukan sahaja untuk menjadikan musolla An-Nur lebih kondusif dan
menarik untuk digunakan oleh mahasiswa. Walau bagaiamanapun, matlamat utama
kami ialah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi menceriakan
musolla An-Nur dan secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada
mahasiswa dan mahasiswi memperolehi pengalaman yang bermakna dalam bersama-
sama menjalinkan persahabatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dan amal
di musolla nanti.

Tambahan pula, program ini dianjurkan bagi memupuk sifat tolong-menolong,


prihatin, kerjasama yang mendalam terhadap diri pelajar-pelajar KKTM Ledang dan
menyemai perasaan setiakawan.

Akhir sekali, program ini dapat meningkatkan kualiti mahasiswa dalam melahirkan
mahasiswa yang proaktif.

2
4.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan keselamatan dan menyerikan pintu musolla untuk kegunaaan para
jemaah yang hadir ke musolla.
2. Untuk memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong menolong dalam
kalangan mahasiswa.
3. Memberi ruang kepada mahasiswa tentang kepentingan keselamatan dan
keceriaan musolla.

5.0 TENTATIF PROGRAM


Tempat : Musolla An-Nur KKTM Ledang
Tarikh : 9 Oktober 2022
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Rujuk Lampiran A

6.0 CADANGAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN


L1A: - Membaik pulih pintu musolla.
Mengecat pintu musolla.

6.0 PESERTA YANG TERLIBAT


14 orang pelajar KKTM Ledang program Makmal kelas Lab 1A.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN


Rujuk lampiran B

3
8.0 PENUTUP
Program yang akan dianjurkan ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif serta matlamat yang telah dinyatakan demi meningkatkan sifat
keprihatinan dalam kalangan mahasiswa. Sehubungan dengan itu, kami
mengharapkan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan dan juga diluluskan
supaya kami dapat merealisasikan program ini. Peruntukan diperlukan adalah
sebanyak RM266.00 .

Disediakan oleh,

Amirah Rashidah Binti Mohd Arzahari


Setiusaha Program
Tarikh :

Disemak oleh,

Muhammad Affan Bin Latif


Pensyarah Penghayatan Akidah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA,Ledang
Tarikh :

Disokong oleh,

TS. Kamil Bin Pongot


Timbalan Pengarah (Pembangunan Akademik)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA,Ledang
Tarikh :

Disokong oleh,

Puan Azurawani Binti Wan Mohamed


Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan & Pembangunan Pelajar)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA,Ledang
Tarikh :

Diluluskan / tidak diluluskan,

Mohamad Johari Bin Man@Osman


Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA,Ledang
Tarikh :

4
Lampiran A

MASA TENTATIF

7:30 pagi Pelajar berkumpul dan sarapan pagi di Musolla An-Nur KKTM
Ledang.

8:00 pagi - Pembahagian tugas


- Aktiviti pembersihan dan amal

10:00 pagi Rehat dan minum pagi

10:30 pagi Sambungan aktiviti pembersihan dan amal

12:00 tengah Makan tengahari dan bersurai


hari

5
Lampiran

STRUKTUR ORGANISASI

PENAUNG
En. Mohamad Johari Bin Man@Osman

PENASIHAT
Ustaz Muhammad Affan Bin Latif

PENGARAH PROGRAM
Fadayeen Diaz Bin Adanan

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM


Muhammad Aliuddin Amal Bin Roslan

SETIAUSAHA
Amirah Rashidah Binti Mohd Arzahari

BENDAHARI
Nur Imanina Aisyah Binti Ishak

AJK MAKANAN
Nur Alia Najiha Binti Zahuddin
Amni Qurratul Ain Binti Aslizan

AJK AKTIVITI
Muhammad Thaqif Bin Sazali

AJK PENCARIAN DANA


Miza Sabrina Binti Muaizam
Nur Asilah Binti Abdul Rahim

AJK PERALATAN
Faiq Syaqirin Bin Gazali
Muhammad Emil Hazry Bin Hamdan
Muhammad Fakhrul Faeez Bin Mohd Zahini

AJK KEBERSIHAN
Nur Sabrina Binti Latif
Nur Insyirah Aqilah Binti Nor Khalid

8
Lampiran B

SENARAI NAMA PELAJAR

Bil. NAMA PELAJAR NO. MATRIKS


1 Amirah Rashidah Binti Mohd Arzahari DL 22207
2 Amni Qurratul Ain Binti Aslizan DL 22208
3 Fadayeen Diaz Bin Adanan DL 22212
4 Faiq Syakirin Bin Gazali DL 22213
5 Miza Sabrina Binti Muaizam DL 22216
6 Muhammad Aliuddin Amal Bin Roslan DL 22217
7 Muhammad Emil Hazry Bin Hamdan DL 22218
8 Muhammad Fakhrul Faeez Bin Mohd Zahini DL 22219
9 Muhammad Thaqif Bin Sazali DL 22220
10 Nur Alia Najiha Bin Zahuddin DL 22222
11 Nur Asilah Binti Abdul Rahim DL 22224
12 Nur Imanina Aisyah Binti Ishak DL 22226
13 Nur Insyirah Aqilah Binti Nor Khalid DL 22227
14 Nur Sabrina Binti Latif DL 22229

9
Lampiran D

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


(RM)
1. Cat 5 liter 4 RM 100 RM 400
2. Berus kecik 5 RM 2 RM 10
3. Berus Besar 5 RM 3 RM 15
4. Palet Cat 4 RM 5 RM 20
5. Paint Roller 4 RM 4 RM 16
6. Upah pembaik pulih pintu 2 RM 50 RM 100
7. Sarapan pagi 14 RM 5 RM 70
8. Minum Pagi 14 RM 5 RM 70
9. Makan Tengahari 14 RM 9 RM 126
10. Pengikis 5 RM 2 RM 10
11. Masking Tape 2 RM 2 RM 4
12. Plastik Sampah 2 RM 3 RM 6
13. Thinner 1 RM 40 RM 40
14. Tombol Pintu 3 RM 14 RM 42
15. Selak Pintu 3 RM 6 RM 18
RM 947
JUMLAH KESELURUHAN

6
PENDAPATAN

BIL. PERKARA DANA (RM)

Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang ,Johor RM 266


1.
(sarapan pagi , minum pagi , makan tengahari)
Syarikat Eco Shop Marketing Sdn Bhd RM 131
2.
(dana atau sumbangan alatan )
Syarikat Hardware RM 442
3.
(dana atau sumbangan alatan )
Sumbangan Individu RM 108
4.

5.
RM 947

JUMLAH KESELURUHAN

Anda mungkin juga menyukai