Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROJEK KHAS BERJALAN 10 000 LANGKAH

1.0 BUTIRAN AM
Tajuk : Projek Khas Berjalan 10 000 Langkah
Anjuran : Unit PPDa
Penasihat : En. Nasarudin bin Bakar
Pengerusi : Pn. Falziah binti Mohamad
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norsuhaila binti Sari
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Syuhaidi Ohira bin Abdullah
Penyelaras : Pn. Siti Nor Azmah binti Abu Hassan
Setiausaha : Pn. Raja Norsafarini Hasra binti. Raja Kechek
Tempat : Felda Bukit Puchong
Tarikh : 5 April 2018

2.0 PENGENALAN
Program Berjalan 10 000 langkah ini adalah anjuran Unit PPDa. Tujuan utama program ini
adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid untuk bergiat aktif dalam
kehidupan seharian serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat. Melalui
program ini, banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh murid-murid seperti:
2.1 Kemahiran Sosial dan Bertanggungjawab
2.2 Kemahiran Komunikasi
2.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.4 Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
2.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
2.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
2.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
2.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif

3.0 TUJUAN
Program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid
tentang bahaya dadah kepada individu dan masyarakat. Selain itu, program ini juga dapat
memberi inspirasi kepada murid-murid untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, bebas
dadah.
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan semangat para pelajar
berdasarkan beberapa objektif iaitu:
4.1 Menyedarkan murid dan komuniti setempat tentang bahaya dadah
4.2 Menyuntik jati diri dan semangat berani dalam diri murid-murid
4.3 Memupuk semangat kerja berpasukan murid dalam menjayakan aktiviti
4.4 Memupuk sifat kepimpinan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan
4.5 Menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat Felda Bukit Puchong
4.6 Mendedahkan kepada masyarakat tentang pentingnya bersukan dalam aktiviti
seharian

5.0 MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 5 April 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Felda Bukit Puchong

6.0 SASARAN
Semua murid SK Felda Bukit Puchong.

7.0 ANGGARAN KEWANGAN


PERKARA KOS KUANTITI JUMLAH

Gula RM 2.30 5 paket RM 11.50


Kordial Oren RM 4.80 5 botol RM 24.00
Ais RM 2.00 8 paket RM 16.00
Fotostat / Alat Tulis RM 20.00 RM 20.00
Air Mineral RM 8.00 42 kotak RM 336.00

JUMLAH RM 407.50
8.0 ATURCARA PROGRAM
7.40 pagi : Murid, guru dan pekerja SK Felda Bukit Puchong berkumpul
7.50 pagi : Bacaan doa
7.55 pagi : Taklimat Berjalan 10 000 langkah oleh Pn. Siti Nor Azmah
8.10 pagi : Peserta berkumpul di dataran
8.15 : Sesi memanaskan badan
8.30 : Aktiviti berjalan 10 000 langkah bermula dari sekolah menuju ke tempat-
tempat yang telah ditetapkan sekitar Felda Bukit Puchong
11.00 : Peserta dan guru tiba di kawasan sekolah
11.05 : Rehat
11.30 : Majlis penutup di dewan terbuka SK Felda Bukit Puchong
12.00 : Majlis bersurai

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : En. Nasarudin bin Bakar
Pengerusi : Pn. Falziah binti Mohamad
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norsuhaila binti Sari
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Syuhaidi Ohira bin Abdullah
Penyelaras : Pn. Siti Nor Azmah binti Abu Hassan
Setiausaha : Pn. Raja Norsafarini Hasra binti. Raja Kechek
AHLI JAWATANKUASA

BUKU PROGRAM AJK SENAMROBIK


1. Pn. Siti Nor Azmah binti Abu Hassan 1. Pn. Silawati binti Mohd Yusoff

PEGAWAI ‘CHECK POINT’ PERSIAPAN TEMPAT


1. Pn. Hajah Juliah binti Hashim 1. Pn. Nazliza binti Zakaria
2. Pn. Nazliza binti Zakaria 2. Pn. Juliah binti Hashim
3. En. Mohd Iqbal bin Omar
4. Pn.Nornazahiyah binti Mohd Zaid BACAAN DOA
5. Pn. Raja Norsafarini Hasra binti Raja 1. En. Mohd Khairul Azeri bin Yunus
Kechek
6. Pn. Rohaizawati binti Rusly HADIAH & SIJIL
7. En. Muhamad Arif bin Yazib 1. Pn. Wan Nurzaleha binti Wan Zaidi
8. En. Mohd Khairul Azeri bin Yunus 2. Cik Nurul Aisyah binti Abdol Wahab
9. Cik Nurul Aisyah binti Abdol Wahab
10. Cik Nurul Amira binti Ridzuan FOTOGRAFI
1. Pn.Nornazahiyah binti Mohd Zaid
KAWALAN MURID
1. Pn. Raja Norsafarini Hasra binti Raja LAPORAN & DOKUMENTASI
Kechek 1. Pn. Raja Norsafarini Hasra binti Raja
Kechek
KAWALAN MURID
1. Pn. Raja Norsafarini Hasra binti Raja
Kechek
2. Pn. Wan Nurzaleha binti Wan Zaidi
3. Pn. Nazliza binti Zakaria
4. Pn. Siti Nor Azmah binti Abu Hassan
10.0 PENUTUP
Kami berharap agar program ini dapat membantu pihak sekolah dan pihak-pihak yang telah
diamanahkan untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada individu dan
masyarakat. Kami juga berharap agar program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara
warga sekolah dengan masyarakat Felda Bukit Puchong. Selain itu, diharapkan program ini
dapat mewujudkan semangat kesukanan dan mengamalkan gaya hidup sihat serta bebas
dadah dalam kalangan warga SK Felda Bukit Puchong dan masyarakat sekitarnya. Akhir kata,
semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif.

Sekian.
Disediakan oleh:

------------------------------------------
(PN. RAJA NORSAFARINI HASRA BINTI RAJA KECHEK)
Setiausaha,
Unit PPDa
SK Felda Bukit Puchong.

Disemak oleh:

------------------------------------------
(PN. FALZIAH BINTI MOHAMED)
GPK HEM,
SK Felda Bukit Puchong.

Disahkan oleh:

------------------------------------------
Guru Besar,
SK Felda Bukit Puchong.

Anda mungkin juga menyukai