Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih kepada pengerusi majlis….

Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh… dan Selamat Sejahtera..
Yang berbahagia, DR. Khursiah Binti Daud Pengarah Hospital Kota
Tinggi,
Yang berusaha, pegawai-pegawai perubatan
Yang dihormati en ahmad nizam bin ali, penyelia hospital kota tinggi,
matron nabiha bt kusai, ketua penyelia jururawat hospital,
ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit
serta
seluruh warga kerja hospital kota tinggi.
hadirin dan hadirat sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
dengan limpah kurnianya
kita dapat berkumpul didalam dewan yang serta indah ini
untuk bersama-sama dalam
perhimpunan bulanan peringkat hospital daerah kota tinggi tahun
2019.

Hadiri dan hadirat sekelian,

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada


Jawatankuasa Bersama Majlis Perhimpunan Bulanan pada bulan ini yang
berupaya menjalankan tugasan yang terbaik.

Tahun 2018 telah meninggalkan kita dengan segala pengalaman yang manis dan
pahit. Setiap pegalam mengajar kita tentang erti ketabahan dalam menjalankan
tugas sebagai anggota kesihatan

Walaupun kita tidak mengharapkan pujian dalam melaksanakan tugas,


perkhidmatan yang baik tetap dikenang.

Saya perhatikan, banyak juga sikap terpuji warga kesihatan yang menjadi topik
perbualan masyarakat yang turut dikongsi di media sosial yang boleh menjadi
inspirasi dan motivasi kepada kita untuk meneruskan kecemerlangan
penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat awam.

Ini menunjukkan bahawa sekiranya kita selaku warga hospital memberikan


perkhidmatan yang terbaik dan berjaya memuaskan hati pelanggan, maka rakyat
akan menghargai usaha murni tersebut.

Walau bagaimana pun, sudah menjadi lumrah, meski pun kita sudah melakukan
sehabis baik, namun akan tetap ada kritikan dan tohmahan yang diberikan.

Perkara-perkara seperti ini hendaklah kita terima dengan penuh kesabaran.

Anggaplah ia sebagai satu cabaran yang mana meski pun ia menyakitkan


namun, hasilnya kelak adalah manis untuk dinikmati.

Hadiri hadirat sekelian,

Sekarang kita berada di tahun 2019 yang mana menjanjikan kita dengan
pelbagai bentuk cabaran dan juga dugaan.
Namun sebagai warga kementerian kesihatan yang memegan kepada prinsip
memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan rawatan
dan pemulihan yang tepat dan berkesan, maka sudah menjadi tanggunjawab dan
juga amanah untuk kita dilaksanakan sebaik mungkin.

Kesungguhan dan juga tekad yng tinggi adalah kunci kepada kejayaan ini dapat
dicapai sepenuhnya.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Kami di dalam kumpulan sokongan kedua dengan ini berikrar bahawa pada
tahun 2019 ini akan memastikan perkara-perkara tersebut akan dilakukan
sebaiknya:

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh


rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap


professional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan


yang diberikan sentiasa efisen, efektif dan produktif.
Hadirin dan hadirat sekelian,

Citi-cita murni kami ini kami zahirkan bersandarkan kepada ikrar budaya
korporat KKM dan nilai-nilai teras seperti penyayang, profesionalisme dan
kerja berpasukan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami anggota kumpulan sokongan kedua hospital
daerah kota tinggi mengucapkan ribuan terima kasih atas segala daya usaha
yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital daerah kota tinggi,
khususnya DR Khusiah Bt Daud, Pengarah Hospital Kota Tinggi yang tidak
pernah jemu mendengar keluhan dan juga permasalahan yang sering kami
utarakan.

Tindakan agresif dan proaktif beliau dilihat telah banyak membantu member
jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang wujud di mana telah
membawa kepada peningkatan dalam mutu perkhidmatan di hospital daerah
kota tinggi sepanjang tahun 2018.

Sehubungan dengan itu sokongan dan dokongan semangat serta tunjuk ajar
yang diberikan selama ini mampula diteruskan pada tahun ini dalam
memastikan perkhidmatan di hospital kota tinggi mencapai satu standard yang
membanggakan setiap warga hospital kota tinggi.

Akhir kalam, saya mengajak agar “betulkanlah niat kita, bersyukurlah atas
segala nikmat dan zahirkanlah kesetiaan dalam melaksanakan tanggungjawab
dan amanah yang kita galas ini”.

In Shaa Allah.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh


dan Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai