Anda di halaman 1dari 1

PERUTUSAN PENGARAH

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis.

YBrs. Dr. Muhammad Nur Awis bin Azizan, Timbalan Pengarah (Perubatan) I

YBrs. Dr. Nurul Nadia binti Kamarul Nizam, Timbalan Pengarah (Perubatan) II

YBrs. Puan Rohaida Idayu binti Nawi, Timbalan Pengarah (Pengurusan)

Ketua-Ketua Jabatan yang saya hormati dan kasihi, Wakil-wakil Ketua Jabatan,
seterusnya barisan urusetia mesyuarat sekalian.

Pertamanya Alhamdulillah dapat kita berkumpul pagi ini untuk bersama-sama


bersidang dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Hospital Tunku Azizah bagi
membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan dan pengoperasian
HTA.

Untuk tahun 2022, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana kita telah
menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam meyampaikan perkhidmatan
kesihatan di HTA. Tanpa kerjasama yang erat antara semua jabatan dan
kakitangan, pastinya kita tidak akan berjaya selesaikan masalah yang menimpa
walau sesiapa pun.

Kita pun telah memulakan pengoperasian pediatrik di KK7 sebagai alternative


tambahan bagi menampung jumpah pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di
HTA. Orang kata SLOWLY BUT SURELY kita dapat memberikan perkhidmatan dan
layanan yang terbaik kepada sesiapa pun yang hadir ke HTA.

Untuk pengurusan Hospital dari saban tahun kita Nampak penambahbaikan dari
semua pihak. Walaupun kita satu Hospital yang baru, tapi kita berjaya
menguruskannya dengan baik sekali. HTA dan jadi antara Hospital tumpuan seluruh
negara. YBhg. Datuk KSU sendiri telah beberapa kali hadir ke HTA dan beliau
berpuas hati dengan apa yang telah kita capai. Dari segi promosi HTA ke seluruh
negara, saya ingin ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua, kerana andalah
yang menjadikan reputasi HTA berada dalam keadaan yang amat baik sekarang.

Untuk tahun 2023 yang mendatang, walaupun ramai yang mengatakan tahun depan
adalah tahun yang mencabar, tapi saya yakin, dengan kerjasama dan tekad dari
semua kakitangan HTA, kita pasti sekali lagi dapat tempuhinya dengan cemerlang.
Akhir kata, saya berasa amat berbesar hati dapat menyumbang bakti bersama-sama
YBhg. Dato, Datin, Dr. Tuan-tuan dan puan-puan dan semua di Hospital Tunku
Azizah.

Assalammualaikum w.b.t dan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai