Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis.

Selamat petang, selamat sejahtera, dan salam 1 malaysia saya ucapkan


kepada
Yang dihormati:
-

Puan Hajah Nuinda bte Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah
Puan Samsiah Al-Malek, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Zunaidah Zakariah, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Puan Lintu Jelimin, Penolong Kanan Prauniversiti
En Jaid Paki, Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua bidang, para kaunselor,
Fasilitator dan para peserta sekalian

Terlebih dahulu ingin saya panjatkan rasa syukur dan berterima kasih
kepada yang Maha Esa atas limpah kurnia yang telah diberikan pada hari ini.
Tujuan utama kem kepimpinan Lead to Success atau LETS 2016 adalah
bertujuan untuk membentuk sikap kepimpinan di dalam diri para peserta,
yang mana kesemuanya merupakan ahli badan-badan khas Maktab Sabah.
Menjadi pemimpin bukanlah suatu perkara yang mudah, tambahan
pula pada usia yang seawall sebegini. Namun, menjadi pemimpin pada usia
setahun jagung ini juga bukanlah suatu perkara yang mustahil. Ya benar,
pelbagai kerenah akan kami hadapi, pelbagai simpang siur birokrasi juga
akan kami hadapi. Begitu juga dengan detik-detik di mana putus asa
merupakan suatu pilihan yang ideal, kami juga akan menghadapi semua itu.
Namun, semua ini adalah lumrah bagi memikul tanggungjawab yang telah
diamanahkan, samada dari para guru-guru mahupun rakan-rakan seusia dan
tidak seusia.
Namun, melalui program ini, saya yakin bahawa sikap kepimpinan
yang tersemat di dalam diri para peserta dapat dicungkil, diasah,
dipertajamkan dan dimantapkan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sebentar tadi. Segala aktiviti yang beresolusi yang telah dijalankan sebentar
tadi telah sedikit sebanyak telah membuka mata para peserta akan
pentingnya kerjasama dan kolaborasi dalam hidup, seperti mana pentingnya
perkongsian idea serta perhubungan dan komunikasi dalam kepimpinan, dan
pentingnya untuk sentiasa merendah diri namun sentiasa ada untuk
memberi bantuan. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebentar
tadi, perhubungan antara badan-badan khas juga menjadi lebih erat dan
lebih teguh, seperti apa yang telah diharapkan oleh pihak sekolah
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya mewakili
badan Majlis Perwakilan Pelajar serta pihak fasilitator ingin mengucapkan
ribuan terima kasih sekali lagi kepada pihak pentadbiran sekolah atas
peluang yang diberikan kepada kami. Semoga program ini mampu

menaikkan lagi semangat kepimpinan yang ada dalam diri para peserta
sekalian. Oleh itu marilah kita bersama-sama menempuh hambatan dan
cabaran baru. Ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama
dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah;
seliang bagai tebu, serumpun bagai serai'. Marilah sama-sama kita merintis
denai, menebas semak-samun agar kita sama-sama menggapai apa-apa
yang diimpikan.
Sekian, saya dengan rendah hati meminta diri. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai