Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN TUAN PENGETUA

SEMPENA PELANCARAN PROGRAM KARNIVAL RIA 2016


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih saya ucapkan kepada Pengacara Majlis;
Yang Berbahagia Encik Christopher Jude Anthony, Presiden Rotary Club
Bandar Sunway, Yang dihormati YDP PIBG SMK Bandar Puchong Jaya A,
Encik Alan Tan Soon Pooh, barisan pentadbir, Puan Sharipah Noor bt Abas,
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hapizah bt Abdullah, Penolong Kanan
Kokurikulum, barisan ketua bidang, guru-guru, dan murid-murid yang saya
kasihi sekalian.
Tuan-tuan, Puan-puan dan hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan limpah izin-Nya kita dipertemukan pada majlis perasmian Program
Karnival Ria SMKBPJA bagi tahun 2016. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, tujuan Program Karnival Ria ini diadakan adalah untuk
mengumpulkan dana bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur di sekitar
kawasan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah
menginginkan semua warga SMKBPJA terutamanya anak-anak murid akan
sentiasa berada dalam suasana kondusif

ketika berada di sekolah dan

bertepatanlah dengan moto sekolah Murid Didahulukan, Kecemerlangan


Diutamakan. Kami guru-guru sememangnya beriltizam teguh untuk
melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan kecemerlangan
anak-anak didik sekalian supaya anak-anak ini dapat menjadi modal insan
berminda kelas pertama. Oleh itu bertepatanlah dengan usaha pihak sekolah

mencari dana melalui Program Karnival Ria ini yang mempunyai


objektifnya tersendiri dalam memartabatkan SMKBPJA kerana Hendak
Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih.
Para hadirin,
Hari Karnival Ria ini dirancang dengan tujuan mengumpulkan dana melalui
sumbangan daripada pihak luar. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk
bekerjasama dengan PIBG kerana dengan hubungan yang bagai Isi dengan
Kuku ini, pihak sekolah percaya program ini akan merealisasikan beberapa
objektif utamanya iaitu menaiktarafkan prasarana di SMKBPJA. Pihak
sekolah mengharapkan beberapa prasarana di sekolah dapat dinaik taraf dari
segi

infrastruktur

dalamannya

supaya

murid-murid

dapat

memanipulasikannya dalam gaya pembelajaran yang lebih berprestij seperti


menambahkan kemudahan

jalur lebar dan bahan-bahan ilmiah yang

berkualiti tinggi agar anak-anak didik di sekolah ini tidak menjadi seperti
katak di bawah tempurung.
Hadirin sekalian,
Akhir kata, saya berharap Program Karnival Ria ini dapat memberi manfaat
kepada semua warga SMKBPJA. Saya percaya jika kita rajin berusaha,
saling bersatu dan bekerjasama semua yang kita rancangkan pasti akan
mejadi kenyataan kerana Yang Bulat Tidak Datang Bergolek dan yang
Pipih Tidak Datang Melayang. Lihatlah, hasilnya kita telah berjaya
menzahirkan apa yang kita inginkan iaitu mengadakan Program Karnival
Ria

yang

akan

banyak

memberi

manfaatnya

kepada

sekolah.Sesungguhnya Sekolah kita tanggungjawab kita bersama.


Sekian terima kasih

warga

Anda mungkin juga menyukai