Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Perasmian Pelancaran

Program “Excellent Together”


SK Jasin Tahun 2021

Assalamualaikum dan Salam “Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit


Dunia” buat semua.
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat bersama-
sama dalam majlis Pelancaran Program “Excellent Together” secara maya pada
pagi yang ceria ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati,


Program ini bermatlamat untuk meningkatkan pemahaman guru terhadap PAK21
dalam melaksanakan PdPr di SK Jasin. Dalam mencapai matlamat ini, pihak
sekolah telah mewujudkan program berfokus yang diberi nama “Excellent
Together”. Program ini akan dilaksanakan selama lapan minggu dan memberi fokus
kepada meningkatkan amalan penggunaan teknik PAK21 dalan melaksanakan
PdPr, meningkatkan kehadiran murid dalam kelas PdPr dan juga menanam minat
murid tentang pentingnya belajar.

Saya berdoa agar Program “Excellent Together” berjaya mencapai objektif


yang diharapkan. Dalam mencapai objektif tersebut, kerjasama dan komitmen yang
tinggi daripada guru dan ibu bapa serta murid yang terlibat amat diharapkan bagi
menjayakan program ini. Saya berharap agar guru-guru yang terlibat berjaya
meningkatkan amalan PAK21 ini dalam pengajaran mereka dan dapat meningkatkan
kehadiran murid dalam kelas PdPr sehabis baik yang boleh.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Program ini dan Pegawai Sisc+ PPD Jasin
serta PIBG dan orang perseorangan yang menyumbang dana dan bekerjasama
menjayakan program yang sangat bermakna bagi SK Jasin.

Akhir kata, dengan lafaz Bissmillahirrahmanirahim, saya merasmikan


Pelancaran Program “Excellent Together” tahun 2021.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai