Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

YBHG. DATIN NAWAL BT SALLEH


PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI

TARIKH

: 27 JUN 2014 (JUMAAT)

MASA

: 3.00 PETANG

TEMPAT

: DEWAN TUN HUSSEIN ONN


PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
KUALA LUMPUR

Yang Dihormati Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia
En. Abdullah bin Mad Yunus
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras
YBhg. Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa
Yang Berusaha
Cik Hajah Nik Ramas bt Nik Wan
Timbalan Pengarah Pendidikan
Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul
Tuan Haji Ismail bin Musa
Timbalan Pengarah Pendidikan
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar-Pudu
En. Tajudin bin Mohamad Mor
Timbalan Pengarah Pendidikan
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar


Pengerusi atau Wakil Kesatuan / Persatuan
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Ketua-ketua Sektor
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dato-dato, Datin-datin serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarrakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam Transformasi Pendidikan

1.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-

Nya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang indah dan penuh
bermakna ini.
2.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan majlis


pada petang ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
sangat teruja dengan majlis ini kerana diberi kesempatan menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis ini.
3.

Saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada seluruh warga JPWPKL dan para jemputan kerana tanpa


kehadiran YBhg. Datuk, Datin, tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini

bukan sahaja akan hilang serinya , malah tidak akan memberikan apaapa makna.

4.

Sudah tentu semasa ucapan Mantan Tuan Pengarah JPWPKL ,

ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan membakar semangat dan
menjadi ingatan serta panduan kepada kita untuk memacu JPWPKL ke
arah kecemerlangan.
5.

Saya

percaya

warga

JPWPKL

sebenarnya

merasai

satu

kehilangan besar di sini, Mantan Pengarah Pendidikan JPWPKL


umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar
selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang
ditinggalkan.
6.

Dalam usia dua tahun beliau menerajui JPWPKL , jasa beliau

dalam mempertingkatkan kecemerlangan JPWPKL amat banyak dan


tidak boleh dipertikikan oleh sesiapa pun.

YBhg. Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan, dan Puan-puan yang dihormati,


7.

Saya sangat mengharapkan sokongan dan komitmen daripada

seluruh warga JPWPKL untuk membantu saya dalam menerajui


JPWPKL. Marilah kita menanam azam untuk memajukan diri dan
menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan supaya
JPWPKL akan terus maju

ke hadapan dan mengangkat martabat

JPWPKL ke tahap yang lebih cemerlang.


8.

Akhir kata, saya ingin memetik kata-kata inspirasi Henry Ford;


Coming together is a beginning
Keeping together is a progress
4

Working together is success

Sekian, terima kasih.


Wabillahitaufik

Walhidayah,

Assalamualaikum

Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai