Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SMK MERU KALI PERTAMA SESI 2020/21

TARIKH : 22HB FEBRUARI 2019


HARI : JUMAAT
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK KENARI, SMK MERU

KEHADIRAN
1. Pn. Sa'adah bt Kasiran
2. En. Kamis b. Pairan
3. En. Ahmad Nizamuddin b. Najib
4. Pn. Suzanah bt Alwi
5. Pn. Rafidah bt. Long
6. Pn. Najiha bt Bachok
7. En. Badrul Sam b. Ibrahim
8. Pn. Azimah bt Maidin
9. Pn. Rosni bt Musa
10. En. Raveentharan A/L N. Kasinathan

TIDAK HADIR
1. Dato Mohlis b. Hj Jaafar DIMP, PJK
2. Pn. Hafidzah bt Dollah
3. En. Nik Rosli b. Abdullah
4. En. Azhar b. Ahmad
5. En. Mohd Fasri b. Mohd Aziz
6. En. Ishak b. Ismail
7. Pn. Rosssuzilla bt Othman

TURUT HADIR
1. Pn. Morni Laila bt. Ibrahim (GPK PENDIDIKAN KHAS)
2. Pn. Rupeah bt. Sulaiman (GPK PETANG)
3. Pn. Arniza bt. Ahmad (JURUAUDIT DALAM)

SETIAUSAHA
En Ahmad Fazli B Wazid

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan syukur kehadrat Allah dan ucapan terima kasih atas kehadiran AJK
PIBG dan Pentadbir ke mesyuarat kali ke empat untuk sesi 2018/19.

1.2 Pengerusi menyatakan tahun ini adalah mesyuarat terakhir sebelum AGM PIBG kali ke 37.

2.0 UCAPAN PENASIHAT


2.1 Pn Pengetua mengucapkan rasa syukur kehadrat allah kerana dapat berjumpa pada hari
ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang
hadir

1
2.2 Pn Pengetua juga menjelaskan tentang beberapa perkara seperti :-
a) SMK Meru menjadi ajk pengelola kejohanan Bola Keranjang peringkat daerah Klang.
b) Pn Pengetua memohon cadangan bagaimana mengatasi masalah kekurangan wang untuk
membeli kertas untuk ujian dalaman. Beliau mencadangkan kutipan tambahan RM10 untuk
seorang pelajar.
c) Sukan tahunan untuk tahun 2019 juga mengalami masalah kerana kekurangan wang akibat
tiada peruntukan.
d) Pihak KPM telah melancarkan program "Ziarah Cakna" lawatan pihak PIBG dan sekolah
ke rumah pelajar

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat AJK PIBG SMK Meru kali 3 sesi 2018/19.

Cadangan : En. Badrul Sam b. Ibrahim


Sokongan : En. Ahmad Nizamuddin b. Najib

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 PK HEM mencadangkan untuk mengujudkan PIBGS (PIBG & Asrama) dan PIBG
menjadi jawatankuasa induk.

4.2 Setiausaha PIBG memohon agar dibina/disediakan sebuah bilik khas untuk menjadi
bilik urusetia PIBG

5.0 MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN


5.1 Bendahari membentangkan penyata penerimaan dan pembayaran (rujuk lampiran).

Cadangan : Pn. Rosni bt. Musa


Sokongan : Pn. Azimah bt Maidin

5.2 Mohon YDP dapat berhubung dengan pihak ADUN berkaitan bayaran kerja mengecat
bangunan kabin dan sumbangan untuk program pendidikan khas dari ADUN Meru yang
telah berlaku salah faham berkaitan pembayaran.

Tindakan: Untuk makluman

6.0 HARI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37


6.1 Mesyuarat memutuskan AGM kali ini tiada hamper dan cabutan bertuah disediakan.

6.2 Mesyuarat menyemak minit mesyuarat Agung yang lalu serta melihat usul serta
tindakan yang telah dibuat.

6.3 Mesyuarat bercadang untuk memohon "portable aircond" dari pihak ahli Parlimen
Kapar untuk kegunaan dewan merak SMKM.

6.4 Pihak sekolah bercadang untuk membawa usul '1 murid 1 rim kertas' - mohon RM10
seorang pelajar.

2
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Jurutera JKR Klang telah datang ke sekolah untuk membuat penilaian berkenaan membaiki
bumbung bangunan blok G, makmal komputer dan membaiki lantai koridor.

7.2 Beberapa permohonan dan kertas cadangan telah dikemukakan kepada ajk
mesyuarat untuk dipertimbangkan dan diluluskan:-

a) Permohonan pemasangan mozek untuk pendidikan khas - RM8000 (KIV)


b) Program Karnival STEM (Robotik) - RM2000 (LULUS)
c) Kursus KPU (Bayaran Bas) - RM1200 (LULUS)
d) Servis Penghawa Dingin Makmal Bahasa - RM1000 (LULUS)
e) Persiapan Tempat Untuk Program Kitar Semula - RM1800 (LULUS)
f) Sumbangan Untuk Piala Mokthar Dahari (Bola Sepak) - RM1400 (LULUS)
g) Naik Taraf Makmal Komputer - RM8000 (KIV)
h) Naik Taraf Bengkel Seni (Kompleks Kreatif) - RM2000 (LULUS)
i) Membaik Pulih Bilik Moral (Cat) - RM4000 (*Bayaran Sepatutnya Dari ADUN)
j) Membeli Peralatan Muzik Untuk Kumpulan Nasyid - RM1000 (LULUS)
k) Pembelian Laptop Dan Pencetak Untuk Pengurusan PT3 - RM2430 (LULUS)
l) Permohonan Pembinaan Bilik Urusetia PIBG - Rujuk Sebut Harga (KIV)

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN


8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak petadbir sekolah dan semua AJK
PIBG yang hadir. Beliau juga berharap kerjasama PIBG dan sekolah akan sentiasa
berterusan dalam membantu mempertingkatkan kecemerlangan pelajar SMKM.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.20 petang

Disediakan oleh,

…………………………….........
(EN AHMAD FAZLI B WAZID)
Setiausaha PIBG SMK Meru

Anda mungkin juga menyukai