Anda di halaman 1dari 21

KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 1


KALI KE-39

2 ATURCARA MAJLIS 2

3 PERKEMBANGAN KOLEJ 3-5

4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 6


KALI KE-39

5 CARTA ORGANISASI PIBG KV KUANTAN SESI 7


2021/2022

6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KVK KALI KE-38 8-14

7 AKTIVITI PIBG KV KUANTAN 2020/2021 15

8 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 16-18


31 DISEMBER 2020

9 USUL DAN CADANGAN 19


NOTIS MESYUARAT

Ruj. Kami: KVK/PIBG/2022(6)


Tarikh: 26 April 2022

Kepada:

AHLI-AHLI PIBG KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Tuan/Puan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN KALI KE-39 SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya, berhubung perkara di atas, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat sebagaimana
ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mei 2022 (Khamis)


Masa : 9.00 a.m.
Medium: Aplikasi Google Meet

2. Sekiranya tuan/puan ada sebarang usul atau cadangan untuk dikemukakan, sila hantarkan kepada
Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya 9 Mei 2022 (Isnin). Sila maklumkan kehadiran dan usul (jika ada)
menggunakan surat jawapan kehadiran/ borang pernyataan usul yang dikembarkan bersama-sama ini.

3. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dengan memberikan keutamaan menghadiri mesyuarat di atas amat
dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah ,

…………………………………………………………..….
(TN. HJ MOHAMAD NAWAWY BIN JUSOH)
Yang Di Pertua
PIBG Kolej Vokasional Kuantan

1
ATURCARA MAJLIS

TARIKH : 12 MEI 2022


HARI : KHAMIS
MASA : 9.00 PAGI
MEDIUM : APLIKASI GOOGLE MEET

9.00 pagi Ucapan aluan Pengerusi Majlis


Bacaan Doa

Ucapan Yang Dipertua PIBG KV Kuantan


Dr Hj Mohamad Nawawy bin Jusoh

Ucapan dan perasmian


oleh Pengarah KV Kuantan
En. Azhar bin Hamzah

9.30 pagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG


KV Kuantan ke-39 bermula

Majlis bersurai

2
1. PERKEMBANGAN KOLEJ

BILANGAN PELAJAR MENGIKUT KURSUS

BIL NAMA KURSUS THN 1 SVM THN 2 THN 1 DVM THN 2 DVM
SVM
1 PERAKAUNAN 25 21 16 14
2 PENGURUSAN PERNIAGAAN 25 26 23 14
3 TEKNOLOGI ELEKTRIK 29 33 30 26
4 TEKNOLOGI ELEKTRONIK 30 30 25 18
5 TEKNOLOGI PEMESINAN 30 30 26 -
INDUSTRI
6 TEKNOLOGI KIMPALAN 30 30 27 15
7 TEKNOLOGI AUTOMOTIF 30 29 28 25
8 TEKNOLOGI PEMBINAAN 28 28 25 -
9 SKM - 18 - -
JUMLAH 227 245 200 112

BILANGAN KESELURUHAN PELAJAR = 784 ORANG

KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021

3
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

SVM SEMESTER 1 2021

4
SVM SEMESTER 3 2021

5
2. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-39

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


PIBG KVK KALI KE-39 TAHUN 2022

1. Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis


2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
4. Membentang dan menerima laporan tahunan.
5. Membentang dan meluluskan penyata kewangan
berakhir 31 Disember 2021
6. Membincang dan menerima usul
7. Ucapan penangguhan
8. Hal-hal Lain
9. Bersurai

6
CARTA ORGANISASI PIBG KV KUANTAN SESI 2021/2022

En. Azhar B Hamzah (Ex-Officio)

Dr. Hj Mohamad Nawawy b. Jusoh (YDP)

Tn. Hj. Syed Badiuzaman b. Syed Hasan (NYDP)

Pn. Mala bt. Ahmad (Bendahari Kehormat) Tn. Hj. Yusoff b. Ja’afar Sidek (SU Kehormat)

Cik Sarimah Bt Othman (Pen. SU)

AJK Guru AJK Ibu Bapa

Pn. Shamsiah bt Ahmad En. Shamsul Anuar b. Ibrahim


En. Mohd Sauki b. Abd. Rashid YM Tengku Asidah bt Tengku Kadir
En. Naaisham bin Mohamad Pn. Masura bt Ismail
Pn. Wan Hamidah bt Wan Daud En. Mohd Mazlan b. Mohd Norwani
Pn. Rossilawati bt Abdul Hayet En. Mohamad Fauzi b. Abdullah
En. Muhammad Salahuddin b. Ali En. Rosman b. Mat Rani
En. Ahmad Sabri b. Ismail Pn. Rosmawati bt Osman
Pn. Nik Suriani bt Nik Hassan
Pn. Noor Roshaslinda bt Che Ros
Pn. Zuraini bt Jaafar

JK Audit
Pn Zuraidah Bt Ismail
Pn Nurul Syuhada bt Mohamad Razali

7
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

PIBG KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Jalan Tengku Muhamad, 25050 Kuantan


Pahang Darul Makmur
Tel:09-5661705 Faks: 09-5660940

MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE - 38

TARIKH : 16 OKTOBER 2021 (SABTU)


MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET

8
PENGURUSAN MESYUARAT KVK
Lampiran PK 15/4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

Mesyuarat : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Pengerusi : Dr. Haji Mohamad Nawawy bin Jusoh
Kehadiran (bilangan) : 162 orang (online)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan jawatankuasa
yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG secara atas talian kali ke-38.

1.2 Pengerusi juga menyeru ibu bapa agar membantu pihak kolej dalam usaha meningkatkan
kejayaan anak-anak. Harapan beliau agar semua pelajar berjaya mendapat Diploma Vokasional
Malaysia setelah tamat pengajian selama 4 tahun di KV Kuantan.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

2.1 Setiausaha Kehormat PIBG iaitu Tn. Hj. Yusoff Bin Jaafar Sidek, membentang Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-37 dari muka surat 9 - 14 untuk diterima dan disahkan.

2.2 Ustaz Norman bin Mohd Nor mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 diterima
dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Tuan Syed Badiuzaman bin Syed Hassan.

Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke-37 untuk
diterima dan disahkan.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2020-2021

4.1 Setiausaha Kehormat PIBG iaitu Tn. Hj. Yusoff Bin Jaafar Sidek, membentang aktiviti tahunan
2020-2021 di muka surat 1 - 19 untuk diterima dan disahkan.

4.2 Ustaz Norman bin Mohd Nor mencadangkan Laporan Tahunan 2020-2021 diterima. Cadangan
tersebut disokong oleh Pn. Masura binti Ismail.

Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima Laporan Tahunan 2020-2021.


9
5.0 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020

5.1 Bendahari Kehormat PIBG, Pn. Mala Binti Ahmad, membentangkan laporan kewangan PIBG 1
Januari hingga 31 Disember 2020 (rujuk Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 muka surat 16
- 19).

5.2 En. Mohamad Firdaus bin Jarno mencadangkan agar Laporan Kewangan diterima dan disahkan.
Cadangan tersebut telah disokong oleh Pn. Wan Hamidah binti Wan Daud.

6.0 Membincang dan Menerima Usul / Cadangan

6.1 En. Mokhtar Bin Mohd. Redan mengambil ketetapan bersetuju pihak kolej mengekalkan
sumbangan PIBG seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM163.00 untuk satu keluarga.

Cadangan disokong oleh En. Zulnizam bin Jalil. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju
mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM 163.00 untuk satu keluarga.

6.2 Tuan Syed Badiuzaman bin Syed Hassan mengambil ketetapan bersetuju agar pihak kolej
melaksanakan Karnival Keusahawanan anjuran PIBG Kolej Vokasional Kuantan apabila keadaan
pandemik telah pulih.

Cadangan disokong oleh Ustaz Norman bin Mohd Nor.

6.3 En. Amran bin Ibrahim / En. Mohd Rusllim bin Mohamed / Pn.Suzana binti Abu Bakar
mencadangkan pemasangan almari yang elok untuk asrama lelaki dan menambah lebih banyak
plug di bilik asrama untuk pelajar mengecas telefon dan laptop.

En. Mohd Sauki bin Abdul Rashid menjelaskan terdapat almari baru di asrama dan akan
digantikan jika pelajar membuat aduan kepada warden. Beliau juga menjelaskan tidak boleh
menambah plug di bilik asrama atas faktor keselamatan pelajar. Pelajar boleh menggunakan
plug yang telah disediakan di bilik prep dan di dewan makan asrama.

6.4 En. Anuar bin Ismail mencadangkan supaya membenarkan pelajar outing dan mengubah suai
kipas di bilik aspuri.

En. Mohd Sauki bin Abdul Rashid menjelaskan pelajar tidak dibenarkan untuk outing kerana
pelajar telah menjalani ujian calitan sebelum mendaftar masuk ke asrama dan telah wujud
gelembung keselamatan. Selain itu, beliau juga menjelaskan kedudukan kipas tidak boleh
diubahsuai atas ciri-ciri keselamatan kerana pelajar menggunakan katil dua tingkat.

6.5 Pn. Nur Hanani binti Omar / Pn. Nurhanida binti Abu Bakar/ Pn. Maniseh binti Kaslan / En.
M.Noor Ismail / En. Syed Zin Wan Tek mencadangkan supaya diadakan servis dobi di asrama
dengan bayaran bulanan atau tahunan atau dobi layan diri.

10
En. Mohd Sauki bin Abdul Rashid menjelaskan dobi dan mesin basuh telah diusahakan oleh
pihak koperasi dan pihak koperasi masih berurusan dengan pihak pengusaha dobi kerana
kekangan covid-19.

6.6 En. Ismal bin Azmin dan En. Anuar bin Ismail mencadangkan pihak pengurusan kolej memohon
kepada pihak bank untuk mengadakan atau meletakkan mesin wang bagi memudahkan pelajar
membuat pengeluaran wang belanja. Hal ini bagi memudahkan ibu bapa menyalurkan
kewangan kepada pelajar yang kehabisan wang di tangan.

En. Azhar bin Hamzah memaklumkan pihak koperasi telah memohon dengan pihak Bank Rakyat
dan masih menunggu kelulusan daripada Bank Rakyat. Namun, perkhidmatan yang ditawarkan
hanyalah berbentuk ejen bank sahaja kerana telah terdapat mesin ATM di kawasan
berhampiran kolej iaitu di MRSM.

6.7 Pn. Zauyah binti Abdul Manaf dan En. Anuar bin Ismail mencadangkan untuk
memperbanyakkan water cooler/ menambah mesin air di asrama perempuan.

En. Mokhtar bin Mohd Redan menjelaskan bahawa telah ada 5 mesin air di asrama dan 4 di
kawasan kolej. Beliau menjelaskan tidak dapat lagi menambah mesin air kerana kos
penyelenggaraan yang tinggi.

6.8 En. Mohd Ruslim bin Mohamed mencadangkan semakan berkala isu nyamuk di kolej untuk
mengelakkan kes denggi.

En. Mohd Sauki bin Abdul Rashid menjelaskan pihak kolej telah memanggil pihak KKM sehari
sebelum sesi pembukaan sekolah untuk fogging seluruh kawasan kolej.

6.9 Pn. Salamiah binti Saat mencadangkan agar jadual pembelajaran PdPr pelajar dihantar kepada
ibu bapa untuk ibu bapa membuat pemantauan.

En. Mokhtar bin Mohd Redan menjelaskan jadual pemantauan akan dihantar kepada ibu bapa
melalui saluran yang telah disediakan oleh kaunselor iaitu telegram dan memohon ibu bapa
mengambil tindakan yang sepatutnya bagi pelajar yang tidak mengikuti kelas PdPr.

6.10 Pn. Saidatul Aiza binti Mohd Hussain mencadangkan pelajar boleh berulang alik dari sekolah ke
rumah.

Tn. Haji Yusoff bin Jaafar Sidek menjelaskan bahawa berdasarkan kepada SOP yang telah
ditetapkan oleh BPLTV semua pelajar perlu tinggal di asrama.

6.11 En. Makarim bin Sohok mencadangkan kawalan keselamatan dan pemantauan di asrama
diperketatkan bagi mengelakkan kes buli, rokok dan dadah dan membaik pulih masalah air di
asrama dengan segera.

En. Mohd Sauki bin Abdul Rashid menjelaskan bahawa setiap malam terdapat seorang warden
yang akan bertugas dan pengawal keselamatan akan masuk setiap 2 jam untuk memantau
keselamatan pelajar di asrama. Terdapat juga warden yang tinggal di blok asrama pelajar.
11
En. Azhar bin Hamzah menjelaskan pihak kolej telah membuat penyelenggaraan semasa
ketiadaan pelajar dengan menggantikan paip dan pelampung. Beliau juga menjelaskan pihak
sekolah berkongsi saluran air dengan SMK Tengku Ampuan Afzan. Beliau memaklumkan pihak
kolej telah memohon daripada Pengurusan Air Pahang untuk mengasingkan saluran air
tersebut dan sedang menunggu kelulusan.

6.12 En. Iswandy bin Samah mencadangkan membuka pintu pagar belakang untuk pelajar hadir dan
pulang dari kolej apabila sesi pembelajaran bermula. Beliau juga mencadangkan supaya pihak
kolej memohon untuk membuat zebra crossing di hadapan pintu masuk utama kolej bagi
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Selain itu, beliau juga mencadangkan menambah
pondok menunggu untuk keselesaan pelajar pada waktu balik dan memohon pihak kolej
menyediakan telefon awam di kawasan kolej untuk memudahkan pelajar menghubungi ibu
bapa/penjaga.

En. Azhar bin Hamzah menjelaskan buat masa sekarang kolej hanya membuka satu pintu sahaja
supaya mudah mengawal SOP dan ada buku catatan untuk ditulis oleh pelajar. Beliau
memaklumkan akan mengkaji semula pembukaan pintu pagar tersebut selepas pandemik.

Beliau juga menjelaskan pihak kolej telah memohon dengan pihak JKR untuk membuat zebra
crossing di hadapan kolej tetapi tidak diluluskan namun pihak kolej akan memohon semula.
Selain itu, beliau turut menjelaskan pembinaan pondok tambahan di pagar utama tidak dapat
dibuat kerana tidak ada tempat yang sesuai memandangkan terdapat saliran air yang
menyebabkan hakisan. Pihak kolej telah membuat aduan kepada JKR bahagian saliran untuk
membaik pulih saliran air tersebut. Buat masa sekarang pelajar dibenarkan menunggu di garaj
motor pelajar.

En. Azhar juga memaklumkan pihak koperasi telah berhubung dengan syarikat i-Talk untuk
menyediakan telefon awam di kolej dan sedang menunggu maklum balas daripada syarikat
tersebut.

6.13 En. Sapingi bin Salamon mencadangkan mengekalkan AJK PIBG Kolej Vokasional Kuantan untuk
tahun 2021-2022.

Tn. Haji Yusoff bin Jaafar Sidek memaklumkan cadangan ini akan dibincangkan dalam agenda
ketujuh.

7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021 dan Pelantikan AJK PIBG 2021/2022

7.1 Dr. Haji Mohd Nawawy bin Jusoh menerima cadangan daripada ibu bapa untuk mengekalkan
AJK PIBG yang lama. En. Mohamad Zulnizam bin Jalil menyokong agar mengekalkan AJK PIBG
yang lama.

12
7.2 Pengarah, En. Azhar bin Hamzah memaklumkan pelantikan Puan Nurul Syuhada Binti
Mohamad Razali sebagai juruaudit dalaman PIBG bagi menggantikan Allahyarhamah Saidatina
Aisyah yang telah meninggal dunia pada bulan Jun tahun ini.

8 Ucapan Penangguhan

8.1 YDP PIBG Dr. Hj. Mohd. Nawawy Bin Jusoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa dan ibu bapa kerana telah memberi sokongan penuh dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 ini walaupun diadakan secara atas talian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.58 pagi.

13
14
1. Membentang dan mengesahkan Laporan AKTIVITI PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 2021/2022

PIBG Kolej Vokasional Kuantan telah terlibat secara aktif dalam membantu menjayakan pelbagai aktiviti
serta program sepanjang tahun 2021/2022.

1. Pengambilan Pelajar Tahun 1 SVM & 1 SKM


2. Minggu Serasi Tahun 1
3. Penyelenggaraan Komputer PIBG
4. Mesyuarat Agung PIBG.
5. Sumbangan Makanan Pelajar
6. Aktiviti MPP
7. Program RIMUP
8. Pertandingan e-Sport
9. Pertandingan Virtual Language
10. Sumbangan Pelajar Susah
11. MBOT
12. Sumbangan Persaraan

15
00
2. Membentang Dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir
31 Disember 2021

16
17
18
00
3. Membincang Dan Menerima Usul

Usul:

1. Pn. Shamsiah binti Ahmad mengambil ketetapan bersetuju supaya pihak kolej mengekalkan
sumbangan PIBG seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM163.00 untuk satu keluarga.

2. Tn Syed Badiuzaman B Syed Hassan mengambil ketetapan bersetuju supaya pihak kolej
meneruskan agenda Minggu Keusahawanan Kolej Vokasional Kuantan mengikut garis
panduan pengoperasian sekolah 4.0.

3. Tn. Hj. Yusoff b. Ja’afar Sidek mengambil ketetapan bersetuju supaya mesyuarat meluluskan
pemberian saguhati kepada ahli jawatankuasa ibu bapa yang menghadiri mesyuarat
jawatankuasa sebanyak RM50.

4. Muhammad Suhaily George bin Abdullah mengambil ketetapan bersetuju supaya mesyuarat
meluluskan cadangan membina tandas pelajar dan pensyarah di blok kantin bagi
memudahkan urusan.

Cadangan-cadangan:

BIL IBU BAPA/ USUL


PENJAGA

.
1. AZHAR NORDIN 1 Waktu rehat dipanjangkan.
BIN EMBONG

MOHD FIRDAUS
2. 1. Memasang penghawa dingin di makmal computer di Bilik Perakaunan.
BIN ABDUL
RAHMAN

3. ZAMINAH BT 1. Pihak kolej meletakkan penghadang di sepanjang korridor aspuri supaya aurat
MOHD ZAIN pelajar perempuan lebih terjaga.

1. Mewujudkan mesin ATM untuk kemudahan pelajar.


4. HAMDAN BIN 2.Menambah kuantiti kipas/ membaiki kipas di kelas blok pentadbiran (tingkat 3).
SHAMSUDIN 3.Melonggarkan peraturan membawa telefon bimbit dan wayar penyambung untuk
pelajar asrama.
4.Membenarkan pelajar pulang awal jika ketiadaan kelas.

19

Anda mungkin juga menyukai