Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI

JKR300 JALAN PEJABAT, 86800 MERSING, JOHOR.

MESYUARAT
AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)

2023
20 MEI 2023 (SABTU)

9.00 PAGI

GOOGLE MEET
(Lokasi masing-masing)
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2023 2

2. Atur Cara Majlis 3

3. Kata Alu-aluan Guru Besar SKSP 4

4. Kata Alu-aluan YDP PIBG SKSP 5

5. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan 6

6. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 7

7. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023 8

8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2022 9 - 14

9. Laporan Perjalanan PIBG sesi 2021/2022 15 - 16

10. Laporan Kewangan PIBG berakhir pada 31.12.2022 17

11. Pembentangan Usul 18

12. Catatan Senarai AJK PIBG Sesi 2021/2022 19

13. Ucapan Penghargaan 20


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
2023
ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SK SERI PANTAI 2023

9.00 pagi Pendaftaran ibu bapa / penjaga dan guru melalui pautan Google Form

Bacaan Doa

Persembahan Multimedia

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Pantai Tahun 2023 dimulakan:

1. Ucapan Yang di-Pertua PIBG SK Seri Pantai


En. Saharodin bin Musa

2. Ucapan Tuan Penasihat PIBG SK Seri Pantai


Pn. Rizana binti Mat Jelis

3. Sesi Cabutan Bertuah 1

4. Membentang dan Menerima Minit MAT PIBG SKSP Tahun 2023

5. Perkara Berbangkit

6. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2023

7. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan


Berakhir pada 31.12.2022

8. Perbahasan Usul

9. Penganugerahan Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi semasa

10. Sesi Cabutan Bertuah 2

11. Ucapan Penangguhan

12. Hal-hal lain

11.30 pagi Majlis Bersurai


KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada tahun ini
kita masih berpeluang merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai
bagi tahun 2023. Usaha melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (MAT
PIBG) ini ternyata bukan sesuatu yang mudah dibuat kerana ia memerlukan
komitmen semua pihak. Mesyuarat ini juga bukan hanya untuk memenuhi
tuntutan takwim PIBG tetapi juga untuk meningkatkan kerjasama antara ibu
bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan persekitaran yang
menyokong pembelajaran ke arah anak-anak mencapai kecemerlangan yang
holistik.

Saya amat berharap MAT PIBG ini dapat menjadikan satu platform yang
tepat untuk menjayakan Sarana Ibu Bapa. Cadangan yang diberikan melalui
sarana ini sedikit sebanyak boleh dijadikan landasan oleh ibu bapa yang
mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan
berbeza-beza untuk dijadikan panduan bagi mengatasi cabaran mendidik
anak-anak. AJK PIBG diharap dapat terus menggerakkan Kumpulan Sokongan
Ibu Bapa (KSIB) dalam memainkan peranan dalam aktiviti yang dijalankan di
sekolah. KSIB wajar menjadi medium interaksi, perkongsian dan
percambahan ilmu yang lebih bermakna dalam membantu sekolah untuk
kepentingan anak-anak.

Setinggi terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi ini yang telah
menabur bakti, ibu bapa yang berjaya hadir pada hari ini dan guru-guru
hebat sebagai ahli jawatankuasa pelaksana. Kejeleketan dan kesepakatan kita
adalah merupakan satu tanda aras kepada kecemerlangan murid-murid dan
sekolah. Semoga mesyuarat pada hari ini dapat berjalan dengan harmoni dan
lancar dan apapun keputusan yang diambil pastikan ia adalah keputusan
yang terbaik untuk anak-anak dan sekolah. Mari kita rapatkan saf, tingkatkan
iltizam dan muafakat demi memastikan anak-anak mendapat persekitaran
pendidikan yang berkualiti dan seterusnya membentuk iklim sekolah
sejahtera. Jom semua!

Sekian, wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(RIZANA BINTI MAT JELIS)


Guru Besar,
SK Seri Pantai, 86800 Mersing, Johor.
KATA ALU-ALUAN
YANG DI-PERTUA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Pantai bagi Tahun 2023. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Guru Besar, pentadbir sekolah, AJK PIBG, guru-
guru dan semua pihak yang telah bekerja keras untuk melaksanakan
Mesyuarat Agung ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua ibu bapa,
walaupun saya tahu di sebalik kesibukan tugas dapat juga ibu bapa mencuri
masa untuk turut serta ke mesyuarat ini.

Bagi pihak PIBG, saya yakin dengan kehadiran semua pihak, akan dapat
menyemarakkan lagi semangat ibu bapa untuk melibatkan diri secara aktif
dalam program pendidikan. Mesyuarat Agung ini diharapkan menjadi medan
untuk ibu bapa yang hadir memberi pandangan dan menyatakan sokongan
terhadap usaha pihak sekolah memberi pendidikan kepada anak-anak kita.

Semoga dengan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga murid,


sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang berjaya dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Sebagai YDP PIBG sekolah ini, saya tetap
ingin melihat PIBG dengan sokongan ahli-ahlinya dapat membantu sekolah
dalam mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang. Tanpa sokongan
moral dan material, sudah tentu PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik
dalam membantu sekolah mencipta kecemerlangan pelajar.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan kerjasama, berkorban masa dan tenaga
serta wang ringgit untuk kemajuan sekolah ini. Semoga segala pengorbanan
kita yang ikhlas ini akan mendapat keredhaan dari Allah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

………………………………
( SAHARODIN BIN MUSA )
Yang di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Seri Pantai, 86800 Mersing, Johor.
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG SKSP 2023
PENASIHAT : Pn. Rizana Binti Mat Jelis
PENGERUSI 1 : En. Saharodin Bin Musa
PENGERUSI 2 : Pn. Zanariah Binti Mohd Said
SETIAUSAHA : En. Wan Muhamad Saiful Bin Wan Hasan
BENDAHARI : Pn. Hjh. Zuridah binti Hashim

PENDAFTARAN
En. Wan Muhamad Saiful Bin Wan Hasan (K)

PENGACARA MAJLIS
Pn. Siti Sara Binti Mustafa (K)

SIARAYA & TEKNIKAL


En. Muhamad Aflah Bin Rusdi (K)
En. Muhamad Lutfi Hanif Bin Shamshul Bahari
En. Mohd Zairi Bin Omar

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Pn. Comel Binti Othman (K)

PENCATAT MESYUARAT AGUNG


En. Zanariah Binti Jemaat (K)
Pn. Noraini Binti Ripin

MAKANAN & MINUMAN


Pn. Hjh. Zuridah Binti Hashim
Pn. Hjh Rozana A’zah Binti Abd. Azib

BUKU PROGRAM
Cik Tuan Najwa Aqilah Binti Tuan Dandan (K)
En. Wan Muhamad Saiful Bin Wan Hasan

PUBLISITI DAN HEBAHAN


Pn. Fatin Munirah Bin Maarof (K)

HADIAH, CENDERAMATA & CABUTAN BERTUAH


Pn. Norhamilah Binti Mohd Yusof @ Yong Khak (K)
En. Wan Muhamad Saiful Bin Wan Hasan

BACAAN DOA
En. Abdul Latif Bin Ahmad (K)
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKSP
SESI 2022/2023

PENASIHAT : PN. RIZANA BINTI MAT JELIS

YANG DI-PERTUA : EN. SAHARODIN BIN MUSA

NAIB YANG DI-PERTUA : EN. MOHD. FADHLY MUKMININ BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA KEHORMAT : EN. WAN MUHAMAD SAIFUL BIN WAN HASAN

BENDAHARI KEHORMAT : PN. HJH. ZURIDAH BINTI HASHIM

WAKIL IBU BAPA


1. EN. RAZUAN BIN RASHID
2. EN. MOHAMAD AL-HADI BIN SALIMAN
3. PN. ROHAIZAWATI BINTI ROSLEE
4. PN. ZAIDAH BINTI ABD RAHMAN
5. PN. ROSALILY BINTI JABAR
6. PN. AISYAH BINTI ABD RASYID
7. EN. SHUKRI BIN OSMAN

WAKIL GURU
1. EN. MOHD ZAIRI BIN OMAR
2. PN. SITI SARA BINTI MUSTAFA
3. EN. BAHARUDDIN BIN ABD. LATIB
4. PN. NURHAMILAH BINTI MOHD YUSOF

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. PN. ROZANA A’ZAH BINTI ABD. AZIB
2. PN. ZURAINI BINTI MUDA

PEMEGANG AMANAH
1. EN. MUHAMAD AFLAH BIN ROSDI
2. EN. JAMALUDDIN BIN PAAT
AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SK SERI PANTAI 2023

1. Bacaan Doa

2. Ucapan Yang di-Pertua PIBG SK Seri Pantai


En. Saharodin bin Musa

3. Ucapan Tuan Penasihat PIBG SK Seri Pantai


Pn. Rizana binti Mat Jelis

4. Sesi Cabutan Bertuah 1

5. Membentang dan Menerima Minit MAT PIBG SKSP Tahun 2023

6. Perkara Berbangkit

7. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2023

8. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan


Berakhir pada 31.12.2022

9. Perbahasan Usul

10. Penganugerahan Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi semasa

11. Sesi Cabutan Bertuah 2

12. Ucapan Penangguhan

13. Hal-hal lain

14. Mesyuarat ditangguhkan


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PANTAI TAHUN 2022
TARIKH : 25 Jun 2022 (Sabtu)

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT: Dewan Sri Gemilang, SK Seri Pantai, Mersing, Johor.

BIL. PERKARA
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
1.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir.

2.0 Bacaan doa


2.1 Bacaan doa oleh Encik Abdul Latif Bin Ahmad.

3.0 Persembahan Multimedia mengenai kecemerlangan sekolah sepanjang


tahun 2021/2022.

4.0 Persembahan murid yang telah menyertai Pertandingan Dai’e Cilik


Peringkat Daerah Tahun 2022.

5.0 Ucapan Tuan Guru Besar (Puan Rizana Binti Mat Jelis)
5.1 Mengucapkan syukur dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG kerana
dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG 2022.
5.2 Suasana berbeza pada tahun 2022, dapat melaksanakan mesyuarat
secara bersemuka walaupun kehadiran kurang memuaskan tetapi
mengucapkan syukur atas usaha ibu bapa yanghadir.
5.3 Tarikh hari ini tarikh keramat kerana terdapat sekolah lain juga
mengadakan mesyuarat agung.
5.4 Matlamat sekolah adalah kemenjadian murid dan kualiti guru
sepertimana yang telahdipaparkan melalui tayangan multimedia.
5.5 Usaha ke arah mencapai hala tuju sekolah iaitu Keunggulan
Kepimpinan Cemerlang Kearah Kebestarian Sekolah dalam Kemenjadian
Murid.
5.6 SK Seri Pantai 1/3 teratas di daerah Mersing.
5.7 Sekolah Sejahtera akan diterapkan di sekolah.
5.8 Mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua pihak untuk
kejayaan SK Seri Pantai.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PANTAI TAHUN 2022

BIL. PERKARA
6.0 Ucapan Aluan oleh YDP PIBG (Encik Saharodin Bin Musa)
6.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua AJK,
serta ahli PIBG ke majlisyang diadakan.
6.2 Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana
memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan Mesyuarat Agong PIBG
bagi tahun 2022.
6.3 Tahniah kepada sekolah kerana telah melahirkan anak-anak yang
berjaya dari segi akademikdan sahsiah.
6.4 Ucapan selamat datang kepada penghulu kampung dalam mesyuarat
agung kali ini.
6.5 Ucapan terima kasih kepada para penyumbang untuk hadiah cabutan
bertuah.
6.6 Syabas dengan kesinambungan sekolah dan ibu bapa dalam
mencapai kecemerlangan anak-anak SK Seri Pantai.
6.7 Kecemerlangan sekolah selaras dengan moto “Ibu Bapa Prihatin,
Anak-anak Sejahtera”
6.8 Tahniah juga atas pelancaran Tabung Pembangunan Sekolah.
Makluman

7. Ucapan Perasmian oleh Penghulu Mukim Jemaluang Mersing (Encik


Nurulikhwan Bin Hujan@Tik)
7.1 Mengucapkan salam dan terima kasih atas jemputan merasmikan
Mesyuarat Agong PIBG bagi tahun 2022.
7.2 Peranan yang paling penting dalam pendidikan ialah ibu bapa,
sekolah dan rakan hanya 20% sahaja.
7.3 Betapa penting komitmen yang perlu diberikan oleh ibu bapa
terhadap pendidikan anak-anak.
7.4 Budaya pendidikan persekitaran telah menyebabkan suasana dan
cara dalam mendidik anak-anak perlu mengikut situasi semasa.
7.5 Buang sikap meletakkan 100% soal pendidikan kepada pihak sekolah.
7.6 Mini Karnival Keluarga Malaysia akan diadakan di Kampung Sri Pantai
dan sekolah adalahsalah satu tempat yang akan dilawati oleh pensyarah-
pensyarah yang dijemput dalam karnival tersebut.
7.7 Ucapan tahniah kepada anak-anak yang berjaya.
7.8 Penghulu mencadangkan agar PIBG memberikan sumbangan RM50
kepada golongan bapa yang hadir ke mesyuarat agung kali ini sebagai
penyuntik semangat dan komitmen yang telah diberikan.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PANTAI TAHUN 2022

BIL. PERKARA
8.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung.
8.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun
2021.
8.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2021.
- Pencadang: Puan Comel binti Othman
- Penyokong: Pn. Zanariah binti Mohd Said
Tindakan: Setiausaha

9. Perkara Berbangkit: Tiada

10. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG.


10.1 Setiausaha membacakan laporan perjalanan PIBG sepanjang tahun
2021/2022.
10.2 Menerima laporan perjalanan PIBG Tahun 2021/2022.
- Pencadang: Encik Al-Hadi bin Saliman
- Penyokong: Puan Zaidah binti Abd Rahman
Tindakan: Setiausaha

11. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan.


11.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan berakhir pada 31
Disember 2021.
- Baki di bank- RM 10 581.61
- Baki di tangan-RM 0.10
11.2 Menerima Penyata Kewangan:
- Pencadang: Encik Shukri bin Osman
- Penyokong: Puan Zaidah binti Abd Rahman
Tindakan: Bendahari

12. Membincangkan Usul


12.1 Puan Zaidah binti Abd Rahman mencadangkan agar sumbangan PIBG
sebanyak RM40 dikekalkan bagi sesi 2022/2023 dan usul tersebut
dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.
12.2 Encik Shukri bin Osman mencadangkan agar Program Kutipan Dana PIBG
melalui Kad Parenthon Syawal diteruskan dan usul tersebut dipersetujui
oleh semua ahli mesyuarat.

12.3 Encik Abdul Rashid bin Mohamed mencadangkan agar semua murid
balik pada waktu yang sama dan usul ini tidak dipersetujui atas sebab
bilangan waktu murid Tahap satu dan Tahap dua adalah berbeza. Maka usul
tersebut ditolak.
12.4 Usul keempat tidak dibincangkan kerana penjaga yang memberi usul
tidak hadir.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PANTAI TAHUN 2022

BIL. PERKARA
12.5 Encik Mohd Fadhly Mukminin bin Zakaria mencadangkan agar pihak
sekolah melibatkanpenyertaan ibu bapa penjaga dalam aktiviti kokurikulum
dan usul tersebut dipersetujui.Yang Dipertua PIBG memaklumkan kepakaran
ibu bapa boleh disalurkan melaluikomuniti KSIB bagi membantu sekolah.
12.6 Usul keenam tidak dibincangkan kerana penjaga yang memberi usul
tidak hadir.

13. Membubarkan AJK PIBG Sesi 2021/2022


13.1 YDP PIBG SKSP (Encik Saharodin Bin Musa) membubarkan AJK PIBG sesi
2021/2022.
Makluman

14. Melantik Pengerusi Sementara.


14.1 Puan Zaidah binti Abd Rahman mencadangkan Encik Hussein Bin
Rahmat sebagaipengerusi sementara dan disokong oleh Encik Saharodin Bin
Musa.
Makluman

15. Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023


15.1 Puan Zaidah Binti Abdul Rahman mencadangkan agar Encik Saharodin
Bin Musa sebagai YDP PIBG sesi 2022/2023 dikekalkan dan disokong oleh
Encik Shukri bin Osman manakala Encik Razuan Bin Rasyid mencadangkan
cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.
15.2 Puan Comel bin Othman mencadangkan agar Encik Mohd Fadhly
Mukminin bin Zakaria sebagai NYDP PIBG sesi 2022/2023 dan disokong oleh
Puan Nur Hidayah binti Roslan.
15.3 Encik Razuan Bin Rasyid mencadangkan agar 4 orang Ahli Jawatankuasa
PIBG yang lama dikekalkan iaitu Encik Shukri bin Osman, Puan Zaidah Binti
Abdul Rahman, Encik Razuan Bin Rasyid dan Puan Rosalily binti Jabar serta
disokong oleh Encik Saharodin Bin Musa.

15.4 Cadangan 3 orang lagi Ahli Jawatankuasa PIBG iaitu Encik Al-Hadi bin
Saliman, Puan Aisyah binti Abd Rasyid dan Puan Rohazawati binti Roslee
serta disokong oleh Encik Saharodin Bin Musa.
15.5 Puan Zanariah binti Mohd Said mencadangkan Puan Zuraini binti Muda
sebagai Pemeriksa Kira-kira dan disokong sebulat suara.
15.6 Cadangan sebagai Pemegang Amanah ialah Encik Jamaluddin bin Paat
dan disokong sebulat suara.
Makluman
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PANTAI TAHUN 2022

BIL. PERKARA
16. Lain-lain hal.
Tiada

17. Ucapan penangguhan


17.1 En. Saharodin Bin Musa, mengharapkan agar PIBG dan KSIB akan
memberikan kerjasamakepada semua program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah pada sepanjang masa.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dengan bacaan Tasbih


Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………. ……………..………………………….
(HUSSIEN BIN RAHMAT) (SAHARODIN BIN MUSA)
Setiausaha, Yang di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Seri Pantai, SK Seri Pantai,
Mersing, Johor. Mersing, Johor.
Tarikh: 2 Julai 2022 Tarikh: 5 Julai 2022

…………………………….. ……………………
LAPORAN PERJALANAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
SESI 2022/2023
Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022/2023 dengan kerjasama
pihak sekolah antaranya adalah seperti berikut:

1. MESYUARAT AJK
Berikut adalah senarai kehadiran AJK PIBG dalam dua (2) kali mesyuarat yang
telah diadakan sepanjang sesi 2022/2023.
LAPORAN PERJALANAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
SESI 2022/2023

Antara yang dibincangkan ialah:

1. Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023, projek penyelenggaraan bilik darjah,


kelas pendidikan khas, dan pembinaan dewan, proses mewujudkan loker
untuk simapanan buku murid, perancangan pelantikan PIBK dll.

2. Kebajikan murid serta kecemerlangan dalam semua bidang, kurikulum dan


ko-kurikulum.

3. Sumbangan kewangan dan kemudahan bagi menjayakan aktiviti yang


dirancang bersama dengan pihak sekolah.

2. PELANTIKAN AJK BIRO 2022/2023


Pelantikan Ketua Biro dan Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:

3. SENARAI AKTIVITI PIBG MENGIKUT BIRO


Berikut ialah aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap biro dengan
kerjasama pihak sekolah.
PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
BERAKHIR PADA 31.12.2022
PEMBENTANGAN USUL
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
2023
1. Notis Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Pantai, Mersing dan borang usul telah
diedarkan pada 8 Mei 2023.

2. Sebanyak 3 usul telah diterima untuk dibahaskan, setelah tarikh akhir


penerimaan usul iaitu pada 15 Mei 2023.

3. AJK PIBG telah bersetuju sebulat suara menerima usul berikut untuk
dibahaskan.
UCAPAN PENGHARGAAN

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan semua ahli PIBG


Sekolah Kebangsaan Seri Pantai bagi sesi 2022/2023 merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada;

Encik Nurulikhwan Bin Hujan@Tik


Penghulu Mukim Jemaluang Mersing

Pn. Rizana binti Mat Jelis


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Pantai

Pegawai Pendidikan Daerah Mersing

Guru-guru dan Kakitangan


Sekolah Kebangsaan Seri Pantai,

Semua Ibu Bapa dan Penjaga,


Sekolah Kebangsaan Seri Pantai,

Murid-murid serta semua pihak dan orang perseorangan yang


telah memberikan sumbangan, sokongan dan kerjasama
bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023 ini.

Anda mungkin juga menyukai