Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG SAMPARITA LAUT

ULU BENGKOKA KOTA MARUDU (PPSLUB)


NO PENDAFTARAN: PPM-009-12-28022019

KERTAS KERJA
CERAMAH KEJIRANAN
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGARAAN

TARIKH
27-28 Oktober 2022

TEMPAT
KAMPUNG SAMPARITA LAUT, KOTA MARUDU

ANJURAN
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG SAMPARITA LAUT, ULU BENGKOKA KOTA
MARUDU
KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT


1 TAJUK 2
2 TUJUAN 2
3 LATAR BELAKANG 2
4 PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM 3
5 OBJEKTIF 3
6 KOMPONEN PROGRAM 3
6.1 : CADANGAN TARIKH 4
6.2 : CADANGAN TEMPAT 4
6.3: KUMPULAN SASAR 4
6.4 : BILANGAN PESERTA 4
6.5 : BILANGAN PROGRAM 4
6.6 : KAEDAH PERLAKSANAAN 4-5
7 ANGGARAN PERBELANJAAN
8 FAEDAH/OUTCOME PROGRAM 6
9 KESIMPULAN 6

1.0 MAKLUMAT PERTUBUHAN

1
1.1 Nama Persatuan : PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG
SAMPARITA LAUT ULU BENGKOKA KOTA MARUDU
1.2 Alamat : PETI SURAT A022, ABX EXPRESS TINGKAT 1,
LOT 2 BANGUNAN PLAZA MARUDU

1.3 No PPM : PPM-009-12-28022019

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon peruntukan geran persatuan
penduduk 2022 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi
mendapatkan bantuan sumber kewangan untuk menjalankan program kejiranan
“CERAMAH KEJIRANAN,PEMBERSIHAN DAN PENYELENGARAAN” anjuran
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG SAMPARITA LAUT, ULU BENGKOKA
KOTA MARUDU

3.0 LATAR BELAKANG


Program Kejiranan ini telah julung kalinya telah dianjurkan oleh Persatuan
Penduduk Samparita Laut, Ulu Bengkoka pada 25-26 Oktober 2019 setelah
mendapat kelulusan dana daripada Jabatan Pendafatran Pertubuhan Malaysia
sebanyak RM 10,000( Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia). Dan untuk pada tahun ini,
pihak Persatuan juga amat berbesar hati agar permohonan Dana ini dapat
diluluskan untuk menjalankan aktiviti Program Kejiranan ini bagi Siri yang kedua
bagi tahun 2022 kerana ini adalah aktiviti tahunan bagi persatuan ini.

4.0 PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM


Program Kejiranan ini telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa melalui
Mesyuarat Persatuan pada ( 6 Februari 2022 )-Minit Mesyuarat(Lampiran disediakan)

5.0 BUTIRAN PROGRAM


5.1 Jenis Program: Program Kejiranan
5.2 Kaedah/Cara Pelaksanaan: Program ini akan dilaksanakan dengan mengadakan ceramah dan
gotong royong bagi semua penduduk yang terlibat dalam program ini.
5.3 Jadual Pelaksanaan: 26-28 Oktober 2022
Faedah/Outcome:
5.3.1 Memantapkan pengetahuan dan pengalaman tentang kebudayaan dan cara hidup sesuatu
masyarakat melalui perkongsian,
5..3.2 Meningkatkan kesedaran bagi mengekalkan nilai-nilai murni masyarakat.
5.4.3 Memberi peluang untuk menjual hasil keluaran kampung sendiri disamping
memperlihatkan kegiatan ekonomi; dan
5.5.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dengan peserta
dari kampung sekitar
Kumpulan Sasar: Semua Ahli Persatuan Penduduk Samparita Laut, Ulu Bengkoka
: Pihak Kerajaan yang terlibat dalam Program ini dan tetamu Jemputan khas YB Tuan
Hendrus Anding Adun N 7 Tandek merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Dan YB Datuk Seri
Panglima Maxsimus Ongkili Merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu Menteri Hal ehwal Sabah dan
Sarawak
Bilangan Peserta: 210 Peserta

6.0 Anggaran Kos :

2
Bil Keterangan Unit Harga Jumlah
Seunit(RM) (RM)

Perbelanjaan
I. Percetakan Banner 1 230.00 230.00
II. Makanan/Minuman 210 20.00 4,200.00

III. Baju Persatuan 50 31.00 1,550.00


IV. Walkie Talkie 4 60.00 240.00
V. Meja Lipat 6 250.00 1500.00
VI. Kerusi Getah 95 24.00 2,280

JUMLAH 10,000

7.0 Justifikasi Keperluan Peralatan

7.1.1 Meja Lipat dan Kerusi Getah


Meja Lipat dan Kerusi Getah amat diperlukan untuk kegunaan penduduk
memandangkan Persatuan ini belum mempunyai Meja Lipat dan Kerusi Getah
buat masa ini. Kami perlu menyewa Meja Lipat dan kerusi Getah ini dari pihak
luar dengan kos RM200.00 untuk sekali penggunaan. Dianggarkan setiap tahun
kami akan mengadakan paling kurang 10 program setiap tahun yang
memerlukan peralatan ini dengan kos minimum RM2,000.00 setahun. Hasil dari
pembelian ini, pasti dapat menjimatkan kos penganjuran program untuk masa
hadapan.

8.0 SYOR

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada masyarakat


setempat terutama dikalangan penduduk kampung yang terlibat dalam program
ini, diharap program ini mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Terima kasih tidak terhingga diucapkan
kepada pihak yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam merealisasikan
program kemasyarakatan yang menjurus kearah komuniti yang sejahtera dan
persekitaran yang selamat.

3
Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(Freddy James Toneus)
SETIAUSAHA
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG SAMPARITA LAUT
ULU BENGKOKA, KOTA MARUDU

Disemak dan Disahkan oleh, Tarikh:

…………………………………........
(Janlin Bin Maidar)
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG SAMPARITA LAUT
ULU BENGKOKA, KOTA MARUDU

Anda mungkin juga menyukai