Anda di halaman 1dari 14

GARIS PANDUAN

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) JAHITAN


KURSUS PEMBUATAN SET BERSALIN IBU & ANAK

1. TUJUAN

Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai


tatacara pelaksanaan Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang
seragam dan boleh diikuti oleh semua pihak yang menjadi
pelaksana. Penyediaan garis panduan ini akan dapat membantu
melicinkan pelaksanaan aktiviti dan seterusnya dapat memberi
manfaat kepada masyarakat luar bandar.

2. OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah untuk:-

2.1 Mengadakan latihan kemahiran jangka pendek dalam


memberi bimbingan dan kemahiran untuk membolehkan
peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi
pengetahuan;

2.2 Menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan


menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara
perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan
pendapatan ;

2.3 Memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-


formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk
kualti hidup dan memupuk budaya niaga ; dan

2.4 Sejajar dengan Misi KEMAS bagi meningkatkan


pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi
terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber
ke tahap optima.

1 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


3. PELAKSANAAN

3.1 Tarikh : Februari hingga Oktober 2019


3.2 Tempat : Pusat / institut latihan KEMAS, agensi
kerajaan lain - lain premis agensi kerajaan
yang bersesuaian
3.3 Jangkamasa: 1 hingga 3 hari

3.4 Pendaftaran peserta :

i. Borang pendaftaran kursus di Lampiran A (diisi


semasa pendaftaran)
ii. Borang kehadiran Harian kursus di Lampiran B
(diisi setiap sesi kursus)
iii. Borang penilaian pelaksanaan kursus di Lampiran C
(diisi selepas tamat kursus

4. KANDUNGAN/ KURIKULUM/ MODUL

Huraian kandungan kursus adalah seperti berikut :

TAJUK JAM
1 JAM
1. Pengenalan

2. L atihan Teori dan Amali 13 JAM

3. Asas Keusahawanan 3 JAM

4.Rumusan Dan Penilaian Kursus 1 JAM

5. KUMPULAN SASAR/PESERTA

Bilangan peserta seramai 20 orang terdiri daripada Komuniti B40


seperti berikut:

2 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


5.1 Belia dan Beliawanis
5.2 Peserta Kelas Kemahiran KEMAS
5.3 Ibu Tunggal
5.4 Suri rumah
5.5 Peserta Quick Win KEMAS

6. TENAGA PENGAJAR/PENYELARAS/URUS SETIA

6.1. Tenaga Pengajar :


Pemaju Masyarakat KEMAS Bidang Jahitan

6.2. Penyelaras :
KEMAS Negeri /Daerah

6.3. Urus Setia :


Penyelia dan Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran

7. PERUNTUKAN

Peruntukan bagi melaksanakan kursus ini adalah seperti berikut:-

7.1 Peruntukan yang diperuntukan bagi mengadakan kursus ini


adalah sebanyak RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga
Ribu Ringgit sahaja) bagi setiap satu (1) siri seperti di
Lampiran D.

7.2 Anggaran perbelanjaan bagi Kursus Pembuatan Set


Bersalin Ibu& Anak adalah berdasarkan kiraan seperti
berikut :

KOS SEUNIT
BIL PERKARA JUMLAH (RM) JUMLAH
(RM)

RM20.00x 22
1 Makan minum 22 orang orang x 3 hari 1,320.00
- 1 orang tenaga (sarapan,
pengajar, 1 orang makan

3 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


urusetia 20 orang tengah hari,
peserta minum
petang)
Bahan bengkel 20
2 peserta & 1 orang
tenaga pengajar

Bahan (pilihan) :
a) Kain cotton belacu
20 orang RM70.00 1,400.00
b) Kain cotton flannal
c) Tali barut
d) Herba tungku
e) Tali ikat tungku

Pelbagai termasuk
kemudahan berkursus 280.00
3 yang lain

JUMLAH (RM) 3,000.00

8. PELAPORAN PROGRAM

8.1 Adalah menjadi tanggungjawab KEMAS Negeri untuk


memastikan penyenaraian peserta dibuat secara saksama
dari segi liputan supaya tidak timbul pertindihan peserta.
Maklumat setiap peserta hendaklah direkodkan bagi tujuan
kajian impak keberkesanan kursus serta outcome peserta
yang telah hadir. Format borang kursus adalah seperti di
Lampiran E.

8.2 KEMAS Negeri perlu mengemukakan laporan pelaksanaan


program ke Bahagian Pendidikan Kemahiran, Ibu Pejabat
KEMAS Putrajaya berdasarkan format yang disediakan tiga
puluh (30) hari selepas kursus dilaksanakan.

4 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


9. PENUTUP

Kursus ini dijangka dapat memberikan impak dan tambah nilai


kepada peserta bagi meningkatkan kemahiran serta
mempelbagaikan ilmu kemahiran sedia ada.

Bahagian Pendidikan Kemahiran


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Putrajaya

5 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK
(KKJP)

MULA

Menerima arahan pelaksanaan program

Mesyuarat dan taklimat pelaksanaan program

Daerah mengenalpasti tempat, peserta dan


menyediakan kertas kerja program

Mendapat kelulusan program

Pelaksanaan Program

Rumusan dan pelaporan program

TAMAT

6 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


LAMPIRAN A

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

BORANG PENDAFTARAN KURSUS PESERTA

1. Nama Kursus :
2. Tempat Kursus :
3. Tarikh Kursus :
4. Nama Penuh Peserta :
5. No Kad Pengenalan :
6. No.Tel / Hp Peserta :
7. Email Peserta :
8. Alamat Rumah :
9. Umur :
10. Jantina :
11. Agama :
12. Bangsa :
13. Status Perkahwinan :
14. Kelulusan Tertinggi :

15. Pekerjaan :
16. Jika berniaga, sila nyatakan

17. Jenis perniagaan


18. Saudara terdekat yang boleh
dihubungi : Nama :
Alamat :
No.Tel :

Tandatangan Peserta :................................. Tarikh :...............................


* Potong mana yang tidak berkena

7 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


LAMPIRAN B

8 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


LAMPIRAN C

9 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


10 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019
11 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019
LAMPIRAN D

AGIHAN PERUNTUKAN MENGIKUT NEGERI TAHUN 2019


KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) JAHITAN

KOS SESIRI JUMLAH JUM JUMLAH BESAR


BIL NEGERI
(RM3,000) PESERTA SIRI (RM)
1 Johor 3,000.00 240 12 36,000

2 Kedah 3,000.00 200 10 30,000

3 Kelantan 3,000.00 200 10 30,000

4 Melaka 3,000.00 60 3 9,000


Negeri
5 3,000.00 140 7 21,000
Sembilan
6 Pulau Pinang 3,000.00 100 5 15,000

7 Pahang 3,000.00 160 8 24,000

8 Perak 3,000.00 200 10 30,000

9 Perlis 3,000.00 60 3 9,000

10 Sabah 3,000.00 300 15 45,000

11 Sarawak 3,000.00 300 15 45,000

12 Selangor 3,000.00 180 9 27,000

13 Terengganu 3,000.00 160 8 24,000


Wilayah
14 3,000.00 100 5 15,000
Persekutuan

JUMLAH 2,400 120 360,000.00

12 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


FORMAT RUMUSAN PELAPORAN KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) LAMPIRAN E

13 GARIS PANDUAN KURSUS KKJP JAHITAN 2019


14 Kursus Kemahiran Jangka Pendek Jahitan 2019

Anda mungkin juga menyukai