Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 3

BKU-02/03

KERTAS KERJA

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL


BIL 6 TAHUN 2021
KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

ANJURAN

KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

TEMPAT

DEWAN LESTARI,
KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

TARIKH

19 FEBRUARI 2022
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon kelulusan dan peruntukan untuk
melaksanakan program Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Bil 6 Tahun 2021.

2.0 LATAR BELAKANG

Kolej Vokasional Kuala Selangor amat mementingkan kecemerlangan pelajar


dari pelbagai bidang perkembangan pelajar terutama dalam aspek vokasional,
akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar pula mencerminkan
perkembangan serta kemajuan kolej, dalam melahirkan modal insan yang mampu
berdikari di dalam kerjayanya.
Majlis konvokesyen ini diadakan untuk meraikan bakal graduan yang telah
menamatkan pengajian dalam program masing-masing yang telah menunjukkan
potensi dan kesungguhan untuk meletakkan dirinya di taraf yang lebih baik.
Adalah menjadi harapan, majlis ini dapat menjadi motivasi dan kenangan
kepada para graduan untuk melangkah ke mercu kecemerlangan dan menghadapi
situasi kehidupan sebenar di luar.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini, adalah diharapkan pihak sekolah dapat:

3.1 Memberi pengiktirafan kepada para graduan yang telah berjaya dengan
cemerlang dalam bidang vokasional dan akademik.
3.2 Memberikan motivasi kepada pelajar semasa dengan meraikan para graduan
yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
3.3 Mengeratkan silaturrahim dan hubungan baik di antara ibu bapa dan warga
kolej.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 Bilangan Peserta


 88 pensyarah dan AKP yang terlibat sebagai AJK Pelaksana
 149 graduan Kohot 2019 terlibat sebagai penerima anugerah

4.2 Tarikh Pelaksanaan


 Tarikh: 19 Februari 2022 (Sabtu)
 Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

4.3 Tentatif Program


 Rujuk Lampiran A

4.4 Tempat Program


 Dewan Lestari
4.4 Ahli Jawatankuasa Program
 Rujuk Lampiran B

4.5 Senarai penerima skrol diploma


 Rujuk Lampiran C

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


 Rujuk Lampiran D

6.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Huraian perkara Jumlah


1 PCG mengikut program
1. Pemasaran RM15.00 X 31 orang RM465.00
2. Multimedia Kreatif RM15.00 X 28 orang
RM420.00
Animasi
3. Perbankan RM15.00 X 28 orang RM420.00
4. Bakeri dan Pastri RM15.00 X 31 orang RM465.00
5. Seni kulinari RM15.00 X 14 orang RM210.00
6. Teknologi Sistem RM15.00 X 17 orang
Pengurusan
RM255.00
Pangkalan Data dan
Aplikasi Web
JUMLAH RM2235.00

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar permohonan ini diluluskan agar program meraikan pelajar ini
berjalan dengan lancar dan matlamat kolej untuk melahirkan insan berkemahiran
tinggi akan tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...........................................…………. .............................................
(NORAZRIN BINTI MOHD SHAHAR) (NORAINI BINTI RAMLAN)
Penyelaras Program Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Vokasional Kuala Selangor

Disahkan oleh,

..........................................
(MOHD DAUD BIN ISMAIL)
Pengarah
Kolej Vokasional Kuala Selangor

Anda mungkin juga menyukai