Anda di halaman 1dari 9

CONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH
8 DAN 9 APRIL 2022

TEMPAT
KAMPUNG PAYA TOK AKIL YANG MERANGKUMI: DEWAN ORANG
RAMAI, SURAU, DAN KURSUS PENDEK UNTUK KOMUNITI SEKITAR.

ANJURAN

KUMPULAN 2 PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN


KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

TEMA

“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI “KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”


ANJURAN KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN DENGAN GABUNGAN
PELAJAR PERAKAUNAN KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH.

1.0 TUJUAN
Bagi mencapai hasil pembelajaran kursus, kertas kerja ini dirangka adalah untuk
memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak yang
berkenaan bagi mengadakan sebuah Program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh
kumpulan pelajar Diploma Teknologi Kimpalan dan Perakauan, Kolej Vokasional
Butterworth, Pulau Pinang. Program ini akan dijalankan pada 8 dan 9 April 2022 di
sebuah kampung yang dipilih di sekitar Kolej iaitu Kampung Paya Tok Akil, Tasek
Gelugor, dalam Daerah Seberang Perai Utara.

2.0 PENGENALAN
2.1 Kumpulan pelajar Program Diploma Teknologi Kimpalan dan Perakaunan dan
Perakaunan, Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang dibentuk untuk
melaksanakan kursus MPU 2412 bagi memenuhi jam kredit kursus disamping
membentuk tanggungjawab sosial serta meningkatkan pengatahuan dalam
pembangunan insaniah.
2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang tanggungjawab
diri terhadap komuniti sekeliling, memberi pendedahan untuk mereka belajar
bersosial dengan komuniti serta memberi peluang kepada pelajar kolej vokasional
melakukan kerja sukarelawan. Pelajar kolej vokasional juga dapat menanam sikap
penyayang. Kami memilih kampung Paya Tok Akil kerana amat sesuai untuk
melaksanakan modul kursus ini kerana dari aspek komunitinya yang mempunyai
latar belakang yang pelbagai dan kemudahan yang masih perlu dibantu.
2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program ini
dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti komuniti
yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting bagi melahirkan
pelajar kolej vokasional yang mempunyai tanggungjawab sosial serta mampu
melahirkan sifat tanggungjawab dalam setiap diri pelajar kolej vokasional kerana
setiap ahli akan berkerjasama untuk merealisasikan program ini.
2.4 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka seharian
serta mendapatkan ajaran daripada pihak pensyarah supaya dapat mengamalkan
sikap kepimpinan dan berkomunikasi sihat dengan komuniti luar.
HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
CONTOH KERTAS KERJA

3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional.
3.2 supaya dapat membentuk pelajar kolej vokasional yang berkemahiran
berkomunikasi, berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan.
3.3 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.4 Menjaga nama baik Kolej Vokasional Butterworth sepanjang dan selepas
pelaksanaan program

4.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi memastikan
kelicinan perjalanan program sepanjang Program ini berlangsung.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melatih pelajar kolej vokasional dalam kemahiran sosial dan
kerbertanggungjawaban seperti menguruskan program di luar kampus, dan
berhubung dengan pengurusan dan pihak luar, serta bertanggungjawab dengan
setiap tugasan yang telah diagihkan.
5.2 Melatih pelajar kolej vokasional dengan berkemahiran berkomunikasi,
berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan serta melatih mereka untuk
bersosial dengan komuniti.
5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada mahasiswa
seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan
mengagihkan tugas serta menyelesaikan aktiviti Khidmat Komuniti yang telah
diagihkan dan ditugaskan.
5.4 Menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan komuniti lebih tua.

6.0 TEMA
“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

7.0 ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Pelajar kolej Vokasional Diploma Teknologi
Kimpalan dan Perakaunan Vokasional Butterworth.

8.0 TARIKH & MASA


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 8 dan 9 April 2022
Masa : 8.00 am - 5.00 pm

9.0 TEMPAT
Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, dalam Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM


10.1. Peserta: 20 orang pelajar kolej vokasional kumpulan Diploma Teknologi
Kimpalan dan Perakaunan

11.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

13.0 PERINCIAN PROGRAM


13.1 Senam sihat pagi
a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar kolej vokasional dengan komuniti.

 Mempertingkatkan jasmani pelajar kolej vokasional.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan sebagai demostrator untuk
senam sihat pagi
 Senam sihat pagi akan dimulakan dengan muzik yang akan disediakan terlebih
dahulu.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.

13.2 Aktiviti Gotong Royong Rumah (Warga Terpilih)


a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar kolej vokasional dengan komuniti

 Menjadikan golongan komuniti lebih proaktif

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan membahagikan tugas bersama penghuni

 Setiap ahli melaksanakan mengikut kawasan

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

13.3 Aktiviti membaiki kerosakan(Bahagian yang terpilih sahaja)


a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Membantu pulih kerosakan

 Menyumbang Kemahiran.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

 Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan alatan untuk baikpulih

 Komuniti akan bantu kerja

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

13.3 Aktiviti Demo dan Kursus Asas Kimpal serta pengurusan kewangan Harian(Bahagian
yang terpilih sahaja)
a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Membantu menambah ilmu

 Menyumbang Kemahiran.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan demotrasi dan ceramah ringkas.

 Komuniti akan libat diri.

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

14.0 BELANJAWAN -Rujuk Lampiran C

15.0 TEMPAT URUSAN DAN RUJUKAN


Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat
menyurat sila hubungi:
Penyelaras Kursus Khidmat Komuniti, Kolej Vokasional Butterworth Pulau Pinang,
En.Mohd Fahmy Bin Ismail di No. Telefon 019962XXXX.

16.0 PENUTUP
Jesteru itu, kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan kewangan dapat
dibantu dan diluluskan. Kami juga berharap semoga program ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Ucapan terima kasih kami
dahulukan atas segala sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

Disediakan oleh,

....................................................
(DEWI NABILAH RATNA AYU BINTI AZMAN)
Penyelaras Program Khidmat Komuniti,
Kumpulan 2 pelajar Diploma Teknologi Kimpalan Dan Perakaunan,
Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang.

Disemak oleh,

............................................................................
(EN.MOHD FAHMY BIN ISMAIL)
Pensyarah Kursus Khidmat Komuniti, Jabatan Pendidikan Umum,
Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang.

Disokong dan Diluluskan oleh,

…………………………………………………
(TN HJ. AHMAD ZAWAWI BIN MOHD ALI)
Pengarah, Kolej Vokasional Butterworth.

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Penaung
Tn.Hj.Ahmad Zawawi Bin Mohd Ali(Pengarah)

Penasihat Program
En.Mohd Fahmy Bin Ismail YM Tg.Zainal Abidin Bin Tg.Ahmad En.Mazlan Bin Ahmad

Dewi Nabilah Ratna Ayu Binti Azman(Penyelaras)


Fatin Inshira binti Mansor (Setiausaha)

Puteri Nuralia Afiza binti Adli (Timbalan Setiausaha)

Bendahari
Tan Zhao Ee

Pengangkutan : Subheganesh A/L Inthiran


Logistik dan Teknikal : Zur Ain binti Md Zaki
Perhubungan dan alatan : Siti Nurnajwa binti Abddul Rahman
Makanan dan Minuman : Puteri Nuralia Afiza binti Adli / Tan Zhao Ee
Tugas-tugas Khas : Ahli-Ahli

Bil Nama Ahli Tugasan

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
Tarikh : 8 dan 9 April 2022
Hari : Sabtu dan Ahad
MASA AKTIVITI 8.00 AM
 Berkumpul di KV  Bertolak dari KV 9:00 AM  Ketibaan di Pusat Komuniti 9:00-
9:30 AM  Senam sihat pagi 9:30-10:00 AM  Aktiviti 10:00AM-5:00 PM
(2 Hari)

LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
2.

Jumlah(RM)

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

Anda mungkin juga menyukai