Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PROGRAM GABUNGAN BAK & MTA

MPU 24421

TARIKH

19 - 24 FEBRUARY 2023

ANJURAN

KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA PERAKAUNAN &


TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAHUN 1

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

TEMA

“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN MASYARAKAT”


1.1 TUJUAN

Bagi mencapai PL04, PL05 dan PL09, kertas cadangan ini dirangka adalah untuk
memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak yang
berkenaan bagi mengadakan sebuah Program Khidmat Komunti yang dianjurkan oleh
kumpulan pelajar Diploma Tahun 1 Semester 2, Kolej Vokasional Kuching, Sarawak.
Program ini dijalankan pada 19 hingga 23 Februari 2023, di beberapa buah rumah
kebajikan sekitar Bandar Kuching.

2.0 PENGENALAN
2.1 Kumpulan pelajar Program Diploma Tahun 1 Semester 2 ingin melaksanakan
kursus MPU 2412 bagi memenuhi jam kredit kursus disamping membentuk
tanggungjawab sosial serta meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan
insaniah.
2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang
tanggungjawab diri terhadap komuniti sekeliling. Ia juga akan memberi
pendedahan untuk mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi
peluang kepada pelajar kolej vokasional melakukan kerja amal serta menjadi
seorang sukarelawan. Pelajar kolej vokasional juga dapat menanam sikap
prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
2.3 Semangat Kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program ini
dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti
komuniti yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting bagi
melahirkan pelajar kolej vokasional yang mempunyai jati diri serta mampu
melahirkan sifat tanggungjawab dan prihatin dalam setiap diri pelajar kerana
setiap ahli akan bekerjasama untuk merealisasikan program ini.
2.4 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam menikmati suasana alam
semula jadi, menghirup udara yang lebih segar dan dapat menenangkan
fikiran pelajar dari perkara negative serta mendapat ajaran daripada pihak
pensyarah supaya dapat mengamalkan sikap kepimpinan dan berkomunikasi
sihat dengan komuniti luar.
3.0 MISI

Sebagai pihak jawatakuasa pelaksanaan, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk


memastikan kelancaran program ini dengan

a. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional.


b. Membentuk pelajar Kolej Vokasional Kuching yang berkemahiran berkomunikasi,
bekerjasama dalam kumpulan dan kepimpinan.
c. Melaksanakan program selari dengan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
d. Menjaga nama baik Kolej Vokasional Kuching sepanjang dan selepas pelaksanaan
program.

4.0 MATLAMAT

Kertas Kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi memastikan
kelicinan perjalanan program sepanjang Program Khidmat Komuniti ini berlangsung.

5.0 OBJEKTIF

 Melatih pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban seperti


menguruskan program di luar kolej dan berhubung dengan pengurusan dan
pihak luar serta bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang telah diagihkan.
 Melatih pelajar dengan kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan
dan berkepimpinan serta melatih mereka untuk bersosial dengan komuniti.
 Menyuntik semanagat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada pelajar seperti
menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan
mengagihkan tugas serta menyelesaikan aktiviti Khidmat Komuniti yang telah
diagihkan dan ditugaskan.
 Menanam sikap prihatin dan kebertanggungjawaban terhadap alam semula jadi.

6.0 TEMA

“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN MASYARAKAT”


7.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh kumpulan pelajar Diploma Tahun 1 Semester 2 serta
beberapa orang guru pengiring selaku pensyarah MPU 2412 Khidmat Komuniti.

8.0 TARIKH & MASA

Tarikh : 19 Februari 2023 – 23 Februari 2023

Masa : 07.30 am – 02.00 pm

9.0 TEMPAT

1. Rumah Kebajikan Nur Murni

2. Pusat Jagaan Orang Tua

3. Kem Tentera Penrissen

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

a) Peserta : 96 orang pelajar Diploma Tahun 1 Semester 2

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Senam Sihat Pagi


a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk :
 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan
komuniti
 Mempertingkatkan jasmani pelajar

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut :


 Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan sebagai
demonstrator untuk senam sihat pagi.
 Senam sihat pagi akan dimulakan pemanasan badan agar tidak
berlakunya kekejangan pada otot semasa melaksanakan aktiviti.

13.2 Aktiviti Gotong Royong


 Aktiviti pembersihan akan terbahagi kepada beberapa kumpulan.
 Semua harus memainkan peranan agar dapat menjayakan aktiviti ini.
 Aktiviti akan tamat apabila semua aktiviti telah siap dijalankan.

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 PERALATAN

Rujuk Lampiran D

16.0 PENUTUP

Justeru, kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan kewangan dapat
dibuat dan diluluskan. Kami juga berharap semoga program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Ucapan terima kasih kami dahulukan atas
segala sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh,

-----------------------------
(DAYANG NURSYAQIRAH BT ABANG ROSDY)
Setiausaha, Program Khidmat Komuniti,
Kumpulan Pelajar Diploma Tahun 1,
Kolej Vokasional Kuching, Sarawak

Disemak oleh,

----------------------
(EN. ABDUL RAHIM BIN ABDUL LATIF)
Ketua Kursus Khidmat Komuniti,
Jabatan Pendidikan Umum
Kolej Vokasional Kuching, Sarawak

Disahkan oleh,

-------------------------
(PN ARNI BINTI SUHAILI)
Pengarah
Kolej Vokasional Kuching
Lampiran A

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

PENAUNG

PN. ARNI BINTI SUHAILI,

PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

PENASIHAT PROGRAM

EN. ABDUL RAHIM BIN ABDUL LATIF,

KETUA KURSUS KHIDMAT KOMUNITI

PENGERUSI PROGRAM

YASMEEN YUSAIRAH

TIMBALAN PENGERUSI

WILLIAM HARRY ANAK GABRIEL

SETIAUSAHA

DAYANG NURSYAQIRAH BT ABANG ROSDY

NURUL HANIS BINTI HAMKA (P)


BENDAHARI

BONG PEI FEN

AATHUR JAPAR (P)

NAIB BENDAHARI

SOON MAY KIAN

AJK PERALATAN

SHANICE ERNIE AK WILLIE (K)

TAI TONG EN

AJK KESELAMATAN

ALYSSA LIM ZHI SIEW(K)

ANSON LEE MING CHIN

JESSICCA MUNTY AK JACKSON DANNY

AJK KEBERSIHAN

GABRIELLE HEIDI AK LAWRENCE (K)

ANGELINE KUMAR A/P KUMARAVELU

RACHEL MAGDALINE AK RICHARD

AJK PENGANGKUTAN

AMBERLY TAN PEI YII (K)

ERICA NGUI JIA YUAN


Lampiran B

TENTATIF PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Tarikh : 17 February 2023

Hari : Jumaat

Masa Aktiviti : 7.30 am – 02.00 pm

MASA BUTIRAN
07.30 am Berkumpul di KV
08.30 am Bertolak dari KV
10.00 am Ketibaan di Rumah Kebajikan Nur Murni
10.20 – 10.30 am Senam Sihat Pagi
10.30 am – 12.30 pm Bergotong-royong
12.30 pm Makan tengahari
01.30 pm Sesi bergambar
02.00 pm Bertolak pulang ke KV

Lampiran C

Belanjawan

Anggaran Pendapatan
BI PERKARA CATATAN JUMLAH (RM)
L
1. Sarapan Pagi (RM3.80/per) RM5 x 96 orang RM480
2. Makan Tengahari (RM10/per) RM10 x 96 orang RM960
3. Mineral (4 kotak) RM 20 x 4 kotak RM80
4. Air Kotak (4 kotak) RM20 x 4 kotak RM80
JUMLAH (RM) RM1600

Lampiran D

Keperluan Peralatan

BIL BUTIRAN KUANTITI


1. Penyapu 5 batang
2. Plastik Sampah 1 bungkus
3. Sarung Tangan Getah 2 kotak
4. Pencakar Sampah 3 batang
5. Sanitizer 1 botol
6. Kain Buruk 5 kain
7. Peti Kecemasan 1 kotak

Anda mungkin juga menyukai