Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH

24 FEBRUARi 2024

TEMPAT
PANTAI BUKIT KELUANG , BESUT TERENGGANU

ANJURAN
KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN
KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL BESUT

TEMA
"ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA "
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari pihak yang berkenaan bagi mengadakan
sebuah program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar
Diploma Teknologi Binaan Bangunan Kolej Vokasional Besut, Terengganu.
Program ini akan dijalankan pada 24/2/2024 di pantai Bukit
Keluang ,Besut,Terengganu

2.0 PENGENALAN

2.1 Kumpulan pelajar program diploma teknologi pembinaan, Kolej


Vokasional Besut dibentuk untuk melaksanakan kursus MPU2412 bagi
memenuhi jam kredit kursus disamping membentuk tanggungjawab sosial
serta meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan insaniah

2.2 program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang


tanggungjawab diri terhadap komuniti serta memberi pendedahn untuk
mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi peluang kepada
pelajar kolej vokasional melakukan kerja sukarelawan. Pelajar kolej
vokasional juga dapat menanam sikap penyayang. Kami memilih pantai Bukit
Keluang kerana amat sesuai untuk melaksanakan program khidmat komuniti

2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program
ini dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti
komuniti yang telah diangjurkan. Semangat ini merupakan elemen penting
bagi melahirkan pelajar Kolej Vokasional Besut yang mempunyai jati diri serta
mampu melahirkan sifat tanggungjawab dalam setiap diri pelajar kolej
vokasional kerana setiap ahli akan bekerjasama untuk merealisasikan
program ini.

2.4 selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka
seharian serta mendapatkan ajaran daripada pihak pensyarah supaya dapat
mengamalkan sikap kepimpinan dan berkomunikasi sihat dengan komuniti
luar
3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami


untuk memastikan kelancaran program ini dengan :

3.1 mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej
vokasional.

3.2 supaya dapat membentuk pelajar kolej vokasional yang


berkemahiran ,berkomunikasi ,berkerjasama dalam kumpulan dan
berkepimpinan.

3.3 melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang


ditetapkan

3.4 menjaga nama baik Kolej Vokasional Besut sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

- Kertas kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi
memastikan kelancaran perjalanan program sepanjang program khidmat
komuniti ini berlangsung.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melatih pelajar kolej vokasional dalam kemahiran sosial dan


bertanggungjawab seperti menguruskan program di luar kolej, dan berhubung
dengan pengurusan dan pihak luar, serta bertanggungjawab dengan setiap
tugasan yang telah diagihkan.

5.2 Melatih pelajar kolej vokasional dengan berkemahiran berkomunikasi,


berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan serta melatih mereka
untuk bersosial dengan komuniti.
5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada
mahasiswa seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas serta menyelesaikan aktiviti khidmat
komuniti yang telah diagihkan dan ditugaskan.

5.4 Mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam menjayakan aktiviti.

6.0 TEMA
“ ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA “

7.0 ANJURAN
- Program ini dianjurkan oleh kumpulan pelajar diploma Teknologi Pembinaan
Bangunan.

8.0 TARIKH & MASA


- Program ini dicadangkan untuk diadakan pada Tarikh : 24/2/2024
Masa : 8 pagi

9.0 TEMPAT
- Pantai Bukit Keluang

10.0 PENGLIBATAN AHLI


– AHLI PROGRAM

10.1 PESERTA
 14 orang pelajar kolej vokasional kumpulan diploma teknologi pembinaan
bangunan.

11.0 STRUKTUR ORGANISASI


PENASIHAT PROGRAM
PN.SITI NURUL HIDAYAH BT MAD JUSOH

SETIAUSAHA
WAN NUR SYAZA UMAIRAH BINTI WAN NORHISHAM

TIMBALAN SETIAUSAHA
DHIA AFIFAH BINTI ZAINAL

BENDAHARI
WAN MUHAMAD AZWAR BIN WAN ZAWAWI

TIMBALAN BENDAHARI
HARRIS DANIEL BIN ZAKARIA

PENGANGKUTAN : IRFAN HAKIM BIN ROSLI


LOGISTIK : BIBI BALQIS BINTI MOHD AZMI

12.0 TENTATIF PROGRAM

08:00 A.M Berkumpul di minda KVB


08:15 A.M Bertolak ke destinasi
08:30 A.M Tiba di destinasi
08:35 A.M Senaman pagi dan makan pagi
09.30 A.M Gotong-royong
12.30 P.M Makan Tengah hari
13.30 P.M Solat zohor
14.00 P.M Kemas barang
14.15 P.M Pulang ke KVB

13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Senaman pagi

A) objektif slot ini diadakan adalah untuk :


 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar
 Mempertingkatkan jasmani pelajar kolej vokasional

B) Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut :


 Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan sebagai demonstar
untuk senam sihat pagi .
 Senam sihat pagi akan dimulakan dengan muzik yang akan disediakan
terlebih dahulu .
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

13.2 AKTIVITI GOTONG ROYONG DI PANTAI BUKIT KELUANG

a) objektif slot ini diadakan adalah untuk :


 Mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar koleh vokasional dengan
komuniti.
 Menjadikan golongan komuniti lebih proaktif

b) kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut :


 Setiap ahli jawatankuasa akan membahagikan tugas bersama ahli
kumpulan.
 Setiap ahli melaksanakan mengikut kawasan .
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

14.0 BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

1 Pencakar sampah 3 RM13.90 x 3 =


RM 41.70

2 Plastik sampah 1 RM 6

3 Sarung tangan 1 kotak RM 3

4 Sarapan pagi 14 RM 3.00 x 14 =


RM 42.00

5 Makan tengah hari 14 RM 5 x 14 =


RM 70

JUMLAH RM 162.70

15.0 PENUTUP

Justeru itu , kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan
kewangan dapat dibantu dan diluluskan. Kami juga berharap semoga
program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan. Ucapan terima kasih kami dahulukan atas segala sokongan
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

...............................…………………………………

(WAN NUR SYAZA UMAIRAH BINTI WAN NORHISHAM)


Setiausaha program khidmat kmuniti,
Kumpulan pelajar Diploma Teknologi Pembinaan
Kolej Vokasional Besut , Terengganu

Disemak oleh,

….……………………………………………….
(SITI NURUL HIDAYAH BINTI MAT JUSOH)
Pensyarah khidmat komuniti,
Kolej Vokasional Besut, Terengganu

Diluluskan oleh,

….……………………………………….
(PN.FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai