Anda di halaman 1dari 7

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU

KERTAS KERJA
PROGRAM
“TASHDID UKHWAH”

25-27 FEBRUARI 2011

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
(MPP 2011)
PROGRAM TASHDID UKHWAH

MMU/MMCE/MPP/MT-01
ِ   ‫الر ِح ِيم‬
‫اهلل بِ ْس ِم‬ َّ ‫الر ْحم ِن‬
َّ
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
mendapatkan bantuan kewangan dan pertimbangan daripada Encik Mohd Nasir bin Salleh,
selaku Regional Director Kolej Multimedia bagi menjayakan Program Tashdid Ukhwah yang
dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Multimedia College Terengganu.Program
ini diadakan pada 25 Februari 2011 sehingga 27 Februari 2011.

2.0 PENGENALAN PROGRAM

Program ini merupakan projek yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar MMC
Terengganu. Program ini bukan hanya mengkhususkan kepada hubungan kerjasama antara
MPP dengan para pelajar kolej. Mengenai nama Program Tashdid Ukhwah ini adalah
bermaksud mengeratkan lagi ukhwah iaitu program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan
lagi tali silaturrahim dan juga dapat menambahkan kekuatan dalam pertalian persahabatan
antara MMC Terengganu dan juga MMC Kuala Lumpur. Disamping itu, para pelajar MMC
Terengganu juga akan didedahkan dengan pelbagai info terkini tentang perkembangan MMC
Kuala Lumpur serta informasi mengenai teknologi dan sebagainya.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara MMC Terengganu
dengan MMC Kuala Lumpur malahan ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh dua pihak
ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu
anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu
daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut
menanggung penderitaannya. Selain itu juga,program ini bertujuan untuk membentuk warga
MPP dan juga para pelajar yang bersahsiah tinggi, bertanggungjawab dan bersikap toleransi
serta cintakan perpaduan hubungan antara dua pihak.

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 2


PROGRAM TASHDID UKHWAH

4.0 OBJEKTIF

4.1 Untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara MMC Terengganu dengan MMC
Kuala Lumpur.

4.2 Untuk membina peribadi atau sahsiah yang bersifat mahmudah dalam diri para
pelajar.
.
4.3 Untuk mewujudkan MPP serta para pelajar yang bertanggungjawab,bertoleransi dan
berdisiplin serta mempunyai nilai kasih sayang antara satu sama lain.

4.4 Untuk mendedahkan lagi kepada para pelajar MMC Terengganu situasi atau suasana
di MMC Kuala Lumpur.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dijalankankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada

Tarikh : 25 Februari – 27 Februari 2011

Tempat : Multimedia College Kuala Lumpur (MMC KL)

6.0 PENYERTAAN

Melibatkan sebuah bas iaitu semua Majlis Perwakilan Pelajar, beberapa orang pelajar MMC
Terengganu serta staf kolej. Kuantitinya adalah dalam lingkungan 44 orang.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

7.1 Rujuk Lampiran 1

8.0 PERBELANJAAN

8.1 Rujuk Lampiran 2

9.0 ATURCARA PROGRAM

9.1 Rujuk Lampiran 3

10.0 PERTIMBANGAN

Kerjasama daripada pihak tuan dalam memberi pertimbangan yang sewajarnya serta
meluluskan permohonan ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 3


PROGRAM TASHDID UKHWAH

11.0 PENUTUP

Kertas kerja Program Tashdid Ukhwah ini dikemukakan kepada Ketua Eksekutif Kolej
Multimedia Sdn. Bhd bertujuan untuk pertimbangan dan kelulusan. Semoga segala usaha
yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah S.W.T dan segala perhatian yang
diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“KOLEJKU KEBANGGANKU”

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

………………………………… ………………………………………
( AINUN SYAMILA BT MOHD (AZIZI HAKIMI B. MOHD NOOR)
JAHARI) Penasihat,
Pengarah Projek, Program Tashdid Ukhwah,
Program Tashdid Ukhwah Multimedia College Terengganu.
Majlis Perwakilan Pelajar
Multimedia College Terengganu.

Disokong: Diluluskan :

………………………… … ………………………......................
(MOHD NASIR B SALEH) (MUHAMAD ARIF BIN HASAN)
Regional Director, Ketua Pegawai Eksekutif
Multimedia College Terengganu. Multimedia College Sdn Bhd
.

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 4


PROGRAM TASHDID UKHWAH

7.1 Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM AMAL KASIH

Penaung : Mohd Nasir Bin Salleh

Penasihat : Azizi b.Mohd Noor

Pengarah Projek : Ainun Syamila bt Mohd Jahari

Timbalan Pengarah : Muhammad Faris B. Mohd Ruslim

Setiusaha : Nor Aqmal bt Afandi

Bendahari : Mohammad Naim b. Abd Aziz

AJK Pengangkutan : Muhammad Saifulazman b.Ibrahim

AJK Promosi dan Publisiti : Mohd Syahir b. Abdul Aziz

AJK Aturcara Program : Mohammad Danial Soba b. Mohd Soba


Nur Izzati binti Mohd Yusoff

AJK Cenderahati dan Makanan : Khalidaishah bt Mohd

AJK Tugas-Tugas Khas : Mohd Fakhrul Hakim b. Nila Kerma


Nor Fatanah bt. Ismail

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 5


PROGRAM TASHDID UKHWAH

8.1 Lampiran 2

Perbelanjaan

Bilangan Pelajar : 30 Orang


Bilangan MPP : 11 Orang
Bilangan Pengiring : 3 Orang
Pemandu Bas : 2 Orang
Jumlah : 46 orang

Kutipan pelajar : RM30 X 30 orang = RM900


(Godies + Cenderahati+Makanan Ringan)

Perbelanjaan Ditanggung Oleh Pihak MMC :

1) Bas : RM1500 (1 Hari ) X 3 Hari = RM4500 sahaja

2) Penginapan Untuk 46 Orang

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 6


PROGRAM TASHDID UKHWAH

9.1 Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM TASHDID UKHWAH

JUMAAT(25.02.2011)

MASA AKTIVITI CATATAN


5.00 ptg Bertolak ke MMC Kuala Lumpur  
11.00 mlm- 5.30 pg Istirehat  

SABTU(26.02.2011)

MASA AKTIVITI CATATAN


6.00 pg - 7.00 pg Solat Subuh Berjemaah  
7.00 pg - 8.00 pg Riadah MMC TRG
8.00 pg - 9.00 pg Sarapan Pagi  
MMC KL &
9.00 pg - 12.30 tghari Aktiviti Suai Kenal MMC TRG
12.30 tghari - 2.30 ptg Rehat & Solat Zohor Berjemaah  
2.30 ptg - 4.30 ptg Aktiviti MMC KL
4.30 ptg - 5.15 ptg Solat Asar Berjemaah  
MMC KL &
5.15 ptg - 7.00 mlm Riadah MMC TRG
7.00 mlm - 9.00 mlm Rehat & Makan Malam  
9.00 mlm - 11.00 mlm Talk With CEO MMC SDN.BHD  
11.00 mlm - 6.00 pagi Istirehat  

AHAD(27.02.2011)

MASA AKTIVITI CATATAN


MMC KL &
9.00 pg - 11.00 pg Majlis Penutup MMC TRG
11.00 pg Bertolak Balik MMC Terengganu  

MULTIMEDIA COLLEGE TERENGGANU 7

Anda mungkin juga menyukai