Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MAULID IPGMKSAH


____________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan


kelulusan melaksanakan Program Maulid IPGMKSAH. Program ini memfokuskan
pendedahan berkenaan kepentingan ilmu pengurusan organisasi untuk membina jaringan
bersama masyarakat dalam kalangan bakal-bakal guru yang beragama Islam,
terutamanya ahli Badan Dakwah dan Surau (Badas) Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim sesi 2023/2024.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Maulid merupakan satu inisiatif untuk melatih siswa-siswi pendidik


IPGMKSAH untuk sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW seiring hasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan jasmani, emosi,
rohani, dan intelek berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Di samping itu, program ini
juga dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pembangunan insaniah pelajar sepertimana
yang digariskan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program ini dikelolakan
sepenuhnya oleh Badan Dakwah Dan Surau (Badas) dan para pelajar Islam IPGMKSAH.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman pengurusan.

3.2 Memupuk kasih dan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

3.3 Menghubungkan silaturahim antara pelajar Muslim IPGKSAH.

4.0 ANJURAN

Program ini akan dikelolakan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah
dan Surau (Badas) IPGMKSAH.
5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Muslim IPGMKSAH

6.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh 25 Januari 2024
Hari Khamis
Masa 8.30 – 10.00 malam
Tempat Surau IPGMKSAH

7.0 JUMLAH PESERTA

991 pelajar Muslim IPGMKSAH

8.0 SUMBER KEWANGAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti dalam Lampiran A

10.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

Seperti dalam Lampiran B

11.0 SENARAI NAMA PESERTA

Seperti dalam Lampiran C


12.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Badan Dakwah dan Surau (Badas) menaruh harapan yang sangat tinggi
agar Program Maulid IPGMKSAH ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang disasarkan. Pihak kami menaruh harapan yang tinggi agar permohonan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak pengurusan IPGMKSAH demi
memantapkan kebudayaan Islam, ilmu pengetahuan, sahsiah dan kerohanian bakal-bakal guru,
di samping memberi pendedahan dan pengalaman yang sebenar dalam mengelolakan program
dan majlis rasmi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………. ………………………………….
(Ahmad Idham bin Abdul Rahman) (Dr Ishak bin Abd Manaf)

Naib Setiausaha, Penasihat,


Badan Dakwah dan Surau, Badan Dakwah dan Surau,
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Tarikh : 11/1/2024 Tarikh : 14/1/2024


LAMPIRAN A
ANGGARAN PERBELANJAAN

PROGRAM MAULID BULANAN IPGMKSAH

BIL PERKARA BIL OS21000 OS24000 OS26000 OS27000 OS29000 OS42000 LABKIS JUMLAH
PESERTA (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1.
Jamuan ringan 991 orang 300.00
RM300

300.00
2.
Air mineral
(Disediakan oleh HEP) 2 kotak
LAMPIRAN B

JADUAL TENTATIF

PROGRAM MAULID BULANAN IPGMKSAH

MASA AKTIVITI

8.25 – 8.30 malam Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

8.30 – 9.00 malam Alunan qasidah oleh munsyid dan hadrah

9.00 – 9.30 malam Tausiyah ringkas oleh wakil pelajar

9.30 – 10.00 malam Alunan qasidah penutup

10.00 malam Solat Isyak, jamuan ringan, dan bersurai.

Anda mungkin juga menyukai