Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


SK BINJUL 2020M/1442H

1. PENGENALAN
Pembinaaan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani merupakan
matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai program telah disusun untuk
mencapai matlamat tersebut diperingkat sekolah. Justeru itu, panitia Pendidikan Islam SK
Binjul berkolaborasi bersama Kelab Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Binjul telah
berusaha mempelbagaikan aktiviti kokurikulum bercorak kerohanian ke arah
mencapai matlamat Pendidikan Negara.. Pelajar akan didedahkan dengan perjuangan sirah
Rasulullah serta peribadi baginda danmelalui pengisian yang bakal disertai agar ianya dapat
diimplementasikan dalam kehidupan
harian mereka.

2. MATLAMAT
Fokus utama pelaksanaan program ini berpaksikan kepada matlamat:
1. Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannya
dalam menegakkan syiar Islam.
2. Mengambil contoh teladan dari peristiwa yang tersurat dan tersirat dari
sejarah kerasulan baginda.

3. OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:
1. Mengingati peristiwa Hari Keputeraan Junjungan Mulia Rasul Al-Amin, Nabi
Muhammad S.A.W.
2. Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar, kakitangan sekolah,
guru-guru dan ibubapa.
3. Mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di kalangan warga sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat setempat.
4. Mengambil pengajaran dan iktibar dari ceramah yang akan disampaikan
seterusnya diamalkan dalam kehidupun seharian.

4. TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh :
Masa : 8.00 Pagi – 1.15 Petang
Tempat : Kelas

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sk Binjul.
6. TENTATIF PROGRAM
8.00 – 9.30 pag – Edaran risalah Maulidur Rasul
9.30 – 10.30 pagi – Mewarna Tahap 1( dilaksanakan di dalam kelas masing-masing )
10.30 – 11.00 pagi – rehat
11.30 – 12.30 tgh – kuiz tahap 2 ( dilaksanakan di dalam kelas masing-masing )
7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Mohd. Zuki bin Abdullah ( Guru Besar )

Pen. Penasihat 1 : Pn. Sanisah bt Ibrahim (PK Pentadbiran)


Pen. Penasihat 2 : En. Ridhuan Bin Mohamad ( PK Hal Ehwal Murid )
Pen. Penasihat 3 : Pn.Rajibah bt. Abd RAzak ( PK Kokurikulum )

Pengerusi : En. Othman bin Wahab


Setiausaha : En. Nur Ikhwan Nordin
Penyelaras Program : Pn.Rohimah Md Daud
Bendahari : Pn. Nur Masliana
Ajk : Pn. Faridah bt. Abdullah

FASILITATOR

1. Pn. Norani Isa


2. Pn. Khairul Asmizar bt. Riguan
3. En. Nur Ikhwan b. Nordin
4. Pn. Faridah bt. Abdullah

8. BELANJAWAN KEWANGAN

BIL PERKARA KOS

1 HADIAH RM 240.00

TEMPAT PERTAMA : 6 X RM 10

TEMPAT KEDUA : 6 X RM 10

TEMPAT KETIGA : 6 X RM10

TEMPAT KEEMPAT : 6X RM 10
Jumlah RM 240.00

(*) Peruntukan kewangan kokurikulum SK Binjul

-
9. PENUTUP
Program ini diharap mampu menjana murid-murid ke arah pembangunan modal
insan
termantap sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta untuk
membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Diharapkan agar pelaksanaan program seumpama ini memberi kesan
kepada murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan sahsiah diri amnya
malah terdidik untuk bersikap lebih bertanggungjawab untuk memelihara dan menyayangi Islam
seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh :

Panitia Bahasa Arab Penolong Kanan Kokurikulum

Diluluskankan oleh:

Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai