Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM IKATAN KASIH, JALINAN MESRA


WARGA SK ROMPIN
2012
1. PENGENALAN

Program Ikatan Kasih, Jalinan Mesra ini diadakan untuk memberi semangat dan
kesedaran kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Rompin agar menjadi pemangkin
kepada Negara dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari semua aspek ukhrawi
seterusnya menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Disamping
itu juga warga pendidik dapat mencari pendekatan terbaik dalam usaha memartabatkan
sekolah kearah sekolah cemerlang 2020. Warga yang penyayang, prihatin dan
bekerjasama amat diperlukan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek
sahsiah, akademik dan rohaninya.

2. TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan peruntukan dari segi kewangan bagi
membolehkan kami mengadakan program “Program Ikatan Kasih, Jalinan Mesra” untuk
semua warga Sekolah Kebangsaan Rompin.

3. RASIONAL

Memandangkan pencapaian keseluruhan akademik pelajar adalah baik, maka pihak


pentadbiran merasakan perlu diadakan “Ikatan Kasih, Jalinan Mesra” untuk mencari
strategi baru dalam usaha memberi peransang, motivasi disamping mengeratkan
hubungan silaturrahim dikalangan pentadbir, warga pendidikan dan staf sokongan
dalam usaha mendidik anak bangsa agar menjadi pelajar cemerlang. Jesteru itu pihak
sekolah mengambil iniseatif untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai program
ini.
4. OBJEKTIF

a) Memberi input-input berguna kepada guru-guru bagaimana untuk mendidik para


pelajar agar mereka cemerlang.

b) Mencari strategic baru yang berkesan dalam meningkatkan P&P guru.

c) Menghargai jasa guru dan semua kakitangan bukan guru dalam usaha
meningkatkan prestasi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

d) Mewujudkan hubungan yang erat serta mengukuhkan ukhwah sesame warga


Sek Keb Rompin.

5. MATLAMAT

Program ini akan menjadikan semua warga kerja Sek Keb Rompin lebih
bertanggungjawab dan dedikasi dalam melahirkan pelajar yang seimbang penguasaan
akademik dan sahsiah disamping itu dapat mewujudkan satu organisasi yang penyayang
serta mempunyai semangat kerja berpasukan.

6. PESERTA PROGRAM

Semua Warga Sek Keb Rompin

a) Pihak Pentadbiran (Guru Besar dan semua GPK)

b) Semua guru

c) Semua kakitangan sokongan


7. BILANGAN PESERTA

i) Semua Guru - 37

ii) Kakitangan - 13

iii) Penceramah - 2

iv) Urusetia - 1

Jumlah 53

8. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 9- 11 November 2012

Tempat : Rompin Beach Resort, Kuala Rompin, Pahang.

9. PERBELANJAAN

i. Pakej penginapan makan minum guru dan staf : RM 16320.00

ii. Bayaran cenderahati Penceramah : RM 550.00

iii. Cenderahati Guru dan Staf : RM 2,250.00

iv. Hadiah Acara Sukaneka : RM 940.00

JUMLAH : RM 20060.00
10. RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut pihak tuan boleh berhubung dengan En. Abu Bakar bin Hj. Ab.
Rahman ( Guru Besar SK. Rompin ) atau En. Abd. Rahim bin Noh ( Pengerusi kelab Guru
SK. Rompin)

 En. Abu Bakar bin Hj. Ab. Rahman - 019-6541708

 En. Abd. Rahim bin Noh - 012-9175414

 Sekolah ( Pejabat ) - 06-4577042

11. PENUTUP

Kami penuh yakin dengan terlaksananya program ini, akan menjadikan guru-guru dan
semua staf lebih bermotivasi serta mempunyai semangat kekitaan yang jitu dalam
mendidik anak bangsa untuk terus cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kegiatan
kokurikulum.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................... .............................................

( Abd. Rahim bin Noh )


Pengerusi
kelab Guru dan Kakitangan SKR,
73500 Rompin, NSDK.
TENTATIF PROGRAM IKATAN KASIH, JALINAN MESRA
SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN, 73500 ROMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TAHUN 2012

9-11 NOVEMBER 2012 ( JUMAAT HINGGA AHAD )

11 NOVEMBER 2012

MASA AKTIVITI

2.30 – 6.00 petang  Perjalanan dari SK. Rompin ke Rompin Beach Resort,
Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
 Check in
 Pengurusan Diri

6.30 – 7.00 malam  Makan Malam dan Persiapan Solat Maghrib

7.00 – 9.00 malam  Solat Maghrib Berjamaah


 Kuliah Maghrib dan Solat Isyak

9.00 – 10 30 malam  Ceramah Motivasi 1


Peranan dan Tanggungjawab Guru Dalam
Merialisasikan Wawasan Negara

10.30 malam  Minum Malam


 Tidur
12 NOVEMBER 2012

MASA AKTIVITI

4.30 pagi  Qiamullail

5.45 pagi – 6.45 pagi  Solat Subuh berjemaah


 Kuliah Subuh

6.45 – 7.30 pagi  Aktiviti Riadah


 Pengurusan Diri

7.30 – 8.30 pagi  Sarapan Pagi

8.30 - 10.30 pagi  Ceramah 2


Peranan Ibubapa Dalam Konsep Keluarga Bahagia

10.35 pagi  Kudapan

11.00 -12.00 tengahari  Bengkel Membuat Bahan Bantuan Mengajar


( Power Point )

12.00 – 2.30 petang  Makan Tengahari, Solat Zohor dan Rehat

2.30 – 4.30 petang  Acara Sukaneka Dewasa dan kanak-Kanak

4.30 – 5.15 petang  Solat Asar

5.15 – 6.30 petang  Permainan Bola Sepak dan Bola Tampar Pantai

6.30 – 8.00 malam  Pengurusan Diri


 Solat Maghrib Berjemaah

8.00 – 11.30 malam  Malam Ikatan Kasih, Jalinan Mesra


 Makan Malam
 Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
13 NOVEMBER 2012

MASA AKTIVITI

5.45 – 6.45 pagi  Solat Subuh berjemaah


 Kuliyah Subuh

6.45 – 7.30 pagi  Aktiviti Riadah


 Pengurusan Diri

7.30 – 8.30 pagi  Sarapan Pagi

8.30 - 10.30 pagi  Program Untaian Kasih

10.30 – 11.00 pagi  Penyampaian Hadiah Dan Cenderahati

11.00 -12.00 tengahari  Pengurusan Diri


 Berkemas untuk balik

12.00 tengahari  Makan Tengahari

1.00 tengahari  Check Out


 Bertolak Balik Ke SK. Rompin

Anda mungkin juga menyukai